Bab 49

Drama Completed 8870

Minggu Fesyen Kuala Lumpur yang diadakan pada bulan Ogos setiap tahun, ialah peristiwa dimana koleksi fesyen antarabangsa ditunjukkan kepada pembeli, akhbar dan orang awam.

Sudah sampai masanya Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) bersedia menerima kunjungan peminat dan pemain industri fesyen tempatan.kali ini KLFW membawakan lebih 200 pereka fesyen yang bakal memperagakan koleksi ‘Ready-to-wear’,

Luthfia anggun berbaju dress labuh berlabuci di bahagian leher dan lengan..dress merah hati itu berjaya mencuri perhatian ramai orang bila luthfia muncul di lokasi rasmi pusat beli belah Pavillion..tak habis-habis cat memujinya.mereka duduk di barisan hadapan bersebelahan Bernard chandran..mata mereka bersinar tengok semua design fesyen yang diperagakan semasa runaway collection.. Alhamdulilah..duduk sebaris pereka fesyen yang terkemuka adalah impian luthfia sejak menyertai bidang ni..dia bangga walaupun bukan dia yang reka design untuk Maira Holding..ditoleh kearah Hasriq yang duduk di barisan belakang bersama Rafi.tak tahu lah sejak bila mereka jadi kawan.apa-apa pun dia bersyukur diberi kesempatan untuk bahagia bersama suami tersayang.luthfia gembira sebab Hasriq sentiasa sokong apa yang dia buat..

Sampai saja di rumah,Luthfia terus membersihkan diri..badan dah melekit dengan peluh.sementara hasriq duduk di ruang tamu berbual dengan Ridwan dan Datuk Azman.memang dia ada keinginan untuk bawa luthfia tinggal di rumah sendiri..Datuk Azman sudah membelikan sebuah rumah sederhana besar untuk mereka sebagai hadiah perkahwinan tapi keaadaan belum mengizinkan..Datin jasmeen belum bersedia untuk berjauhan dengan luthfia..datin jasmeen belum puas tinggal dengan anak bongsunya itu dan Hasriq juga masih baru memulakan kerja di Rodzy Contruction.tunggu lah kalau mereka dah ada anak nanti.masa tu baru dia akan mulakan hidup baru dengan isteri tercinta.

Hasriq naik ke bilik bila badan dah letih..senyuman terlakar di wajah bila figura isteri menyapa matanya..isterinya baru selesai mandi..
dan kini duduk termenung di depan meja solek.

"sayang!"Sergah Hasriq.

"Eyh mak kau hijauu.."luthfia hampir terjatuh dari kerusi.bertuah punya laki..

"Astaghfirullahalazim biy..."luthfia dah mengucap panjang..sakit hati bila disergah dari belakang.tangannya memulas laju lengan Hasriq..Hasriq menyeringai kesakitan..

"sakit la sayang.."

"nak lagi??lain kali sergah lagi macam tu ..Nasib baik Miya tak kena heart attack..kalau tak,menduda biy!"bebel Luthfia..sejak dua tiga menjak ni Hasriq selalu mengusiknya..pantang nampak dia termenung sikit..Hasriq pasti kacau dia..haiilahh makin tua makin nakal..

"Sorry yang.. janji tak buat lagi"Hasriq angkat tangan berikrar..konon la sangat!!dah banyak kali janji tapi dia buat jugak..janji yang tak boleh dipercayai..


"Sayang termenungkan apa tu?biy masuk pun tak sedar.."

luthfia mengeleng kepala.dia duduk semula di meja solek.tuala yang masih berbalut di kepala ditanggalkan.Hasriq duduk di birai katil..

"tak de papa..tak fikir apa -apa pun ..biy pergilah mandi.biy pasti penat."suara luthfia perlahan menyapa hawa telinga Hasriq

Hasriq yang baru berkira-kira hendak berbaring terhenti.


"Sayang kenapa ni?ada masalah ke?please tell me..kita dah janji tak akan ada rahsia lagi antara kita kan.."

Tak selalu Luthfia monyok macam ni..kalau letih pun dia tak macam ni.pasti ada sesuatu menganggu fikiran isterinya.rasanya fesyen week tadi semuanya berjalan dengan lancar.


"im ok.don't worry.. miya tak ada masalah apa pun"luthfia cuba meyakinkan hasriq..


"biy kenal sayang bukan sehari dua tau..tell me what happened sayang.."pujuk hasriq..dia tak nak isterinya tanggung masalah sorang-sorang.Apa guna dia jadi suami kalau masalah isterinya pun dia tak dapat selesaikan..


"Ok biy pergi mandi dulu,lepas tu Miya cerita.."Akhirnya Luthfia beralah lembut

"Pinky promise?"bisik Hasriq perlahan.

"yups,,pinky swear.."luthfia tersengih.

Hasriq lantas menarik tuala yang tersidai..sebelum masuk bilik mandi Hasriq sempat mencium pipi isterinya..benda yang dia tak lupa buat.dia jadi ketagih cium pipi mulus tu..

20 minit berlalu,barulah Hasriq keluar dari bilik mandi..sementara luthfia duduk menyandar di kepala katil

selesai memakai pakaian..Hasriq bergerak menghampiri luthfia yang fokus membaca novel..Hasriq menarik selimut dan menutup badannya separuh kemudian barulah dia fokus semula ke arah luthfia.


"yang,biy dah ready,now cerita kat biy..what's going on?"

luthfia yang masih membaca novel terus duduk dan menutup novel..novel 'hipokrit' tadi diletak di meja kecik sebelah katil..hari ni sudah masuk bulan ketiga mereka berkahwin..


"Biy,biy sayang miya tak?" tanya Luthfia..kalau boleh malam ni dia nak tanya semua pada Hasriq..


"kenapa tanya macam tu?" Takde angin takde ribut,tiba-tiba cakap macam tu.terkejut betul Hasriq.

Luthfia gigit jari,tak tahu macam mana nak cakap

"I just want to know..biy sayang miya atau tak?and sejak bila?"tanya luthfia penuh perasaan.wajah Suaminya di tatap penuh kasih

Hasriq menarik luthfia ke dalam pelukan.dahi sang isteri dicium perlahan..tidak tahu kenapa isterinya pelik malam ni.

"biy sayangkan sayang sepenuh hati biy..biy cintakan sayang sangat-sangat.."

"sejak bila?"luthfia masih tak puas hati.
luthfia mendongak memandang hasriq..rambut yang menutupi dahi disisip ke tepi.

"Sejak biy nampak isteri biy ni main basikal kat rumah nenek 15 tahun lepas..."Hasriq dah tersenyum simpul.pipi luthfia dikucup penuh kasih.

"maksud biy,?"

"maksud biy,biy dah terjatuh cinta dengan sayang sebelum kita jadi bestfriend lagi.."

Luthfia memandang Hasriq dengan pandangan hairan..

"ok macam ni,cuba teka,kenapa biy boleh tahu dimana rumah sayang masa tu?sayang tak hairan ke macam mana biy boleh halang sayang pukul faizal"

Luthfia Humaira mengeleng kepala perlahan..

"Sebenarnya masa kecik dulu hari-hari biy ikut sayang.biy bukan pervert ok.sayang kena faham..waktu tu,biy rasa sayang makhluk paling comel pernah biy jumpa..biy jatuh suka pada pandangan pertama..and,setiap petang biy akan main kat sawah nenek sorang-sorang sambil stalker isteri biy ni.." Semakin kuat pelukan Hasriq.

"biy follow sayang kemana-mana termasuk dekat sekolah,biy tahu semua aktiviti sayang masa sekolah kat taman pasir dulu.sampai la biy dapat peluang selamatkan faizal dari ditumbuk oleh Isteri biy ni. biy tak sangka sayang ni peninju rupanya." Hasriq ketawa geli hati bila teringat kenangan lama..wajah luthfia masam.


"Miya tak dapat control marah miya masa tu..Faizal tu melampau tau biy.."Adu luthfia..

"Biy tahu sayang.and for your information.2 hari selepas peristiwa sayang tumbuk Faizal tu..Faizal datang jumpa biy..dia pesan kat biy jangan pernah berlagak hero depan sayang lagi..tapi biy tak peduli..biy gaduh semula dengan dia..apa yang penting biy happy sangat bila kita mula jadi bestfriend....u are my first love honey.."
mata mereka berlaga.menghadirkan perasaan sayang yang kuat di hati masing-masing ..luthfia terharu sebenarnya...begitu dalam sekali cinta hasriq kepadanya..cinta yang sudah berputik sejak belasan tahun..


"kalau biy betul-betul sayang miya masa tu...kenapa biy tak cari miya lepas biy pindah kat kl?"

"siapa cakap biy tak cari?sayang yang tak jumpa biy...biy ada balik ke taman pasir selepas tigga tahun pindah kat kl ni .tapi sayang dah masuk asrama penuh. masa tu sayang dah tingkatan dua.biy jumpa faizal kat sana.dia cakap sayang dah lupakan biy..biy hampir-hampir percaya tau..tapi biy tetap yakin kawan baik biy alias cinta hati biy ni tak penah lupakan biy..betul kan sayang?"

luthfia mengangguk laju..


"so now,biy nak tanya sayang pulak..sejak bila sayang cintakan biy.?"

Luthfia tersengih manja..


"Miya tak ingat bila..tapi apa yang pasti miya rasa kehilangan sangat-sangat selepas kawan baik miya Aish tinggalkan miya...miya rasa kosong tanpa biy...miya rindu sangat dekat biy.sebelum ni biy selalu ada setiap kali miya perlukan seseorang.rasanya masa tu la miya jatuh cinta dengan biy.miya cintakan biy selepas miya sudah kehilangan biy.." ujar luthfia perlahan.dia rasa selamat dalam pelukkan Hasriq.

"bertahun kemudian,kita ditemukan dalam suasana yang berbeza...masa tu miya langsung tak terfikir Hasriq Zhafran,boss baru miya yang handsome ni biy...kenapa la biy sanggup tipu miya..biy jahat tau.."tangan hasriq dipukul perlahan.

Hasriq tergelak kecil melihat wajah luthfia yang sudah merah menahan marah.Bangga jugak hatinya bila luthfia puji dia.


"kenapa?sayang rasa Aish tak boleh sehandsome Hasriq zhafran ke?"pipi isterinya dicubit geram...

"x la macam tu..miya selalu bayangkan rupa Aish macam rupa Zyan Malik..penyanyi kesukaan miya tu,dan adalah sedikit kecewa bila Aish depan mata miya ni tak seperti yang miya harapkan.hahaha."luthfia bantai gelak. sengaja mengusik Hasriq..

"Oowww,sayang nak kata biy tak kacak la ni...nakal dia ni..."Hasriq berura-ura nak menggeletek luthfia..tapi luthfia lebih pantas..Segera dia acu penumbuk depan muka Hasriq..sebagai amaran 'biy geletek Miya tumbuk!'.Hasriq mengeleng kepala beberapa kali..kalau dah gangster tu gangster jugak la sampai kesudah

"Ok ok..biy minta maaf.masa tu biy takot sayang hanya anggap biy kawan je sebab tu biy tak terus terang. tapi biy dah bagi hint kat sayang..sayang je tak perasan"

"ada ke?hint apa?"dahi luthfia berkerut seribu

"Agak-agak sayang,macam mana Hasriq zhafran boleh add sayang kat fb?nama fb sayang AishMiya kan...bukan luthfia humaira.."senyuman hasriq dah meleret..

luthfia panggung kepala...Erkk,,ye tak ye kan..macam mana la dia boleh tak perasan selama ni...hanya Aish Je yang tahu nama tu..Hasriq menarik hidung luthfia perlahan..

"So,ada lagi pertanyaan lain yang menganggu fikiran isteri biy ni?"

luthfia mengurut dagu berulang kali..

"just one more thing ,Biy ada datang kat rumah pokok kita kan.it's that right?biy yang letak bunga rose kat situ kan.."mata luthfia dah sepet sambil memandang wajah Hasriq zhafran.menunggu jawapan Hasriq.

Hasriq ketawa kecil..memang dia yang letak. masa naik pokok tu pun dia dah rasa macam seorang pencuri .terjengket-jengket,takot terserempak dengan luthfia.Dia mengangguk perlahan.

"Thanks sayang. sebab jaga rumah kita dengan baik.i love you so much"tutur Hasriq perlahan seakan berbisik.haruman rambut isterinya buat nafas Hasriq tak teratur..dia merapatkan bibir ke bibir isterinya.

"One more question.please.."pinta luthfia tiba-tiba..kata-kata luthfia buat Hasriq ketap bibir.aduiii.tak habis lagi rupanya..

"Biy nak bawa miya honeymoon kat mana?"
luthfia teringat janji Hasriq nak bawa dia honeymoon lepas KL fesyen week ..wajah Hasriq yang mencuka tiba-tiba berubah ceria.

"Sayang cakap jer kat mana..biy akan bawa."

"ermmm kita balik sarawak..miya rindu rumah Kita. please biy.."tukas luthfia tiba-tiba..rindu sangat nak panjat rumah pokok tu...banyak kenangan mereka suami isteri dekat situ.sejujurnya memang itulah tempat yang Hasriq ingin bawa luthfia masa honeymoon nanti.

"Dengan satu syarat" kening Hasriq dah terangkat sebelah ..saja nak mengada-ngada sikit.

"apa dia?biy bagi 10 syarat pun miya sanggup terima.asalkan kita balik sarawak..."

Hasriq dah tersenyum lebar.disua pipi kanan ke arah luthfia...dengan harapan dapat kiss dari isteri tercinta..

papp!!

pipi Hasriq terasa pedas...lain yang diharap.lain pulak yang dapat.

"kenapa sayang tampar biy?biy nak sayang kiss pipi,bukan tamparr"Hasriq pura-pura merajuk

"Laaaa,,iya ke biy?,.miya ingat biy suruh tampar nyamuk kat pipi tadi..sorry biy."Luthfia pura-pura rasa bersalah.sebenarnya dia tahan senyum...sengaja dia tampar..dia tahu sangat perangai Hasriq yang satu tu.merenyam tak sudah-sudah.Hasriq tak bergerak.masih dengan rajuknya.

"biy merajuk ke tu?"usik luthfia manja.

"Tak lah. biy tak merajuk"sinis je jawapan Hasriq.

Luthfia dah ketawa geli hati..lelaki punya ego memang tinggi melangit kan .lantas pipi Hasriq dicium bertubi-tubi.

"I love you so much biy..you know what,when i look at you ..i can see the rest of my love in front of my eyes..your my everything .biy jangan merajuk lagi k..I'm sorry.. "pujuk luthfia dengan suara yang manja.akhirnya Hasriq mengalah.senyuman Hasriq buat luthfia cair..mereka hanyut dalam perasaan cinta yang menggebu. Dan malam pun dirasakan berlalu dengan sangat panjang..Lutfia bahagia sangat..

"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience