Luthfia Humaira rimas..sudah 20 minit dia duduk berduan dengan Datuk Helmi. dia cuak bila mata Datuk Helmi tu memandangnya dari atas hingga kebawah. Luthfia Humaira sengaja memilih restaurant yang ramai orang...dia takot Datuk Helmi akan bertindak di luar kawalan...sudah beberapa kali jam ditangan dilirik...namun kelibat anak saudara Datuk Helmi tidak kelihatan.. Dia keliru,betul ke Datuk Helmi ada anak saudara?atau ini hanya tektik untuk keluar lunch berdua-duan dengan Luthfia Humaira.
"Mana anak saudara Datuk ni?betul ke dia datang atau Datuk nak permainkan saya...saya banyak kerja ni Datuk..saya takde masa nak bergurau..."Dipandang sekilas wajah Datuk helmi dihadapannya..dia menanti apa reaksi Datuk Helmi namun bossnya itu hanya bersikap santai...
"Tunggu sekejap..saya dah hantar Whatssap kat dia...Dia cakap On the way....saya tahu awak banyak kerja dan saya tahu awak pekerja yang rajin..tapi sekarang waktu lunch tau..awak tak seharusnya memikirkan kerja bila time rehat..awak tak jaga kesihatan awak ke fia.?"
Luthfia Humaira mengeluh perlahan...sejak kecik lagi dia sudah belajar erti berdikari dan tangungjawab.dia tak pernah mengabaikan setiap tugasan yang diberi. tiada istilah berehat dalam kamus hidupnya..
"Assalamualaikum pak su.."
Luthfia Humaira menoleh,sekujur tubuh yang tinggi lampai terpacak d betul-betul di belakangnya..Seorang lelaki yang bertshirt round neck jenama DKNY..berseluar jean jenama levis...perghh...ada class jugak anak saudara Datuk Helmi ni rupanya..'bisik hati Luthfia
"waalaikumsalam riq. Datang jugak akhirnya..kenapa late?"lelaki tersebut menyalami tangan Datuk Helmi...Dari gerak gerinya,Luthfia tahu yang mereka berdua tidak mesra...
"maaf pak su,jalan jammed tadi..lagipun singgah kat hotel dulu sebelum datang.. "
Seperti magnet,matanya segera beralih ke wajah gadis yang sedari tadi berdiam diri....Hasriq zhafran kaget..lidahnya kelu...'cantiknya dia' bisik hati hasriq...dia terpempan..mata yang menawan,hidung mancung,alis mata yang lebat dan panjang...persis orang arab..mcm Dilraba dilmurat..actress america/taiwan tu.desis hatinya...Datuk Helmi yang perasan kelakuan Hasriq mula rasa cemburu..dia berdehem beberapa kali...
"kenalkan Luthfia Humaira.ketua jurutera di medan jaya construction...dan fia,ini lah anak saudara saya Hasriq Zhafran...
Luthfia tersenyum manis ke arah Hasriq Zhafran..Entah kenapa hatinya menjadi resah dan serba tak kena..pandangan lelaki itu membuatkan dia merasakan jantungnya bagai berhenti berdenyut..bagai mahu gugur jantungnya melihat senyuman hasriq zhafran yng berlesung pipit itu...Dia cuba berlagak tenang walaupun dalamannya kini sedang bergolak hebat..
"panggil jer fia.."
luthfia Humaira menyambut tangan yang dihulurkan Hasriq Zhafran..terasa sejuk tangannya dirasakan...
"Selamat berkenalan fia..harap-harap kita boleh berkerjasama dengan baik selepas ini...jangan risau,saya ok orangnya... "senyuman indah dihadiahkan kepada Luthfia Humaira..
kata-kata Hasriq zhafran sedikit sebanyak melegakan Luthfia. nampaknya dia boleh bekerjasama dengan Hasriq...Datuk Helmi hanya mampu mngalihkan pandangan ke tempat lain...tidak lama lagi dia akan keluar dari medan jaya dan dia sudah berjanji tidak akan mengharapkan apa-apa lagi dari Luthfia humaira....Hasriq zhafran muda,kacak dan lebih bijak darinya...sudah pasti Luthfia Humaira akan jatuh hati.bisik hati kecil Datuk Helmi...
"Fia,selepas ini,saya akan serahkan semua tugas dan tangungjawab saya kepada Hasriq..so,saya harap awak boleh bimbing dan sama-sama majukan syarikat kita ni..Hasriq berkelulusan master dalam engineering...dan Dia juga study bussnies management....gandingan kamu berdua pasti akan memajukan syarikat ini.."Datuk Helmi berhenti berbicara sekejap.
" saya dah tua fia,saya rasa dah tiba masanya saya berundur diri dari medan jaya contraction.lagipun baru-baru ni kesihatan saya tak mengizinkan saya tuk terus bekerja...saya kena banyak berehat.."kedengaran sayu suara Datuk helmi..suasana di restaurant permai itu sangat bising...terlalu ramai orang makan disitu..salah satu restaurant yang popular diserian.
"Datuk sakit apa?"Luthfia humaira memandang wajah Datuk Helmi dengan pandangan yang pelik.Patut la semenjak dua tiga minggu ni Datuk Helmi Jarang masuk office.
"Orang tua macam saya ni memang banyak sakit fia..tapi awak jangan bimbang...bukan sakit berbahaya pun cuma kadang -kadang jantung saya ni ada masalah..bila-bila masa saya boleh pergi."
Luthfia humaira terdiam..Rasa sedih mula menyelubungi dirinya.terbit rasa kasihan dihati bila mendengar kata-kata Datuk helmi..
"Datuk jangan lah cakap macam tu..datuk mesti ingat benda yang positif ..Kita Ada Allah...minta yang baik-baik pada Allah dan kita akan dapat balasan yang baik- baik.. "
Datuk Helmi tersenyum....terharu sebenarnya...Alangkah indah hidupnya jikalau Luthfia Humaira menjadi suri hidupnya...pasti dia akan bahagia selama- lamanya...Hasriq zhafran yang mendengar kata- kata luthfia juga tersenyum...jarang dia jumpa gadis seperti luthfia di abad 21 ni..1 dalam 1000..penuh adab sopan dan lembut tutur kata...hatinya tersentuh dan rasa- rasanya dia sudah jatuh cinta pada pandangan pertama...
"awak sangat baik fia,in sha Allah saya akan ingat pesanan tu..be positif..sebab tu saya percaya dan saya yakin awak dan hasriq dapat majukan syarikat medan jaya ni..medan jaya ni akan gemilang dan terus melonjak naik ditangan kamu berdua.."penuh harapan Datuk Helmi mengutarakan kata-kata..
"pak su jangan bimbang..saya takkan hampakan pak su,lagipun saya dan miya pasti akan majukan syarikat medan jaya Concstruction.saya janji..paksu boleh percayakan saya"
Bagai terkena renjetan elektrik...Luthfia Humaira memandang Hasriq Zhafran tanpa berkelip...betul ka apa yang didengarinya tadi....betul ka Dia mendengar Hasriq Zhafran memangilnya miya??macam mana Hasriq tahu namanya itu...Hanya Aish dan Puan Hanisah sahaja yang panggil dia dengan nama tu..
"Fia ,are you okay?muka awak pucat.. .kenapa ni?"Datuk Helmi hairan melihat perubahan Gadis didepannya ..Luthfia tersedar...segera ditoleh ke arah Datuk Helmi...
"hmmm...nope...iam ok...dont worry....apa awak cakap tadi Encik Hasriq??"matanya kembali menatap wjah lelaki yang kelihatan tenang itu.sebijik James Reid.handsome.!
Dahi Hasriq berkerut...Hairan dengan perubahan wajah luthfia Humaira..
"saya cakap saya takkan hampakan pak su ..kita akan sama-sama majukan medan jaya Concstruction fia..kenapa?" semakin berkerut dahi Hasriq zhafran.."by the way,awak pangil je saya hasriq..tak perlu berencik-encik dengan saya k.."senyuman Hasriq melemahkan Luthfia Humaira..dia cuma tersenyum...macam mana la dia boleh salah dengar... rindunya kepada Aish semakin kuat..sejak akhir-akhir ini,dia selalu terkenangkan Aish..
"oo... hmm. tak de papa... saya ok ."
Luthfia Humaira tersenyum.....terasa panas wajahnya ketika itu...Dia menghirup air limau perlahan..cuba untuk mengawal perasaan pelik yang datang tanpa diundang..
"pak su harap selepas ni,Riq ,Airen dan mama riq tinggal di rumah paksu.tak perlu la tinggal d hotel lagi..paksu keseorangan riq..cuma kamu dan kluarga kamu la satu-satunya keluarga pak su yang ada dlm dunia ni...pak su pun dah rindu sangat dah dengan mak kamu tu "kata Datuk Helmi Penuh berharap..
"Baiklah pak su,nanti saya bagitahu mama dan Airen..".Pandangan Hasriq jatuh pada Luthfi Humaira...gadis itu melemparkan senyuman manis...Hasriq Terpana seketika...
* * * * *
Baru beberapa langkah kakinya masuk ke pejabat.Zahra sudah menerpa ke arahnya...terkocoh-kocoh zahra menarik tangan Luthfia Humaira dan membawanya masuk ke dalam bilik..pintu bilik sengaja dikunci.....
"kau dah kenapa beb...tak menyempat - nyempat....sakit kaki aku la.."terjegil mata luthfia memarahi zahra..tapi seperti biasa kawannya itu hanya tersengih..langsung tidak ada rasa bersalah..
"tak de la...aku teruja la...aku nak dengar cerita kau pulak...tadi aku dengar kaq midah dan zarul cakap pasal anak saudara Datuk.mereka terserempak dengannya di lobi...mereka cakap dia handsome..betul ke?"..bersinar-sinar mata zahra bertanya.....Luthfia humaira tersenyum kecil...nampaknya dia memang tak berpeluang la hendak mendekati Hasriq..Kawannya sendiri pun dah terpikat...belum lagi kalau Ida nampak..alahaiiii....
" Boleh tahan la..handsome la juga...tak macam si fahmi Kau tu....hahaha "
Sengaja luthfia berkata sedemikian...sengaja hendak melihat reaksi zahra..Zahra mencuka...ditolak bahu luthfia sedikit...badan kecik molek luthfia terdorong ke belakang...hampir- hampir luthfia Humaira terjatuh...
"Adui..sakit la..."
Nasib baik belakang luthfia terdapat sebuah meja ..kalau tak alamatnya badan luthfia dah patah renyuk ..
"Sapa suruh kau cakap pasal fahmi aku..Sudah la harini aku tak jumpa dia sebab terpaksa tolong kau,kau tak berterima kasih pun..."zahra mencebik..
"Ala sorry la...aku main-main la...fahmi pun Handsome jugak...jangan la marah.."
zahra masih mencuka.. dia tahu betul perangai luthfia...Gadis tu bukan mudah sakitkan hati orang..tambah- tambah kawan-kawannya...Luthfia Humaira gadis yang sangat baik dimata Zahra..sebab tu dia tidak kisah sangat. cuma Zahra sengaja nak merajuk.
"Alaaa jangan macamni...apa kata petang nanti aku belanja cendol kat depan rumah mak esah tu..".
Zahra kembali tersenyum bila teringat cendol kampung yang super lazat dan terkenal di sekitar bndar serian...dah lama dia tak perkena cendol mak esah tu..dia boleh abiskan dua cap besar cendol tu setiap kali minum disana..
"Ok aku maafkan...tapi aku nak 2 cap cendol tau..lepas ni kau pergi beli"
"amboiii demannya kau....kenapa tak minta lima terus...tapi takpe lah..demi my bestfriend yang ciut...no hal la....10 pun aku sanggup belikan.."senyuman Zahra sudah sampai ke telinga..
Zahra akui kawannya tu memang baik...walaupun dia kadang- kadang geram dengan sikap kanak- kanak Luthfia Humaira Binti Azman..
"kau belum jawab soalan aku lagi..cakap la betul-betul."Zahra terus duduk didepan Luthfia ..diikuti luthfia yang bergerak ke mejanya.Bilik itu sederhana besar dan memang nampak eklusif untuk pegawai seperti Luthfia....
"Ok la...kau nak tanya apa?"
"Aku cuma nak tahu macam mana dengan anak saudara Datuk Helmi tu.Handsome ke tak.?.nama dia siapa..?kenapa Datuk Helmi tiba-tiba nak serahkan jawatan pengarah ni pada dia..?apa yang korang bualkan sepanjang lunch tadi??"
Bertubi- tubi soalan Zahra menerpa telinga Luthfia..
"Kau dah macam nenek aku la ..pertanyaan takde full stop...tanya satu -satu tak boleh ka?"
Zahra buat buat toya..Dia tak peduli.. Dia cuma nak kepastian sahaja..
"Tak kisah la.kau jawab je la soalan aku tu.." panjang betul muncung Zahra kali ni..
"Ok la,pertama sekali namanya Hasriq Zhafran..Memang Handsome..kau kenal james Reid kan...hah..sebijik muka dia....Tapi bagi aku tak la Handsome sangat..Kalau Aish ada kat sini,dah tentu Dia paling handsome..."
Tiba-tiba hati Luthfia sayu..macam-macam dah wajah Aish dibayangkan..Kadang-kadang dia bayangkan wajah Aish seperti penyanyi pujaannya Zynn Malik dari group One derection tu...gambar Aish semasa kecil yang diambil dari rumah pokok dulu diletak diatas meja....gambar mereka berdua..senyuman manis terukir dibibirnya...
"Fiaaaaa...Kau dengar tak aku tanya ni??"
Luthfia tersedar..ditoleh kearah zahra yang tercegang didepannya..
"Apa..Takyah jerit..Aku Tak pekak la.."
Sakit telinganya mendengar jeritan Zahra yang tajam tu.
"Heloooo .dah banyak kali aku panggil nama kau...Apa yang kau menungkan..Sapa Aish?"
Zahra mengerutkan Dahi..Agak terkejut jugak dia bila Luthfia Humaira tiba-tiba menyebut nama Aish..
Luthfia Humaira hanya mampu tersenyum...
"Aish tu kawan aku masa kecik dulu."
Luthfia terhenti.kenangan dengan Aish kembali menerjah pemikirannya.
"terus...?"
"Dia la kawan baik aku ..kami tingal sama- sama di kampung...dia selalu ada bila aku ditimpa masalah.. dia yang selalu backup aku bila aku dibuli oleh pelajar senior.walaupun aku selalu susahkan dia masa kecik..dia selalu bantu aku.Akhirnya kami menjadi kawan baik..sampai la Aku jatuh cinta dengannya.."Luthfia terdiam..Terasa malu pulak dia pada zahra.
Zahra yng nampaknya terkejut mendengar cerita Luthfia terus menghampiri Luthfia..ditarik kerusinya supaya menghampiri Luthfia.. Bagi Zahra,Luthfia Humaira Seorang gadis yang berpendirian dan ada prinsip hidup sendiri..bukan senang dia hendak jatuh cinta kepada sesiapa..Di office saja sudah ramai yang jatuh hati dan mencuba memikat hati Luthfia.namun semuanya hampa bila Luthfia tidak menunjukkan sebarang respon pada mereka..
"Mana dia sekarang?"
"Kami berpisah bila Dia ikut keluarganya berpindah ke kuala lumpur..sejak itu aku rasa macam hidup aku kosong..sunyi..Aku hilang punca..Aku rasa macam semua yang aku sayang tinggalkan aku..Selepas aku masuk ke sekolah menengah..aku ada cari dia tapi susah sebab aku tak tahu nama penuh dia...selama ni aku cuma panggil dia Aish jer..Aku tak tahu nak cari dimana?"
Luthfia Humaira menunjukan gambar Aish kepada Zahra..gambar yang hampir pudar itu ditatap.comel jugak Aish ni.bisik hati Zahra..sama padan dengan Luthfia Humaira time kecik..
"Tapi walaupun kami dah tak berjumpa lagi.. aku pasti suatu hari nanti kami akan dipertemukan sekali lagi...aku yakin.."penuh semangat Luthfia Humaira berkata...
Zahra hanya mengiyakan...
"ok kita sambung balik pasal si james Reid tu....apa yang kamu bincangkan tadi tyme lunch.."
Luthfia Humaura mengeleng kepala beberapa kali melihat perangai zahra yang periang itu..hilang kesedihannya.
Share this novel