Bab 35

Drama Completed 8867

Surat diatas meja dibelek..hati Hasriq mula berbelah bagi.peluh didahi diseka berkali-kali.hatinya jadi tak tenteram.surat Perletakkan jawatan Luthfia Humaira dipandang sepi..bila-bila masa jantungnya meletup sekarang ni

Dia jahat sangat ke pada Luthfia.Apa yang dilakukan selama berbulan -bulan ni semata-mata hendak melindungi luthfia...masih segar diingatan Hasriq kata-kata ugutan Shareen.

"jauhkan diri dari gadis kampung tu..kalau tak,You jangan menyesal wajah cantik dia akan bertukar buruk bila terkena Asid suatu hari nanti..You dah lupa apa jadi pada kereta dia..tu baru bumper kereta yang pecah..belum lagi muka dia yang pecah..jangan cabar i Riq?"

Dan gara-gara itu jugak lah dia hanya dapat memerhatikan luthfia dari jauh..Air mata bertakung di kelopak mata setiap kali melihat Luthfia penat dan tidak selera makan.dia tahu semuanya berpunca darinya..wajah kekasihnya itu pucat lesu. dia sayangkan luthfia sangat-sangat..dia tak sangup melihat wajah itu terluka..kalau perlu,nyawa pun dia sanggup gadaikan demi luthfia.

Dia tak nak kehilangan Luthfia sekali lagi..Lantas surat di atas meja tadi diambil.langkah diayun laju menuju pejabat luthfia..namun hampa,gadis tu tidak ada di pejabatnya..Ridwan yang baru keluar dari bilik rehat dihampiri..

"Wan,Kau nampak Miya tak?"

Ridwan memandang Hasriq yang kelihatan cemas.Hasriq menunjukan surat letak jawatan itu kepada Ridwan.surat perletakan jawatan berkuat kuasa serta merta.

"Dia dekat rumah sekarang"

Hasriq meraup wajah kasar..rambutnya dah serabai. fikirannya kusut..

"Aikk,kau bimbang pasal dia ke?Bukan kau lagi suka kalau dia tak kerja kat sini lepas ni?kau kan benci dia.."perli Ridwan..wajah Hasriq direnung tunak..ingat dia akan biarkan ke kalau orang sakitkan hati Adiknya..

"Aku tak pernah Benci dia la..Aku sayang Miya sangat-sangat.."

"Kau ingat aku percaya cakap kau..tolong la Hasriq,Aku tak nak adik aku tersiksa lagi..cukup lah dia menderita sebelum ni.aku takkan biarkan kau sakitkan hati dia lagi.kau lupakan je lah Miya..Biar dia happy dan tenteram lepas ni..tak payah lah kau cari dia lagi." Bahu Hasriq ditepuk perlahan.

Mata Hasriq merah menyala..Ridwan ingat dia akan lupakan Miya macam tu je ka?No!!Miya is Mine.,!!

"Nooo,Never!Aku tak kan tinggalkan Miya..dia cinta pertama aku,dan aku akan pastikan Adik kau tu jadi cinta terakhir aku...Apa yang aku buat selama ini semuanya demi melindungi Miya..kau tak kan faham tapi aku buat sebab aku cintakan miya sepenuh hati aku...she's my spirit.. my life.. my love.. my everything....."Hasriq lantas meninggalkan Ridwan yang terkulat-kulat memandangnya.Ridwan tahu perasaan Hasriq sebetulnya..sengaja dia cakap macam tu..biar Hasriq sendiri mengaku dan berusaha dapatkan Luthfia semula..Aish memang diciptakn untuk Miya..Langkah Ridwan dihalakan ke meja Ida..Sejak Declare bercinta dengan Ida,Ridwan rasa happy sangat datang kerja.Tak sangka dua-dua memendam rasa sebelum ni....buah hatinya tu mengangkat kening memandangnya ..pasti Ida terkejut dengan amukan Hasriq tadi tu..Langkah diayun laju menuju Ke meja ida.


* * * * * * *

Rutin Harian Luthfia sejak kebelakangan ini ialah mengekori Datin jasmeen..Kadang-kadang dia mengekori Datuk Azman.Dia gembira.Luthfia masih belum puas bersama parentnya itu...Petang-petang Dia akan bawa ibubapanya jalan-jalan ronda kampung. kadang-kadang pergi air terjun sana..pergi rumah pokok dia...Dan kalau tak pun dia Akan main Badminton dengan Datuk Azman..dia betul-betul rasa dunianya lengkap..dia bersyukur dapat nikmati hidup seperti orang lain yang ada keluarga

Luthfia memusing-musing pinggang.Baru jer dia selesai sapu halaman..dah lama tak buat kerja tu sebetulnya.penyapu lidi disandarkan di tangga pondok..fikirannya melayang pada projek wisma yang ditinggalkan.Dia dah minta tolong abangnya untuk urus wisma central dan mega hotel mulai dari harii ni.pagi ni secara rasminya dia dah freedom..tak perlu lah dia pikirkan hal kerja yang banyak tu lagi.dan paling penting tak perlu lah dia menghadap muka hasriq lagi..luthfia akan mula sedih bila teringat pada layanan hasriq yang dingin.Hanya dia sorang saja dekat rumah pagi ni.Datin jasmeen dan Datuk Azman dah ikut Puan Hanisah ke kebun.Gembira sangat Datin jasmeen,Dia paling suka bercucuk tanam,tapi di Kl,Datin jasmeen tiada masa.

Dari jauh luthfia nampak sebuah kereta honda jazz meluncur laju masuk keperkarangan rumahnya..Dia kenal kereta tu..Dah lama kereta tu tak datang rumah Luthfia..bibir diketap geram ..laju jer Luthfia menapak naik ke rumah..malas nak jumpa empunya kereta honda jazz tu .hatinya sakit.

"Fia,tunggu jap.."

jeritan Hasriq mematikan langkahnya..dah lama luthfia tak mendengar lelaki itu menyebut namanya..jantungnya kembali berdebar kuat...ternyata Hasriq mampu mengucar kacirkan hatinya yang keras selama ini.

"please fia,dengar dulu apa yang riq nak cakap. "

luthfia kaku..Suara yang dia rindu sangat..pangilan yang dinanti-nanti luthfia.wajah serabut hasriq ditatap...dahh 2 bulan dia tak dengar suara tu..Ya Allah,dia gembira sangat hari ni. tapi dah terlambat,dia takkan berlembut dengan Hasriq kali ini..wajahnya masam..dipandang hasriq dengan riak tanpa perasaan..

"Awak nak apa?saya dah letak jawatan kan...so, saya takde kena-mengena dengan Medan jaya construction lagi..."

"No,fia tak boleh berhenti macam tu..Riq tak akan terima surat ni. "

Entah dari mana kekuatan dia datang...dia tak peduli dengan ugutan shareen. selagi dia ada,takkan ada sesiapa yang dapat cederakan luthfia....dia akan lindungi luthfia dimana jua Luthfia berada..

"Saya tak peduli..saya dah berbincang dengan Ahli lembaga pengarah...mereka pun tak da kuasa nak larang saya dari berhenti kerja.lagipun memang itu yang awak nak kan Hasriq.Selama ni awak jauhkan diri dari saya..so,kenapa nak larang saya berhenti pulak sekarang ni?"

Hasriq menarik nafas.Dia cuba menenteramkan perasaannya..Luthfia sudah memandang ke arah lain.sakit hati masih tersisa dalam hatinya.

"saya tahu saya salah pada awak selama ni..tapi please fia,awak tak boleh tinggalkan syarikat macam tu saja...saya tahu saya takde hak nak larang awak. tapi tolong,fikirkan demi Medan jaya..:

luthfia mengeluh,bukan itu yang dia nak dengar
sebenarnya ..hasriq tak pujuk dia dengan kata cinta dah..mungkin kali ni dia pujuk hanya semata-mata disebabkan kepentingan syarikat..Air mata laju menitik di pipi..Sah lah Hasriq dah benci dia.

"Saya dah tak peduli pasal medan jaya..Awak boleh handle semuanya kan..macam sebelum ni,awak tak perlukan saya pun handle central park..awak suruh saya cuti..and now,saya akan gembirakan hati awak terus dengan letak jawatan.."

Hasriq mengeluh kuat.lidahnya kelu.rasa malu bermukim dihati.gadis tu memang nampak nekad.

"Awak balik lah hasriq..lupakan saya macam mana awak tak pedulikan saya 2 bulan ni.Encik Aidil ada banyak pengalaman tentang projek tu.Abang saya pun boleh tolong kendalikan..saya minta maaf,awak tolong sampaikan permintaan maaf saya pada Datuk Helmi.Beritahu dia saya tak mampu galas amanah yang dia beri pada saya...i quit...I'm sorry...."

Lantas Luthfia meninggalkan hasriq yang terpinga-pinga..kepala hasriq menunduk..tangan dikepal sekuat hati.lutut dan kakinya lembik. rasa nak pitam disitu jugak..

'what you have done Hasriq Zhafran!!'

jerit hasriq dalam hati..Luthfia sudah jauhkan diri darinya.Susah dia nak dapat kepercayaan luthfia semula.Berbakul-bakul marahnya pada Shareen.Dia dah kehilangan Luthfia..Luthfia Humaira dah benci dia.Wajahnya diraup kasar..lidahnya kelu
hasriq cintakan luthfia sangat-sangat..wajah pucat luthfia terbayang dimatanya..Mata Cantik itu kelihatan sarat dengan perasaan marah yang menggunung.Lambat-lambat Hasriq menuju ke honda jazz..Dia perlu balik ke pejabat.

Malam tu Luthfia menangis lagi..Kenapa Hasriq tak ungkapkan kata cinta seperti sebelum ni..kenapa Hasriq tak pujuk dia..Luthfia rindukan panggilan Sayang dari Hasriq..dia cuma nak kan perhatian dari lelaki tu je..Lantas tangannya menekan nekan punat telefon..Dah lama tak buka Fac..dia nak stalk lelaki tu..sekurang-kurangnya dia dapat lepaskan rindu..Air mata tambah deras mengalir bila ternampak gambar yang dipost Hasriq di App fb tu..Gambar Luthfia Main Flyboarding dengan wajah yang ceria..luthfia kaku.Hasriq curi-curi Tangkap gambar dia rupanya..patut lah dia tak nampak Hasriq dimana-mana masa tu..Gambar itu ditatap.senyuman luthfia terukir bila membaca caption lelaki tersebut.

'Her smile made me sleepless..I love you Luthfia Humaira..'

Luthfia terkesima..Kalau Hasriq cintakan dia,kenapa Dia abaikan Luthfia Selama ni..Apa salah Luthfia..Satu persatu komen dibaca..luthfia ketawa kecil bila ada komen yang jelas-jelas kata dia cemburu dengan Gadis flyboarding tu..ada yang ucap tahniah..ada yang muji-muji luthfia cantik sangat..dan banyak yang cakap tak sabar tunggu kad jemputan dari Hasriq zhafran..tapi ada satu komen tu buat luthfia sentap..dari Shareen Tan sri Mokhtar!

'Tak la cantik sangat..kurus keding! tak macam body I'

komen tu banyak dapat kecaman netizen.kalau pasal membasuh orang.,rakyat malaysia ni bersatu padu,bersepakat semua..banyak komen yang kata Shareen jelous dan busuk hati..'

Luthfia dah sentap.dia sakit hati sangat..salah ka dia kurus kering,keding macam ni.Mulut orang memang tak de insurance betul..kurus salah,gemuk salah.susah sangat nak puaskan hati semua orang..Luthfia rasa tercabar.Dia benci Shareen..Dia tak pernah ada masalah dengan perempuan tu.Baru sekali kot dia berjumpa.lantas fb di logout.sakit hati kembali datang.Dia buka whatssap pulak.banyak whatsapp masuk.salah satu group ditekan.Banyak chat dari Ida, Zahra,Kaq Midah dan Zarul dalam chat group tu...semua hairan dengan keputusan mendadak luthfia keluar dari Medan Jaya..Riuh rendah group dengan sakat si zahra.tak cukup dengan tu..banyak meseg personal dari Zahra dan Ida..selain dari berita Luthfia berhenti kerja..topik yang hangat diceritakan dalam group adalah topik kisah cinta yang terhangat abad ini..antara Shahida dan Ridwan..Malu Ida dikenakan kaw-kaw oleh zahra..luthfia hanya mengeleng kepala membaca chat kawan-kawannya itu.Malas dia nak menyampuk..Tiba-tiba Luthfia teringat no telefon Aish..lantas diambil kad Biru cair dalam pursenya dan dia mula save number tu...Luthfia berkira-kira nak meseg Aish.Luthfia tarik nafas dalam-dalam dan dengan lafaz bismillah,Luthfia menghantar meseg..darah gemuruh mula datang..Pertama kali sejak 13 tahun dia berhubung dengan Aish.
~Assalamualaikum~

Luthfia berdebar-debar..Tiba-tiba dia menyesal meseg lelaki tu.malu sangat.getaran hp yang menandakan ada meseg masuk buat Luthfia gugup.

~Waalaikumsalam Miya ~

Erkk,Aish tahu Dia ke?Ni tak lain tak bukan Airen la yang bagitahu.geram sangat dekat budak tu..

~ Aish Apa khabar? ~

~ Aish tak sihat Miya..Aish Rindu Miya ~

Luthfia mati kutu.tiba-tiba satu badan berpeluh.berani giler Aish ni..sudah lah tak pernah jumpa..berhubung pun baru first time sejak 13 tahun lalu..dah luahkan perasaan Rindu

~Errmm...makan lah ubat,cepat sikit sakit tu kebah ~

Malas nak cakap berbunga-bunga.Dia tak nak bagi harapan pada lelaki tu..sejak Hasriq muncul,cintanya dah beralih arah.dia pun tak sangka kenapa lelaki seperti Hasriq tu boleh merubah cintanya yang tulus pada Aish..sedangkan selama ini lelaki yang bersusah payah disamping dia ialah Aish..lelaki yang banyak mengorbanankan masa dismpingnya ialah Aish..

~ Miya tak rindukan Aish ke? ~

~ Rindu ~ Luthfia membalas sepatah.

~ Habis tu,Macam tak semangat message Aish~

Luthfia dah duduk bersila atas katil..takkan dia nak berkasar dengan Aish pulak.

~ Takde lah.Miya ok.cuma masih belum Biasa..dah 13 tahun tak jumpa Aish..~

~Oo..ingat Miya tak suka meseg Aish~

~ Boleh Miya tanya Aish sesuatu? ~

~ tanyalah,untuk Miya semua boleh..~

Ya Allah,Kata-kata Aish sebijik macam kata Hasriq Dulu..Dengan Hasriq,dia rindukan Aish..sekarang bila dengan Aish,dia rindukan Hasriq pulak..

~ Kenapa Aish tak nak jumpa Miya..Aish selalu mengelak jumpa Miya?

lama luthfia menunggu balasan Aish. Luthfia hampir mengalah..Dia dah agak Aish tak nak jawab soalan tu..lama baru ada balasan Aish

~Aish takot Miya larikan diri dari Aish..~

~ Kenapa?Aish makan orang ke?Napa Miya perlu larikan diri daripada kawan baik sendiri?~

Senyapp lagi....

~sampai masanya Miya akan jumpa Aish jugak..but one thing you should know...I truly miss you Miya.Always~

Luthfia dah berpeluh ..Kenapa Aish buat dia tak tentu arah..sama macam Hasriq,hatinya berdetak kuat..hp dimatikan.tidak tahu cara nak balas meseg Aish.mukanya merah.luthfia sendiri keliru,dia cinta dan sayang Aish .tapi kenapa semuanya berubah bila jumpa hasriq...renungan James reid tu menggetarkan perasaannya..lantas dia keluar dari bilik..niat hati nak minum..tekak rasa haus sangat..namun baru jer masuk dapur dia dah terlanggar seseorang..nasib tak jatuh..lantas dia segera menekan suis lampu..terbentang depan mata tubuh abangnya Ridwan..

"Kusss semangat..Ya Allah Abang buat apa duduk gelap kat sini..tak tidur lagi ke?"

Ridwan menggeleng..dah dua jam dia duduk bergelap di meja makan tu.fikirannya melayang.

"Abang ada masalah ke?"

Luthfia terus duduk di sebelah Ridwan..Wajah Ridwan serabai..macam menghadapi masalah berat..

"Diq,abang tak nak pindah kuala lumpur la ."

Luthfia dah ternganga..Aikk,dulu abang dia yang beria nak Luthfia pindah kuala Lumpur.sekarang Ridwan srndiri pulak tak nak. pelik

"Kenapa?"

" Abang tak nak berjauhan dengan Ida "

Kata-kata Ridwan buat Luthfia bantai gelak.ingat berat sangat masalah abang dia ni..rupanya tak dapat tinggalkan awek jer...aduhaiii..

"Kalau niat nak ketawakan Abang ,Miya boleh sambung dalam bilik okay.Apa punya adik la Miya ni..abang dah serabut otak kat sini ,dia gelak jer...abang susah hati tau tak..Dari balik kerja tadi abang tak mandi lagi tau."

Luthfia segera menjauh dari Ridwan.hidungnya ditutup.saja disakat Ridwan.terjegil mata Ridwan melihat gelagat adiknya.tak sampai dua minit,ketawa luthfia pecah..luthfia mengalah..dia kembali duduk rapat dengan Ridwan.

"Miya ingat apala tadi...Abang,abang bukannya tinggalkan Ida..kita pindah Kat KL pun sebab kerja..so,bila kerja dah beres,abang buka la cawangan baru kat serian ni..tak la jauh dari pengarang jantung hati abang tu..lagipun bang,tak lari gunung dikejar..relax and enjoy brooo.."

Ridwan gigit jari..cakap senang la..bukannya Luthfia ditempatnya.susah payah dia luahkan perasaan pada Ida dulu..sekarang belum sampai sebulan couple,dia dah trpaksa pindah ke kuala lumpur demi janjinya pada Datuk Azman untuk ambil alih Syarikat Rodzy construction..

"Miya sayanggg,..senangnya adik abang ni cakap kan....Miya kena ingat..Gunung memang takkan lari sebab takde kaki..tapi Ida ada kaki...panjang pulak tu..Miya nak Abang putih mata tengok Ida kena kebas orang?.Cinta jarak jauh ni susah tau." ketawa Luthfia makin kuat dipendengaran Ridwan.

"Yang abang susahkan diri kenapa?Sekolah tinggi-tinggi sampai Phd pun masih tak dapat fikir ke?.Kalau dah tahu takot kena kebas orang..Apalagi,masuk la meminang..Abang nak Miya tolong ke?" Agak bernas kan nasihat Luthfia Humaira.

Ridwan panggung kepala..kenapa la dia tak terfikir idea tu tadi.kalau dia tahu dari awal,tak lah dia serabut duduk berjam-jam di meja makan tu..tak lah dia biarkan Nyamuk berpesta makan darah dia malam ni. senyuman kambing dihadiahkan pada luthfia.Mata Ridwan bersinar.

"Hailahh, .cakap pasal kahwin terus ceria jer muka abang kan.gatalnye abang aku ni..kasihan kau Idaa.."Luthfia dah ketawa..tak habis dia menyakat si Ridwan..Ridwan tersengih macam kerang busuk..dia tak marah pun..lantas dahi luthfia dicium penuh kasih.

"Thanks diq..abang tahu adiq abang ni boleh tolong abang .hehe"bahu luthfia di peluk kuat..

"tepi lahh...busuk tau tak.kalau Miya bagitahu ida ni,terus dia reject ni jadi laki dia.."
Ridwan ketap bibir..sejak bila perangai zahra menurun pada luthfia ni.menyakat no satu.. hidung luthfia ditarik kuat....menjerit luthfia.

"Nak adu kat ida lagi tak?"

luthfia mengeluh..tangannya mengosok kuat hidung yang memerah. ni kalau tengok kat cermin,mesti dah serupa badut wajah dia sekarang ni.

"Tak nak kawan abang..bukannya nak terima kasih pada miya sebab bagi cadangan baik punya tadi tu.."gerutu luthfia,namun pergerakkan nya terhenti bila Ridwan memanggilnya..sekali lagi hajat nak minum terhenti..

"Miya Dan hasriq macam mana?"

Luthfia dah muncung..hilang semangat bila dengar nama Hasriq disebut..lantas dia kembali duduk di samping Ridwan.

"Macam mana apa?macam ni je lahh"

mujur lah Mama,papa dan nenek dia dah tidur..penat sangat bercucuk tanam dekat kebun tadi..takot pulak kalau mamanya dengar perbualan mereka.

"Miya tahu tak,wajah Hasriq muram je tadi dekat office..Dia betul-betul sedih bila Miya ambik keputusan berhenti kerja macam tu..he's still love you Miya..."Pujuk Ridwan..mata Luthfia dah berkaca.

"Dia yang abaikan Miya bang..Dia cakap dia sanggup tunggu Miya..tapi belum sempat Miya bagi jawapan..dia dah tinggalkan Miya macam tu je.."adu luthfia..dia perlukan seseorang untuk curhat.untuk luahkan segala isi hatinya

"Apa yang Hasriq buat bersebab Miya..Miya jangan menghukum seseorang tanpa usul periksa..Abang tak la tahu apa yang buat Hasriq abaikan adik abang ni. tapi apa yang abang tahu,Dia buat sebab nak lindungi Miya.."
Ya betul...Hasriq yang cakap kat dia pagi tadi.. Ridwan tak tipu.

Nak lindungi dari apa?dari siapa? Semua tu hanyalah alasan semata-mata..

"Miya bukan budak kecik nak perlukan perlindungan .Miya dah besar panjang tau...Miya tahu taekwando,silat,tomoi...Muay thai pun Miya terror tau.cuma judo dan wushu jer belom khatam lagi...Miya boleh jaga diri."Luthfia mendecit tak puas hati. ...kalau betul nak lindungi dia,kenapa tak jadi bodyguard dia jer macam masa kat Pulau lankayan dulu..kenapa kena jauhkan diri..tak logik betul.

"Miya,tak semestinya seseorang yang pandai silat,Muay thai,tomoi and everything yang Miya sebut tu tak perlu dijaga..memang Miya terror bab tu.Tapi malang tak berbau sayang .dalam Miya tidur pun kalau nak cedera pun boleh cedera tau..contohnya jatuh dari katil..Abang tak tahu lah sebab sebenar dia buat macam tu..tapi abang yakin 100% apa yang hasriq beritahu abang tu betul..

Luthfia terdiam.betul jugak kata Ridwan..kalau dah jatuh katil,segala seni pertahankan diri yang dipelajari dari sekulah rendah tu tak boleh pakai dah.tapi dia tetap marah Hasriq..dia taksuka

"Tak kira..Miya tetap tak percaya kat Hasriq..abang pun sama.Lelaki kan,mesti back up kaum sejenis.Dah la..Miya nak minum.haus.."

Ridwan mengeleng kepala.Luthfia memang degil.susah nak berubah nampaknya...biarlah..lambat laun adiknya akan percaya jugak pada hasriq..kalau dah jodoh tak kemana.kan..macam dia jugak..tapiii,walaupun jodoh tak kemana...dia tetap nak melamar Ida.jodoh tak jodoh,dia tetap nak Ida jadi yang terakhir dalam hidupnya.senyuman makin lebar di bibir Ridwan..

'Ida,Tunggu Abang ye sayangg' bisik hati Ridwan..segera dia berlalu untuk mandi...badan dah melekit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience