Bab 40

Drama Completed 8867

Sampai di rumah banglo je ,Shareen mengamuk.Dia mengurung diri dalam bilik.habis barang atas meja solek terbang melayang..cermin dan pasu bunga antik pecah dihentak pakai handbag Gucci Shareen..dia sakit hati..tak pernah lagi dia ditampar sebelum ni.Catherine memang kurang ajar..Ini semua gara-gara gadis kampung tu la..sampai gadis pendiam macam catherine sudah berani angkat tangan padanya..berlari Puan Sri Naziha dan Tan Sri Mokhtar ke dalam bilik anak gadisnya..terkejut melihat bilik anak daranya pecah macam kena langgar tsunami...


"Whats wrong with you honey?"

Puan Sri naziha menarik Shareen ke dalam pelukan.tubuh shareen mengigil.Tan Sri mokhtar hanya memerhati..dia berdiri tidak jauh dari Puan seri Naziha.


" Sherr benci dia mommy,I hate her so much..Dia rampas Hasriq dari sherr..I hate her soooooo much mommy..."

Tangisan Shareen dipandang sayu Oleh Tan sri Mokhtar...Dia sebagai bapa tidak mampu buat apa-apa..Sejujurnya di sudah serik..Sudah banyak kali kes seperti ini terjadi..Dia tahu perangai anaknya macam mana..Tan sri Mokhtar jugak tahu Hasriq,kawan Baik anaknya tu tak pernah cintakan anaknya..Dia tahu Hasriq hanya anggap Shareen kawan..dah banyak kali dinasihati namun Shareen tak pernah dengar kata.


"Sabarlah sayang..cuba bagitahu mommy,siapa perempuan tu?"Puan sri Naziha memujuk sahreen perlahan..Tak sampai hati melihat shareen meraung seperti itu


"anak kawan Daddy...and kalau sher tahu Maira Holding tu company perempuan tu...Sumpah Sher tak akan datang tadi..Sher benci dia mommy.."


"Sabar sayang,jangan macam ni."


"Sher cintakan Hasriq mamy,sher tak nak kehilangan dia..perempuan tu jahat,dia rampas hasriq dari Sher.."


"Sher,daddy pernah cakap kan sebelum ni,Hasriq tu cuma anggap sher kwan jer..sher yang tak dengar kata..sekarang tengok la..sher sakit hati sorang-sorang.."

shareen gigit bibir..sakitnya hati bila Tan sri Mokhtar tak pernah sokong apa yang dia buat.

"Hasriq cintakan Sher dad..sher yakin dia memang cintakan sher sebelum ni.tapi perempuan tu goda dia.perempuan tu buat dia tinggalkan sher.perempuan tu perampas.."

Tan Sri Mokhtar mengeleng kepala melihat sikap Shareen yang tidak dapat menerima kenyataan.

"Shareen,Daddy faham perasaan anak daddy ni..Daddy tahu Sher terluka..tapi Sherr tak boleh macam ni,Banyak lagi lelaki lain yang sedia jadi Suami Sherr diluar sana.Daddy boleh carikan sesiapa saja yang Shareen suka..tapi bukan Hasriq sayang..sherr terima hakikat ye nakk..Sher boleh dapat lelaki yang jauh lebih hebat dari Hasriq.Daddy janji."Pujuk Tan sri mokhtar..Dah banyak kali dia ulang Ayat tu pada Shareen tapi Shareen tetap tak nak dengar..Puan sri naziha pun mungkin sudah hafal patah perkataan yang keluar dari mulutnya itu

"Dad,dad tak pernah faham hati dan perasaaan Sher kan...Dad tak pernah sayang shareen."

Shareen menjerit bagai orang gila. dia benci luthfia..tanpa buang masa shareen lantas keluar dari rumah..niatnya cuma satu..nak hapuskan luthfia..kereta Mercedes-Benz hazel metallic memecut laju membelah malam.Dia perlu lakukan sebelum luthfia kembali dalam hidup Hasriq.Tan Sri Mokhtar mengeluh perlahan mengenangkan perangai shareen, satu-satu anak yang dia ada .


* * * * *

Luthfia menapak ke arah Ida yang sedang bersiar-siar mendukung Azzam dalam taman mini buatan di halaman banglo..pelbagai macam bunga dan kolam ikan turut ada..hari cuti macam ni,mereka selalu menghabiskan masa di taman tersebut..kalau dekat sarawak,luthfia pasti sudah
menghabiskn masa di rumah pokok.tempat lepak paling best dalam dunia.nasib baik dekat rumah Datuk Azman ni ada kolam ikan..dapat la jugak habiskan cuti dengan bermain dengan ikan koi yang hampir 30 ekor dalam kolam air pancut tu.dan ada 3 ikan dalam kolam tu yang paling luthfia sayang..ikan koi tu ada nama masing-masing..dia ambil semua nama yang dia rindu...yang panjang kaler putih hitam tu Kaq Midah..yang agak kecik dan agak lincah tu Zahra..,dan paling dia sayang ikan koi yang agak menonjol kaler kulitnya..kaler merah putih,hitam dan ada sedikit kaler gold di wajah ikan koi yang agak besar tu..dia bagi nama 'Hasriq'.he he..ikan tu paling banyak dia bagi makan.nampak tak pilih kasih luthfia??..ikan yang agak jinak dengan luthfia..kalau dia rindu Hasriq,dia akan berbual dengan ikan koi tu..pengubat rindu.

" Ida,Abang mana?dari tadi tak nampak" Tegur Luthfia.pagi-pagi lagi Ridwan dah Hilang dari Radar..breakfast pun tak ada.


"Abang pergi Airport la,jemput mama, papa dan nenek.papa kol semalam.kau lupa ke..?"

Luthfia terangguk-angguk.senyuman terpamer d wajahnya.sudah agak lama Datuk Azman dan Datin Jasmeen tak datang kl..dia lupa malam nanti mereka ada majlis kesyukuran dan doa selamat untuk baby Azzam..Celebrate birthday Azzam yang pertama.lantas Azzam yang berada dalam dukungan Ida beralih ke dalam pelukkannya..Azzam baby yang tak memilih..semua orang dia nak peluk..kadang-kadang Azzam jadi pendengar setianya bila dia meluahkan perasaan tentang Hasriq...Azzam hanya tersenggih dan ketawa.jarang budak kecik ni menangis.Azzam hanya menangis kalau mengantuk,sakit perut ataupun Luthfia kacau dia..pipi Azzam sentiasa jadi mangsa Luthfia..almaklumlah geram dekat budak pipi pau ni.

"Fia,Kau tak habis cakap lagi tau pasal Encik Hasriq."tanya Ida.tiba-tiba teringat perbualan mereka yang tergendala semalam..

Luthfia segera memandang Ida..Dia rasa sayu semula..

"Ida,he said he loves me ida.. Hasriq cintakan aku."tanpa menjawab soalan Ida,luthfia mengadu pada Shahida.


"Kau jumpa dia depan-depan?serious la.."

"Semalam aku nampak dia kat luar dewan lepas habis acara...tapi aku nampak dari belakang je..tapi aku yakin 100% itu Hasriq dan semalam dia bagi aku bunga melalui Cat.Cat cakap lelaki tu hasriq...dia tulis kad dan dia kata dia cintakan aku.."

Ida tersenyum nipis..memang selama ni dia tahu Hasriq cintakan Luthfia.cuma luthfia jer yang berubah tingkah dan merajuk sampai berhenti kerja dekat Medan Jaya dulu..

"I know fia..dari dulu aku,kaq midah dan Zahra bagitahu kat kau yang dia cintakan kau..tapi kau tak percaya..sanggup berjauhan dengan dia.merajuk sampai kerja kat sini..sekarang ni baru kau rasa kan.."

"Ida,kalau kau kat tempat aku...baru kau tahu macam mana perasaan aku Ida..aku bukan merajuk..tapi aku tak sanggup la berdepan dengan dia..Dia abaikan aku ,dia anggap aku tak wujud jer kat Medan jaya tu...Kau ingat apa dia buat kat aku?dia suruh aku cuti tau tak...nampak sangat dia benci aku,dia tak sudi pandang wajah aku masa tu..so aku rasa baik aku jauh dari dia..sekurang-kurangnya aku boleh cari harga diri."

Shahida dah mengeleng perlahan..dia tahu perangai luthfia yang sensitif tu..kuat sentap..

"jadi sekarang ,berapa harga diri yang kau dapat?"sinis pertanyaaan Ida menampar telinga luthfia..luthfia terdiam,Ida tak faham apa sebanarnya yang luthfia lalui pun..Azzam sudah terlena di bahunya...dicium dahi anak kecil tu.

"Fia,cuba kau ubah pemikiran kau tu...jangan fikir negatif,jangan fikir yang bukan-bukan..tak semua orang macam tu..aku rasa dulu kau positif beb..kau selalu cakap kat aku yang hidup kita ni kena fikir positif..fikir yang baik-baik jer..and now,kau sendiri yang fikir benda bukan-bukan..Kau sendiri tahu kan dia suruh kau cuti sebab apa..dia kesian tengok kau hari-hari kerja berat..kalau aku jadi dia pun aku buat benda sama..he loves you fia..he truly love you."


"Tapi kenapa dia abaikan aku?kenapa dia jauhkan diri dari aku..?"

pertanyaaan Luthfia dijawab dengan gelengan Ida


"Sepatutnya kau jumpa dia dan tanya dia betul-betul apa masalah dia...Ini tidak,baru sekali dia jauhkan diri kau dah merajuk sama..kalau macam ni sampai kesudah pun korang tetap macam ni.tiada perubahan.."

Luthfia ketap bibir,Kata-kata Ida memang betul..sepatutnya dia tanya Hasriq apa yang terjadi..bukan dengan cara berdiam diri dan berjauhan begini..sampai bila dia memendam rasa.

"aku bukan marah kau tau..kau pun tahu aku sayang sangat kat kau fia,,kau sahabat dunia akhirat aku..kau adik ipar aku...walaupun sejujurnya aku muda dari kau 2 bulan.tapi aku nak kau bahagia sama macam mana aku bahagia dengan abang kau .aku nak kau bahagia disisi orang yang kau cintai.."Luthfia terus emosi..Dia sayangkan Ida dan zahra..Dia pun nak bahagia disamping hasriq..


"Dah la ,tak yah nangis macam ni...Malu Azzam tengok Maksu dia sensitif macam ni.Azzam pun tak penangis macam kau tau..Dah la..kejap lagi nenek sampai..tak pasal-pasal nenek kata aku buli kau pulak..kau tu kan cucu kasayangan nenek.."perli Ida..saja je cakap macam tu..supaya luthfia tak menangis dah..selagi belum kahwin,selagi tu la manja Luthfia menjadi-jadi.luthfia mencebik,kalau tangan dia tak pegang Azzam sekarang ni..tentu dia sudah cubit pingang Ida...


"Beb,aku rasa aku nak jumpa hasriq lah sekarang ni..aku nak tanya dia semua persoalan dalam kepala aku ni..kau doakan aku tau.."

Ida mengangguk laju..of course dia doakan luthfia..dia teringin nak tengok Luthfia dan bekas boss dia tu ke level seterusnya.baby Azzam kembali ke pelukkan Ida..

"fia,kau nak kemana?papa dan mama kejap lagi nak sampai la..."

Ida tersentak..takkan lah luthfia nak balik sarawak sekarang ni..semata-mata nak jumpa Hasriq..Datuk Azman dan Datin Jasmeen baru jer datang dari sarawak..langkah luthfia terhenti.

"Aku keluar kejap...aku dapat rasakan Hasriq masih dekat KL...Aku punya instinct kuat mengatakan Hasriq tunggu aku sekarang ni.Bagitahu mama ,papa dan nenek aku keluar tau..kejap je..aku nak dapatkan jawapan dari hasriq.."

luthfia berlari anak ke garaj...beberapa minit kemudian kedengaran bunyi enjin kereta honda HRV luthfia laju meninggalkan banglo mewah milik Datuk Azman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience