Bab 33

Drama Completed 8867

Luthfia menjeling jam di dinding...sudah pukul 11.00 pagi.. kelibat Hasriq masih belum kelihatan.biasanya Hasriq akan jemput dia dirumah macam selalu. keretanya masih di bengkel..baru tadi mekanik kol dia suruh ambik kereta..nasib baik Ridwan dah balik. dia tumpang kereta abangnya..Kecoh satu pejabat bila dia terangkan status Sebenar dia dan Ridwan...lebih-lebih lagi minah kepoh si zahra tu...tak habis -habis dia disakat oleh zahra. Ida yang paling terkejut..Tak sangka Luthfia dan Ridwan adik-beradik...Malu pulak rasanya pernah curhat pada Luthfia pasal Ridwan..Namun dia happy dapat lihat wajah pujaannya semula. 3 minggu menahan rindu..

Dari jauh Luthfia nampak Hasriq berjalan lemah membimbit briefcase menuju ke pejabatnya. Luthfia segera menghampiri Hasriq..

"selamat pagi..lambat masuk office pagi ni?ada masalah ke?"suara lembut Luthfia sedikit sebanyak memberi semangat pada Hasriq pagi ni..Direnung wajah jelita tu dalam-dalam..
Hasriq mengeluh perlahan .dia berlalu ke biliknya tanpa sepatah kata..Luthfia sudah terkebil-kebil memandang Hasriq..Masalah apa yang Hasriq hadapi pagi ni..dia mengekori Hasriq ke dalam pejabat

"Are you okay..napa ni?cerita lah kalau ada masalah ."Tiba-tiba luthfia rindu nak dengar jejaka tu panggil dia sayang..Rindu nak dengar ungkapan cinta dari Hasriq.

"Tak de papa...saya letih .boleh tinggalkan saya sendirian tak...saya penat sangat ni wak. sebelum keluar kunci pintu terus okay.." Hasriq memusing kerusi membelakangi Luthfia..kepalanya berdenyut-denyut..Luthfia terpaku.dia tergamam..apa kena Hasriq pagi ni.?kenapa suara hasriq berubah kasar macam tu.. Dia tak panggil nama fia pun...Dia buat salah ke?.Luthfia nak menegur tapi hatinya melarang keras...Tak pasal-pasal Hasriq mengamuk nanti..Luthfia segera berlalu keluar dari pejabat Hasriq..Mindanya berserabut. Kenapa Hasriq tak melayan Luthfia macam biasa..perangai Hasriq berubah selepas berjumpa shareen...pelik?apa yang dah terjadi ni..

Bunyi ketukkan di pintu menghentikan lamunan Luthfia.sampai di bilik dia berfikir pasal Hasriq.Zahra muncul sambil memegang fail projek.

"Fia,nah,projek kat wisma central..Puan Zetty bagi tadi dekat Alin,tapi alin ada hal urgent..dia suruh aku serahkan dekat kau...Dia nak kau baca then sain borang ni secepat mungkin.."

Luthfia hanya memandang sepintas lalu..kepalanya hanya memikirkan satu perkara..

"Kau ok ke beb?,biasanya kalau bab kerja kau memang semangat..kau kena sampuk dengan jin mana satu pulak ni?"zahra cuba brrgurau..

Luthfia mengeleng perlahan..Hal peribadi tidak boleh di campur dengan hal kerja..

"Kau ada masalah ke dengan boss"

Luthfia panggung kepala...dia mengeleng perlahan..dia sendiri tidak faham apa yang berlaku pada boss dia sorang tu...pagi-pagi lagi dah hilang mood..

"Habis tu,kenapa aku nampak dia lain macam harini?Biasanya di lunch dengan kau kan...tapi hari ni dia dah lunch awal..Korang gaduh kan?"

Luthfia Bungkam.....Hasriq lunch tak ajak dia?biar betul.marah sangat ke hasriq dengan dirinya

"Tak tahu zahra, masuk kerja je dia dah tak layan aku.ada masalah kot.Biarlah,pandai la dia selesaikan msalah sendiri tu..kau tak lunch ke? ."

"Kejap lagi aku lunch...Fahmi on the way dah.kau nak ikut kitaorang tak?kami nak pergi illusion ni..jom la..."

Luthfia mengeleng,nak makan pun dia tak selera waktu ni. .fikirannya masih terkenang pada hasriq yang tiba-tiba berubah tingkah


"Abang aku mana?"

dari tadi dia tak nampak Ridwan.Heboh satu office tadi bila Ridwan panggil dia sayang depan staff lain..berubah muka Ida..Tak sampai hati pulak Luthfia melihat wajah kecewa Ida.terpaksa la dia berterus terang tentang status mereka sebenar..


"Abang kau??.abang mana ni..."Zahra mengerutkan dahi. tidak lama lepas tu dia ketawa kuat..

"laa,aku lupa la kau dah ada abang..macam mimpi pulak..." Luthfia turut tersenyum..dia sendiri pun belum dapat terima kenyataan yang Ridwan kawan baik dia tu abang kandungnya..

"bukan kau saja..aku pun belum dapat terima hakikat yang Ridwan tu abang aku..terkejut aku tadi pagi bila nampak dia pakai seluar pendek tak pakai baju kat rumah.cepat-cepat aku ingat yang dia abang aku ..kalau tak memang aku hentak dia pakai penyapu patah nenek aku tu. " zahra dah mengekek ketawa..

"tapi kalau difikir-fikir semula,wajah korang memang hampir sama terutama bahagian mata tu.Boss mati-mati ingat kau dengan Ridwan tu ada affair.."

Luthfia mengeluh untuk kesekian kalinya..hilang semangatnya.

"Abang kau dah keluar dah dengan Ida.Bukan main blushing lagi muka ida bila Ridwan ajak dia keluar..Rugi kau tak nampak tadi.aku rasa mereka bercinta la.huhu..."

Dia tak sangka pulak dalam diam kawan dia sorang tu tengah main mata dengan Ridwan..pandai betul ida pendam perasaan..Luthfia hanya tersenyum..matanya menyoroti langkah Zahra keluar dari bilik ..hilang jer bayangan Zahra,Automatik mindanya terkenang pada Hasriq..
mula lah dia membuat pelbagaia andaian..

Hasriq dah bosan ke menunggu dirinya..baru beberapa bulan kot..takkan bosan pulak..macam mana bila kawin nanti,takkan kasihnya sekejap sangat. atau hasriq merajuk..mustahil..luthfia tak buat salah pun..atauuu hasriq dah terima shareen,sebab tu hasriq tak layan dia dah..shareen kan cantik...tengok cara dia bercakap pun kita tahu shareen ada aura yang tersendiri untuk memikat sesiapa yang dia mahu..Luthfia jadi malu..siapalah dirinya jika nak dibandingkan dengan Shareen..shareen lengkap dengan pakej perempuan idaman..dia rasa rendah diri..

'stop Luthfia Humaira..jangan berharap lagi pada orang tak sudi..Kau ada Aish..biarkan la Hasriq bahagia bersama orang yang hasriq cintai' .bisik hati luthfia..

Luthfia cepat-cepat kemaskan apa yang berterabur diatas meja..fail hitam tu di buka dan dia mula membaca isi kandungan projek Wisma central..kasihan Puan zetty..gara-gara project mega hotel..,projek wisma central ni terpaksa ditunda..sekejap lagi dia nak melawat site..memandangkan kerja dia yang tak banyak di pejabat hari ni...dia boleh berlama sikit di site..kalau betul la Hasriq dah tak suka padanya...dia akan try hard jauhkan dirinya dengan hasriq..Luthfia bukan jenis yang terhegeh nak kan perhatian..kalau orang dah tak sudi,jalan paling mudah just go tanpa toleh belakang. move on...simple.Sebelum keluar,Luthfia turun ke tingkat 10 untuk sembhyang zohor,jam sudah menunjukkan pukul 1.32 pm.Medan jaya construction mempunyai beberapa aras pejabat .Mereka berada di aras tingkat 13..beberapa staff medan jaya segera memberi hormat pada luthfia..kalau dulu,Luthfia nak sangat ditukarkan ke bahagian Techician MT-Instrument Engineering yang control d tingkat 10 ni..tetapi tidak diluluskan oleh Datuk Helmi....Sedangkan beberapa orang kawannya diluluskan untuk tukar
ke jabatan lain. safwan yang dulu sama-sama dengan mereka di aras 13 kini sudah control di tingkat 11 bahagian Excutive project management ..dan Azwan pulak control bahagian Excutive Electrical Engineering di aras 10 ni ..setiap aras ada department masing-masing..kalau dia dapat tukar dulu,tak lah dia hari-hari jumpa hasriq..takde lah hatinya berharap dekat lelaki itu..'ish, apa kau buat ni Luthfia...stop ingat boss kau tu..lelaki tu tak suka kau pun..dia cuma permainkan kau jer dulu tu.'.hmmm..cepat-cepat luthfia mengerjakan solat zuhur yang hampir habis waktu..

selesai solat,Luthfia segera naik ke pejabat.berkerut dahi luthfia bila terlihat ada nasi bungkus diatas meja..setahunya dia tak pesan apa -apa pun dekat sesiapa..buka-buka jer dia sudah tercium bau kari kepala ikan..sedap sangat. perutnya terus berbunyi kuat.tiba-tiba lapar.luthfia segera keluar mencari Ridwan,agaknya abangnya tu sudah balik pejabat.namun hampa,Meja Ridwan kosong..Ridwan belum balik...Bunyi mesin Print mengejutkan Luthfia..ditoleh Athirah yang sedang buat fotocopy ..Athirah dihampiri.

"Tirah,tak turun lunch ke?masa rehat dah nak habis dah ni"Tegur luthfia..gadis tu tersenyum nipis..tangannya masih tangkas membuat photostat kertas kerja.

"Tak Cik fia,.saya tengah diet.."

"Diet?,badan cantik macam ni pun diet jugak ke?"Luthfia ketawa mendengar kata Athirah..

Athirah dah tersipu malu dipuji Luthfia..

"Kena diet jugak Cik fia,.walaupun kurus macam ni,kadar kolestrol saya tetap tinggi." Luthfia mengangguk perlahan.kasihan athirah,muda-muda lagi dah ada kolestrol.

"Banyakkan Minum air limau nipis setiap pagi dan malam tirah,kalau boleh minum air kulit manggis..kadar kolestrol akan turun dengan cepat."

"Kulit manggis..?"

"yups,..kulit manggis banyak khasiat tuk tubuh kita..ea mengandungi xanthone yang merupakan bahan aktif sebagai zat anti-kanker dan ati-oksidan..jauh lebih kuat berbanding vitamin C dan E.."

Athirah tahan senyum..luthfia humaira bukan saja ketua yang baik dan cantik malah bijak dan berpengetahuan luas..respect betul dia dengan ketua dia satu ni.

"wow,Cik fia ni nampak expert Pasal ubat-ubatan la..dah boleh jadi doktor ni..tabik spring la cik fia..balik nanti saya beli manggis."

Luthfia sudah ketawa...dia bukannya expert sangat pun..apa dia yang dia tahu tu pun sebab dia suka tengok documentary kat tv...Kadang-kadang tengok tv ni menambahkan ilmu pengetahuan jugak..tapi dekat channel geographic dan documentary je la...luthfia suka layan documentary selain Cartoon..Drama-Drama tak main okay..tak minat! dan sekarang dia mula minat tengok bola dekat tv...itupun sebab dia dah jatuh hati pada seorang atlet pemain bola sepak negara..hehehe...

"By the way,awak nampak tak sapa yang masuk bilik saya tadi..?" Kalau athirah tak lunch,sapa pulak yang hantar nasi tu..takkan nasi pandai jalan sendiri pergi bilik dia..Hanya mereka berdua jer kat situ waktu ni.

"Baru jer tadi saya nampak Encik Hasriq masuk bilik Cik fia..macam pencuri dah saya tengok Encik Hasriq terjenguk-jenguk depan pintu Cik fia..Bila dia dah pasti Cik fia takde dia terus masuk...sekarang ni Encik Hasriq dah ada dalam bilik dia...Ada barang hilang ke Cik Fia.?.Kalau ada Confirm Encik Hasriq yang buat.."

Luthfia dah buat muka terkejut,Dia membesarkan mata sikit..


"Ishh tak baik tuduh boss la..mana ada barang hilang..kalau boss tahu awak tuduh dia macam ni, dia potong gaji awak..awak nak?..saya tanya sebab ada orang hantarkan Nasi kat saya...saya ingat awak yang hantar..

Athirah buat muka serba salah..dia main cakap jer tanpa usul periksa..mukanya dah cuak sangat.
"Sorry Cik fia."

Luthfia pantas mengangguk..otaknya berputar ligat..derapan kaki dari pintu menyebabkan dia menoleh..Kelihatan Kaq Midah dan beberapa staff lain dah kembali ke pejabat..Kaq Midah lantas menghampiri Luthfia..diambil kertas yang Athirah print tadi dan digulungnya..dia menghempas bahu Luthfia kuat..terjerit luthfia..
kenapa dengan kaq midah ni..tak pasal-pasal pukul dia..Jeritan Luthfia menyebabkan kaq Midah terkejut.

"Errr...sorry fia sakit ke akaq pukul bahu you..sorry .."

"Tak la..tak sakit pun kaq,Bahu saya ni memang dah diciptakan khas untuk kaq MIdah Pukul...hah pukul kaq ,pukul kuat sikit..!"Perli Luthfia..Luthfia rasa kaq Midah ni keturunan pahlawan..ataupun dulu kaq Midah ni gangster...tangannya rasa nak patah.

"main-main ye...ni akaq nk tanya ni.Apa masalah you dengan boss?"

Dahi luthfia berkerut hebat..nampak sangat ka Hasriq dan Dia ada masalah..Luthfia geleng kepala..kenapa semua tanya ni..Zahra pun tanya benda yang sama tadi..

"Takde masalah lah kaq..Maybe mood boss tu yang tak betul pagi ni...kenapa akaq tanya..?"
"ye lah tu..kalau tak de masalah..kenapa boss angin satu badan harini.i bagi borang tender pun dia tengking i.tadi lunch berduaan pulak dengan shareen..bukan korang ke selalu berdua semenjak dua tiga menjak ni.?"

Luthfia hampir menangis...Sah ,Hasriq dah tak sayang dia.Hasriq terima cinta Shareen.siap makan berdua lagi..patut tak ajak dia lunch...mungkin hasriq marah-marah pagi tadi tu sebab nak buat luthfia jauhkan diri dari hasriq..luthfia bengang tahap gaban..rasa nak menjerit jer. Hasriq janji nak tunggu dia ..tapi apa dah jadi dengan semua janji manis lelaki tu..Luthfia segera masuk ke pejabatnya.kaq Midah terkocoh-kocoh mengikut dari belakang

"Fia,takkan you pun nak angin satu badan sekarang ni..you belum jawab soalan akaq.."

Luthfia menghentikan langkah..dia menarik nafas panjang sebelum menoleh menghadap Kaq Midah..

"Saya tak gaduh pun dengan boss kaq..saya pun tak tahu kenapa dia berubah hari ni. kepala saya sakit la kaq ..saya nak rehat kejap..dan satu lagi...,ni ada nasi dan kari kepala ikan..akaq makan la..,saya tak lapar.."

Kaq Midah rasa simpati pada Luthfia. belum pun dia dengar khabar berita gembira dari mereka berdua,tiba-tiba boss mereka tu dah curang dengan shareen...lelaki ni memang tak sabar kan..

"Akaq baru je lepas makan..You makan la sikit..zahra bagitahu you tak keluar lunch pun.."

"Tak lapar la kaq..kalau akaq tak nak akaq bagi jer kat sapa yang nak..kalau tak pun akaq buang jer dalam tong sampah.."

Luthfia terus duduk di kerusi tanpa menoleh pada Kaq Midah..sakit pulak hati mengenangkan Kata kaq Midah tu...Kaq Midah mengeleng kepala..sapa tak kenal Luthfia..semua orang kenal dia di Medan jaya ni.Mudah sentap,kuat merajuk dan kepala batu...hmmmm...nasib baik la merajuk dan mudah sentapnya tu sekejap sahaja...tak berpanjangan.

"Ye lah ye lah.nanti akaq bagi la sapa-sapa nasi ni,akaq nak ingatkan ni,James Reid you tu pesan tender surat sutuju terima Mega hotel dah ada kat Puan Zulaikha..Mulai Esok you dah bole la handle project tu...I lupa bagitahu you tadi..ok.jangan mara adik maniss..akaq chaw dulu.."
sempat lagi Kaq Midah kenyit mata...

Luthfia mengeluh..So borang tender tu memang betul lah ada dekat Shareen..Nampaknya shareen nak Hasriq terima dia sebagai kekasih la sekarang sebagai pertukaran kepada borang tender tu...Luthfia bukan bodoh nak faham strategi macam ni..dalam hati dia menyebut nama Aish..

.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience