Hasriq Zhafran gelisah..dipandang Luthfia Dan Ridwan yang sedang rancak berbual.. hilang seleranya...Adakah dia sudah terlambat untuk kembali ke dalam hidup Luthfia.
"awak cemburu ye Encik Hasriq?"Tegur Zarul..Hasriq yang terleka segera menoleh ke arah Zarul..semua mata tertumpu ke arahnya. .
"Tak..Tak. Takde.cuma heran jer kenapa mereka tak join kita lunch kat sini.."
Hasriq Tidak mahu sesiapa tahu perasaannya ketika itu..lagipun Hari ni Hari pertama dia masuk kerja...
"Encik Hasriq Tak perlu pelik...mereka tu memang rapat..dan memang selalu lunch berdua...tapi tak perlu takot,mereka hanya rapat saja. tak lebih dari itu.."ujar Zahra ..Dia dapat rasakan perasaan Bossnya tu terhadap luthfia..sejak meeting tadi dia perasan mata hasriq hanya merenung luthfia..Memang sepadan bagai pinang dibelah dua..
"Mana kau tahu zahra?selama ni mereka memang sentiasa bersama..mustahil tak de papa.Entah -entah mereka Pasangan yang sedang hangat becinta..almaklum la...Ridwan tu pun boleh tahan..Ada rupa,anak Datuk pulak tu....Mustahil Cik Fia tak terpikat..kalau aku,Dah lama aku terima Si Ridwan tu.."ujar zarul...sengaja menghangatkan keadaan..Hasriq Zhafran hanya menelan air liur..Anak Datuk rupanya si Ridwan tu.. Hatinya bertambah gelisah...Selama bertahun -tahun menunggu Luthfia akhirnya dia dikalahkan dengan Ridwan...Bertapa kecil dunia dirasakan ketika ini..
"Fia tu kawan kitaorang tau...kitaorang tau la.lagipun fia tu tak pandang lelaki yang berharta...Dia la kawan yang paling baik..Lagipun dia ada bagitahu aku la dia suka siapa.orang tu bukannya Ridwan pun.." Pandangan zahra terarah ke arah Luthfia yang serious berbincang sesuatu dengan Ridwan Shahida mengerutkan dahi tanda tidak puas hati.
"Apasal Dia tak cerita dekat aku..Tak aci betul la.."mereka bertiga sudah berkawan rapat sejak sama-sama belajar di universiti melaya 2 tahun lepas..selama 8 semester mereka duduk sebilik dan mengambil course bersama-sama Tiada rahsia antara mereka bertiga..malah,mereka juga memilih kerjaya bersama-sama ..sdah 6 tahun mereka kenal antara satu sama lain..
"Dia bagitahu masa kau outstation minggu lepas...itupun sebab dia terlepas cakap kat aku..aku yang tanya dia macam-macam.."terang zahra..Dipandang sekilas ke wajah hasriq,wajah itu sudah berubah...hasriq nampak sedikit pucat..
Hasriq Ingin segera bertanya kepada Zahra siapa lelaki yang bertuah dapat bertahta di hati Gadis jelita itu..namun lidahnya kelu hendak bersuara..terasa malu pulak bila bertanya nanti .
"Habis tu,Siapa lelaki yang Cik fia suka tu zahra..?kau kenal ke?"Alin yang sedari tadi berdiam diri mula bertanya .Hasriq tersenyum sedikit..lega bila ada yang sudi membantunya bertanya...
"Kalau tak salah aku..kawan dia zaman kanak-kanak dulu...nama dia aku tak ingat sangat ...tapi yang pasti,Dia memang cintakan lelaki tu...Kalau tak silap Dia ada simpan Gambar lelaki tu kat bilik Dia...Gambar yang dah bertahun tahun tapi fia tetap simpan...so maknanya,Lelaki tu ada tempat dihatinya la kan. ..kan.."Ujar zahra panjang lebar...
Hasriq yang menyuap makanan terhenti...betul ka Luthfia menyintainya..hatinya yang panas tdi mula sejuk...rasa bagai sedang diawang-awangan...betul ka apa yang didengarnya..hatinya tersenyum bahagia...adalah kank-kanak itu dirinya??tapi setahunya hanya dia sahaja yang rapat dengan Luthfia semasa kanak-kanak dulu..hatinya melonjak riang...berlagu-lagu bahgia..Dia harus mencari kebenaran.Dipandang jam ditangan..jam sudah menunjukan pukul 1.50 ptg...Luthfia dan Ridwan juga sudah tidak kelihatan. mungkin sudah masuk pejabat ..
"Habis tu,kenapa mereka duduk kat tmpat privacy macam tu..macam orang bercinta pulak" Tegur Zarul..dia masih puas hati,Dia selalu nampak Luthfia dan Ridwan makan di sana..tempat yang agak tersorok.
"Dahtu tempat favorite dia. masa kami lunch dulu pun kat situ..Fia cakap nak buat apa-apa pun senang.."ujar ida..dia tesenyum bila teringat waktu mula-mula luthfia memilih tempat tu,luthfia lebih suka makan guna tangan. sunah Nabi katanya. sebab tu dia lebih suka makan di tempat yang terlindung..Orang tak nampak..
"Dah ..Dah..masa lunch dah tamat..Jom naik.."Hasriq Zhafran terpaksa menganggu perbualan Zarul dan Ida..Dia tidak mahu kawannya bertelagah sesama sendiri..lagipun dia sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan luthfia.
* * * * *
Datin jasmeen termenung di beranda luar . mata yang indah itu kelihatan sembab...Udara terasa sangat segar...Fikirannya menerawang jauh..
Kalau la dia membawa Luthfia bersama-sama ketika ke bandar dulu,pastinya Anaknya itu masih ada ketika ini..kalau la dia tidak meningalkan anaknya itu di rumah.sudah pasti dia dapat melihat wajah Luthfia..satu-satu puterinya..Dia menyesal kini...Dunianya dirasakan gelap..Dia benci Dirinya..Teringat kembali kejadian dimana anaknya Ridwan menjumpai album lama di dalam almari.
"Sapa budak perempuan ni ma,kenapa Dia ada dalam gambar family kita."Ridwan memegang album lama itu erat..
Datin Jasmeen yang ketika itu baru balik dari kerja terkejut.Pandangan terarah kepada Irma dan Hasni pembantu rumahnya.Dia sudah berpesan kepada pembantu rumahnya untuk tidak membenarkan sesiapa membuka almari lama di dalam bilik bacaan tersebut..Dia tidak mahu sesiapa tahu apa yang terjadi berpuluh-puluh tahun lalu
"Maaf Datin,Tadi ada banyak lipas di belakang rumah. Encik Ridwan sendiri yang tolong ambilkan penyembur racun serangga yang saya simpan di bilik ni..saya tidak tahu yang Encik Ridwan membuka almari ni Datin..Saya tidak sempat menahan Encik Ridwan Datin.Saya minta maaf.."
terketar -ketar suara Irma menerangkan keadaan sebenar..Dia takut Datin Jasmeen mengamuk...walaupun Selama berapa tahun bekerja Dia tidak pernah mendengar ataupun Dimarahi oleh Majikannya tu.. Datin Jasmeen banyak membantunya dan sisebabkan itu dia seboleh-bolehnya tidak melanggar peraturan yang boleh menyebabkan Datin Jasmeen marah..
Datin Jasmeen mengeluh..Dia sedar Ridwan sudah dewasa dan berhak tahu apa yang terjadi 24 tahun yang lalu..Rahsia yang terbongkar tidak dapat ditutup lagi..Irma dan Hasni berlalu meninggalkan Dua beranak itu..ada banyak benda yang harus diterangkan kepada Ridwan..
"Sayang,mama minta maaf,mama tak sepatutnya sembunyikan rahsia ni. tapi percaya la..mama tak nak wan marah mama.marah papa..Kami cuma tak mahu Kamu Salahkan mama dan papa sebab kehilangan adik kamu.Maafkan mama sayang.."
Album merah yang sudah lama itu terjatuh dari tangan Ridwan.kepalanya dirasakan berpusing-pusing.patut la dia hairan bila Datuk Azman menubuhkan sebuah syarikat atas nama Humaira Enterprise.selama ini dia ingat Humaira itu sekadar nama yang tiada Erti..
"Kenapa mama tak pernah bagitahu wan..kenapa mama rahsiakan dari wan.."
Datin jasmen menerpa kearah Ridwan..Dipeluk ridwan yang sudah menangis..Tidak pernah Dia melihat anaknya betul-betul kecewa sedemikian rupa..
"maafkan mama.mama salah..mama yang menyebabkan adik kamu berpisah dari kita semua..maafkan mama sayang."
"mama,apa dah jadi sebenarnya ma..kenapa wan boleh kehilangan adik wan ma...kenapa mama cakap mama salah...please maa..ceritakan pada wan..kenapa wan tak ingat yang wan ada adik.."
Bahu Datin Jasmeen digoncang perlahan..selama bertahun tahun dia langsung tidak mengetahui yang dia mempunyai adik.Selama ini dia ingat dia anak tunggal.walaupun dia pernah berangan-angan untuk mempunyai seorang adik.Datin Jasmeen menarik nafas perlahan..sudah sampai masanya Ridwan mengetahui perkara sebenar.
"Masa tu ewan berumur 3 tahun dan Adik kamu pulak berumur setahun..pagi tu mama dan papa ingin membuat kejutan parti untuk hari jadi adik kamu..kita bertiga pergi keluar untuk membeli barang..adik kamu menangis nak ikut..tapi mama tak bawa..mama tingalkan dengan jiran sebelah rumah kita.mama tak tahu kenapa mama tinggalkan adik kamu pada urang lain....apa yang pasti,mama cuma ingin memberi kejutan parti yang terbaik pada adik kamu..tapi ketika itu hujan lebat..Jalan licin dan kita semua terlibat dalam kemalangan.."Datin Jasmeen terhenti..air mata jatuh bagai hujan ..Ridwan memegang kepalanya.Kepalanya sakit sangat..air matanya turut mengalir deras..
"Mama bernasib baik sebab selamat.tapi Papa kamu koma,begitu jua dengan kamu. berbulan-bulan mama menderita sayang...mama macam orang gila...mama ingat dugaan mama sampai disitu saja..tapi paling teruk doktor sahkan kamu kehilangan ingatan..kamu tercampak ke luar kereta dan mengalami gegeran otak yang kuat.sebab tu kamu selalu sakit kepala..kesan gegeran otak di bahgian kiri kepala kamu....mama menjaga kamu siang dan malam. Papa pulak baru sedar selepas 6 bulan kemudian. .Nasib papa baik .papa sembuh dan bantu mama bangkit...Kamu selamat tapi kamu tak kan ingat apa -apa kejadian sebelum kemalangan itu berlaku..mama tak mahu kamu sakit lagi..mama tanggung sendiri semuanya. mama bersalah sayang..Mama berbincang dengan papa untuk merahsiakannya tentang adik kamu..selepas kamu sembuh,mama terus cari adik kamu..tapi mama dah kehilangan dia..Mama kembali ke rumah kita lama.tapi jiran kita dah tiada ..Mereka dah berpindah..Mama mencari dan terus mencari tapi mama kehilangan dia..mama menyesal sayang...disebabkan mama,Adik kamu hilang.mama sendiri tidak tahu Dia dmana..Entah masih hidup atau sudah tiada...mama tak tahu.." Bagaikan anak kecil..Datin Jasmeen Meraung..Kenapa tidak dia sahaja yang hilang..kenapa tidak dia sendiri sahaja yang pergi..
"Sayang,Buat apa kat luar ni.?.." teguran Suaminya membawa dia ke alam nyata..Dia beruntung dapat suami penyabar,penyayang dan sentiasa mengambil berat kebajikannya..Senyuman manis dihadiahkan untuk suami tersayang.
"saya nak ambil udara segar kat luar ni..abang baru balik ?macam mana meeting tadi.? " tangan Datuk Azman dicium mesra..lelaki yang sudah 28 tahun Hidup dengannya tetap segak dan masih kuat walaupun umur dah berginjak ke angka 55..
"Alhamdulilah...Abang dapat tender dekat Bintulu tu..minggu depan abang akan pergi ke sarawak. sayang nak ikut?"
Kerusi kecil di ujung beranda ditarik..letihnya rasa selepas seharian berulang alik dari damansara ke kajang.2 buah syarikat yang harus dijaga...Humaira Enterprise dan Rodzy ConStruction...kalau la Ridwan tinggal dengannya..tidak la dia perlu ulang alik dari damansara ke kajang..anaknya itu memilih untuk bekerja di syarikat lain....Datuk Azman tahu kenapa Ridwan mengambil keputusan sebegitu..puas dinasihati namun Ridwan tetap mengambil keputusan untuk mencari Luthfia..Ridwan yakin dia boleh cari adiknya sendiri walaupun dia tidak mengetahui nama sebenar adiknya...Dia hanya tahu nama adiknya Humaira.itupun gara-gara Datuk Azman menubuhkan syarikat dengan nama Humaira Enterprise..Syarikat Fesyen yang sekarang ini sudah mendapat tempat di hati pelabur-pelabur Asing..
"Tak pe la bang,saya ok jer kat sini.. saya tak dapat tingalkan Butik saya tu..abang pergilah..Lagipun Ridwan ada kat sarawak tu. Boleh la dia bantu abang di sana nanti." Datin Jasmeen duduk disebelah Suaminya..Cucur Pisang yang disediakan oleh pembantunya dijamah..memang sedap sekali..
"Cakap pasal budaq tu,Dia ada Call meen ke tak. ?Apa la dia buat kat sana..Tak Rindu kat Kita ker?"gumam Datuk Azman..Anak bujangnya itu memilih untuk berdikari. Dia sendiri tidak faham perangai Ridwan..selama ini anknya itu sentiasa mendengar kata namun sejak Ridwan dapat tahu tentang adiknya,Ridwan jadi Keras kepala dan mula menunjukkan sikap protes.Datuk Azman faham kenapa..Dia jugak akan bersikap demikian bila berada di tempat Ridwan..pasti anaknya itu merasa dibohongi..
"Tak de pulak dia call..Mungkin Dia masih marah kat kita.."Datin Jasmeen merenung keluar..sayu hati Datuk Azman mendengarnya.
"Sayang,Ridwan tu anak yang baik...Lagipun dah Tiga tahun berlalu ,Abang pasti Dia takkan marah lagi pada kita...Kita rahsiakan pasal miya pada dia pun sebab kita tak nak dia sakit kembali...Dia pasti faham..sayang jangan bimbang..mungkin Dia busy..Arkitek memang sentiasa kerja ..tugas sangat berat meen...Dah la...tak cantik dah isteri abang ni buat muka macam tu.."
pujuk Datuk Azman..Senyuman krmbali terukir di wajah isterinya..Dia tahu keperitan hidup Datin jasmeen..Bertahun-tahun Isterinya menangis mengenangkan anak bongsunya yang hilang tanpa jejak....Dia sendiri sedih setiap kali terkenang...Rindunya hanya Tuhan yang tahu..tapi Datuk Azman harus kuat..Demi Isterinya dan Anaknya..Dia harus kuatkan semangat untuk Keluarganya.
..
Share this novel