Bab 28

Drama Completed 8867

Luthfia puas...Akhirnya dia dapat juga main Flyboarding.,dah lama mengidam nak main benda ni..dia berpusing-pusing keatas kebawah..best sangat..rasa macam tengah terbang..Dilihat Zahra sudah terpekik dibawah. dia ketawa lepas..puas dia ajak zahra cuba flyboarding tapi gadis tu menolak..Zahra gayat...muka zahra berubah hijau bila dia tengah gayat macam tu...

Staff lain sudah pergi cari aktiviti sendiri.Kaq Midah dan Athirah naik banana boat...itulah yang paling simple dan tak menakutkan bagi kaq Midah tapi terjerit-jerit jugak la kaq Midah bila Bot bergerak laju,sementara yang lain ada yang buat jet ski dan snorkeling..Pulau lankayan memang terbaik...sebuah pulau yang kaya dengan hidupan Marin...sama seperti pulau di terengganu,pulau di sabah ini pun menjadi tumpuan pelancong disebabkan terdapat puluhan sarang penyufree disitu...

selepas puas main flyboarding,Luthfia dan zahra segera menyertai aktiviti snorkeling..Snokeling aktiviti paling popular dekat sini. selain penyu,beratus-ratus spesies ikan dapat dilihat disitu,antaranya ikan pari biru ,the hammer shark...Ikan nemo pulak pelbagai jenis. semua jinak..Luthfia happy sangat..ikan -ikan tu semua mengelilinginya. selain mereka..Zarul,Encik Aidil dan Alin turut sama berada disitu...tapi snorkeling masih tak memuaskan hati Luthfia..dia membawa Zahra pergi Scuba diving pulak...dia nak menyelam sampai ke dasar laut..air biru yang jernih betul-betul buat mereka happy..rasa tak nak balik je pergi serian sekarang ni...Rugi betul Ridwan tak join dorang tahun ni

Dari jauh luthfia dan zahra sudah nampak Ida..Ida paling suka aktiviti menyelam macam ni...dia boleh habiskan sepnjang hari dengan menyelam...Luthfia dan Zahra menyertai dia.....selain Ida,beberapa Staff lain juga turut menyertai scuba diving..Luthfia gembira sangat sampai lupa pada Hasriq..Seboleh-bolehnya dia tak nak mikirkan hal cinta sewaktu enjoy dekat pulau ni...tak best..tapi sesakali matanya meliar jugak mencari Hasriq..Luthfia berenang jauh kedasar. kot-kot ada harta karun waktu ni..dapat jugak dia cenderhati yang nak dibawa balik ke serian..zahra dan Ida pulak pergi menyelam dikawasan lebih cetak berbanding Luthfia..Entah macam mana,kaki luthfia tersangkut dekat rumpai laut...puas ditarik kakinya yang tersangkut namun lilitan rumpai laut semakin kuat dikakinya..Luthfia menarik nafas..dia tak boleh panic..tangki oksigen dibelakangnya mungkin sudah tinggal separuh..dia bergelut kuat.Sudah terbayang di mata dia akan mati lemas disitu. dengan kudrat yang masih ada,luthfia mencapai salah satu terumbu karang disitu untuk dijadikan pisau pemotong.namun tangannya sudah lemah..tenaganya banyak digunakan sewaktu flyboarding tadi.Hampir jer luthfia menyerah..5 minit..6 minit...Dia menangis..tiba-tiba dia nampak Seorang penyelam datang kepadanya.luthfia bersyukur sangat. sekurang-kurangnya dia akan selamat..Entah macam mana Ingatan Luthfia terus pada Aish..dulu masa dia belajar berenang di kampung,Aish yang banyak selamatkan dia..Aish yang ajar dia menyelam..dia rindu sangat pada Aish..

Dengan pisau ditangan akhirnya kaki Luthfia bebas dari rumpai laut tu...penyelam tu membawa Luthfia naik ke permukaan.Luthfia terasa pingangnya dipeluk kuat sebelum dia menutup mata. Luthfia sudah tidak sedar waktu tu..Gas dalam tangki oksigen sudah Habis..Nasib baik jugak dia sempat diselamatkan ..

Buka-buka mata jer,Zahra Dan Ida Sudah menantinya dengan Tangisan...Terus Dipeluk luthfia yang terbaring dipantai ..beberapa pekerja resort turut merapati diri di sekeliling Luthfia..


"fiaaa....kau buat aku takot la...lain kali jangan jauh-jauh dengan aku boleh tak "zahra memekik kuat. kurang asam betul kawan dia ni. aku tengah sakit macam ni pun dia masih bebelkan aku.

"yang kau menyelam jauh ke dasar tu kenapa..kami hampir mati tau bila kau tak timbul-timbul.kau ni sengaja cari penyakit kan..kalau kau tak sayang nyawa kau pun sekurang-kurangnya kau ingat pada kitaorang.."Giliran Ida pulak menyembur..geram betul dengan perangai luthfia..nasib baik ada hero tadi yang selamatkan luthfia..kalau tak..entah-entah mereka tak jumpa sudah dengan kawannya sorang ni..

"sorry lah .aku nak cari harta karun jer. mana tahu boleh bawa balik serian nanti...huhu"

sempat lagi dia menyakat zahra dan Ida..


"Banyak la kau punya harta karun..kau nak ganti Nyawa dengan harta karun ke..Kenapala suka sangat buat aku Risau.."Ida masih marah..Dia bimbang melihat wajah Luthfia yang pucat tiada darah..Pucat -pucat pun Luthfia sempat bergurau...senyuman Luthfia masih jelas terpamer..


"sayang jugak korang dekat aku kan...makasih tau..korang lah sahabat aku dunia akhirat.." sambungnya perlahan..air mata dah menitik jaruh atas bahu Ida.

mereka bertiga berpelukan...sapa tak sayang kawan oiii..


"Lain kali kau jangan buat macam tu lagi tau fia..rasa nak tercekik kitaorang bila kau hilang tadi. nasib baik Boss ada..kalau tak..aku tak tahu apa nasib kau tadi."ujar Zahra..Dadanya masih berombak kencang disebabkan hal ini.

luthfia tersentak..Boss ke yang selamatkan dia tadi..dipanjangkan leher pusing kiri pusing kanan mencari kelibat hasriq. namun lelaki tu tidak ada disitu

"Encik Hasriq ke yang selamatkan aku..?"

"ha'ah...Dia cari kau tadi. ,Kami cakap kau belum timbul..dekat 20 minit tau kat dasar laut..dia terus terjun ke dasar kau tau tak...aku rasa dia betul takot kehilangan kau fia ...aku nampak muka dia pucat bila aku bagitahu kau masih kat dalam tu " jelas Ida panjang lebar..

luthfia terharu,dia rasa nak berlari je cari hasriq sekarang ni,nak ucapkan terima kasih sebab selamatkan dia..Encik Hasriq memang hero la...

"Mana dia sekarang ni"

"Tengah ambil ubat untuk kau la...lepas ni janji kau jangan jauh-jauh dengan kitaorang." macam budaq kecik kena marah,luthfia mengangguk-angguk..taubat dia nak jauh dengan kawan-kawan dia lagi..dia dapat bayangkan bertapa kalut hidupnya tadi bila takde sorang pun disekelilingnya..Zahra dan Ida segera memapah luthfia bergerak ke chalets...Mereka nak luthfia berehat..Tidak lama kemudian Hasriq muncul dengan Ubat tahan sakit ditangan ..Zahra dan Ida segera keluar memberi peluang Hasriq berdua duaan...mereka berdua nak berkayak pulak lepas ni...

Hasriq memandang penuh kusyuk gadis yang menyandar di kepala katil...Dia rasa takot sangat tadi. dia tak nak kehilangan Luthfia tuk kali kedua...ubat tadi di hulur pada gadis tu,kemudian dia menghulur air masak pulak pada gadis tu..wajah pucat luthfia direnung. .tiba-tiba airmatanya menitik keluar.

"Riq,kenapa ni..fia ada buat salah ke?"


"Boleh tak fia janji yang tadi tu kali terakhir fia takotkan Hasriq..boleh tak?"tangannya mengengam erat jari jemari runcing tu...Luthfia kaku.. perlahan-lahan dia mengangguk ...

"maaf,fia tak tahu pun bole tersangkut kat situ..Fia minta maaf"Hasriq rasa tenang semula melihat senyuman luthfia...cukuplah dia rasa dunia ni berpusing-pusing sekejap bila Ida cakap luthfia menyelam didasar laut hampir 20 minit tak muncul-muncul. .Wajah luthfia yang pucat tadi kini dah berseri balik...lantas dia membelek kaki luthfia yang kelihatan bengkak dipergelangan kaki akibat lilitan Rumpai laut tadi..segera dia menuam kaki luthfia supaya bengkak surut...

luthfia terharu..lelaki tu memang lengkap dengan ciri-ciri lelaki idaman...mungkin lelaki ni jauh lebih baik dari Aish....hatinya mula berkira-kira sendiri.

"Terima kasih tau selamatkan fia..kalau Riq tak muncul selamatkan fia..mungkin Hasriq tak jumpa fia dah lepas ni..mungkin Fia dah jadi arwah kat sana.."

Hasriq yang menuam kaki fia tersentak..dia tak dapat bayangkan kalau sesuatu terjadi dengan buah hatinya tu..mungkin dengan dia sendiri lemaskan diri..

"syuttt.napa cakap macam tu..?selagi Fia ada di samping riq,fia akan selamat..Riq janji.."
cream putih yang dipakai tuk menuam kaki Luthfia disimpan,.dia nak Luthfia berehat..Masih banyak Aktiviti lain dia nak buat..tapi sebelum tu, Pengarang jantungnya tu mesti berehat..lagipun tak manis dia berdua-duan dengan luthfia dalam bilik tu..mereka belum ada ikatan yang sah..

"Riq nak pergi mana?"Luthfia terkejut melihat Hasriq bangkit dari sisi katil..Tiba-tiba dia takot ditinggalkan sorang-sorang

"Riq nak keluar dulu,fia berehat la..Kol je Riq kalau fia perlukan apa-apa..Riq nak main jet ski jap..tadi tak puas main..."senyuman tersunging d wajah Hasriq.

Luthfia cemberut. kenapa dia kena berehat pulak sedangkan semua staff masih seronok bermain..tak adil la...


"Tak nak,,fia nak ikut Riq main jet ski jugak....."


"Tak boleh,kaki fia masih sakit kan.riq tak benarkan...Fia berehat jer kat sini k . "Dah macam pujuk kanak-kanak pulak rasanya..


"Fia tak kira..fia nak main jugak...Riq tak de haq nak larang fia..Riq bukan Aish..so,Riq tak boleh halang fia"

Hasriq mengeluh,Luthfia punya degil ni memang tak berubah dari dulu..masih keras kepala..Hati Hasriq sedikit berdebar bila terdengar Luthfia cakap dia bukan Aish..Bibir diketap menahan geram..


"Napa degil sangat ni.."

matanya sengaja dibesarkan pada gadis manis tu..bukan dia nak marah tapi dia nak fia dengar cakapnya ..dia tak nak fia sakit lagi. Luthfia tak takot pun,dia balas balik renungan Hasriq..biar lah di kena label degil ke,kepala batu ke.kepala apa ke dia tak peduli..di takot ditinggalkan sorang-sorang...akhirnya Hasriq mengalah..Hatinya pun sebenarnya tak nak berjauhan dengan gadis tu..Dia bimbang keselamatan Luthfia.

Manis senyuman hadiahkan pada Hasriq. Dia happy sangat bila Hasriq membenarkan dia ikut serta. Kalau boleh semua aktiviti ekstrem tu dia nak ikut...Hasriq memimpin tangan luthfia..walaupun luthfia melarang dia berbuat demikian hasriq tetap bertegas hendak memimpinnya..kakinya masih bengkak tapi tetap jugak nak main jet ski..mahu tak mau dia kena dengar cakap Hasriq...kalau tak hasriq hantar dia balik chalets.

"kita naik satu jet ski je k."senyuman macho dihadiahkan untuk luthfia..gadis tu memasamkan muka..

"Tak nak la..apa kelas naik berdua..Fia nak sorang-sorang..Riq naik yang satu lagi tu..kita race nakk"

luthfia tersenyum membayangkan bertapa hebatnya dia bawa jet ski tu nanti. Hasriq dah geleng-geleng..'nakal'gumamnya perlahan...tadi kat chalets,fia tak nak sorang-sorang..sekarang dah sampai kat sini,mati-mati dia nak naik sorang-sorang..Tak boleh.No way..

"Sayanggg,dengar cakap Riq boleh tak?tak sampai hati la Riq nak suruh fia bawa sorang-sorang..bahaya tau..."

Ini yang luthfia lemah ni. Dengar perkataan sayang buat kakinya lembik. jantung seperti biasa ,bukan setakat berdebar .dah macam ada bunyi gambus dah kat jantung dia ni.....dup dap dup dap.. Akhirnya dia akur juga...dia naik sama Hasriq..terjerit dia bila Hasriq bawa jetski laju..
Mamat ni nak bunuh dia ke apa....tapi dia puas...dia main semua sukan kat situ..lepas jet ski ,dia naik flying fox pulak..Hasriq pun ikut sama..sikit pun lelaki tu tak berenggang dengan dia..


* * * * * *

Shareen menghempas telefon kuat . 2 hari sudah dia tak dapt menghubungi Hasriq..Dia sakit hati..Dia cuba pergi ke Pejabat Hasriq,tetapi Security Guard cakap,Tiada Orang dekat office waktu ni...semua orang bercuti..

Shareen Geram..Hasriq bercuti dengan gadis kampung tu...Like seriously...Dia nak cari Hasriq tapi pak guard tu tak beritahu dia berada dimana.shareen rasa nak tmpar lelaki tua tu..telefon ditangan dicapai semula dan dia mendail number seseorang.kedengaran suara lelaki menjawab panggilan..


>Hello kamal,You kat mana?<


>I ada tugas baru tuk you.. No,bukan kempis kn tayar tapi lebih berat dari tu..<

Shareen tersenyum sinis. .


>Jangan risau. you can get double pay for it....just say that you sanggup buat atau tak..<

> Good...sebab tu I suka you..jumpa i malam nanti..jangan lupa tau. <
shareen dah ketawa sinis..mati lah kau perempuan kampung..you akan terima akibatnya. .

..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience