Luthfia menoleh ke arah Hasriq..wajah suaminya masam.Luthfia ketawa mengekek.hampir sejam dia bertekak dengan suaminya hari ni.belum sampai pun seminggu mereka bergelar suami isteri,Luthfia sudah bertegas hendak masuk kerja.Hasriq medengus mendengar luthfia ketawa..dia tak puas hati..kereta honda HRV meluncur laju menuju bangunan Maira holding.
"seronoknya dia..suka la tu dapat masuk kerja.." tangannya mencubit geram pipi gebu isterinya.semakin hari wajah luthfia semakin cantik dan jelita..orang cakap seri pengantin baru memang begitu..darah masih manis.
"Suka lah...thanks you inchi Hubby sbb izinkan Miya kerja..love you so muchhh.."pipi hasriq dicium manja.selama ni Hasriq ingatkan isteri dia ni jenis yang brutal..rupanya manja yang amat,penakut pulak tu..satu tabiat yang baru dia tahu luthfia ni kalau tidur mesti ada bantal peluk. tak boleh hilang dari radar bantal peluk tu..masa first nite mereka dulu tanpa sengaja hasriq tertendang bantal peluk purple tu jatuh tergolek bawah katil..apalagi tengah malam tu jugak luthfia menangis cari bantal peluk dia.hampir saja hasriq dapat serangan jantung dengar suara perempuan menangis tengah-tengah malam..terpaksa la dia turun kutip bantal peluk tu..baru isterinya senyap.
"Sekejap jer..Miya nak jumpa Puan Linda biy,tak sampai sebulan lagi Maira holding ada fesyen week kan..kasian Cat,rosmin dan Puan linda bertungkus lumus kerja.takkan nak biar mereka buat sendiri.Miya nak tolong jugak."
"Biarlah mereka uruskan,lagipun kita baru kahwin sayangg. Honeymoon pun tak lagi ni.." runggut Hasriq perlahan.Dia baru bercadang nak bawa isteri tercinta pergi homeymoon di luar negara.Masih ada feeling-feeling pengantin baru ni..haiyaa..Buat spoil mood betul laaa..
"Biy,peluang cuma sekali,tak akan ada kali kedua.menyertai fesyen week ni impian besar Maira holding.tak kan lah nak sia-siakan peluang depan mata.." Luthfia mengelus tangan Hasriq.Dia tak akan pergi kerja tanpa keizinan suami..berdosa besar tu.
"Look,Miya janji after Fesyen week tu nanti,kita akan pergi honeymoon..ok biy..Miya janji..pleaseeeee" sekali lagi pipi Hasriq dicium.nak pujuk suami ni senang sebenarnya..hehe..
Hasriq mengeluh..dia mengalah.macam lah dia tak tahu perangai isteri dia satu ni yang keras kepala,degil,kepala batu and so on...kalau dia nak A..A lah yang dia akan dapat..kita cakap apa pun tak guna..dah lah buat muka seksi macam tu..'ish buat tergugat iman jer Isteri aku ni..'
"Ok lah, tapi dengan satu syarat.boleh?"
Senyuman Luthfia mati..Alaa,,pergi kerja pun pakai syarat-syarat ke...ni yang tak best ni..wajahnya mula masam.
"Jauhkan diri dari Rafi tu..biy tak nak isteri kesayangan biy ni kena ambil dari biy..promise?."
Luthfia dah mencuka..hasriq tak percaya dia ke?dia kan dah jadi milik Hasriq.dah kahwin pun kan.nak cemburu apalagi..aduhaiii..kuat cemburu jugak laki aku ni..giat luthfia dalam hati.senyuman indah terlukir di wajahnya.
"Senyum-senyum tu kenapa..teringat kat Rafi.?mentang-mentang la kejap lagi nak jumpa"
Hasriq menghentikan kereta di bahu jalan.
panas hati melihat wajah isteri yang ceria depan mata..rasa macam terbakar je hati ni...ish ishhhh.
"aik,senyum pun salah ke?"makin galak suara luthfia ketawa...namun melihat wajah ketat hasriq..ketawanya terus mati.tangannya lantas menarik tangan suami tercinta..nak pujuk lelaki tu semula.
"Sejak bila suami miya kuat merajuk ni?.kuat cemburu pulak tu..ok,Miya janji miya akan jauhkan diri dari Rafi..Miya akan pasang dinding sebelah Miya kejap lagi..ok biy"
"Sayaaaaaaaaanng"
kalau dah hasriq panggil sayang panjang macam tu,bermakna suaminya tak suka loyar buruk yang dia buat..
"Ok promise..Miya akan jaga batas miya dengan Rafi.miya janji.senyum la sikit biy.tak macho la muka buruk macam tu.."Pujuk luthfia lembut.jari kelingkingnya betaut dengan jari kelingking suaminya.dia buat pinky promise macam yang selalu mereka buat masa kecik dulu.Hasriq tersenyum..dia percaya pada luthfia..hubungan akan retak kalau tiada kepercayaan pada pasangan..lagipun, mereka berdua sudah kenal satu sama lain sejak kecik lagi..mustahil la luthfia akan buat sesuatu yang menyakitkan hatinya..Bukan salah isterinya pun kalau lelaki seperti Rafi jatuh cinta dengan isterinya..Tapi dia tetap nak berjaga-jaga.
"miya rasa lebih baik biy ikut Miya pergi office..Miya tak banyak kerja harini..just i want makesure everything done, that's it..Biy belum masuk office kan hari ni?"kereta bergerak semula menuju destinasi..
Hasriq mengeleng kepala.dia masih cuti harini..dia ambil cuti 2 minggu selepas kahwin.Datuk Azman melarang Hasriq buat cawangan baru di KL,.kebetulan syarikat Rodzy construction yang kini semakin maju kekurangan pekerja,Ridwan mengajak Hasriq kerja dengannya sebagai ketua Eksekutif di Rodzy construction..mereka pernah berkerja bersama di medan jaya..Ridwan pasti Rodzy construction bertambah maju ditangan mereka berdua.Hasriq akan mula kerja selepas cuti habis nanti.
Kereta Honda HRV meluncur laju memasuki kawasan tempat letak kereta Humaira enterprise..mereka beriringan masuk ke bangunan yang nampak gah dari jauh itu..beberapa pekerja menegur Luthfia dan Hasriq..mereka mula berbisik-bisik sesama sendiri memuji- muji pasangan suami isteri yang nampak serasi dan sepadan itu..
Luthfia lantas bergerak ke studio Maira Holding yang terletak di tingkat 5.Dia perlu berjumpa puan Linda.Studio yang besar itu nampak menakutkan..segera luthfia menarik tangan suaminya menhampirinya.mereka bergerak bersama mencari puan Linda..dari jauh dia nampak Puan Linda bercekak pinggang memarahi model mereka.
"Assalamualaikum Puan Linda.kenapa marah-marah ni.."
Puan Linda menoleh,Automatik dia turunkan tangan.terkejut boss muncul depan mata.
"Waalaikumsalam Miss..opss sorry Puan Humaira.Puan dah datang kerja rupanya.ingat masih cuti.hmmm saya tak marah pun cuma tegas sikit je."
Luthfia ketawa..dijeling suaminya yang memandang le tempat lain..
"I datang sekejap je ni..nak tanya macam mana progress tuk fesyen week tu..everything done..?"
Puan Linda lantas memanggil seorang staff untuk mencari rosmin..rosmin yang ditanggungjawabkan untuk menyiapkan design tu nanti..
"Everything is perfect..Rosmin dah selesai buat dress tu Puan..cantik sangat..sekarang tinggal cari aksesori untuk dipakai model kita, so winnci." Puan Linda membawa Luthfia ke mejanya untuk penelitian lanjut..sementara Hasriq menghampiri Adam..photographer Maira Holding.Hasriq ada juga impian hendak jadi photographer dulu.tapi dia tak terror sangat..banyak rosak gambar yang dia ambik..sebab tu dia tak jadi photographer..dia tiada bakat mempotret gambar.
Dari jauh dia nampak seorang lelaki menghampiri isterinya..lelaki tu lagi..hasriq pura-pura berbual dengan Adam..sesekali matanya menoleh ke arah isterinya yang rancak bercerita..wajah isterinya berubah bila Rafi datang..nampak dengan jelas yang isterinya tidak suka kedatangan lelaki tersebut..Hasriq percaya pada isterinya tetapi tidak lelaki itu..tengok la isterinya bergerak ke kiri pun dia tetap ikut..ish sakit hati dibuatnya..hasriq segera menghampiri luthfia..tak sampai hati pulak melihat wajah isteri yang muram..
"Raf,kenalkan Hasriq Zhafran suami I dan biy, ni Rafi,pegawai pemasaran kat sini." luthfia segera merangkul tangan hasriq..sebolehnya fia tak nak hasriq marah atau mengamuk..luthfia tahu hasriq bukan jenis yang panas baran.tapi hati dan perasaan suaminya harus dijaga..
Hasriq mengeluarkan tangan dari kocek..terkejut Rafi,segera dia berundur.matanya ditutup kejap.bimbang dipukul Hasriq sebab menghampiri isteri lelaki tersebut.dia langsung tak perasan hasriq turut datang ke studio temankan luthfia..dia ingat lelaki yang berbual dengan adam tadi tu model.bila takde apa-apa berlaku barulah dia buka mata dia semula..cehh, nak bersalam rupanya..ingat nak cepuk dia tadi..lantas tangan hasriq disambut.
"Awak ingat saya nak belasah awak ke?"
Rafi tersengih..ye lah..gaya datang dah macam gangster..Rafi meneliti penampilan hasriq..smart sangat.dengan baju tshirt hijau tua berkolar tinggi jenama DKNY..seluar jean levis hitam.pergghh..dibandingkan penampilannya dengan hasriq..bagai langit dan bumi.Luthfia meminta diri sebentar.rosmin dah datang dan dia perlu berbincang dengan designer mereka tu..catherine pun turut turun bila dengar boss dia datang office pagi ni.
"congrats untuk wedding korang.sorry tak datang ke majlis.ada kerja masa tu"ujar Rafi..Hasriq kini suami luthfia..Automatik lelaki itu boss dia jugak.takkan dia nak bersikap buruk depan boss.
"Bukan tak datang sebab patah hati buah hati kahwin? anyway,Its ok..saya faham..lagipun majlis kami dekat sarawak.jauh.."
Rafi menelan air liur..pahit.Kasar betul gurauan hasriq.di lap peluh yang menitik di dahi..takkan hasriq tahu dia pernah ada hati pada luthfia humaira..tak mungkin.
"Saya gurau la..ketat sangat muka tu..awak ada hati betul ke dengan isteri saya?"
laju Rafi mengeleng kepala..rasa berhadapan dengan maut je kala ni.nasib baik Adam panggil dia.cepat-cepat dia minta diri untuk membantu adam buat photoshoot.. dia betul-betul cuak.
Hasriq menarik nafas.rasanya rafi tak berani nak ganggu isterinya lagi..selesai satu masalah..saja tunjuk gaya nak makan orang sikit..biar rafi takot nak buat apa-apa mulai sekarang..hasriq segera duduk di sofa jauh sikit dari Adam dan Rafi.Majalah atas meja diambil..terpapar wajah isterinya sebagai penghias muka depan majalah 'Style korporat' edisi terhad bulan April..dia bangga dengan pencapaian isterinya..isterinya bukan saja berkebolehan menguruskan syarikat,malah isterinya sangat pandai menguruskan makan pakainya..walaupun baru kahwin,dia dapat rasakan segala keperluan dan pakaiannya diuruskan dengan baik..walaupun bab masak memasak tu kurang sikit laaa.itu dia boleh maafkan..
"termenung apa tu biy."
Hasriq terperanjat.hampir terlepas majalah ditangannya..luthfia duduk disebelahnya..wajahnya ceria dan seperti biasa,tangannya melingkar di tangan hasriq.
"Tengah termenungkan wajah jelita president Maira holding ni..cantik kan.."usik hasriq.muka blushing isterinya ditatap...comel.
"tak cantik pun..biasa je..cantik lagi isteri biy ni tau..kalau biy nak tahu,dia ni dah kahwin pun.lupakan je la hasrat nak tackle dia tu yer.." luthfia mengekek ketawa.
"Ye ke?ala sayangnya...biy baru jer nak ngorat dia.hmm pasti suami dia handsome kan.macho.sesuai dengan dia ni..mesti suami dia pun banyak peminat.."
Luthfia lantas mencubit tangan hasriq.dia tak suka hasriq cakap dia banyak peminat.dia cemburu.teringat balik perempuan yang banyak dalam fb suaminya. Hasriq hanya tersenyum.malas nak melayan cemburu isterinya..
"biy,jom makan.."
"Aikk..awal lagi la sayang..sayang lapar dah ke?tu la tadi biy ajak breakfast tak nak.."
hidung luthfia dicuit manja..
"sorry biy..sekarang baru miya lapar..kerja miya dah selesai.Puan Linda suruh balik jer..semua dah siap.kertas kerja pun cat dan wani dah siapakan."
Bangga jugak luthfia dengan staff Maira holding.mereka cekap buat kerja dan dia memang boleh harapkan puan Linda dan Rosmin handle semuanya.Puan Linda bagi peluang dia berdua-duan dengan suami..almaklumlah masih pengantin baru..inai dijari pun masih merah.
"Ok...sekarang kita pergi dating. jom.."Hasriq zhafran tersengih manja depan luthfia..tangan luthfia dihulur ke arah hasriq.saja nak suruh hasriq angkat..best apa kena dukung..lagipun semua orang kat studio tengah busy..tiada siapa yang nampak..kalau ada yang nampak pun luthfia tak kisah.Halal apa.hehe..
Rafi yang mencuri pandang ke arah luthfia dan hasriq mengeluh..Walaupun dia sudah tidak berharap pada luthfia..hatinya tetap sakit..alangkah indahnya kalau dia di tempat hasriq sekarang ni..pasti bahagia hidupnya..dalam kalut memikirkan luthfia.telinga Rafi menangkap suara ketawa seseorang.dilihat catherine yang gembira berbual dengan rosmin..catherine ceria.tak pernah dia nampak catherine sedih atau marah-marah.gadis tu pun boleh tahan.walaupun tidak la secantik luthfia tapi manisnya tetap ada.senyuman mula terukir di wajah Rafi.catherine yang perasan ada orang merenungnya terus menoleh..hatinya berdebar kencang saat mata mereka berlaga...kelam kabut Rafi keluar dari studio..meninggalkan catherine yang sudah melayang-layang jantungnya dibuai angin lalu.chewahh,ayat tak boleh blah..hahaha...
.
Share this novel