bab 16

Drama Completed 8867

"Fia,You nampak tak apa yang I nmpak?"
Luthfia yang baru melabuhkan punggung segera menoleh ke arah kaq midah...mereka baru saja selesai meeting..minggu depan mereka akan membuat even tuk syarikat.. mereka akan bercuti di pulau pulau selama 3 hari untuk mereleas tension sepanjang setahun bekerja...sudah menjadi kebiasaan mereka untuk bercuti bersama sebelum annual dinner diadakan.

pulau yang mnjadi destinasi kali ini adalah pulau lankayan yang terletak di beluran sabah...pulau yang sangat terkenal di sabah...


"Apa yang kaq Midah nampak..saya tak nampak apa -apa pun.."


"laa,ada mata tapi tak pakai..You tak nampak Tadi Mata james Reid tengok You Dari tadi..I rasa kan...boss kita tu dah jatuh cinta dengan you..tengok cara dia layan you pun kitaorang dah tahu .."

Luthfia kelu...tidak semena-mena wajahnya bertukar warna...malu rasanya bila kaq midah,zahra dan ida memandangnya


"Apa yang kaq Midah merepek ni.?takde maknanya la Encik Hasriq tu suka saya..saya tengok,dia layan saya sama jer dengan dia layan Semua orang. ."

"Tak sama....i ni secretary Dia tau.. I tau Cara Dia Padang you... cakap dengan you...berbeza sangat dengan cara dia layan kitaorang..kan zahra kan....."

Zahra yang sedang mengunyah kuaci menganguk anguk...dari mula lagi dia perasan hasriq sukakan Luthfia...tapi luthfia humaira tidak pernah peduli dan dengar katanya ...


"Betul...tu aku sokong...dari dulu smpai sekarang aku dok perhati boss kita tu..dia memang sukakan kau..kau ingat lagi tak masa kau jumpa Encik Razali ,bincang projek di hotel perdana bulan lepas...kau tak dapat balik sebab hujan lebat..aku nampak wajah Encik Hasriq lain macam..Risau betul dia...beberapa kali jugak dia turun lobi...Nisah yang jaga di lobi cakap....dia tanya smaada kau balik dah ke belum....tak cinta ke namanya tu.."

Panjang betul ayat Zahra kali ini...Luthfia Humaira terdiam...betul ke Hasriq Risaukan dirinya....Atau Hasriq hanya Risaukan dia sebab hendak menjaga keselamatan pekerjanya saja..


"betul ke apa korang cakap ni...atau korang ni saja nak tipu aku..tak baik tipu...berdosa tau tak..


"Buat apa i nak tipu .dah terang lagi bersuluh si james reid tu suka you...ala,you mengaku je la you pun suka dia kan....ngaku je la...."

Kaq Midah terus menerus menyakat luthfia...
Merah padam muka luthfia mrnahan malu...dah serupa warna ketam yang sedang dikukus..


"Takde maknanya la...lagipun saya suka orang lain...bukan si james reid...so,kaq midah,zahra tak payah nak rekomen kan aku pada boss kita tu yerr..."

"Kau suka orang lain?siapa?Ridwan.?kau suka Ridwan..bukan korang kawan baik ke selama ni. ?"ujar Zahra ..matanya dibesarkan sedikit..Ida yang sedari tadi berdiam diri terus memandang Luthfia bila mendengar nama Ridwan disebut. Risau betul hatinya kalau Luthfia tersalah cakap..

" Bukan si Ridwan la..aku dah anggap dia seperti abang kandung aku...tak mungkin la aku cintakan dia...aku maksudkan Aish..hanya dia je aku cinta...bukan Hasriq..bukan Ridwan..."

ingatan Luthfia terus melayang mengingati Aish...Sejak kebelakangan ini,hanya nama Aish yang bermain di fikirannya...dia betul-betul Rindukan Aish. .Entah apa la yang Aish sedang buat waktu ni..


"Aish yang dalam gambar kau tu ker?"kau yakin kau cintakan dia...."

Luthfia memandang Ida dengan pandangan pelik..sementara Kaq Midah sudah kembali ke mejanya untuk menyiapkan kerja yang terbengkalai...


"yups,aku yakin aku cintakan dia..aku selalu terpikirkan dia semenjak dua menjak ni....kenapa kau tanya macam tu ida?"


"Kau tak takot kalau Aish tu mungkin dah kahwin ke dah beranak pinak ke?kau tak rasa kau rampas suami orang?aku tak nak kau terluka fia"

Soalan Ida betul-betul menyentap tangkai hati luthfia. macam mana kalau apa yang ida pikir itu satu kenyataan...bagaimana kalau Aish dah kawin...Dah berbelas tahun dia tidak berjumpa dengan Aish..tak mustahil kalau Aish ada orang istimewa...Entah kenapa hatinya berubah sayu..

" tak pulak aku terpikir ida..cuma apa yang pasti sekarang. .hati aku betul-betul sayangkan Aish..dia cinta pertama aku..."

Bagi luthfia humaira,Cintanya terhadaP Aish sangat mendalam..dia betul-betul rindukan Aish..dia sendiri tidak pasti apa status Aish sekarang ni. cuma dia pasti Dia dan Aish akan berjumpa suatu hari nanti. namun,jauh disudut hati...ada Ruang yang tersenbunyi dan menempatkan nama seseorang..nama lelaki lain yang mula bertahta dihatinya...dia sendiri pun tidak tahu sejak bila tempat kosong dihatinya itu diisi orang. ..tapi apa yang dia tahu.,lelaki itu sangat istemewa dan sangat bermakna untuk Dirinya.

ketukan di pintu menyedarKan luthfia dari khayalan. mereka bertiga menoleh ke pintu secara serentak. ...

"Apasal kamu pandang aku macam aku ni penjenayah setiap kali aku nak masuk ..Korang tengah cakap pasal aku ke?"

Ridwan yang mengenakan baju kemeja putih itu kelihatan sangat tampan...Berdebar debar hati Ida setiap kali merenung wajah kacak Ridwan...baginya Ridwan adalah lelaki terperfect sekali...kalah james reid.


"Jangan nak perasan boleh tak. .Macam kami takde kerja lain selain nak cakap pasal kau..."ujar Zahra..


"Dah tu,Korang cerita pasal apa...kongsi la dengan aku. aku nak dengar jugak. "Ridwan terus duduk di depan Luthfia..matanya tak lepas dari merenung wajah adiknya yang pucat lesu itu..

"Fia,kau ok ke?nampak macam sakit...kau kenapa?"

Luthfia menoleh..entah kenapa dia betul-betul selesa bila Ridwan ambil berat tentang dirinya...


"Tak de papa....tengah pikirkan projek di wisma....banyak yang nak diurus wan.."Dalih luthfia..walaupun selama ini Ridwan sudah tahu dia menyintai Aish.Luthfia tetap merahsiakan daripada Ridwan ..kalau betul la Aish sudah berkahwin dan mempunyai anak .dia terpksa terima dengan redha


"kau tak payah nak tipu aku...ingat aku kenal kau baru hari ni ke?"
Entah kenapa hari ini dia berdebar-debar bila hampir dengan gadis idamannya ..ditoleh shahida yang sedang bermain dengan handfone..sejujurnya gadis itu sudah ada dihatinya semenjak kali pertama Ridwan kerja di medan jaya...namun dia malu untuk berterus terang...takot hatinya patah lagi seperti dia dikecewakan dengan perempuan masa sekolah dulu..

Luthfia hanya tersengih...biarlah Ridwan tertanya-tanya ..tak ada guna jugak kalau dia menceritakan tentang Aish pada Ridwan. .mana la tahu Aish betul-betul dah beranak pinak..


"Wan,kau lunch dengan kami harini bole?esuk kau cuti kan.."ujar luthfia..Dia tersenyum mesra pada Ridwan...saja dia nak buka peluang tuk Ida dan Ridwan...dia dah janji pada ida hendak menjodohkan mereka berdua..


"Memang aku kesini ni pun nak ajak korang lunch trngah hari ni..memandangkan hari ni aku free tak banyak kerja..aku nak bawa korang ke bandar ..lunch di Illusion cafe....nak tak?:

Ditoleh shahida yang masih focus menekan-nekan telepun..entah apa lah yang dibuat shahida ketika itu.

luthfia tersenyum senang..dijeling shahida yang masih diam membatu..Di tahu hati shahida sekarang ni berdebar-debar....dia ketawa geli hati melihat shahida begitu...tapi hanya di dalam hati..

"ok....jom la..kita gerak sekarang...dh waktu lunch dah ni.."ujar Ridwan perlahan.

mereka berempat segera meninggalkan ruangan pejabat yang sudah mulai sunyi.. hanya beberapa staff saja yang tinggal.kaq Midah pun sudah tidak kelihatan..mereka bergerak ke lift untuk turun ke tingkat satu..namun langkah mereka terhenti bila terdengar suara hasriq Zhafran..


"Korang nak lunch dah ke?"

Luthfia Humaira kaku...entah kenapa sejak zahra bagitahu yang Hasriq Bimbangkan dia ,Hati Luthfia bagai dihujani bunga-bunga yang indah-indah...ada rasa bahagia menyelinap dihatinya.


"Ya..baru jer kami nak turun?awak dah lunch..?
luthfia sedar ada perubahan pada suaranya..dia nampak dengan jelas senyuman di bibir shahida dan zahra dari ekor mata...tapi dia tidak boleh salahkan mereka. dia sendiri terkejut dengar suaranya...


"Sama la..baru je nak makan ni..ingat nak ajak awak lunch dengan saya.."

Luthfia terkedu..dia tidak salah dengar ke?Hasriq ajak dia lunch..walaupun mereka sudah pernah lunch bersama. .tetapi ini kali pertama hasriq mengajaknya lunch bersama..hanya mereka berdua..

"saya dah janji nak keluar makan dengan dorang.."


"eyh eyh.. takpe takpe..kau ikot je lah Encik hasriq...ida ada temankan aku makan.."

Shahida terkejut mendengar kata-kata Ridwan.tanpa diduga senyuman indah menghiasi wajahnya.


"Habis Tu aku korang nak campak kat mana?takkan aku makan sorang-sorang."GerutU Zahra...


"Kau makan dengan kami la zahra...takan la kau nak kacau daun lunch boss kita pulak kan..kata-kata ida membuatkan Ridwan terkaku...dia tersalah cakap ke...arghh malu pulak rasanya hendak menatap wajah shahida waktu ini..

Luthfia tersenyum..dia dapat rasakan perasaan Ridwan sekarang ni...lihat saja Ridwan sudah mula tersasul...


"ok lah..Aku ikut boss lunch harini...korang pergilah makan.."luthfia hanya memandang kelibat tiga rakannya masuk dalam lift...Jantungnya berdegup kencang.....

"Kita nak lunch kat mana?"berdua duan dengan hasriq didalam lift membuat jantung luthfia seperti hendak gugur....haruman polo dari badan hasriq membuat hatinya tidak keruan...
dia perasan hasriq mencuri-curi pandang kearahnya. ..dia terasa bagai diawangan..


"Kita makan kat hotel Mutiara...dengar cerita makanan kat situ sedap..ok.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience