bab 3 (kpg taman pasir)

Drama Completed 8870

" Miya,Jom sarapan dulu nak.." Ajak Puan Hanisah.

Luthfia Humaira yang baru turun menoleh ke arah Puan Hanisah.Tangan puan Hanisah tangkas menyusun pinggan dan cawan di atas meja.Puan Hanisah menjaga Luthfia Humaira sejak luthfia kecil lagi.Semenjak Anaknya Jasmeen, menantunya Azman dan Ridhwan cucunya sulung terlibat dalam kemalangan,puan Hanisah membawa Luthfia Humaira balik ke sarawak.kampung suaminya.selama bertahun-tahun puan Hanisah tidak mendengar khabar berita anak dan menantunya itu.Entah masih hidup ataupun tidak dia sendiri tidak tahu.Puan Hanisah yakin mereka masih hidup..Rindunya kepada mereka hanya Tuhan sahaja yang Tahu...setiap kali Dia Berdoa semoga Anak,menantu dan cucunya balik ke pangkuannya...Hati tuanya betul-betul rindu..


"Selamat pagi nek...."

Luthfia mencium pipi puan hanisah kuat-kuat.Hanya Puan Hanisah lah tempat dia bermanja.dia sangat sayangkan puan hanisah..Kepada puan Hanisah lah dia mengadu bila dia ada masalah dan bila dia dibuli sewaktu kecik dulu..Luthfia sendiri tidak tahu siapa dan bagaimana wajah kedua-dua ibu bapanya.Dia pernah bertanya kepada neneknya..namun tiada jawapan yang ditemui.Neneknya pasti akan menangis dan Luthfia sendiri tidak mahu puan Hanisah bersedih..


" selamat pagi sayang..jom..nenek masak Mee laksa favorite kamu ni..laksa sarawak.."


"ummm..sedapnya bau mee ni nek..miya jadi lapar pulak nek...makasih nenek...sayang nenek sangat-sangat" tangannya pantas menyenduk mee laksa ke dalam pinggannya....masakan puan Hanisah memang tip top ..kalau ada pertandingan memasak..sudah tentu puan Hanisah menang...

"Hari ni kamu Tak kerja ke miya?kenapa masih pakai baju tidur lagi ni..tak lambat ke nanti? kamu tu kalau bersiap mahu juga makan masa berjam jam..entah apa lah yang kamu buat kat bilik kamu tu." Miya ketawa kecil mendengar bebelan puan Hanisah...

"Amboi nenek kalau bercakap takde full stop...macam kereta api...heheehe"mengekek ketawa luthfia..puan Hanisah menjeling melihat perangai cucunya itu.


"Miya tak bagitahu nenek ke semalam...maaf la..Miya lupa..Hari ni miya memang Tak kerja..miya cuti..esuk Baru miya kerja dari pagi sehingga malam..Miya kena uruskan projek di wisma tu nek...banyak benda yang nak diuruskan..so,nenek tak payah lah tunggu miya balik ok..kasihan nenek tepaksa tunggu Miya..miya tak nak nenek sakit..."Beberapa minggu ni Luthfia sentiasa balik sehingga lewat malam dan beberapa minggu jugak la puan Hanisah setia menunggunya balik dan ini membimbangkan luthfia..kesihatan neneknya harus dititikberatkan...

"Tak payah la risaukan nenek...kamu tu yang patut dirisaukan..keja kuat sangat..tengok badan pun dah macam lidi..kurus sangat ..macam mana nenek tak bimbang..buatnya kamu kena papa ke kena kidnap ke..tak ke haru jadinya.." bebelan puan hanisah benar- benar membuat Luthfia Humaira tersentuh.

"sampai hati nenek cakap badan Miya macam lidi...Lidi-lidi pun kuat tau nek..nenek jangan la doakan cucu nenek ni kena kidnap...kalau Miya kena kidnap betul-betul nanti,nenek juga susah hati.. dah tak de cucu nenek yang cantik manis ni lagi...kan nek... "sakat Luthfia...sambil buat muka manja

Puan Hanisah tersenyum kecil...perangai luthfia sebiji dengan perangai jasmeen..Rindunya dengan gurauan dan sakat anaknya mengamit perasaan.

"Ya,cucu nenek paling cantik......." pantas pipi kanan Luthfia di cubit perlahan...

" Dah dah..lepas ni pergi mandi.Satu rumah dah bau masam."Puan Hanisah pura-pura menutup Hidung


"Masam masam pun cucu nenek jugak...hahaa.."Air Susu diteguk perlahan..Luthfia tersengih.."Nenek nak pergi mana tu..."tanyanya kembali bila melihat Puan Hanisah mula mencapai topi khas yang selalu dipakai untuk ke kebun .

"nenek nak ke kebun kejap...nak petik sayur- sayur..rasany Dah banyak yang masak...Kamu nak ikot?"

" Tak pe lah nek..Miya nak ke sawah kita la nek..dah lama tak pergi 'Rumah' Miya.."Ada nada sayu dalam suara Luthfia..

" Kamu rindu Aish Ke Miya?".pertanyaan Puan Hanisah membuatkan Luthfia Humaira tersentak.Sudah lama Dia tidak mendengar nama Aish disebut...

"Mestilah Miya rindu Dia nek..Dah lama Tak Dengar Khabar dia,Entah-Entah Dia dah lupakan Miya kot.."

Mereka Dah bekawan sejak kecil lagi..Rumah Mereka dekat.mereka membesar bersama.Malah mereka turut bersekolah di sekolah yang sama...Dia lah Sahabat terbaik Luthfia Humaira.

"Isssh...tak baik cakap macam tu.Takde bukti kan.entah-entah dia pun sama macam kamu . hari-hari teringat..."Puan Hanisah tersenyum manis..Dia memang mengetahui persahabatan cucunya dengan Aish..Dia Bersyukur betul bila Luthfia dan Aish berkawan rapat.sekurang-kurangnya Luthfia tidak sedih dan tidak kesunyian...cucunya itu masih perlukan kasih sayang dan dengan kehadiran Aish..Luthfia Humaira kembali Ceria..Puan Hanisah sendiri tidak tahu Cara untuk menjawab soalan bila cucunya bertanya mengenai ibu bapanya..Dia Sendiri tidak pasti kemana dan dimana Anak menantunya berada...

"ok lah kamu pergi lah ke sana..tapi jangan balik lewat sangat..lepas mandi nanti tutup pintu dan semua tingkap..nenek nak pergi dulu....jaga diri tau.."

Luthfia menyoroti langkah neneknya sehingga hilang dari pandangan.
Dia sendiri sudah tidak sabar untuk ke sawah padi..Selesai mengemaskan pinggan dan Mandi,Luthfia Humaira segera bergerak untuk ke sawah padi yang terletak tidak jauh dari rumahnya...Hanya selang Lima buah rumah sahaja.Luthfia Humaira sudah sampai ke Sawah padi Milik Puan Hanisah yang luas terbentang.Sangat Mendamaikan.Matahari yang baru sahaja menampakkan diri tidak memancarkan cahaya yang terik.Luthfia berjalan melalui batas- batas sawah untuk mengambil angin..Bau tanah paya sangat menyegarkan otaknya.Luthfia Humaira berlari-lari anak di atas sawah.agak jauh bejalan,Akhirnya dia sampai ke hujung sawah.Terdapat sebatang pokok Ara yang sangat besar.Luthfia berhenti..Dia memandang pokok tersebut..Ya,itulah pokoknya.pokok tempat Luthfia menghabiskan zaman kanak-kanaknya.Luthfia mendongak.Rumah itu masih ada.!Rumah pokok yang Indah dan cantik itu terletak diatas pokok Ara tersebut..berlumba-lumba kenangan manis menyergah di fikirannya.Luthfia mengeluh kecil.Dia Rindukan Aish.tersangat Rindu..Luthfia mencari sesuatu di sebalik pokok ara tersebut.seutas tali yang sudah lama.Dia tersenyum..

Luthfia mula memanjat pokok itu,agak kekok juga sebab sudah lama tidak memanjat.pokok itu rendang saja dan mempunyai dahan untuk dipanjat..Rumah itu tiada tangga.Aish dan Luthfia yang membina rumah itu.mereka tidak mahu orang lain naik kerumah tersebut sebab itulah mereka tidak membuat tangga..Hanya seutas tali saja yang digunakan untuk masuk ke rumah itu.

Rumah itu berhabuk.ranting-ranting kayu berselerak di lantai rumah.Daun-daun kering di merata-rata tempat.sebahagian atap dan tingkapnya sudah berlubang..Dan ada yang sudah pecah..Akhirnya air matanya menitik jua..Dia sudah berjanji kepada Aish akan menjaga rumah mereka itu sebaik mungkin tetapi dia langsung tidak ingat pada janji-janjinya..Dia bukan kawan yang baik..

Luthfia melbersihkan daun-daun kering dan ranting-ranting yang berselerak.sebahagian tingkap pula sudah ditumbuhi semak samun.perlahan-lahan Luthfia membersihkan rumah itu.takot-takot ada haiwan yang tidak diundang 'menetap' di situ..Rumah itu agak besar.terdapat sebuah meja tulis di tengah-tengah rumah..dan sebuah buaian yang sudah rapuh talinya.

terdapat beberapa gambar lama Aish dan Luthfia ketika masih kecil melekat di dinding rumah itu.Teringat kata-kata Aish satu ketika dulu..

"Miya..kita ambik gambar nak.untuk simpan dalam rumah kita ni.jomm."

bersungguh-sungguh Aish mengajaknya bergambar.Luthfia mengangguk laju.Kamera LED jenama panasonic milik Ayahnya yang 'dicuri' sekejap diletakan di atas meja.mereka seronok bermain kamera tersebut.Kamera yang lama itu dibelek.tidak lama kemudian gambar mereka keluar.berebut- rebut luthfia dan Aish mengambil gambar tersebut.beg sekolah yang tercampak di atas lantai diambil.dikeluarkan gam dan pita pelekat .mereka mula menampal gambar tersebut di dinding..


" Nanti kalau orang lain jumpa rumah kita ni,dorang pasti nampak gambar kita.dorang pasti takkan robohkan rumah ni..Nanti bila Aish dah tinggal jauh dari sini..Miya janji Miya jangan bagi rumah kita ni pada sesiapa..janji?"

Aish menarik tangan Luthfia dan membuat Pinky Promise Pada Miya..Luthfia mengangguk laju.


"Aish jangan bimbang.Miya Akan jaga rumah ni baik-baik..Miya takkan biarkan rumah kita rosak."

Hanya Aish dan Neneknya sahaja yang memngilnya miya..pangilan yang diberikan oleh ibu dan ayahnya terhadapnya ketika dia masih kecil...dan itulah satu-satunya kisah ibu bapanya yang diceritakan oleh puan Hanisah kepadanya..

Luthfia Humaira mengeluh..Gambar itu dibelek..
tertera beberapa ayat di belakang gambar lama Aish..Tulisannya Pun hampir hilang..


"Happy Birthday Aishh..Semoga Aish Sentiasa sihat dan bahagia selalu.."bisik hati luthfia.apa khabar Aish agaknya ?Luthfia Humaira cuba membayangkan wajah Aish..mungkin bertambah kacak kot..Luthfia tersenyum sendirian.

Selepas puas hati dengan keadaan rumah tersebut.luthfia segera turun.Sudah 3 Jam dia berada disana...Jam sudah menunjukan pukul 11.30 pagi..Dia harus segera balik..Takot pulak bila Neneknya mencarinya nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience