Luthfia tercegat d depan pintu bangunan Hiap Aik Trading..dengan lafaz bismilah luthfia melangkah menaiki lif ke tingkat 12..langkah diatur laju..nafas ditarik perlahan..Pekerja di kaunter pertanyaan sudah memaklumkan kedatangannya kepada Mr liaw.. Dari jauh luthfia sudah nampak jeanny,setiausaha Mr Liaw menghampirinya.
"selamat datang Cik Luthfia..Cik luthfia nak jumpa Mr Liaw ke?" tangan yang dihulur disambut mesra ..
"Ya,saya nak berbincang sikit dengan Mr Liaw..Dia ada.?"
"Ada,Mr Liaw tengah berbincang dengan vice president JT corporation...Sebentar ya cik luthfia,saya akan inform pada Mr Liaw,sila duduk dulu..sekejap lagi saya datang."
luthfia tersenyum manis pada gadis muda yang lemah lembut tu...jeanny berlalu meninggalkan luthfia...tak henti² luthfia berdoa dalam hati supaya hati Mr Liaw Lembut.tangan dikepal..jari jemarinya ditekan²..kebanyakkan staff yang lalu lalang mencuri pandang kepadanya..luthfia kecut perut.terasa tidak selamat pulak berada disitu....Penyaman udara tidak mampu menyejukkan tubuhnya..segera dia meloloskan diri ke tandas yang berdekatan..Dekat 10 minit jugak la dia bertapa dalam tandas tersebut..solekan yang tiada cacat cela dikemaskan....luthfia betul-betul berharap tender mega hotel itu tidak jatuh pada tangan orang lain..
Baru beberapa langkah luthfia keluar dari tandas tersebut,telinganya menangkap percakapan seseorang berhampiran dengan bilik Mr Liaw.
" You jangan bimbang...i akan pastikan you tak menyesal berurusan dengan syarikat kami..i boleh jamin you akan puas hati dengan kerja JT corporations..."
Mata Luthfia terbeliak mendengar suara tersebut...Itu suara shareen..luthfia memanjangkan leher mencari arah suara tersebut...kakinya seakan melekat dekat lantai..segera dia bersembunyi di sebalik pokok bunga yang tinggi berhampiran tandas..takot shareen nampak kelibatnya..Apa yang shareen buat dekat situ...Macam mana pulak shareen boleh ada dekat bangunan Hiap Aik Trading ni..Urusan kerja apa yang dimaksudkan shareen tadi...Bermacam-macam persoalan berlegar di kepalanya...Luthfia menghantar shareen keluar dari Ruangan dengan ekor mata..setelah yakin shareen sudah jauh
dan hilang dari pandangan,perlahan luthfia menapak keluar..Dia meninjau-ninjau melihat keadaan sekeliling..Kenapa shareen menipu hasriq,kenapa dia masih berada di serian..
"Cik luthfia."
luthfia tersentak.segera dia menoleh mencari arah suara tersebut..Jeanny tersenyum memandangnya
"Mr Liaw sudah menunggu Cik di dalam.silakan masuk"
sebaik saja pintu dibukakan ,figura Mr Liaw sudah menyapa pandangannya..
"welcome Cik luthfia Humaira..please Have a seat.."pelawa Mr liaw..
"Thanks Mr liaw,saya harap Tuan sudah sedia maklum tujuan saya datang berbincang tuan hari ni.."
"ya..pasal projek mega hotel kan...awak dah dapat surat saya?"
"Yup,saya dah dapat tadi pagi..dan saya datang ni pun sebab nak tanya kenapa Hiap Aik trading Batalkan kontrak dengan medan jaya contruction..we have protocol Mr liaw...Kenapa tiba² pihak tuan batalkan projek tu.."
luthfia cuba berlagak santai...lelaki dihadapannya dipandang tajam..
"Sebelum tu saya nak minta maaf dengan Cik Fia,saya terpaksa batalkan tender mega hotel disebabkan beberapa perkara..saya dapat tahu Syarikat Cik pernah menghadapi beberapa masalah berkaitan progress yang slow dan deadline yang lari dari jangkaan..so,saya tak nak pertaruhkan mega hotel saya dengan berusan dengan medan jaya....Lagipun kami dapat tawaran yang lebih baik dari syarikat JT corporation...dan mereka jamin Hiap Aik Trading akan untung kalau berurusan dengan mereka."
"Mr Liaw,This is not fair,perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku memandangkan Hiap trading sudah lama bekerjasama dengan Medan jaya construction..Mengenai progress yang slow,saya akui kami ada sedikit masalah teknikal semasa menguruskan projek sebelum ni..tapi kami sudah dapat kendalikan projek tu sehabis baik ..dan kami tidak terima sebarang aduan mengenainya.." Luthfia sudah kelihatan tegang.selama ini,.tidak pernah medan jaya construction mendapat masalah sebegitu..
perbincangan telah berlanjutan selama sejam..Namun Mr liaw masih belum mengambil kata putus..semua hujah dan pujukan yang luthfia utarakan dibangkang hebat oleh Mr Liaw...beberapa kali jugak lah Mr Liaw memuji-muji JT corporation..Naik panas telinga luthfia mendengar pujian Mr liaw pada JT Corporation tu..Luthfia harus cari tahu siapa vice president JT corporation A.k.a shareen tu yang sebenar.
"Mr liaw,masalah projek yang sebelum ni hanyalah masalah kecik. Sebut harga yang syarikat Medan jaya beri terlalu tinggi berbanding dari sebut harga syarikat lain. that's why projek tu masih tak dijalankan..selebihnya kami tak ada masalah untuk uruskan projek lain termasuk mega hotel dan kami boleh dapatkan projek lain dengan sebut harga kami. tetapi,memandangkan kita sudah kenal lama dalam this bisness,so,harap Mr Liaw boleh setuju dengan tender mega hotel ni.."ujar luthfia perlahan..dia tak nak beremosi bila berhadapan dengan Mr liaw..perjanjian bangunan mega hotel itu sudah di tandatangani..Andai mereka tak dapat tender tu..Medan jaya akan mengalami kerugian dan ea akan memberi kesan negatif untuk mendapatkan tender lain dimasa akan datang.
"Begini lah Cik Luthfia,Saya akui Medan jaya sebuah syarikat yang berpotensi besar dan berpengaruh dekat Serian,dan saya senang berurusan dengan Syarikat Cik luthfia.so,saya akan pertimbangkan perkara ini dengan syarat Medan Jaya Contruction dapat memberi jaminan yang mega hotel tidak akan dapat apa² masalah d kemudian hari."Akhirnya kata putus sudah keluar dari mulut Mr liaw...Luthfia menarik lafaz lega..senyuman dihadiahkan kepada Mr Liaw..
" i promise,its be better than you thought. ... tq so muchh dan saya akan pastikan projek ni akan berjalan dengan lancar..saya sendiri akan uruskan projek ni..dan Arkitek kami Encik Ridwan Rodzy akan pastikan mega hotel dibangunkan dengan megah...Thanks you so much Mr Liaw.kami takkan hampakan Mr liaw..kita dah kenal lama..dan sya jamin tuan akan puas hati. sekali lagi saya senang berurusan dengan tuan.."
Mr liaw menghantar Luthfia sehingga foyer..Luthfia mempercepatkan langkah menuju ke tempat letak kereta...hatinya betul -betul happy.Tidak sabar hendak balik ke office jumpa Zahra...dalam kereta ,luthfia membuka hp..banyak meseg masuk...beberapa misscall d periksa satu demi satu..
Beberapa panggilan dari hasriq dan selebihnya dari pejabat datuk Helmi..Dia belum ada masa nak tukar nama-nama kat contack dalam hp dia tu...Dia mengeluh .
* * * * * *
Langkahnya perlahan diatur menuju ke ruang legar..malas pulak nak naik ke pjabat..Entah kenapa kaki ni macam berat nak melangkah...fikirannya melayang pada Shareen..
Shareen ni pun satu,dalam banyak-bnyak lelaki,kenapa Hasriq jugak yang dia suka..Geram tau tak...kawan tu buat je lah kawan..takyah la nak terover sangat..!ishh...tapi, aku pun apa kurangnya...Miya tu sapa?kawan dia jugak...lagi lah teruk..bestfriend dia..so dia lagi teroverrr..hmmm..
dari kejauhan Dia nampak luthfia menghampirinya.senyuman manis sentiasa di bibir itu..Entah kenapa senyuman manis itu makin hilang bila hampir dengan Hasriq..
"Hai,.."
Luthfia bungkam..lelaki ni nampak sangat kacak..dengan cepat dia melangkah ke lif..tiba² dia sakit lhati..sapaan hasriq tidak disambut.
"kenapa ni,saya ada buat salah pada awak ke?"
Hujung lengan baju fia ditarik..Apasal dengan gadis ni.balik-balik je dah masam mencuka...tadi bukan main cantik lagi senyum-senyum dekat foyer..dah terpandang muka dia terus senyuman manis tu hilang..Luthfia terhenti, entahlah tadi dia ok je tapi bila terpandang je muka hensom james reid ni,hatinya terus sakit ...Tiba -tiba pulak tu.lengan bajunya ditarik perlahan..
"Takde papa la..awak tak salah apa-apa pun.btw awak buat apa kat sini...Meeting dah habis ka?"saja basa basi...Nadanya mendatar..
"a'ah tadi dah siap..tu lah yang terus turun ni..saya tunggu awak..macam mana dengan discussion tadi?Mr Liaw setuju?"
Niat sebenar hasriq turun lobi tadi nak marah luthfia...kenapa luthfia pergi jumpa Mr liaw tak bagitahu dia depan-depan..kenapa Zahra yang sampaikan....Dia tak nak berjauhan dengan Luthfia sebenarnya..Dia rindu...Skarang ni Alih-alih,Luthfia pulak macam marah kat dia...
"setuju."katanya sepatah..
"tu je..?"Hasriq panggung kepala...kenapa dengan buah hati dia ni..dari pagi tadi mencuka...teringat kejadian tadi pagi..huh,Hasriq mengeluh...
"fia,kalau saya ada salah,saya minta maaf k..saya tak suka tengok awak muram macam ni.."
Ini bukan luthfia yang dia kenal 13 tahun yang lepas....Luthfia ceria..mudah ketawa..Hasriq dapat menangkap bunyi keluhan dari bibir mungil tu..
"Saya penat la riq..banyak benda nak diuruskan. "fia melangkah longlai masuk ke lif.
Hasriq setia mengekorinya
" look,..biar saya jer yang handle semuanya. awak balik la berehat....saya tak nak awak sakit."
Luthfia mencuka..kenapa dengan Hasriq harini..tak habis-habis suruh dia berehat..Jangan² Hasriq sengaja nak halau dia balik..jangan-jangan Hasriq dah benci padanya dan tak nak tengok mukanya.....Tiba-tiba Luthfia menangis...'apa kena dengan aku ni'.,hati luthfia sakit sangat..mukanya dah merah padam..'kenapala Hasriq ni tak faham-faham lagi.'..bisik hatinya...Dah tentulah perkara ni buatkan Hasriq terkejut..
"Fia,kenapa ni..saya minta maaf fia..saya minta maaf.."Bagai direntap hatinya melihat air mata luthfia..tak pernah sekali pun dia melihat fia menangis...Dia salah cakap ke?.tangan luthfia diraih..tak kiranya luthfia marah ke apa..dia tak peduli..Luthfia berusaha menarik tangan yang kini berada dalam gengaman Hasriq..dia benci Hasriq. dia benci..tapi mulutnya seakan-akan terkunci..
" Please fia,jangan membisu macam ni...kenapa ni..jangan buat riq macamni sayang..Riq tak kuat tengok fia nangis macam ni..?" Hasriq dah tak peduli...dia nak luahkan jugak rasa hatinya pada luthfia..air jernih yang mengalir di pipi luthfia menyentap tangkai hatinya...rasa nak bawa je luthfia ke dalam dakapannya saat ni..biar luthfia tahu yang Hatinya dah jadi milik gadis manis tu..
Luthfia bungkam...Degup jantungnya dah tak keruan..bergetar hebat..perkataan sayang yang pertama kali diungkapkan oleh seorang lelaki kepadanya...matanya segera menerkam jauh mata lelaki di depannya..mata Hasriq merah...lelaki tu turut menangis!!.
kenapa dia boleh emosi macam ni? hasriq hanya suruh dia berehat..kenapa dia menangis...? Luthfia buntu kenapa dia jadi cenging macam ni..
pintu lif terbuka..segera dia merentap tangannya kasar dari pegangan Hasriq..langkah diayun laju menuju ke biliknya. Zahra terkulat-kulat memandang Luthfia..Niat hati baru je nak menjerit memangil nama fia namun terbantut melihat wajah sugul luthfia.kunci kereta diletak sja atas meja zahra...langkah diayun laju.pandangan zahra terarah ke arah Hasriq yang muncul dibelakang luthfia..
Hasriq angkat bahu.
'Jin Afrit mana pulak yang termasuk dalam badan fia ni.. saka Mr Liaw ke ape.?'
Zahra berkira-kira sendirian...
...
Share this novel