Bab 24

Drama Completed 8867

Luthfia Menangis semahu-mahunya..ketukkan pintu dari zahra dan Hasriq tidak dihiraukan ..kenapa dengan Aku ni...bisik hati luthfia..Hasriq hanya suruh dia berehat. apa yang salah ?.sentuhan lembut dan kemas dijarinya masih terasa..pandangan hasriq mengetarkan perasaannya ..mustahil!.Dia tidak boleh terima. ..kenapa dengan hati dia...cintanya untuk Aish. bukan Hasriq..kenapa boleh wujud perasaan lain dalam hatinya..No! Cintanya hanya untuk Aish..dia tak akan curang pada Aish..tak kisah lah Aish siapa pun...buruk macam mana pun Aish,dia tetap cintakannya... kenangan Aish datang menyinggah ke fikirannya...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mata Luthfia merah,Dia malu becampur geram..kepalanya menunduk. direnung kasut sekolah yang sudah berlumpur...kasut tu baru je Puan Hanisah belikan...geramnya pada Faizal menjadi-jadi..air mata yang bertakung akhirnya tumpah jua..apa kesalahan yang dia lakukan pada lelaki itu..setiap hari ada saja perkara buruk berlaku padanya...

Ini tak boleh jadi...Faizal dah melampau...kesabaran dia ada had...baru je kelmarin basikalnya dicuri dan dihanyutkan ke sungai..hari ni kasut sekolahnya pulak jadi mangsa..Arggh geram!

Luthfia menjinjit kasut sekolahnya menuju ke pagar sekolah..dari kejauhan luthfia sudah nampak faizal dan kawan-kawannya berkumpul..tangannya dikepal..

"Faizaal!!!"jerit Luthfia..semua pelajar yang berada di situ terkejut..lantas menumpukan perhatian kepadanya..luthfia sudah nekad..apa nak jadi jadilah..dia dah tak peduli...tak kisah lah Faizal tu senior..dia betul-betul geram..
Faizal yang sedang merokok terkejut...segera dibuang baki rokok ke belakang pokok..takot pulak luthfia melaporkan kepada cikgu disiplin .Almaklumlah Luthfia murid kebanggaan Sk Taman pasir.Baru je dia hendak membuka mulut...Tiba-tiba...

.Bukk!.

Faizal terdorong kebelakang..Kepalanya pening.semua kawan-kawan yang berkumpul dengannya bertempiaran lari...terkejut dengan apa yang berlaku..hanya beberapa orang saja yang masih berkumpul untuk menyaksikan apa yang berlaku..kebanyakkannya Terkejut melihat gadis ceria dan baik itu berubah menjadi peninju..

"kau kenapa hah!!"Mata faizal mencerlung melihat gadis didepannya..matanya itu merah menyala..malu rasanya bila dia ditumbuk oleh gadis tu..egonya tercalar..reputasi sebagai gangster sekolah hancur. budak perempuan tahun 1 pulak tu yang tumbuk dia.

"Kau ni melampau...kau tau tak kasut ni sangat berharga buat aku..kenapa kau buang kasut ni dalam parit.. kau tau tak bertapa susah payahnya nenek aku kumpul duit nak beli kasut ni.."Tangan kiri yang digunakan untuk menumbuk kepala Faizal digengam...jarinya terasa kebas.sakit sangat rasanya tetapi tidaklah sesakit hatinya sekarang ni..Kasut sekolahnya masih dipegang erat.

"Kasut je pun,yang kau tumbuk aku ni apahal...dah puas hidup!!"jerkah Faizal..gara-gara kasut 49.50 tu dia hampir kehilangan kepala..
"Bagi orang kaya macam kau kasut ni memang takde nilai...tapi bagi aku,kasut ni jauh bernilai dari otak kau tu..sekurang-kurangnya kasut ni buat aku senang berjalan kesekolah."

"ada aku kisah...kau tak layak pakai kasut baru..budak miskin macam kau memang layak pakai kasut buruk macam tu la..sedar diri la sikit.."ujar Faizal..berlagak..

kepala yang pening dipegang erat..terasa macam tengkorak kepalanya dah pecah..gila punya Luthfia..macam mana gadis tu boleh bertukar jadi fighter pulak ni..kuat sungguh penumbuk budak kecik ni."

Luthfia membentak..geramnya..memang dia sedar diri dia miskin..tapi semiskin-miskin dia,dia tahu bersyukur dengan apa yang dimilikinya...Laju jer tangannya diangkat tuk menampar wajah faizal didepannya..namun pergerakkannya terhenti..tangannya ditarik seseorang..budak lelaki tu merenungnya tajam...


"Lepas la...kau sapa hah! kau pun nak kena tumbuk ke?"tangan kirinya masih dalam gengaman budak lelaki tersebut..


"sudah lah..tak payah layan dia ni..Bukannya dapat apa-apapun..banyakkan bersabar luthfia.."lembut je ayat yang keluar deri mulut lelaki ni..Luthfia tersedar..lantas dia beristighafar..Automatik perasaan marahnya hilang mendengar kata budak tu..luthfia cuba mengamati siapa gerangannya namun otaknya tidak dapat mengingati sesiapa dalam keadaan sebegini.dipandang faizal yang sudah pucat...dia betul-betul kecut perut melihat wajah gadis didepannya..

"Lepas ni kau jangan tunjukkan muka kau depan aku .aku benci kau faizal...tengok la,aku report kat cikgu.." Luthfia segera berlalu..namun kata-kata faizal selepas itu menghentikan langkahnya.

"Pengecut..kau nak lari kemana pulak tu?takot ke?budak perempuan buat la cara perempuan..pergi balik rumah dan menangis puas-puas.."perli Faizal..

Luthfia mengetap bibir..Ya Allah,Kau berilah aku kesabaran yang tinggi bagi menghadapi hamba Mu yang sorang ni...doa luthfia Humaira..baru jer dia menoleh, dia sudah terdengar bunyi orang bergaduh.Terkejut Luthfia memandang Faizal yang sudah terbaring di tanah..mulut lelaki tu berdarah..kelihatan budak lelaki yang menegurnya tadi sedang berdiri sambil mengepal tangan..


"Sekali lagi aku nampak kau buli atau kacau Luthfia,kau berhadapan dengan aku..aku tak kira kau siapa ,aku akan cari kau sampai lubang cacing.faham."bentaknya..

Terpisat-pisat mata faizal memandangnya...luthfia tersentak..Wajah budak lelaki tu ditenung...matanya tidak lepas memandang lelaki tu walau pun lelaki tu sudah melangkah keluar dari kawasan tersbut..luthfia segera berlari mendapatkan lelaki yang menolongnya tadi..
beg yang penuh dengan buku sekolah yang tergantung di belakangnya melambatkan pergerakkannya.

"oii budaq,tunggu jappp. "

termegah-megah dia menghampiri budak lelaki itu.lelaki itu berhenti dan menunggu luthfia datang..Entah kenapa lelaki tu tersenyum manis kearahnya.

"kau ni siapa?macam mana kau kenal aku?"tegur luthfia..sudahlah dia hanya berlari dengan memakai stokin je..kasut sekolah masih dipegangnya..

Budak lelaki tu tidak terus menjawab..sebaliknya tangannya lantas menghulurkan air mineral kepada luthfia..gadis tu pasti letih selepas mengamuk tadi..kasihan luthfia..Luthfia menyambut huluran lelaki tu dengan ucapan terima kasih..

"kau tak kenal aku la..tapi aku kenal kau.kau kelas 1 potensi kan.,aku dari kelas 2 Cemerlang "lelaki ni sungguh murah senyuman..

Luthfia mengangguk²..

" makasih lah kau tolong aku tadi.."

"takde papa la.cuma aku nak kau sentiasa bersabar tak kira apapun..takut la aku tengok ko marah tadi.."

luthfia sudah ketawa..comel jugak budak lelaki ni..eyh eyh...lelaki ada comel ke??

"Nama kau sapa?kau tinggal kat mana"

"nama aku Aish..aku tinggal tak jauh dari rumah kau.."

"kau tahu tempat tinggal aku..?"

"Tahu,aku selalu nampak kau bermain kat luar rumah.."

"Kalau macam tu petang ni kau datang rumah aku..kita main sama-sama..aku boring takde kawan kat sini.."akui luthfia.

"boleh jugak..nanti kita datang sekolah sama-sma,pulang sekolah pun sama-sama..ok?"Aish dah senyum kambing...dapat juagak dia berkawan dengan luthfia.sejak tu mereka jadi kawan..kamana-mana berdua..

~~~~~~~~~~

Luthfia tersentak..jauh betul dia mengelamun..dipandang keluar tingkap yang sudah gelap..dia mengeluh perlahan..sejak balik dari Hiap Aik trading pagi tadi dia mengunci diri dalam pejabat..perut yang berbunyi dipegang...inilah akibatnya terlalu ikut perasaan..satu fail apapun dia belum semak...nafas ditarik perlahan dan dia bangun sambil betulkan baju...henpon dan beg tangan diambil sebelum bergerak keluar pejabat..nampaknya bangunan medan jaya construction sudah sunyi...dijeling jam Quartz silver ditangan.jarum jam sudah menunjukkan pukul 7.45 pm..

sampai di foyer,luthfia baru teringat sesuatu...diketuk kepala kuat²...pagi tadikan dia datang ke pejabat dengan hasriq..keretanya masih di workshop..macam mana dia boleh lupa..Geramnya..Macam mana dia nak balik sekarang ni..sudah lah bas station agak jauh...namun kakinya diayun jugak keluar dari kawasan pejabat.nasib baik ada Pak herman security guard..dia jadi berani sikit.

sewaktu luthfia melintasi kawasan letak kereta,tangan luthfia ditarik seseorang...hampir menjerit luthfia dibuatnya...bermacam-macam perkara buruk terlintas difikiran..segera ditoleh kebelakang..senyuman Hasriq menyapa mata luthfia..

"Saya hantar awak balik?"

Luthfia terkedu...bertapa gembira hatinya melihat hasriq setia menunggunya balik kerja..kalau tak mengenangkan dosa pahala..,sudah dipeluk lelaki didepannya ni..gembira sangat sebab dia tidak keseorangan disitu..

"Awak buat apa kat sini?kenapa tak balik lagi..?"

"Saya tunggu awak la..bukan ke kita datang office sama-sama tadi pagi.."wajah Hasriq tenang,Hasriq ingin menjerit dan mengatakan "Miya,lelaki depan Miya ni Aish...Aish Miya!..'tapi ayat keramat itu hanya mampu diungkapkan didalam hati...wajah sugul luthfia ditatap.


"fia,jom temankan saya makan ...saya lapar la..lunch pun saya tak makan..jom.."
dahi luthfia berkerut..


"awak tak pergi lunch tadi?.."


"dah awak tak makan saya pun tak makan la..lagipun saya rasa bersalah sangat.saya buat awak marah hari ini.. kita makan ye.."pujuk hasriq perlahan..cukup lah sekali dia melihat mata cantik tu mengalirkan air jernih.dia tak nak lihat luthfia bersedih lagi..dia rasa macam nak mati.

luthfia tersenyum kecil...Lelaki itu tidak bersalah langsung..dirinya sendiri yang cari penyakit..tiba-tiba menangis kenapa...tak patut dia marah hasriq..lelaki tu hanya nak dia berehat,dia yang teremosi sampai berfikir yang bukan-bukan..mereka beriringan masuk ke dalam kereta honda jazz metalik kepunyaan Hasriq..

Sambil menikmati makan 'tengahari' yang terlajak tu,mata hasriq setia merenung wajah gadis dihadapannya.gadis tu tenang menyuap nasi masuk ke mulut...takde pun tanda-tanda nak bercakap dengannya.hendak ditanya mengenai kejadian tadi pagi takut merajuk lagi buah hati pengarang jantung dia ni..last-last hanya keluhan je yang keluar dari mulut hasriq.

luthfia panggung kepala mendengar keluhan hasriq.suapannya tiba-tiba terhenti.
"Riq,saya nak minta maaf kat awak pasal pagi tadi..Tiba-tiba je saya marah awak."

"awak tak salah pun..mungkin awak ada masalah yang awak tak nak kongsi dengan saya kan..takkan la saya nak paksa pula."senyuman yang paling manis dihadiahkan buat gadis pujaan hatinya itu.

Entah kenapa tiba-tiba Luthfia teringat panggilan sayang yang diucapkan oleh lelaki tu pada pagi tadi...Automatik jantungnya berdegup kencang....sangat cepat..peluh mula membasahi badannya..
rasa nak berlari keluar dari gerai makan tu..dia malu...


" Tapi ,pasal tadi dekat lif..saya betul-betul maksudkannya.."


"maksud awak.?"Luthfia angkat muka

Nasi yang tinggal separuh ditolak tepi..dia kena luahkan perasaannya..dia tak nak menanggung beban rindu ni sorang-sorang. ..


".saya Sayang awak sangat-sangat..saya Cinta..."

Luthfia tersentak.kenapalah dia rasa melayang-layang mendengar perkataan sayang tu. ..but No...dia tak patut bagi harapan kepada Hasriq...No...


"Saya minta maaf,saya tak mampu terima cinta awak.."sampuk luthfia sebelum sempat hasriq meneruskan kata. ..

Hasriq terpanar..tiba-tiba matanya terasa panas...begitu jugak dengan hatinya...hati dan jantungnya bagai nak meletup...Luthfia baru je reject dia...Gadis tu menunduk.ada nada sedih pada suara luthfia. seperti orang tak rela..


"tapi kenapa?"


"Kita baru kenal beberapa bulan.takkan semudah tu awak cintakan saya.."

Hasriq mengeluh,ingin diungkapkan pada luthfia bertapa dia mengenalinya sudah lama..ingin diungkapkan pada gadis didepannya bahawa lelaki kacak yang terpacak didepan mata Luthfia ini adalah lelaki yang sama dengan lelaki yang gadis itu cintai sewaktu kecik dulu..namun,dia sudah terikat dengan janji

"saya tahu..tapi tak salah kan kalau saya jatuh cinta dekat awak..kita cuba sayang? "pujuk Hasriq. matanya redup memandang sang pujaan hati yang comel ni..

Luthfia diam..jiwanya seakan-akan melayang...sejujurnya dia pun cintakan Hasriq..tapi hatinya sudah terlebih awal diserahkan pada Aish..mulut seakan-akan digam dengan gam uhu...


"awak tak perlu risau,saya akan berikan awak masa..awak ambik la masa sebanyak mana yang awak suka.. "

Luthfia masih diam tidak berkutik..Malu rasanya bila direnung lama-lama oleh Hasriq..pandangan Hasriq yang romantik tu mengugat imannya..Dalam hati,dia tersenyum happy..


"Boleh tak kita tukar topik..saya tak biasalah cakap soal hati macam ni?."

Hasriq tersenyum..dia tahu gadis tu malu.baki air didepannya disedut..


"ok la..kita cakap hal lain..tapi Riq tetap tunggu jawapan dari sayang..."Hasriq kenyit mata..ketawanya lepas melihat luthfia membesarkan mata...gadis tu kemudian menunduk..Malu..

"So,macam mana dengan projek mega hotel?kita dapat balik ke tender tu?"ujar Hasriq.
Nada suara sudah bertukar serius.Gadis tu kelihatan tersenyum kecil.kalau berkaitan dengan Kerja..Luthfia pasti bersemangat..itu yang buat Hasriq kagum dengan gadis tu..pengalaman mengajar dia jadi matang..


"Tak tahu lagi..Masih dipertimbangkan..tapi Mr Liaw janji akan cuba fikirkan semula..Ada syarikat lain yang cuba ambil kesempatan Riq..and i think,You know who the person is."

Mata Hasriq mengecil.

"Who?"

"JT corporation...dari kuala lumpur...Vice president Jt Corporation datang jumpa Mr Liaw hari ni..syarikat mereka pun nak merebut Tender mega hotel tu..and i sure one thing,that you know whos the Vice president JT corporation Right?"

Hasriq terkejut..sudah pasti dia kenal siapa Vice President JT corporation...dia pernah kerja sementara di syarikat tu.Syarikat Milik Shareen.!

"Shareen masih disini..?"

"yups.bukannya awak sudah tahu?" Luthfia bertanya balik..ada nada cemburu pada butir bicaranya..

"Fia,saya tak tahu apa-apa okay..Shareen sendiri call saya dan beritahu saya dia dah balik kuala lumpur..JT Corporation tak pernah terlibat dengan mana² project di luar semenanjung...kenapa JT Corporation nak merebut tender kat sini..its weird!"

Pelik sangat..apa yang Shareen tengah rancangkan?Kenapa gadis tu menipunya..Takkan lah shareen nak balas dendam padanya sebab dia reject gadis tu ..

'Shareen tu tak nak berjauhan dengan awak tau tak..mungkin tu sebab utama dia nak dapatkan tender besar tu..supaya dia senang nak dekat dengan awak dekat sini !..'.jerit Luthfia kuat..tetapi jeritan itu hanya keluar di dalam hati...Luthfia sebal..lelaki memang tak pernah faham hal macam ni ke?benda macam ni pun susah nak hadam...

"Dah kenapa muka berkerut-kerut ni?awak cemburu dengan shareen kan..?baik awak ngaku cepat..?" usik Hasriq...wajah luthfia yang merah seperti sedang menahan amarah itu ditatap..Rasa nak dicium pipi berlesung pipit tu.cantik gilerrr..

"Ma..mana ..ada..."Luthfia segera memegang kedua pipi..nampak sangat ke mukanya berkerut-kerut..ishhh Hasriq ni selalu sangat buat dia gementar.Dijeling lelaki didepannya dengan rasa yang geram..

"Dah la wak,saya nak balik.penat sangat ni..risau pulak nenek saya nanti"Luthfia segera angkat kaki....sudah lah dia malu bila mengenangkan ungkapan sayang daripada Hasriq.hasriq pulak tak habis-habis menuduhnya cemburu...kalau dia cemburu pun kenapa??..hmm...Langkah dipanjangkan menuju ke tempat park..Hasriq yang mengekori dari belakang tersenyum gembira..Dia nekad..mulai hari ni dia akan cuba pikat luthfia..Dia akan penuhi hati luthfia dengan perasaan cinta yang mengunung...Hasriq Nekad!

"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience