Bab 18

Drama Completed 8867

Luthfia Merenung bunga Rose yang segar di atas meja..Sudah 15 minit dia terpacak didepan pintu. ...sapa pulak yang letak bunga tu disitu...setahunya hanya dia dan Aish saja tahu bagaimana cara hendak masuk ke Rumah pokok mereka tu..Tak kan ada orang lain yang tahu cara masuk kerumah itu selain mereka berdua.. Tiba-tiba Fikiran Luthfia melayang pada Ridwan. . Tak kan Ridwan yang bagi?setahunya,Ridwan dah balik kampung. ..lagi pulak,Ridwan sendiri pun tidak tahu cara hendak naik ke dalam rumah tersebut...Mustahil pulak Aish...kalau betul la Aish yang letak. kenapa Aish tidak munculkan diri dehadapannya...kenapa mesti letak bunga tanpa ada kad. .Luthfia mengeluh...kalau betul Aish yang bagi bunga tu,Nampaknya Aish sudah balik ke kampung taman pasir. ..tapi kenapa Aish tidak berjumpa dengannya..adakah Aish sudah berkahwin dan tidak mahu lagi berjumpa dengannya . atau adakah Aish malu hendak berjumpa dengannya...bermacam-macam persoalan berlegar-legar di kepala luthfia..Tiba-tiba luthfia berasa takut berada di situ..takot-takot ada orang lain yang tahu tempat itu dan dengan tidak sengaja mingintip segala pergerakan luthfia sehingga tahu cara hendak masuk ke rumah tersebut.....Namun melihat kawasan rumah yangagak bersih dan kemas...cepat-cepat Luthfia mengeleng kepala...mustahil la ada pengintip yang rajin mengemas dan membersihkan rumah itu ... bunga rose itu di belai..harumannya menusuk kuat dihidungnya..nampak segar dan rasanya bunga itu baru saja diletak pada pagi ini.

sedang terleka merenung bunga ditangan..tiba-tiba pandangannya terarah pada sesuatu yang berbalut ditepi meja...

'buku lukisan sapa pulak ni..?'bisik hati luthfia..entah kenapa perasaannya berdebar hebat ketika itu. Buku lukisan itu dibelek...Tertera nama Luthfia Humaira Binti Azman di atas sebelah kanan buku tersebut.
Buku sekolahnya yang lama hilang. Puas dicari ke merata tempat namun buku itu tidak kejumpaan...Berkerut dahi luthfia... bagaimana pulak buku itu boleh ada di sana....sudah acap kali dia datang ke rumah itu,namun baru kali ini dia jumpa buku itu...Luthfia betul-betul keliru..perasaannya kuat mengatakan bahawa Aish sudah balik.. .luthfia segera mengemas meja dan turun dari pokok tersebut. dia mahu memastikan tekaannya tepat.

Sepanjang perjalan balik ke rumah..Luthfia tidak henti -henti tersenyum..rasa nak menari-nari sahaja sepanjang jalan...langkah diayun laju menuju ke rumah Aunty sofia yang sudah lama tidak dijejaki...namun senyuman di bibir mati bila melihat pintu rumah itu masih tertutup.keadaan rumah sunyi sepi dan sangat menakutkan..sedang asyik memerhati keadaan rumah aunty sofia...luthfia humaira dikejutkan oleh suara yang amat dikenali..


"hai fia,buat apa kat sini.?
luthfia memandang Faizal yng duduk diatas motor.lelaki yang dulunya merupakan senior nya di sekolah rendah...lelaki yang selalu membulinya..dengan jaket kulit warna coklat,seluar jean koyak..rantai dileher..konon-konon samseng..meluat betul luthfia melihat lelaki didepannya itu...namun disebabkan lelaki itu lah dia kenal Aish..gara-gra lelaki didepannya itulah Dia berjumpa dengan cinta hatinya..


".tiba-tiba muncul kenapa .?semak laaa."


"Dari tadi aku duk kat sini. .kau yang tak perasan.. focos sangat tengok rumah dia tu. .kau masih ingat lelaki tu fia...teruknya. ."

Luthfia mengeluh..kalau tidak mengenangkan nasihat Aish untuk bersabar dah lama dihempuknya kepala faizal seperti berbelas tahun lepas


"Kalau aku ingat pun..kau peduli apa..kau susah ke?"


"Mestilah aku susah ..aku susah hati..dah bertahun-tahun dia tinggalkan kampung ni...tapi kau tetap mengharap pada dia...macam la takde orang lain lagi kat kampung ni. ."


"Dengar sini faizal....Aish tu kawan baik aku. sampai bila -bila pun dia tetap kawan aku .so kalau aku tunggu dia beribu tahun pun,itu hal aku....kau tak payah nak sibuk..."

kalau diikutkan hati..memang nak kena Faizal tu dengan penumbuk luthfia...kali terakhir mereka berjumpa,penumbuk sulung luthfia sudah hinggap di kepalanya...kalau tidak Aish datang menghentikan dia...sudah pasti faizal masuk hospital..


"kalau aku nak sibuk jugak...kau nak buat apa kat aku.?" sengaja di cabar gadis yang sangat seksi di matanya ketika itu...faizal sudah turun dari moto dan menapak perlahan ke arah luthfia yang membatu...sudah lama dia suka pada luthfia namun gadis itu sentiasa jual mahal.. .ingatkan bila Aish sudah berambus dari kampung itu,dia akan dapat luthfia.namun sangkaannya meleset....gadis itu selalu mengelak berjumpa dengannya...malah selepas Aish pindah..Luthfia terus masuk asrama penuh selama setahun sebelum naik ke sekolah menengah di bandar..peluang untuk mendekati gadis itu tidak kesampaian.


"kau jangan dekat...aku jerit nanti.kau dah lupa apa aku pernah buat kat kau dulu. .kau nak aku tumbuk semula kepala kau tu.?..." luthfia kaget..lelaki didepannya itu memng kurang siuman.tidak dapat dibayangkan apa yang bakal terjadi kepadanya...berbakul-bakul sumpahnya pada faizal..luthfia betul-betul meluat.. ..Faizal bantai gelak..dia kembali duduk di motonya.


"Rilex la..aku tak kan apa-apa kan kau..aku masih waras...Tak sangka kau masih ingat perkara tu fia..alang-alang dah jumpa kau ni ..aku nak minta maaf pada kau la..selama ni kita jarang bertemu..baru kali ni aku terjumpa kau....."


"Orang macam kau ni. tak payah jumpa tuk selamanya lagi bagus.. kerja menyusahkan orang.."Luthfia sudah memeluk tubuh.. .nak tunjuk samseng kunun..pirahhh!silap tempat la faizal!


"Fia,aku ikhlas nak minta maaf dari kau..aku tahu apa aku buat dulu tu salah...aku suka kan kau fia.dari dulu...kenapa la kau tak faham-faham lagi. .maafkan aku.aku bukan sengaja buli kau Waktu tu...aku cuma nak tarik perhatian kau jer...."

Suara Faizal kedengaran semakin perlahan...wajahnya bertukar mendung..Luthfia keliru,betul ke yang ada depan matanya ini Faizal....?


"Nak tarik perhatian aku dengan pancitkan tayar basikal aku?bawa geng-geng samseng kau tu pergi kacau aku kat hujung jalan?buang kasut aku dalam parit?hanyutkan basikal aku dalam sungai.macam tu??itu yang kau buat tuk tarik perhatian aku..Sapa yang ajar kau ni!"

Faizal mati kutu...Tidak tahu macam mana hendak menerangkan pada luthfia...Faizal tahu dia bersalah tapi pada masa tu mereka masih kanak-kanak. fikiran belum matang lagi..


"Fia,benda tu dah bertahun- tahun berlalu. Tak kan kau masih tak dapat lupakan ...Lagipun kita kecik lagi waktu tu...jadi normal la kalau aku buat macam tu tuk pikat kau. maafkan aku k..."

kedengaran sedikit merayu suara faizal.


"Alasan kau dah basi...!sudah la aku nak balik .buang masa jer aku layan kau ni..."

Luthfia mempercepetkan langkah..lain yang diharapkan..lain pula yang muncul. jeritan Faizal tidak diendahkan..bunga rose yang dipegangnya direnung..Luthfia mengeluh tuk sekian kali..kalau lah Aish muncul sekarang...hmmmmm

Sesampai saja dirumah.luthfia terus mencari kelibat puan hanisah...ada benda yang hendak ditanya pada nenekny itu.Puan hanisah yang baru selesai masak didapur tercengang melihat wajah sugul luthfia. berkerut dahinya

"Aikkk..kenapa dengan kamu ni miya?sugul semacam jer..ada masalah ke?"


"nenek ada jumpa aunty sofia tak..?"


"Aunty sofia?kenapa tanya pasal aunty sofia tiba-tiba ni..kan dia dah pindah ke kuala lumpur..knapa pulak nek nak jumpa...?

luthfia mengeluh...nampaknya Aish belom balik lagi .Jadi bunga tu dari sapa pulak...
Sapa yang letak bunga tu disitu...tiba-tiba ingatnya melauang pada Faizal...takkan la Faizal yang letak...dia mana tahu pasal rumah pokok...tapi akal fikiran tetap yakin Faizal yang letak.mana tahu dia intip semua pergerakan luthfia selama ini...lihat lah tadi...tau tau faizal sudah terpacak dibelakangnya...pasti lelaki itu mengikutinya .geramnya pada faizal....Dia yakin bunga tu dari Faizal...Luthfia masuk kedalam bilik tanpa menjawab soalan neneknya. tiba-tiba dia rasa kenyang. bunga rose itu dicampak ke dalam tong sampah...Entah kenapala malang sangat nasibnya hari ini...luthfia segera berlalu ke bilik mandi untuk mengerjakan solat zuhur..jam sudah menunjukan pukul 1.30 ptg..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience