Bab 4

Drama Completed 8867

"Datuk nak apa panggil saya pagi-pagi ni.."

Luthfia mengeluh perlahan.baru beberapa minit dia sampai office,Dia sudah terima panggilan dari intercom menyuruhnya masuk ke bilik Bossnya

"Tak payah la marah-marah..Nanti hilang Manis wajah awak tu.."ujar Datuk Helmi sambil megenyitkan mata kepada Luthfia...

Luthfia Humaira pura-pura tidak mendengar kata-kata Bossnya itu..naik loya tekaknya melihat kenyitan mata Datuk Helmi yang Tidak tahu malu itu..Geram dan sakit hati bersarang di dalam hatinya.kalau diiKutkan hati sudah lama dia Angkat kaki dari Medan jaya Construction ..tapi bila mengenangkan Neneknya yang sudah tua dan Hanya dia la satu-satunya harapan neneknya untuk menyara keluarga. .Dia tepaksa mengalah. Bukan dia tidak mampu untuk mendapat kerja yang lebih baik..namun mengenangkan zaman sekarang yang memang susuh mendapatkan pekerjaan.Dia terpaksa akur..Lagipun Pendapatannya sebulan memang bebaloi untuk menjamin masa depan mereka berdua..Puan Hanisah Pernah mengalami masa-masa yang sukar semasa proses menjaganya di waktu kecil..Dia pernah hidup susah.Puan Hanisah pernah berniaga kecil-kecilan menjual sayur di pasar..Puan Hanisah juga pernah menjual petak Sawah peninggalan pusaka keluarganya demi mendapatkan duit biaya persekolahan Luthfia ..Setelah Luthfia menamatkan pelajaran,dan mendapatkan pekerjaan di Medan jaya Construction,Luthfia membeli semula tapak sawah padi kepunyaan Puan Hanisah untuk menebus pengorbanan Neneknya.Terlalu besar pengorbanan Puan Hanisah terhadap cucunya itu..


"Saya cuma nak bawa awak lunch nanti..saya mesti bagitahu awak awal-awal sebab awak sentiasa tolak permintaan saya..kali ni awak tak boleh tolak.sebab saya nak kenalkan awak kepada anak saudara saya.Mulai minggu depan,Dia akan ambil alih jawatan saya dan saya nak awak bekerjasama dengan dia..."kedangaran sedikit sayu suara Datuk Helmi Dipendegaran Luthfia...Senyuman Manis terpamer di wajah Luthfia Humaira..


"Datuk nak pergi mana..?Kenapa tiba-tiba nak letak jawatan ni.?"

Walaupun gembira dengan berita yang di dengarinya harini namun terselit sedikit perasaan pelik dihatinya bila Datuk Helmi tiba- tiba ingin menyerahkan semua jawatan dan seluruh syarikat yang dipegangnya kepada anak saudaranya..setahunya Datuk Helmi hidup seorang diri..Tidak pulak Luthfia tahu yang Datuk Helmi mempunyai anak saudara.

"saya tahu awak Benci saya dan selalu menjauhkan diri daripada saya..saya tahu semuanya fia..Saya dah tua..dah tiba masanya untuk saya penuhi hari tua saya dengan beribadat.lagipun saya rasa bersalah sangat.saya buat awak jauhkan diri dari saya..dan gara-gara sikap saya ni isteri saya pun tinggalkan saya...saya malu pada awak fia.."Datuk Helmi menundukkan kepala.segera dijauhkan pandangan dari wajah gadis dihadapannya..Luthfia tersentuh mendengar luahan hati Datuk Helmi..tidak diduganya sama sekali yang Datuk Helmi boleh berkata seperti itu..

" Sejak bila Datuk ada anak Saudara.?saya tak tahu pun selama ini..."Luthfia Humaira sengaja tukar topik..Dia tidak mahu Datuk Helmi rasa bersalah berpanjangan...


" Dah awak tak tanya..."selamba badak jawapan Datuk Helmi..Luthfia Humaira terdiam...terasa menyesal pulak dia bertanya Datuk Helmi ketika itu..

Datuk Helmi tersenyum kecil melihat wajah Luthfia yang sudah pucat..Namun kejelitaan gadis itu terserlah...wajah yang tenang dan sepasang mata yang indah itulah yang membuat hatinya tertawan.namun siapakah dia dihati Luthfia.Luthfia sekadar menganggap dia sebagai boss sahaja dan tidak lebih dari itu..

"Saya memang ada anak saudara..tapi dia tidak duduk disini..dia tinggal di selangor dengan kakak saya dan adik perempuan dia..Dah lama dah dia tak tinggal sini.awak pun mungkin dah lupakan dia..hmm...so,awak jangan lupa tengahari ni.awak lunch dengan saya.okay.."

Luthfia hanya sekadar tersenyum..Kalau boleh dia memang mahu keluar dari bilik Datuk Helmi tapi kakinya seolah- olah kaku.

"Datuk,Saya nak tanya sikit?"


"Apa dia?"

"Apa maksud Datuk Saya dah pun lupakan Dia.Saya kenal Dia ke?"

"Saya ada cakap macam tu ke?saya tak perasan .awak salah dengar kot."Muka Datuk Helmi berubah sedikit.Dia membuat muka toya...

Luthfia mengerut dahi...dia dapat rasakan ada sesuatu yang Datuk helmi sorokkan daripada dirinya.

" Saya Minta maaf Datuk, Saya tak dapat pergi..Saya kena pergi Wisma kejap lagi .. saya kena lawat tapak pembinaan disana. pkul 10 nanti saya nak jumpa Puan Zetty dan Encik Rizal..Maafkan saya ..


"No.No way,awak kena ikut saya..awak dah janji dan saya nak awak ada sama bila saya kenalkan anak saudara saya pada awak fia."


"So apa msalahnya..saya tetap akan jumpa Dia nanti.lagipun saya tak pernah janji nak pergi bersama Datuk.."


"saya tak peduli,awak kena jugak temankan saya pergi lunch..lagipun zahra kan ada..dia boleh handle semua projek tu....tentang Encik Rizal dan puan zetty tu..biar saya yang handle..pukul 12 nanti awak tetap akan ikut saya lunch..ini arahan...faham!.."sedikit keras suara Datuk Helmi dipendengaran Luthfia...wajahnya bertukar merah....

"Faham Datuk....hmmmmm..,kalau takde pape saya keluar dulu ."perlahan suara Luthfia Humaira...dengan perasaan geram,Luthfia mengatur langkah menuju ke biliknya..sakit betul hatinya dengan perangai Datuk Helmi ..Zahra yang kebetulan baru keluar dari bilik rehat Berhenti..


"Kau kenapa fia..napa muka kau ketat sangat tu. kau ok?"Luthfia berhenti melangkah dan memandang Zahra.

"Aku geram dengan boss tu.Suka hati je nak arahkan aku!"Luthfia Humaira meluahkan rasa tidak puas hatinya didepan Zahra..beberapa staff memandang mereka dengan pandangan hairan...

"Banyakkan bersabar beb..btw dia cakap apa kat kau?

" kau nak tahu...Dia ajak aku lunch tengahari nanti..dia kata dia nak bawa aku jumpa dengan anak saudara dia...Mulai minggu depan anak saudara dia yang ambil alih syarikat ni..so,aku kena temankan dia nanti...stress aku macam ni " Tidak pernah dia dimarahi sebegitu rupa.geramnya pada Datuk Helmi menjadi-jadi..

"Anak saudara Datuk?sejak bila Datuk Helmi ada anak saudara??sapa nama dia?lelaki ke perempuan?"Bertubi-tubi soalan zahra menyapa telinga Luthfia.

"Mak aihh,banyaknya soalan kau...itu aku tak tahu.aku pun baru je tahu pagi ini .laki ke perempuan aku tak peduli .yang aku pikirkan sekarang ni,apa aku nak buat time lunch nanti..geram aku tau tak..."..Luthfia Humaira meraup muka beberapa kali..


"Bukan kau nak pergi wisma ke pagi ni?"
Zahra kembali duduk di mejanya yang tidak beberapa jauh dari bilik Datuk Helmi...kebnyakkan pekerja lain sudah buzy dengan kerja yang berlambak...

"Aku tak pergi..Datuk suruh Kau pergi Wisma gantikan aku..appointment dengn Puan Zetty dan Encik Rizal pun aku tak pergi..Datuk Helmi yang Uruskan...sebab tu aku terpaksa ikut dia lunch nanti..."

Zahra memandang Luthfia Humaira dengan mata tak berkelip...

"Jap jap..,aku gantikan kau...?dahtu date aku macam mana ?aku baru jak nak keluar date ni ngan Fahmi...Sudah banyak kali cancel tau tak.."

Zahra buat muka seposen...Dah banyak kali dia terpaksa tolak ajakan Fahmi untuk lunch bersama...Dia tak nak menghampakan lelaki yang kini berjaya menawan hatinya...

"Itu aku tak tahu..yang pasti Datuk suruh kau....Ala,boleh la beb...lagipun,sekarang kan waktu kerja..mana boleh kau keluar sesuka hati..and satu lagi ini arahan Datuk Helmi..A.k.a Arahan Boss kesayangan kau...takkan Kau nak tolak..."Luthfia buat muka sedih...kalau diikutkan hatinya,dia tidak teringin pun hendak keluar dengan Datuk Helmi.namun memikirkan yang bossnya itu akan berhenti kerja tidak lama lagi..barulah tergerak hatinya untuk menerima ajakan bossnya tu.hanya untuk menjaga hati Datuk Helmi untuk terakhir kali.

"Datuk ni pun satu,kenapa tak suruh ida jer.. by the way ida mana?"
Zahra memandang Meja Shahida yang kosong...dari tadi dia tak nampak kawan dia sorang tu..

"Ida Outstation la..dia pergi Taiwan 4 hari dengan Puan Zulaikha..Kau tak tahu ker?"

Zahra termanggu seketika..patut la sunyi pejabat harini...nampaknya dia terpaksa lah menunda janji temunya dengan fahmi untuk sekian kalinya..


" Ok aku akan gantikan kau ..tapi dengan satu syarat??"Zahra memandang Luthfia Humaira sambil tersengih..


"aikk..ada syarat pulak dah.....hah apa dia?"


"kau mesti ceritakan semuanya pasal anak saudara Datuk Helmi tu nanti..ok..Aku harap la anak saudara dia tu lelaki..mesti handsome macam ayah saudara dia kan..." ujar Zahra sambil tersenyum sumbing.

Luthfia menjuihkan bibir..

"Tadi cakap nak keluar dengan fahmi?ni nak tanya pasal lelaki lain pulak.. kau serious ke tak ni sama fahmi ?"pertanyaan Luthfia dijawab dengan senyuman kerang busuk zahra..

"Gila kau tak serious...jantung hati tu...hehehe...aku gurau jak la pasal anak saudara Encik Helmi tu..tapi kalau tak keberatan aku nak jugak tahu cerita anak saudara boss tu..kalau handsome boleh lah aku syorkan dengan kau.."

"kenapa plak kau nak rekomen kan pada aku.?takde maknanya la..tak terlintas pun kat pikiran aku..."Luthfia Humaira mengeleng-geleng kepala beberapa kali.

"mana tahu jodoh kau?kau jangan..jodoh pertemuan dan ajal maut semua ditangan tuhan..esuk lusa dia jadi pasangan kau..baru kau tahu.."

Luthfia Humaira Terdiam..ada betulnya jugak kata-kata Zahra...dia mengeluh kecil..Tiba-tiba nama Aish Menjelma..Entah kenapa dia rasa bahagia bila teringat Aish..hilang seketika ingatan terhadap Datuk Helmi.Dia dapat rasakan yang Aish akan datang semula ke serian..tapi dia sendiri tak pasti bila..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience