BaB 27

Drama Completed 8867

Pagi -pagi lagi staff Medan jaya construction sudah berkumpul di foyer..Sekejap lagi mereka akan sama-sama bertolak ke Pulau lankayan,beluran Sabah..semua Wajah-wajah mereka excited..Kecuali Shahida... Hilang mood bila dia tahu Ridwan masih dekat KL dan tak dapat join percutian kali ini...Zahra dan Luthfia segera mendapatkan beg masing-masing. excited gilerr...terbayang pulau yang indah dengan pemandangan yang superb..


"Fia,fia ikut riq boleh?kita bertolak sama-sama.."ujar hasriq..Dia terpegun sebenarnya bila melihat Luthfia yang simple berseluar jean pudar dan pakai kardigan biru gelap dengan baju tshirt putih lapis kartoon Mickey mouse..pakai tudung shawl royal blue yang hanya disangkutkan dibahu kiri dan kanan....ciut..dia rasa nak peluk je makhluk comel kat depan dia ni...

Luthfia pantas menggeleng..Hari ni dia nak enjoy puas-puas..kalau dia ikut Hasriq..dia tak kan dapat menikmati keindahan Pulau lankayan ..automatik dia akan gundah gulana..dan rimas bila lelaki itu asyik merenungnya. sekarang ni pun Luthfia sudah gelisah..mata lelaki tu merenungnya tanpa berkelip..Entah apa yang ada dikepala lelaki tu pun dia tidak tahu.

"Tak nak,Fia ikut zahra je..Riq ajak lah zarul.takde lah sunyi dalam perjalanan nanti."selamba je Luthfia mengarah..sejak kebelakangan ini mereka berdua sudah tidak menggunakan kata ganti nama 'awak saya' lagi..kalau sebut nama lebih romantik..

"No..No way..fia kena ikut Riq jugak. Riq tak kira.."Luthfia mndengus..Perangai Hasriq ni sebijik macam paksu dia..memaksa.

"Fia tak nak..Fia dah janji dengan Zahra," Luthfia segera berlalu untuk mencari kelibat zahra..namun tangannya ditarik perlahan sebelum sempat dia melangkah..

"Tak payah lah cari Zahra..Riq dah suruh dia pergi dengan ida dan zarul.sekarang ni mahu atau tak mahu,Fia kena ikut Riq..Hasriq Boss kan..so,fia kena ikut arahan Riq." hasriq tersenyum simpul memandang Luthfia..Dia dah agak Luthfia akan membantah..sebab tu awal-awal lagi dia dah berpakat dekat Zahra untuk tinggalkan Luthfia bersamanya..Mula-mula Zahra menolak..tapi bila dia bagi alasan yang sebenar untuk mengorat Luthfia,barulah gadis tu bersetuju..Wajah Luthfia cemberut..Kebanyakkan staff sudah bergerak menuju ke destinasi..hanya tinggal beberapa orang saja lagi termasuk dirinya dan Hasriq.

sampai hati zahra tinggalkan dia disini dengan Hasriq..mentang-mentang la kereta dia masih rosak kat workshop...kalau aku jmpa Kau karang,tau lah nasib kau zahra..geram..kalau macam ni,macam mana dia nak lupakan Hasriq..Sudah lah dia masih malu bila teringat dia terkantoi stalk hasriq 2 hari lepas... 'Aish,tolong Miya Aish...Ada lelaki lain nak goda Miya...'.Luthfia bermonolog sendirian..

"Kenapa la suka sangat buat muka berkerut-kerut ni..Fia tak percaya Riq ke?Dont worry sayang..Riq Janji riq akan jaga Fia sampai nafas riq yang terakhir..ok...dah jom gerak..Kita jer yang tinggal ni."

Tangan Luthfia ditarik dan digengam kemas..Luthfia yang masih kaku mendengar ayat manis Hasriq hanya menurut bila tangannya ditarik perlahan..langkahnya diatur mengikut rentak Hasriq..Dia rasa malu sangat..hati dah kembang setaman.. Tangan Hasriq lembut..tangan lelaki maskulin katakan..

Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 12 jam tu amat meletihkan luthfia..dipandang Hasriq disebelah..Wajah Hasriq nampak pucat.mereka baru je sampai Beaufort,sabah...masih kurang ada 7 jam lagi sebelum sampai ke destinasi.

"Riq,riq penat tak?..biar fia jer ganti riq bawa kereta ni..riq berhenti kat depan tu jer.."kasihan Hasriq..Mesti penat.


"Tak la..riq tak penat...Riq masih boleh bawa lagi.Fia tidur la..masih jauh lagi perjalanan kita.."

Fia diam..Tanpa dirancang,tangan kanannya segera bergerak ke belakang Hasriq..dia mengurut perlahan tengkuk dan bahu hasriq..sekurang-kurangnya dia boleh mengurangkan kepenatan lelaki tu..

Hasriq tersentak bila jari-jemari halus tu menjalar di belakang tengkuknya. di pandang Luthfia dari ekor mata..gadia tu focus mengurut..Dia tak sedar pandangan Hasriq sebab Hasriq pakai Kaca mata hitam...dalam hati Hasriq dah menjerit seronok...pasti indah kalau gadis ni isterinya. sentuhan lembut tu memberi kesan yang halus dihatinya..hilang penat memandu...tengkuknya rasa lebih baik.

"Pandai Fia mengurut.."

Kata-kata Hasriq membuatkan Luthfia tersedar..segera ditarik tangannya dari memegang belakang Hasriq.Dia malu..kenapa dengan dia ni..Dia cuma nak hilangkan kepenatan Hasriq jer..segera dia berpaling melihat keluar tingkap..mukanya berona merah...Hasriq ketawa geli hati..

'Miya jangan buat muka macam tu boleh tak..Aish rasa nak cium -cium jer muka Blushing macam tu..Aish cintakan Miya sangat-sangat tau.'.bisik hati Hasriq..


"kenapa berhenti,urut la lagi.."Hasriq masih tersengih nakal.

"Tak nak la...tangan fia dah cramp.tak boleh bergerak dah..."mukanya masih menghadap keluar tingkap.Hasriq dah ketawa lepas..Ada je yang kuar dari mulut comel tu...kiss kang...baru tahu..haha...

"Aloloo..,sian fia..meh sini hasriq bagi ubat. " Pantas tangan kiri hasriq menarik perlahan tangan luthfia..dia pulak ambil alih mengurut tapak tangan luthfia.sebelah tangan pulak masih memegang stereng kereta..

Luthfia terharu,lelaki ni sentiasa ambik berat..alangkah bertuahnya hidup kalau dia tak dipunyai orang...ingatan Luthfia kembali pada Aish..segera ditarik semula tangannya dari dipegang Hasriq..

"Dah ok tangan tu..?"

"Dah,terima kasih...Fia ganti bawa kereta ni riq..fia tak ngantuk la..Riq pulak pergi tidur okay."pujuk Luthfia..dia bukannya kejam sangat nak biarkan Hasriq sorang bawa kereta..kalau perjalanan 5,6 jam..dia tak kisah lah jugak...tapi ni 12 jam..Malam karang baru sampai...Hasriq mengalah..sememangnya dia penat sangat. dia berhentikan kereta ditepi jalan sambil bertukar tempat dengan luthfia..sepanjang gadis tu membawa kereta ,mata Hasriq tak habis-habis menatap wajah Luthfia..dia mengiring menghadap luthfia..kaca mata ditangalkan dan diletak di kolar baju. Luthfia tersedar dia menjadi renungan lelaki tu,dipandang wajah hasriq,namun lelaki tu sudah lena diulit mimpi...dia tersengih nakal..tampan betul jejaka ni..dengan jaket adidas,minyak harum jenama polo..pasti bertuah gadis yang dapat Hasriq ni..yang pasti bukan dirinya .sebab dia milik Aish..selamanya Aish..Dia masih berharap pada Aish..

Hasriq dapat menangkap senyuman luthfia..sengaja dia pejam mata...dia tak nak Luthfia tahu dia merenung gadis tu..asal fia menoleh jer dia tutup mata..bila fia pandang ke depan semula barulah dia buka mata dan merenung gadis tu kembali..Hilang mengantuk memandang gadis tu..nampak keterujaan di wajah fia..Pasti gadis tu Excited nak sampai pulau...


Akhirnya ,kereta Honda Jazz Hasriq sudah sampai di destinasi..Luthfia menjeling jam ditangan ,sudah pukul 8.15 pm..Dihadapan mereka terpacak Signboard besar dan pintu gerbang yang cantik..
'WELCOME TO LANKAYAN DIVE RESORT' PARADISE ISLAND OF THE SULU SEA....pulau yang berhampiran dengan sandakan sabah..

Luthfia teruja..Matanya bercahaya dan muka pun berseri-seri..nampak seperti kanak-kanak baru dapat gula-gula pulak...laju je kakinya melangkah masuk ke gerbang..

'uhukk uhukk.....'

bunyi batuk Hasriq menghentikan langkah..ditoleh semula mengadap Hasriq yang masih menyandar di kereta..dahi berkerut hebat.

"Riq tak nak masuk ke..,tercegat disitu buat apa.?"

"Tahu lah excited sangat..tapi tak kan lah smpai lupa beg baju segala...nanti kat pulau tu nak pakai apa. "sengih Hasriq makin melebar melihat wajah fia yang macam tertelan ubat gegat...Luthfia menepuk dahi kuat-kuat..ishh macam mana dia boleh lupa pulak..segera dihampiri hasriq yang sudah memegang beg bagasinya..senyuman malu-malu disedekahkan kearah lelaki kacak yang merenungnya macam hendak makan orang tu.


"Sorry ,Fia teruja sangat tadi.."

Beg bagasi tadi dah bertukar tangan,lantas dia melangkah laju tanpa menoleh kebelakang..kedengaran suara Hasriq ketawa..perli dia la tu..hmmm

Setelah selesai check in dan membersihkan diri,Luthfia bergegas keluar mencari Staff medan jaya yang lain.perut yang lapar minta diisi.....Resort Lankayan menggoffer 16 luxury beach front chalets.kesemua chalets berhadapan dengan ocean.. dan untuk information,lankayan resort tu sangat popular untuk honeymoons dan weddings..para penyelam dari luar negara pun banyak bercuti disitu..udara sungguh sejuk dan bersih..segar pulak tu

Dari jauh,Luthfia dah nampak Zahra,Ida,kaq midah,Encik Aidil,Athirah dan Alin sedang menjamu selera di restaurant anjung selera...Pihak chalets menyediakan buffet untuk mereka semua...Tersenyum kaq Midah memandang Luthfia..

"Hah fia,seronok berduaan dengan bos tadi?"
mengekek ketawa kaq MIdah memandang wajah cemberut Luthfia...Luthfia segera duduk disofa bersebelahan dengan Zahra..tangannya lantas mencubit pinggang Zahra..Hampir terlepas pinggan yang berisi seafood di tangan zahra

"Sakit lah fia,tangan kau ni macam angsa..memulas jer kerja...Cubit la kaq Midah,Dia yang usik kau.bukan aku.."zahra dah berleter..mulut nya muncung.


"Tapi yang sebabkan tu kau..kalau kau tak tinggalkan aku kat office tadi,takdenya aku ikut Encik Hasriq.."Ida dah ketawa terbahak-bahak ..begitu jugak kaq Midah..


"Boss yang suruh aku tinggalkan kau..dia cakap kau nak ikut dia tadi..dia cakap dia nak mengorat kau dalam perjalanan tadi...."zahra dah tersenyum-senyum.

"Hah! betul ke ni zahra...jangan cari penyakit fia.cuba bagitahu akaq,Boss buat apa kat kau kat dalam kereta tadi." Kaq Midah dah bercekak pinggang dihadapannya..

"Apalah kaq Midah ni .kesitu pulak fikiran dia..takde kami buat apa-apa la..Akaq tak perlu bimbang ok..akaq jangan."luthfia menjeling kaq midah..geram sangat dia dekat kawan-kawan dia ni..Pipi pun dah terasa panas ni.Matanya sempat melilau mencari kelibat Hasriq.namun lelaki tu tidak kelihatan dimana-mana.

"mata tu mataaa....Ya Allah miang ye muka kau aku tengok..Dia tengah mandi kot..fia fia,tak sampai beberapa jam lepas jumpa dah rindu ke?"

Luthfia rasa nak salotape jer mulut zahra tu..malu bila semua staff sengeh-sengeh memandangnya...

"Kau jangan la buat aku macam ni..aku merajuk karang..tak pasal-pasal aku naik Grab malam ni balik serian..."ugut Luthfia

"Cik Fia jangan lah merajuk..karang tak pasal,kitaorang pun balik malam ni kalau Encik Hasriq dapat tahu ." terang Alin..Luthfia dah tersengih
macam karang busuk..

Tahu takott....

"tak payah bimbang lin,kalau kau nak tahu fia ni cakap je ni..Dia ni larat ke nak balik serian..12 jam perjalanan tu...Grab pun tak snggup hantar...ahahah.."Zahra masih giat menyakat..

" Kau ni kan..memang nak kena ni.".lantas tangan luthfia menghampiri Zahra..dia nak pulas-pulas zahra biar sampai lebam badan gadis tu..geram..tak habis-habis mengusiknya..

"Assalamualaikum"

Luthfia dan Zahra terhenti..begitu jug semua staff,semua menoleh kearah Hasriq yang hanya memakai seluar pendek paras lutut dan baju tshirt polo kaler Hitam..sangat santai dan hensom..luthfia segera mengalihkan matanya memandang ke arah pemuda-pemuda yang turut makan di anjung tu...bunyi Deruan ombak di belakang anjung mendamaikan telinga..tenang dan sejuk..

"waalaikumsalam Encik Hasriq...wow,Encik Hasriq nampak smart la. memang pemain bola ni badan ketul-ketul ke Encik Hasriq..caya lahh..."puji Kaq Midah..Bab puji memuji ni serah je pada Kaq Midah..Memang teror...

"Nak buat macam mana Kaq Midah,terpaksa jaga badan supaya stamina kuat..kalau tak,macam mana nak kejar bola kat padang."dijeling Luthfia yang memeluk tubuh membelakanginya.


"Encik Hasriq pasti banyak awek kan masa kat selangor. yelah,pemain bola terkenal..hensom pulak tu..mesti banyak gadis melekat dengan Encik Hasriq..betul tak Encik Hasriq..?"usik Athirah.,dia pun sememangnya minat dekat boss dia tu tapi nak buat macam mana,dia cuma pembantu sumber manusia..tak setaraf dengan Encik Hasriq..Lain lah Cik Luthfia..Bagai pinang terbelah dua..sesuai sangat..

Hasriq Ketawa geli hati..memang banyak..tapi semua dia tak berkenan...almaklumlah Hati dah diserahkan pada Gadis yang cantik didepannya yang memakai baju serba putih..nasib baik tudung gadis tu pink lembut. kalau putih jugak..mahu pengsan dia kalau terserempak malam-malam macam ni .

"Adalah Dua tiga orang..tapi tak lah melekat..gam tak kuat Atirah..."selamba je Kata-kata Encik Hasriq..semua staff ketawa kecuali Luthfia Humaira..

Luthfia sudah panas telinga,,Rasa nak menangis jer dengar perkataan 'Gam tak kuat tu'.. segera dia angkat kaki untuk ambil makanan..mulutnya mencebik..Macam dia tak yakin je dengan Hasriq sekarang ni..lelaki itu menakutkan..

"Makan sorang-sorang tak tunggu Riq pun"
Suara Hasriq yang kedengaran rapat di telinganya mengundang debaran yang menggila di dada Luthfia..terkejut Luthfia memandang Hasriq yang dah terpacak dibelakangnya..


"Fia tak nak ganggu Riq yang tengah rancak berbual tu.."Luthfia segera berlalu mengambil beberapa cucuk sate,ayam bakar,sotong bakar dan udang bakar..perutnya dah terjerit-jerit minta diiisi ..kalau pasal bakar membakar ni memang dia paling suka...tapi bab makan je la..kalau bab memanggang..minta maaf,tak sanggup nak tunggu..sakit punggung dibuatnya..

"Ala,cakap jer la Fia cemburu dekat riq.."
Hasriq mengekori Luthfia,apa yang gadis tu ambik semua dia nak ambik..Luthfia cuci tangan pun dia masih mengekori..Luthfia rimas..

"Boleh tak kalau riq benarkan Fia makan sorang-sorang ..fia nak privacy..kacau la riq ni..pi makan jauh-jauh .." Luthfia merenung hasriq yang tersengih.nampak segak sekali..dengan rambut yang tak bersikat..serabut tapi sesuai dengan wajah lelaki tu...kulit sawo matang..

"Riq tak nak! tak pasal-pasal orang mengurat fia kat sini.Riq tak sanggup . "tegas jer bunyi Hasriq dipendengaran luthfia. Hasriq masih menatap mata luthfia dalam-dalam..Sudah lah dia cemburu melihat pekerja dekat anjung tu tak berkelip tengok Luthfia..sampai ada lelaki lain siap tersenyum mengoda lagi pada luthfia...Walhal isteri ada dekat sebelah. .Nak je Hasriq jerit ' Miya ni aku punya. korang-korang jangan pandang..aku korek biji mata tu karang' tapi tak terluah...ishh kenapa la buah hati dia ni cantik sangat..rasa nak berlari jer pergi kedai topeng ,bawa balik dekat sini dan suruh luthfia pakai..biar takde orang pandang-pandang dah....

Luthfia tahan senyum...lelaki didepannya sudah pandai cemburu. hatinya rasa bagai nak meletup pulak..namun mindanya cepat-cepat menidakkan..'Ingat Aish luthfia humaira...jangan tertarik dengan lelaki depan kau ni......focos pada Aish dan makanan depan kau ni jer'..Bisik hati kecil Luthfia. segera dia berlalu menuju tempat rakan-rakan yang lain ,Hasriq masih mengikuti dari belakang..Rasa nak cekik jer lelaki kat belakang ni hailahh.hmmm


"Untung la kau fia,,ada bodyguard hensome jaga kau..kehulu hilir ikut kau...Macam tuan puteri dah akaq tengok."usik kat Midah..suka betul dia melihat boss dia dan Luthfia humaira bersama...nampak serasi sangat..Luthfia menjuih bibir...'tuan puteri la sangat!macam banduan adalah..kena jaga sebab takot melarikan diri...'Guman Luthfia dalam hati..

" Mesti jaga kaq Midah..menangis air mata darah saya nanti kalau Tuan Puteri terlepas..tak lena tidur saya malam -malam.."tukas Hasriq.

.Automatik gadis didepannya memandang dia tepat.Terkejut Luthfia,Hasriq dah kenapa cakap macam tu dekat Kaq Midah..sudahlah Zahra dan Ida turut mendengar ayat Hasriq tu..apalagi muka zahra dan Ida dah macam muka tahan sembelit .kalau Hasriq takde katsitu confirm Dua-dua menjerit....

Hasriq ni kenapa arr...Dah aku berusaha nak elakkan diri dari dia semakin hampir dia menghantui aku...dia tak dapat bagi cinta..dia tak dapat balas..Senyuman Hasriq buat hidupnya kucar kacir..

"Boss,sempoiii laa..ni baru gentle man.." sakat zahra..Zahra tak sangka bossnya tu dah berani terang-terang cakap macam tu..Luthfia memang bertuah cuma saja je luthfia menolak tuah.. .Hairan pulak zahra bila mengenangkan Luthfia yang masih setia menunggu Aish..Entah lelaki tu masih hidup ke ataupun dah takde dalam dunia ni lagi.kasihan luthfia.penantian dia mungkin akan membuat dirinya kecewa suatu hari nanti...

Luthfia sudah panas punggung..malas dia mendengar usikan Kaq Midah dan Zahra..segera dia angkat pingan dan berlalu menyusuri pantai ..Dada langit dipenuhi bintang-bintang. cantik !
Jaket putih dibadan dibuka dan diikat di pinggang..berjalan malam -malam menyusuri pantai yang gelap dengan baju serba putih amat menakutkan..yang tinggal dibadan baju lapis biru tua..Luthfia duduk disalah sebuah tungul kayu..tempat strategik untuk makan ..dari tadi petang dia menahan diri sebenarnya..setiap kali bersama Hasriq..dadanya bergetar hebat..jantungnya berdetak kencang..

"Kenapa fia jauhkan diri dari Riq?Riq buat fia tak selesa ke?"

Luthfia panggung kepala..Dia tahu Hasriq akan cari dia...dia tunduk semula menyambung suapan..


"Tak de lah...fia lapar,tak selesa makan kat situ..bising sangat.."luthfia tersenyum...


"Fia,riq tahu fia tahan diri fia...fia cintakan Riq jugak kan..?" Nafas dihela perlahan..dia tahu luthfia cemburu..kalau tak masa kan wajah Luthfia berubah ketat bila dia cakap dengan Atirah tadi. Luthfia ketawa kecik


"yups Fia tahan diri... tahan diri dari lapar...dari tengahhari fia tak makan...Ni nampak Riq berdiri macam ni pun fia rasa nak makan hasriq je tau..dah macam udang galah dah fia tengok..."

Hasriq terus duduk menghadap Luthfia..Kenapa gadis tu menduga perasaannya sebegini..sengaja buat hatinya Angau..buat hatinya bimbang..Gadis ni macam memainkan dirinya..

"Sayang....berapa lama lagi riq kena tunggu fia ni?tak boleh ke fia cakap..'yes riq,fia terima hasriq jadi kekasih fia..'hah,macam tu..tak la riq menderita menangung rindu. "Wajah nya muram...perasaan dia dah tak dapat ditahan .Luthfia pulak sudah ketawa lepas....Hasriq mencuka...Dia bukannya buat lawak pun. dia cuma nak fia terima dia..susah tau bercinta dengan kanak-kanak tak matang ni..


"kan fia dah cakap,masih terlalu awal tuk kita riq...fia takot tak dapat jadi seperti apa yang riq nak.." pinggan yang separuh kosong tu diletak diatas pasir...


"Fia,Riq sangat cintakan fia.tak sanggup Hasriq nak bayangkan hidup Riq selepas ni .
Once you stole my heart there's no turning back.."
macam mana dia nak buktikan pada luthfia dia cintakan gadis tu sangat-sangat..

"dulu Riq cakap fia boleh ambil masa berapa lama yang fia suka kan..kenapa sekarang riq macam tak dapat tunggu ni.?"

"sebab Riq takut..Riq takut riq akan kehilangan fia macam sebelum ni"Wajah Luthfia ditenung tunak..lama baru dia tersedar dia terlepas cakap.

" maksud riq apa?"

"tak pelah,Riq faham riq terlalu mendesak..Hasriq akan tunggu fia..sampai bila-bila pun Riq sanggup"tangan luthfia digengam lembut...jari-jari runcing tu sangat sejuk...Hasriq segera bangun dari situ dan menarik tangan luthfia untuk sama-sama berdiri..debaran dijiwa semakin kuat..peluh membasahi baju tshirt yang di pakai hasriq..mereka beiringan menuju ke chalets..Hasriq menghantar Luthfia sehingga di depan chalet..

"Fia tidurlah,mesti fia penat lepas drive jauh tadi..kalau ada papa,fia kol je hasriq k..Riq ada kat chalets sebelah..Mimpikan i k"sempat lagi dia mengusik luthfia..melihat gadis tu tersenyum sambil mengangguk kepala pun sudah buatkan dia gembira.mereka perlu berehat..esuk pagi barulah mereka bertolak ke pulau lankayan..mereka kena bangun awal ,kalau tak peluang kena tinggal dengan bot sangat tinggi...malam tu Luthfia dan Hasriq sama-sama tak dapat tidur..dua-dua terbayang bayang. menahan panahan cinta yang membara dihati masing-masing..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience