Luthfia Humaira terbangun tepat pukul 7 pagi..Terpisat-pisat matanya melihat jam lonceng Rapunzel yang cantik di sebelah katil.. Dia mengeliat sebelum turun dari katil...Rasa malas menyelubungi luthfia..Kalau tidak mengenangkan Janjinya pada Ridwan..tidak mungkin dia kena setkan jam pada pukul 7 pagi...Dicapai tuala yang tersangkut di penyangkut baju sebelum bergerak turun untuk mandi.Luthfia mencari kelibat Neneknya tetapi bayang neneknya langsung tidak kelihatan..Panndanganya terarah ke arah
meja makan..Bau Nasi Lemak mengamit seleranya. diatas tudung saji terselit nota ringkas.. tersenyum Luthfia membaca Isi nota ringkas itu.
'Nenek dah sediakan sarapan...lepas mandi terus sarapan..nenek tak mahu kamu sekip sarapan..Nenek nak pergi pasar sekejap..nak beli barang sikit...Faham Tuan Puteri..!jgn sekip makan..'
Luthfia tersenyum..Alangkah bahgianya memperoleh seorang nenek yang ambil berat padanya...baginya cukupla Puan Hanisah berada di sampingnya sentiasa..Dia sudah tidak mengharap untuk Berjumpa dengan ibu bapanya .Buat apa ada ibu bapa kalau Ibubapanya sendiri tidak menyayanginya..ibu bapanya sendiri yang membuangnya....Luthfia Humaira Pasrah..Dia harus segera mandi dan bersiap..Tidak sabar lagi untuk menemukan Neneknya dengan Ridwan..pasti neneknya happy.
Jam sudah menunjukan pukul 10.45 pagi bila terdengar bunyi kereta berhenti di depan rumahnya..Kereta Forcuner merah hati tercegat di sebelah Honda HR-V milik Luthfia Humaira...Luthfia tersenyum senang.. Ridwan keluar dari kereta dengan wajah yang ceria..Dia bertshirt Polo warna hitam dan berseluar jean pudar.smart betul mamat seorang ni..bisik hati luthfia.
"Assalamualaikum "Ujar Ridwan..Gembira betul hatinya sebab sudah selamat sampai d halaman rumah keluarganya..Senyum manis terukir di bibir.Bungkusan plastik yang besar dihulurkan kepada Luthfia...
"Waalaikumsalam...buat susah je kau ni kan.so mcam mana perjalanan kesini..best tak?"Sakat Luthfia..Dia faham betul dengan jalan yng berbatu batu di luar simpang masuk ke kampungnya...Budak bandar macam Ridwan mungkin menyesal datang ke kampungnya
"best sangat..kau tak cerita pun ada air terjun diluar simpang tu...Cantik betul..ramai pulak yang picnic disana..."ujar Ridwan..Dia memerhati luar beranda..Rumah kampung yang moden..cantik dan unik..Tidak sabar dia hendak berjumpa dengan neneknya..
"Saja aku tak nak bagitahu kau...Aku nak kau sendiri tengok bertapa cantiknya kampung aku ni..sini memang cantik kot....."Luthfia masuk ke dalam sambil diikuti Ridwan.. Plastik yang berisi buah tangan dari Ridwan diletak di atas meja..Luthfia mempelawa Ridwan duduk..
"Mana nenek kau?Tak sabar nak jumpa ni.Dia tahu ke aku nak datang ni?.." Ridwan cuba meninjau-ninjau kedalam dapur mencari kelibat Puan Hanisah.
"Nenek keluar ke pasar..dia beli barang .Excited dia dengar bila aku cerita yang kau nak datang..Tu la dia keluar beli barang sikit..Kau makan tengahari sini tau..aku dah janji nak masak untuk kau..lpas tu aku bawa kau keluar tengok air terjun sana..ok."
ceria sungguh suara Luthfia. dia betul-betul happy bila Ridwan sangup datang kerumahnya..luthfia betul-betul rasa yang Dia ada seorang abang...
"Ok jugak tu..Aku memang nak rasa masakkan kau pun..."
"Jom Sarapan dulu,nenek masak Nasi lemak..Perghh kalau kau rasa masakan nenek aku..Tiap hari kau teringat beb."
Ridwan hanya mengeleng-geleng kepala melihat perangai manja adiknya...Teringin betul dia hendak memeluk adiknya dan mengatakan hal yang sebenar tapi dia belom ada keberanian..
"Fia,Sapa punya sawah kat sebelah barat tu..cantik betul pemandangan kat situ.." Suapan Ridwan terhenti,Teringat dia sawah yang luas terbentang dan sangat indah..segar betul matanya tadi bila melihat keindahan yang terbentang di depan mata..
"Tu la Sawah nenek yang aku ceritakan dekat kau dulu..nenek aku jual sawah tu pada penghulu Hussin masa nak sekolah kan aku..cantik kan..dan sebab tu la bila aku dah dapat kerja di Medan Jaya tu,aku terus beli balik sawah tu...sayang sangat nenek dengan sawah tu..peninggalan Arwah Datuk aku.."
Ridwan teranguk-angguk..kalau la keluarga mereka tidak berpecah seperti ini,sudah tentu Adik dan neneknya akan hidup bahagia.sudah tentu neneknya tidak perlu bersusah payah menjual sawah tu pada orang lain..
"Tapi sekarang ni kami dah ok.,benda tu dah lepas..sekarang ni aku dah cukup bahagia Hidup bersama nenek aku..Aku Dah redha yang aku takde mak bapak....Lain la kau..kau masih ada parent so,aku harap kau hargai lah mama papa kau..jangan sampai kau hilang family...sakit rasanya beb bila dibuang keluarga ..."
Sayu hati Ridwan mendengar kata-kata adiknya itu...Dia betul-betul rasa Berdosa..Disebabkan Dirinya yang sakit,Ibu bapanya terpaksa mnjaga Ridwan siang dan malam...Disebabkan dia,ibu bapanya terpaksa kehilangan Luthfia..Disebabkan dia,Adiknya membesar tanpa ibu bapa...Disebabkan dia jugalah,Luthfia dan Neneknya hidup menderita..
"Jangan la cakap macam tu..sedih aku dengar..Aku yakin keluarga kau masih hidup...Aku percaya diorang hari-hari cari kau..aku yakin Sikit masa lagi kau akan bahagia...aku janji kau akan gembira selepas jumpa Ibu bapa kau....aku pasti."
Ridwan menhulur tisu kepada Luthfia..Rasa bersalah menghimpit tangkai hati Ridwan.Luthfia tersenyum kelat...betul ke Dia akan berjumpa dengan ibu bapanya..Selama bertahun tahun Dia kehilangan ibu bapanya...entah apa kah reaksinya nanti bila berjumpa dengan ibu bapanya nanti...Adakah dia diterima balik dalam keluarganya kelak...bermacam-macam persoalan berlegar di mindanya
"Assalamualaikum"
Kedengaran suara Puan Hanisah memberi salam...Wajah Luthfia kembali ceria.dilap air mata yang mengalir di pipi....senyumannya yang manis tetap diberikan kepada Ridwan..
"Waalaikumsalam nek. ."Plastik ditangan neneknya diambil ..
"nek,kenalkan Ridwan Kawan yang Miya ceritakan dulu..wan,ni lah nenek aku..Puan Hanisah yang paling cantik dalam dunia..
Ridwan segera bersalam dengan Puan Hanisah...Dia mencium hormat tangan tua yang masih nampak kuat .Cuba untuk dikawal suara dan air mata yang kini hampir bertakung di tubir mata..Puan Hanisah terkedu.. Nalurinya mengatakan lelaki muda yang berdiri di depannya itu cucunya...Ya,,dia yakin...Namanya saja mengingatkan kepada Nama Cucu sulungnya yang terlibat dalam kemalangan 24 tahun yang lalu.
Tangannya menyentuh wajah Ridwan..Wajah yang mirip dengan anaknya jasmeen.. Puan Hanisah cepat-cepat menarik tangannya..dia tidak mahu Luthfia tahu Ridwan siapa..
"Miya,bawa barang-barang ni pergi dapur,nenek nak cerita dengan kawan kamu ni...Wan,kamu makan disini tengahari ni ye.."ujar Puan Hanisah..Luthfia segera berlalu ke dapur,,Dia faham sangat dengan arahan neneknya..Dia tahu puan Hanisah teringin Mempunyai Cucu lelaki. Dia gembira bila neneknya gembira.
Puan Hanisah Memandang kembali kearah Ridwan.wajahnya mendung kembali....setelah sekian lama dia akhirnya berjumpa semula dengan cucunya....Dia meluru ke arah Ridwan..dipeluk cucunya itu kuat...Bertapa rindunya dia pada cucunya sedikit terubat...dipeluk cium wajah Ridwan..24 tahun bukan jangka masa yang singkat ...Puan Hanisah memeluk erat cucunya..tidak sanggup lagi dia hendak berpisah dengan cucunya itu...Ridwan turut menangis...Dia tahu neneknya kenal dia siapa..Ridwan turut mencium tangan dan dahi puan Hanisah..
"Cucu nenek...cucu nenek....kamu cucu nenek kan..kamu anak jasmeen dan azman kan. kamu dah besar dah sekarang ni..cucu nenekkk
wan apa khabar?Mama dan Ayah sihat?"suara Puan Hanisah tengelam timbul dengan suara tangisan .Sebak dada Ridwan mendengar. DiDakap erat neneknya ..
"Ya nek,wan cucu nenek...wan anak jasmeen dan Azman..nenek jangan nangis lagi ya nek..mulai saat ni wan janji wan akn sentiasa sama nenek."
Tangan tua itu dicium sepenuh hati...Ridwan betul-betul gembira dapat bertemu dengan neneknya. hatinya dirasakan sangat selesa dengan Puan Hanisah.
"Papa sihat nek..mama pun sihat..maafkan wan sebab wan tak cari nenek dan adik..wan baru tahu yang wan ada adik tiga tahun lepas..wan Minta maaf nek. "
"Wan kemana selama ni. kamu tak sayang kan adik kamu ke wan..Setiap hari Miya termenung rindukan kamu semua ..kenapa mama dan ayah kamu tak balik sini?betul ke kamu kemalangan wan..."
Ridwan mendakap erat Puan Hanisah..Hiba hatinya mendengar pertanyaan puan Hanisah. rasa bersalah menghantui dirinya .Dia melepaskan pelukan neneknya..dia harus menceritakan segala-galanya kepada Puan Hanisah
"betul nek..Kami terlibat dalam kemalangan.Alhamdulilah mama selamat tapi wan dan papa koma .lebih parah lagi wan terus hilang ingatan nek. berbulan -bulan mama jaga kami berdua ..bila papa dah sedar,mama mula mencari adik balik..mama pergi ke rumah lama..tapi adik dah takde..adik dah hilang...bertahun-tahun mama mencari adik..wan rasa bersalah nek..kalau la wan tak sakit.tentu mama dapat jumpa adik"
Ridwan terhenti seketika.Dia cuba kumpulkan tenaga semula...ditarik nafas dalam -dalam sebelum menyambung .
"Suatu hari tu papa menubuhkan sebuah syarikat baru atas nama Humaira...nama adik...wan pelik.wan hairan..wan tertanya-tanya siapa humaira.
..wan siasat dan akhirnya Allah tunjukan wan siapa Humaira sebenar..patut la wan lihat mama selalu termenung setiap malam...wan ingat mama sakit..tapi tahun demi tahun wan lihat mama makin berubah nek...mama dah tak macam dulu...mama semakin pendiam..bila wan dah dapat tahu wan ada adik,baru lah mama ceritakan semuanya tentang adik..sejak tu wan nekad cari adik..akhirnya wan jumpa Miya. ..maafkan wan nek sebab wan tak tahu perkara ni lebih awal.."seperti kanak-kanak,Puan Hanisah menangis di bahu Ridwan ..
Bertapa luluh hati Puan Hanisah mendengar berita anak menantunya .Dia dapat bayangkan macam mana penderitaan Yang ditanggung jasmeen..Kalau la dia ada disana,,sudah pasti dia tak kan biarkan jasmeen menderita sorang-sorang...selama ini naluri ibunya sangat kuat.. anaknya masih hidup dan Puan Hanisah betul-betul bersyukur.
"Bawa nenek jumpa dengan mak kamu wan.nenek nak jumpa anak nenek...nenek rindu anak nenek ..."Bahu Ridwan di goncang perlahan...
"insha Allah nek,wan akan bawa mama kesini jumpa nenek...wan akan satukan keluarga kita balik..wan janji pada nenek.."Disapu Sisa Air mata puan Hanisah dengan ibu jarinya..
"Dah,jangan nangis dah..tak cantik dah wajah nenek wan ni."
Ridwan cuba bergurau untuk kembalikan suasana..Dia kembali memeluk Puan Hanisah. ..
"nenek janji dengan wan,nenek harus Rahsiakan perkara ini daripada Miya..buat masa ni wan tak nak dia tahu....Wan takot Dia belom dapat terima kenyataan nek..Biarlah Dia dengar daripada mulut mama sendiri..Wan akan bawa mama kesini secepat mungkin.. wan janji.."
Ridwan melepaskan perlukan bila terdengar tapak kaki yang mwnghampiri mereka..Kelihatan Miya datang dengan wajah yang happy.
"Nek kata nak bantu Miya masak..jom la..dari tdi Miya pangil nenek tau.."Luthfia menghampiri Puan Hanisah..Namun pandangannye jatuh pada raut wajah Puan Hanisah yang suram..
" Nenek menangis ke?Wan Kau buat Apa dekat nenek aku hah. . kau buli nenek aku ke?"bantal kecil di depan Ridwan dibaling kearah Ridwan....Ridwan tak sempat mengelak..bantal tepat terkena kepalanya
"ish budak ni,merepek jer kerja.jangan dibaling bantal tu..kesihan kat Ridwan..nenek tak pape la. ..nenek sakit kepala je tadi. tu la nenek suruh Ridwan ni urut kepala nenek...nak disuruh kamu urut...hmmmm. tak terasa nenek.. sebb tu nenek menangis...Ridwan ni pandai betul mengurut."Dalih puan Hanisah. Dia tak nak cucunya tahu cerita sebenar. dia sudah berjanji dengan Ridwan untuk merahsiakan perkara tersebut.
Luthfia tersengih..nampak lesung pipit di kanan pipinya..
"Ooo ya ke nek....hihi...maaf la wan,tiba-tiba je tangan aku ringan baling bantal tu dekat kau..terkejut aku tengok nenek aku menangis..selama ni Miya tak pernah tengok nenek menangis..mana la Miya tahu nenek menangis sebab Miya tak pernah urut nenek..lain kali bagi tahu la Miya..ok nek...Miya minta maaf.."
Luthfia memeluk Puan Hanisah dari belakang..
..Dicium pipi Puan hanisah berkali-kali...Hanya tuhan je tahu bertapa kuat kasih sayangnya kepada Puan Hanisah...Ridwan hanya mampu memandang keluar tingkap..tidak sanggup rasanya melihat Puan Hanisah dan Luthfia sebegitu...Dirinya rasa begitu lemah ..
"okla. ,jom temankan miya masak nek.. dah lewat dah ni..wan,kau duduk dulu k...aku nak masak..kau buat jer macam rumah sendiri...jangan kau jual sudah la..."mengekek ketawa luthfia humaira..Ridwan turut ketawa bahagia.. ada ada saja bahan lawak keluar dari mulut adiknya itu.
"Dah kenapa pulak si Ridwan ni nak jual rumah ni..ada ke cakap kat tetamu macam tu..isshh budak ni kan....Hah ridwan kau jangan dengar cakap Si Miya ni.mulut dia ni memang..."Puan Hanisah menampar lembut tangan Luthfia.
Luthfia mengaduh perlahan...
"Aduh nek, sakit la..."
"tak pe nek,Wan faham..wan tak kisah pun"..Ridwan membuat isyarat good pada luthfia. .Luthfia mencebik...namun hanya seketika .Dia bahagia sangat Hari ni.Kalau lah Ridwan tu abang kandung dia kan bagus .Hari-hari dia akan gembira macam ni.
Share this novel