Puan Hanisah gembira sangat..Masih terngiang-ngiang lagi suara Ridwan di telinganya.Bukan main excited lagi Puan Hanisah pagi-pagi ni.Dia dah masak pelbagai jenis hidangan .Yang pasti,ikan terubuk goreng,sambal tahai dan pucuk paku tumis wajib ada..semua tu favorite anknya jasmeen.Dijeling Luthfia yang berbaring di sofa sambil melayan rancangan kegemarannya. Cerita Rabbits invasion menjadi kegilaan luthfia sejak kecil..tak faham betulah la dia dengan fiil budak sekarang ni..Umur dah nak dekat 25 tahun pun masih tengok cerita cartoon..sudahlah watak Arnab tu takde bahasa..yang ada pun cuma bunyi ' Vakk va vakk va vaakkk 'je memanjang.Entah apala mksudnya..Konfius betul Puan Hanisah..
"Bertuahnya nenek dapat cucu macam Miya nie,Rajin sangat tolong nenek masak dekat dapur."Perli Puan Hanisah..
Sedari tadi Miya menjalar disitu,Dia faham sangat..selagi cerita tu tak tamat,selagi tu lah Luthfia melekat disitu..sekejap-sekejap Luthfia ketawa,lepas tu senyap...2 saat kemudian Luthfia ketawa balik.Entah apa la yang lucu pun dia tak tahu.
"Baru tahu ke nek..Miya dah lama tau dah yang nenek memang bertuah ada cucu macam Miya.." Luthfia sudah duduk menghadap Puan Hanisah,,tangannya ditadah sambil mengucapkan Alhamdulilahhh. sengaja disakat puan Hanisah...Puan Hanisah menjeling.
"Berapa umur tuan puteri ni yee.rasanya kat rumah ni tak ada budak kecik..yang ada pun ni hah budak besar panjang ni,beberapa tahun lagi dah cecah 30 tahun..nek ingat tahun demi tahun ,cucu nenek ni membesar.ini tidak,masih kecik rupanya..Miya nak nenek daftarkan Miya masuk Tadika semula ke?"
Luthfia ketawa kuat,Puan Hanisah memang macam tu,bercakap tak de full stop.segera ditekan punat off pada remote control.Nasib baik dah record, esuk-esuk boleh tengok balik..
"mentang-mentang Miya kecik macam ni,nek nak hantar pergi tadika huhuhu...sedih miya..hmm Miya ajak tengok sama-sama taknak.,kalau nenek nak tahu,tengok cartoon ada kelebihannya tau nek...Macam miya,maintain muda gituuu."
Luthfia mengedipkan mata bebebera kali pada Puan hanisah. dia membontoti puan hanisah ke dapur.bau pucuk paku gulai tumis membangkitkan seleranya..
"Takde maknanya nek nak tengok cerita kamu tu..dari awal sampai kesudah Vakk va vakkk va vakk bunyinya...tak faham nenek."
Luthfia ketawa geli hati.terhibur dia mendengar puan Hanisah mengajuk bunyi cartoon favoritenya itu.matanya menandang tajam melihat lauk pauk yang terhidang.Apasal neneknya masak banyak hari ni..mereka berdua jer kot..
"Banyaknya nek masak. ada orang nak datang ke nek ,Aunty sofia datang harini?"Dahi berkerut hebat..Puan Hanisah tidak menjawab sebaliknya menyibukkan diri memasak.dia tak nak beritahu Luthfia ,tak surprise pulak nanti..
tangannya lincah mengatur meja makan
"Tunggu je lah nanti,tak surprise pulak kalau kamu tahu awal "
Luthfia mengeluh,pasti bukan Aunty sofia.kalau Aunty sofia yang datang,pasti Puan Hanisah tak cakap Surprise.. Dia baru jer jumpa Aunty sofia Minggu lepas, tiba-tiba luthfia terkedu
"Nek tak sayang Miya yer nek. nek bosan ke jaga miya?.."suara luthfia berubah lirih...Tiba-tiba emosi datang.
Puan Hanisah segera menoleh memandang Luthfia yang membatu di depannya..terkejut mendengar kata cucunya yang mendadak itu.
"Apa yang Miya merepek ni hah...Nek sayang cucu nenek tau.bila masa pulak nenek bosan jaga Miya ni. "
"Dah tu nek masak banyak-banyak ni kenapa..Ada orang nak masuk minang Miya ke?Nek nak Miya cepat-cepat kahwin kan..Nek nak halau Miya dari rumah kan nek"Luthfia mengesat air mata yang bertakung di tubir mata
Puan Luthfia sudah mengeleng-geleng kepala.Kan betul apa yang difikirkannya tadi..cucunya itu masih kanak-kanak..Masih tak membesar rupanya..
"Takde nenek nak halau Miya eyh.Ini rumah Miya..Dahla tak payah fikir bukan-bukan,daripada Miya tangkap leleh dekat situ,lebih baik Miya tolong nenek beli barang..beli tepung jagung dan susu manis ..nek nak buat biskut sikit.pergi sana .."
Luthfia ketap bibir,kan betul apa dia teka..pasti neneknya sudah rancang nak kahwinkan dia..pasti ada orang nak melamar dirinya kejap lagi.tengoklah nak buat biskut pulak dahh..perlahan-lahan Luthfia menapak turun untuk pergi kedai runcit yang tidak jauh dari rumahnya.jalan kaki 5 minit punn dah sampai.
Sengaja dia berlama-lama di kedai Runcit tu,Biar puan Hanisah tak sempat buat Biskut.hahaha.mesti lelaki yang melamarnya sudah ada dekat rumah waktu ni..Habis semua orang kampung yang membeli barang kat situ ditegurnya..lagipun ni lah satu-satunya perluang hendak beramah mesra..sedar tak sedar sudah satu jam lebih dia dekat situ,Luthfia segera meminta diri untuk pulang kerumah..Kejap lagi pasti neneknya berleter..Dari jauh luthfia sudah nampak kereta forcuner merah diperkarangan Rumah. Tu macam kereta Ridwan..Ridwan dah balik ke? langkah dipercepatkan,nak dekat tiga minggu Ridwan dekat KL.Banyak benda nak diceritakan pada kawan dia tu..semakin dekat semakin berdebar pulak jantung Luthfia..Takkan la Ridwan datang nak melamarnya...Mustahil.tak pasal-pasal Dia bergaduh besar dengan Ida nanti.tidak dapat dibayangkan kalau hal itu terjadi.Dia sudah menganggap Ridwan Sebagai Abang dan tak lebih dari itu.
"Assalamualaikum nek"
"waalaikumsalam ..ha Miya balik pun.Miya beli barang ke buat barang tadi."Luthfia tersengih..Kalau dia dah kahwin nanti,pasti dia rindu dengar bebelan Puan Hanisah..
"Jom masuk Ridwan dah tunggu kat dalam tu"ajak Puan Hanisah.Luthfia yang baru melangkah masuk terpaku seketika.Ridwan nak melamar dirinya betul-betul ke?siap bawa Ibu bapanya kat sini.Dipandang Ridwan yang tersenyum mesra padanya.
"Miya,duk kat sini cepat"Ridwan menarik tangan Luthfia supaya duduk dengannya.dipandang wajah Mama Ridwan yang sedari tadi merenungnya..wajah wanita itu sugul.matanya bengkak.Dalam Minda Luthfia hanya ligat memikirkan cara terbaik untuk menolak lamaran tersebut.
Datin jasmeen dah meraung.dari tadi dia menahan diri..didakap erat gadis yang masih terpinga-pinga memandangnya.24 tahun dia merindui Luthfia,anak bongsunya itu .
"Miya,Maafkan mama sayang..mama tingalkan Miya lama..Anak mama,..mama Rindu sangat.."
Luthfia tergamam dalam perlukan Datin jasmeen..Dia keliru sekarang.dipandang Ridwan yang turut mengalirkan Air mata..Apa yang berlaku sekarang ni.Matanya turut memndang Wajah lelaki yang duduk tidak jauh dari Datin jasmeen.Datuk Azman turut bersedih
Entah kenapa dia rawan hati melihat wajah Datik Azman Dan Datin Jasmeen itu..Ada perasaan pelik dihatiya.Akhirnya matanya memandang Puan Hanisah yang turut merenungnya..Dia nak minta penjelasan dari Puan Hanisah..Whats going on..
Puan Hanisah mengangguk perlahan..
"mereka Ibu Bapa Kandung miya..Datin Jasmeen dan Datuk Azman.
Luthfia sudah ternganga..Air mata terus mengalir deras di pipinya.Wajah yang sentiasa dirinduinya..wajah yang selalu dibayangkannya kini didepan mata..tanpa sedar dia memeluk Datin jasmeen kuat..dia Dahagakan Kasih sayang Seorang wanita yang bernama Mama..Namun hanya sebentar cuma..dia segera melepaskan pelukkan Datin jasmeen..datin Jasmeen Terkejut dengan Tindakan Reflek Luthfia..Luthfia sudah berdiri dan berundur dari sana..
Kenapa Baru sekarang Ibu Bapa kandungnya Muncul..Kenapa tidak 24 tahun yang lepas..Hatinya terusik Bila menyedari Ibu bapa yang dirinduinya itu sebenarnya Berpangkat Datuk dan Datin..Luthfia rasa diperbodohi...
"Sayang anak mama..mama Minta maaf,Mama tahu mama banyak berdosa pada Miya. Mama Rindu Miya sangat-sangat."Datin jasmeen dah terjelupuk di lantai..sayu hatinya melihat wajah luthfia yang sedang menahan marah.
"No..Miya takde ibu bapa.Ibu bapa Miya dah lama Mati.!"Luthfia bagai dirasuk..
dia benci wanita itu..bukan ke Mereka dah buang Luthfia jauh-jauh..dan sekarang kenapa muncul depan mata..24 tahun dia hidup berdua dengan Puan Hanisah.kenapa bila dia dah tak berharap nak jumpa ibu bapanya,mereka muncul pulak..
"Miya!!"
Ridwan terkejut mendengar ayat yang keluar dari mulut Luthfia..dia tahu perasaan Luthfia macam mana..tapi dia juga tak boleh salahkan Datin jasmeen macam tu sekali.Luthfia memandang wajah Ridwan lama..Dia sakit hati pada Ridwan..
"Kau jahat wan!..selama ni aku anggap kau kawan aku..aku sayang kau wan..aku anggap kau abang aku..tapi kau tipu aku...kau tahu kan bertapa aku tersiksa rindu parent aku..kenapa kau sampai hati tipu aku.. apa salah aku pada kau!!"
Datuk Azman sudah berdiri memegang bahu anak bongsunya itu.
"Sayang.please,lets papa explain first.."
luthfia merentap kasar tangan Datuk Azman.Hatinya bagai dicincang-cincang sekarang ni.
"Tak perlu jelaskan apa-apa Datuk..selama ni,Miya anggap Miya ni Anak yatim piatu ..Kenapa tak muncul 24 tahun dulu.kenapa baru sekarang Datuk dan Datin Muncul dan mengaku Miya ni anak Datuk...kenapa? bukan Datuk dan Datin dah buang Miya ke?Miya ni ank yang dibuang..Miya sedar Miya siapa datuk..kalau betul la Datuk dan Datin Sayang Miya kenapa biarkan Miya sambut Harijadi sorang-sorang..Kenapa biar Miya sambut Hari raya sendirian dengan nenek selama 24 tahun ni...Datuk tahu tak Miya menangis setiap kali Dengar takbir raya..Miya rasa Miya nak cari jer Kubur Ibu bapa Miya kalau betul mereka dah tinggalkan Miya..tapi Miya tak tahu apa-apa..Miya sakit ke demam ke,Datuk dan Datin tahu ke?tak kan..so,sekarang tak perlu lah susah-susah jelaskan pada Miya..Miya tak nak dengar!.Datuk dan Datin Balik la ke kuala lumpur semula.Selama ni pun Miya tak penting buat Datuk dan Datin kan.."Luthfia menghembur semua kesakitan yang dirasainya..Dia meluahkan apa yang terbuku di hatinya.
Ridwan dah berdiri tegak...dia tak terbayang sebegitu sekali penderitaan Luthfia selama ini...Hatinya terluka bila Luthfia memanggil Mama papanya panggilan Datuk Datin..Wajah Luthfia merah menahan marah.
"Miya,Datuk dan Datin yang Miya panggil ni Mama papa Kandung miya tau..Please,hormat sikit..!" Lantang jer suara Ridwan kedengaran ditelinga Luthfia.
Keadaan Rumah waktu ni sangat tegang..Luthfia tahu dia kurang ajar pada Ibu bapanya sendiri..tapi dia masih tidak dapat terima kenyataan bahawa ibu bapa kandungnya masih hidup dan Hidup mewah di kuala lumpur sana sedangkan Dirinya Hidup susah di kampung..Luthfia membuang pandang ke tingkap.
"Sayang,please,jangan cakap macam tu nakk..Mama minta maaf..ini tak seperti apa yang miya sangkakan...apa yang terjadi bukan kemahuan Mama...Mama tak pernah buang Miya.
Mama sayangkan Miya sangat-sangat nakk.."
"Tipu!!Mama dan papa memang tak sayang Miya...Miya tak nak dengar apa -apa dah...Miya benci mama, miya bnci papa...."
Luthfia dah berlari keluar dari rumah.hatinya sakit.Datin jasmeen segera melulu untuk menghalang luthfia namun sempat dihadang Ridwan..biarkan Luthfia tenangkan diri.dia tahu Luthfia tak pergi jauh..Luthfia gadis yang lembut hati,biarkan Adiknya melepaskan bebanan dalam hatinya..Ridwan tahu duka yang luthfia hadapi..Luthfia sudah memanggil papa dan mama..itu lebih baik dari Panggil Datin dan Datuk.
"Wan kejar adik kamu wan,dia nak tinggalkan Mama lagi wan.jangan biar adik kamu pergi wannn".
tangisan Datin jasmeen menjadi-jadi..
Dahi Datin jasmeen di cium lembut..belakang datin jasmeen diusap perlahan
.sayu hati melihat ibunya seperti itu..Puan Hanisah juga turut menangis ..pasti neneknya terkilan dengan apa yang berlaku.
"Ma,sabar ma..jangan macam ni..Miya tak kemana pun..hati miya tu terluka sekarang ni.kejap lagi wan akan pujuk dia..sudah la jangan menangis lagi ok"..
Datuk Azman terus membawa Datin jasmeen duduk di atas sofa..Dia tergamam sebenarnya bila mendengar luahan anak bongsunya itu..Dia tak tahu nak cakap apa. Puan Hanisah merapati Datin jasmeen. kasihan jasmeen,matanya bengkak akibat banyak menangis..
"Sabarlah jasmeen..Miya tak jauh pun..Sayu hati mak tengok Kamu menangis macam ni..jangan lah sedih lagi" Tubuh cengkung Anaknya digamit,dipeluk erat anak yang menangis tu..
"Mak,Miya benci Meen Mak..Miya benci Meen...Meen berdosa sangat Mak.."luluh hati puan hanisah mendengar kata Datin jasmeen.
"Mak kenal cucu mak tu.Miya tu lembut orangnya meen,.sekejap jer dia merajuk..mak pun tak sangka dia menderita macam tu..dia tak pernah mengadu pada mak apa-apa .tapi meen percayalah dekat mak..Dia tak benci kamu..dia cuma merajuk sebab kamu baru muncul.sabar la..biarkan Ridwan pujuk dia..Ridwan tu abgnya..pandai la di memujuk Miya tu nanti..dah...tak mahu sedih lagi..jom kita makan. ."Puan Hanisah memujuk lembut
jasmeen masih lemah..tak larat nak bergerak dah.Air mata berterusan mengalir deras di pipinya
* * * * * * * *
Luthfia termenung jauh,Dia dah berhenti menangis..tapi air mata tetap mengalir deras...Sejujurnya dia gembira sangat.Doanya dimakbulkan Allah S.W.T..Impian untuk menatap wajah mama dan ayahnya tercapai...Dia tak sanggup tengok air mata Datin jasmeen tadi..hatinya turut terluka.Tapi dia tak faham satu hal. kenapa baru sekarang muncul! ibu bapanya pergi mana selama ni. kenapa baru sekarang cari dia .Ingatannya terus terbang melayang Pada Ridwan..Tak sangka Ridwan abang kandung dia..patut la bila bersama Ridwan hati Luthfia tenang..Patut lah dia rasa nak bermanja je dengan Ridwan...luthfia happy sangat.Dia ada abang rupanya..selama ini dia bekerja dengan abang kandungnya sendiri..Percaturan Allah s.w.t sangat indah...
"Miya..Miya ada kat atas ke?"
Luthfia terkejut..diq segera menjenguk ke bawah.Ridwan datang.Luthfia mencebik. buat apa ridwan datang sini.menyesal pulak dia bagitahu ridwan tentang rumah pokok ni.
"Kau buat apa kat sini.Kau pergilah balik wan..aku tak nak jumpa kau."Luthfia menjerit dari atas.
"Miya..jangan la macam ni..sebelum kau marah aku ,tolong la Ajar macam mana nak naik pokok ni..Miyaaa.Miya dengar tak ni "
Luthfia sudah ketawa geli hati mendengar Ridwan nak belajar naik pokok tu
.rasa kan..siapa suruh tipu dia lagi....
"Tak dengar....Hari ni Miya pekak!"
"Terbuka pintu langit nanti hah pekak betul baru tahu..."
Ridwan tahu Luthfia sudah tak merajuk..adik dia tu dah pandai buat lawak macam selalu...Dengan kudrat yang ada,Ridwan mula memanjat pokok tersebut..beberapa kali mencuba akhirnya dia berjaya jugak..sesudah sampai diatas pokok baru dia ternampak ada tali dibelakang pokok tersebut..Sakitnya hati!
Adiknya sedang memeluk tubuh menghadap keluar tingkap..Membelakanginya. Ridwan menepuk-nepuk baju yang terkena habuk..Dirapati luthfia yang masih membatu..
"Miya marah wan ke?"
Luthfia masih berdiam diri...wajahnya masam.
"Wan minta maaf sebab tipu Miya..wan takde niat pun.."Luthfia menjeling.
"Wan tak nak Miya benci pada wan,sebab tu wan tak bagitahu kebenaran ni...tapi percayalah,setiap kali Miya sedih..Wan turut terkesan sayang..wan bawa mama papa datang sebab wan nak mama sendiri terangkan pada miya " tak henti-henti Ridwan memujuk Luthfia..Kali ni Luthfia panggung kepala....
"Macam mana wan tahu Miya ni Adik wan?ank papa dan mama?"Luthfia sudah duduk bersila mengadap Ridwan..kali ni dia dah bersedia mendengar alasan Ridwan..Takde guna jugak dia merajuk lama-lama.apalagi nak marah,Benda tu dah terjadi dah...nak marah pun tak guna..bukannya mereka dapat berbalik ke masa silam..
"Miya ingat tak beberapa bulan lepas Wan nampak gambar baby dekat meja Miya..disebabkan gambar tu jugak la Wan datang dari kuala Lumpur..wan Nak cari Adik kandung Wan...bila Miya cakap kat wan nama Parent Miya jasmeen dan Azman. wan rasa nak peluk Miya sangat masa tu..Percayalah Miya.Kami tak pernah buang Miya. "
Ridwan membelai pipi Luthfia..wajah adiknya tu suram..air mata kembali mengalir dipipi luthfia..
"Miya adik wan, sampai bila-bila pun miya tetap adiq wan. kita berpisah bertahun-tahun pun.akhirnya kita berjumpa jua kan..Darah yang mengalir dalam badan Miya tetap sama dengan darah yang mengalir dalam badan Wan..Miya sakit,wan pun turut terluka..Bila miya menderita..Wan turut terseksa Miya..Apa yang Miya rasakan sama seperti apa yang wan rasa tiga tahun lalu..tapi percayalah ,ini semua bukan kemahuan mama..Maafkan mama ye sayang.."
Luthfia terharu mendengar kata-kata Ridwan..Luthfia segera memeluk Ridwan.Dia ada abang...dia rasa nak buat pengumuman je bagitahu pada dunia yang dia ada abang..angan-angan untuk mempunyai seorang abang akhirnya menjadi kenyataan....wajah disembam di dada bidang Ridwan.
"Kenapa Mama dan papa buang Miya. Kenapa Baru sekarang Mereka cari Miya..mama tak sayang Miya kan wan. "
"syyhhh...,tak baik tuduh mama tanpa usul periksa.."Ridwan mengusap kepala Luthfia penuh kasih sayang.. bahu luthfia ditepuk perlahan.Biarlah dia berterus terang saja...tak sanggup lagi tengok ibu dan adiknya begitu.semua diceritakan kepada luthfia..wajah adiknya semakin mendung. akhirnya luthfia menangis kembali..baju Ridwan sudah basah lecun dengan air mata ..semakin lama Ridwan cerita. semakin banyak air matanya tumpah..Dia rasa bersalah sangat.dia tuduh mama dan papanya membuangnya jauh.apa yang berlaku adalah takdir yang sudah tertulis untuk jalan hidupnya..
"percayalah Miya,Mama tak pernah lupa kan Miya.Mama tak lupa beli hadiah untuk birthday Miya selama 24 tahun ni pun..Miya maafkan mama ye sayang "
luthfia mengangguk laju. bertapa jahatnya dia menuduh mama papanya tanpa usul periksa..
Kesihan Datin jasmeen tersiksa sama sepertinya. Ridwan tersenyum lega..pelukan semakin diketatkan.Dia Rindukan gurauan Miya..dia rindu nak dengar miya ketawa..
"hari dah nak senja...dah lama kita dekat sini..jom balik rumah..Jumpa mama dan papa.."
Luthfia tersenyum..baru je luthfia berkira -kira untuk bangun.Ridwan kembali menyuruhnya duduk semula..
"sebelum Wan lupa..wan nak ingatkan Miya yang Miya adik wan,jadi Miya kena panggil Wan Abang mulai sekarang..". .kening terangkat sikit.senyuman perasan dihadiahkan pada luthfia
Luthfia sudah ketawa lepas....pelik dirasanya bila kawan baik dia sebenarnya abang kandungnya sendiri, Luthfia belum terbiasa..
"Tak nak lah Miya,tak biasa..."
"wajib ....Mulai sekarang Miya tak boleh bantah cakap abang okay...nanti jadi adik derhaka...kena bala baru tahu."
Luthfia garu kepala...Tak kan lah nak panggil Ridwan Abang..kelu lidah jadinya...
"kalau Miya tak nak panggil abang..wan nak buat apa.?.."sengaja Luthfia nak mengusik Ridwan..sekarang Ridwan abang Kandungnya...so,dia nak bermanja puas-puas...memang dia happy sangat harini
"Wan tak peduli..Miya tetap kena pangil wan abang....dah lama abang teringin nak ada seorang adik...wan nak manjakan adik wan ni..wan nak tebus balik masa yang wan ambik dari Miya...mulai hari ni wan janji,wan akan penuhi permintaan Miya..Adik wan ni akan bahagia lepas ni...wan janji.panggil Wan Abang k."
Ridwan menarik Luthfia ke dalam pelukkan..dia nekad,takde sesiapa dapat buat adiknya menangis lagi mulai sekarang...dia akan tebus segala-galanya yang dia ambil dari Luthfia..
"ok..sekarang abang lepas kan Miya...lemaslah.."Luthfia menolak tangan Ridwan..rasa nak tercabut kepalanya ..tudung pun dah senget menyenget..
Ridwan gembira..segera dilepaskan pelukan...mereka segera turun dari pokok...matahari pun dah terbenam...
sampai saja di rumah,Datin jasmeen dan Datuk Azman sudah masuk ke dalam bilik tidur ..Luthfia segera naik bilik untuk mandi,Ridwan ke dapur untuk makan malam..perut yang berbunyi minta diisi.. Puan Hanisah sedang masak tart
jagung di dapur..
"Macam mana Miya...dia dah ok ke?"
Ridwan mengangguk laju..sesaat kemudian dia dia menggangkat wajah membuat syarat yang bermaksud..'Mama papa mana nek?'
"Kat bilik,kasihan Mama kamu tu wan,Dari tadi tak makan..dia tetap nak makan bersama dengan Adik kamu..."
"Wan faham nek.tapi nek jangan bimbang. kejap lagi wan panggil miya turun pujuk mama..mama pasti cair punya la.."Ridwan dah tersenyum menampakkan barisan gigi yang cantik tersusun....Puan Hanisah berlalu ke bilik untuk mengerjakan Solat Maghrib,
Setengah jam kemudian,Miya turun dengan baju tidur...Ridwan yang meratah ikan terubuk tersedak. first time tengok Luthfia tak pakai tudung...Adik dia ni sungguh cantik...bangga siot dapat jadi abang Miya...
"Apa,..tak pernah tengok orang pakai baju tidur Mickey mouse ke?"Luthfia berang..
"Tak..dah puas dah tengok bju tidur mickey mouse tu. . tapi yang tak pernahnya tu rambut tu, first tyme abang nampak adik abg ni tak pakai tudung..comelnye adik abg ni.."
Luthfia ketawa..
" lawa kan...macam pelakon heroin pretty lee huizhen tak. ?.".luthfia dah tayang muka perasan lawa...sengaja..
Ridwan tersengih..perasan betul!.
"Tengok la abangnya sapa?"
Ridwan tak nak kalah..ingat dia tak hensome ke?
Luthfia mencebik,dia segera merapati Ridwan...
"Abang ,mama papa dah tidur ke?"
"pergilah masuk bilik tu,minta maaf kat mama dan papa sebab miya tinggikan suara dekat mereka tadi..kasihan mama diq,dari tadi tak makan...pergilah masuk..kejap lagi abang datang bawa nasi..pergilah..."
Luthfia menganguk..Dia rindukan ibu bapanya...dia nak peluk mereka.Pintu bilik diketuk,dan suara Datuk Azman kedengaran menyuruhnya masuk..
Datin Jasmeen dah terlena di pangkuan Datuk Azman...kasihan mama..psti dia letih sebab menangis dari tadi..
"Miya.,anak papa .kesini sayang..."
Luthfia segera berlari mendapatkan Datuk azman....tangan Datuk Azman di salam dan dicium hormat..mata Datuk Azman sembab..
"Papa,maafkan Miya sebab Miya berkasar dengan Papa tadi petang..Miya cuma terkejut dengan kedatangan Mama dan papa...Miya tak sangka Dapat jumpa papaaaaa selepas 24 tahun..Miya minta maaf... ..."
Luthfia dah menangis di bahu Datuk azman.Tubuh Datuk Azman dipeluk kuat...tangisan Luthfia menyebabkan Datin Jasmeen terbangun..
"Sayang anak mama..." luthfia terus menerpa ke arah Datin jasmeen...bagai anak kecik Miya merengek kuat...
"Mama,Miya minta maaf,miya buat mama menangis...Miya buat mama sedih.." Datin jasmeen mengeleng-geleng kepala..Wajah dan pipi Luthfia dicium penuh kasih...
"Tak sayang,Miya tak salah..mama yang salah...Mama tinggalkan syg selama ni...mama jahat."
"No ma...Miya dah tahu cerita sebenar..Abang dah Explain everything pada Miya..Bukan salah Mama dan papa....maafkan miya sebab tuduh yang bukan-bukan..Miya tak nak jadi anak derhaka..."
" sayang...Miya bukan anak derhaka...Miya tak salah pun...Mama sayangkan Miya...mama maafkan miya."Datin jasmeen memeluk erat anak bongsunya tu..dia gembira masih diberi kebahgian untuk hidup bersama anak bongsunya..Datuk Azman turut terharu dengan penerimaan Luthfia...Kini keluarganya lengkap...dia menadah tangan tanda syukur pada yang Esa.....Luthfia sudah duduk ditengah katil..dikiri kanannya Datuk azman dan Datin Jasmeen..
"Miya nak tidur sini boleh.."
Datuk Azman mencium lembut dahi anak gadisnya itu,
"boleh sayang. Miya boleh tidur sini hari-hari..Papa dan mama lagi suka..."
ketukan pintu bilik mengejutkan mereka,tersembul wajah Ridwan sambil menatang satu set hidangan lengkap Dinner
"Amboiii,mentang-mentang Miya dah ada,Ridwan tak diperlukan lagi ye. "usik Ridwan.
dia turut duduk di hujung katil..Ridwan happy sangat melihat keluarganya berkumpul macam ni..wajah Datin jasmeen sudah berseri-seri..Hilang duka di wajah tua itu,
"Abang dah puas dengan mama papa so,Mulai sekarang giliran Miya lagi.abang dah tua.." Luthfia memeluk Datin jasmeen penuh kasih sayang.sementara tanganya memegang erat tangan Datuk Azmann..Dirinya terasa lengkap kini..
Ridwan ketawa lepas..dalam hati dia bersyukur sangat. tak putus-putus doa dipanjatkan ke hadrat Ilahi.Dia sanggup buat apa saja asal wajah ketiga-tiga kesayangan di depan matanya itu bahagia dan sentiasa gembira ..malam tu,Datin jasmeen dan luthfia tidak dapat tidur..bermacam -macam cerita mereka bualkan...tak puas-puas Datin Jasmeen mencium pipi luthfia..dia nak tebus masa yang sudah hilang bersama Luthfia...luthfia pun begitu,semua kisah masa kecik diceritakan pada Datin jasmeen...termasuk kisah Aish,Dari A Hingga Z...Dia mahu mamanya tahu apa yang berlaku selama 24 tahun ni...
..
Share this novel