Bab 8 (bilik mesyuarat)

Drama Completed 8867

Meja mesyuarat yang berbentuk oval itu dipenuhi orang-orang eksekutif..kebanyakkan terdiri daripada pegawai-.pegawai atasan.

Luthfia Humaira memerhati keadaan di bilik meeting...beberapa pegawai eksekutif dan pegawai pemasaran mencuri pandang ke arahnya. segera dialihkan wajahnya ke depan.namun pandangannya terarah ke arah Ridwan ..sejak tadi pagi dia perasan yang ridwan lain macam..perangainya berubah drastik bila nampak gambarnya dan aish semasa kecil...

Tepat jam 9.30 pagi,Datuk Helmi masuk..Nampak segak walaupun dah berumur..Di kanannya Encik Aidil dan Kaq Midah berjalan beriringan ..Namun perhatian Luthfia Humaira terarah kepada james Reid yang berjalan di sebelah kiri Datuk Helmi.
kecoh seketika bilik mesyuarat bila Hasriq Zhafran memunculkan diri..beberapa pegawai perempuan turut berbisik sesama sendiri..almaklum la...lelaki kacak masuk pejabat..Luthfia Humaira hanya memerhatikan gelagat rakan sekerjanya dengan senyuman ..lawak pulak rsanya bila melihat Shahida yang turut tersengih-sengih memandang james Reid ...tudung yang dipakai ida dirapikan sebaik mungkin...

Datuk Helmi menjemput Hasriq Zhafran untuk duduk .Hasriq duduk disebelah Shahida di barisan kedua .Bertentangan dengan Luthfia Humaira..

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Datuk Helmi Berlarutan selama satu jam setengah. Semua Agenda lepas telah dibincangkan..Kini tiba saatNya Datuk Helmi mengumumkan perkara yang penting...

"Saya rasa semua sudah maklum bahawa saya akan berundur dari Medan Jaya construction Esuk hari..dan saya jugak pasti yang semua sudah tahu sapa yang akan gantikan saya untuk menerajui medan jaya construction.." Datuk Helmi memulakan.Dia terbatuk sedikit..air di depan meja diteguk perlahan..Datuk Helmi menganalisis semua wajah-wajah di depannya.pandangan terhenti pada wajah Luthfia Humaira..Luthfia yang tersedar dirinya menjadi sasaran mata Datuk Helmi segera menundukan kepala..


"weh beb,Datuk pandang kau la.."

Bisik zahra,Zahra yang duduk di sebelah menyiku luthfia Humaira.....Luthfia membesarkan mata ke arah Zahra tanda menyuruh zahra tutup mulut tapi Zahra buat-buat tidak faham...


"Alamak fia....Datuk Helmi ada Saingan pulak dah...Kau tengok depan Kau.."

Luthfia segera memandang ke depannya..kaku seketika..matanya bertembung dengan empunya diri yang duduk di depannya....Luthfia menelan air liur.. boleh cair dia lama-lama duduk disitu...Hasriq Zhafran memandangnya tanpa berkelip..pandangan Hasriq Zhafran membuatkan luthfia tidak senang duduk...Segera dia mengalihkan pandangan ke sebelah kanan.dia cuba focus pada Perbicaraan Datuk Helmi.Namun degupan jantungnya masih berdetak laju...


"Mesti anda semua tertanya-tanya siapa lelaki ini kan...Dia adalah Hasriq Zhafran,Anak saudara saya yang baru tamat pengajian..Mulai esuk,Dia yang akan ambil alih semua tangungjawab saya dalam syarikat ini ."semua mata memandang Hasriq Zhafran..

"Riq,Sila kenalkan diri,mesti ramai yang tak sabar nak kenal ni"ujar Datuk Helmi.

Kaq Midah yang sedang tekun mengambil minit mesyuarat terus saja menjeling ke arah Luthfia Humaira Untuk Menanti reaksi luthfia..Namun gadis itu berpura-pura tidak melihat Memek wajah kaq Midah..dia tahu kaq Midah mengusiknya.


"Saya Hasriq Zhafran,Saya belum ada apa-apa pengalaman bekerja dan saya baru saja tamat pengajian di Canberra ,Australia dalam bidang kejuruteraan awam peringkat Engineering degree of management..Pengalaman bekerja memang zero dan saya harap semua boleh beri saya tunjuk ajar.."

"awak pemain Bola sepak selangor ka Encik Hasriq?"Tegur satu suara..keadaan dalam bilik mesyuarat gamat seketika..Hasriq Zhafran cuma mampu tersenyum..


"ya,saya bekas pemain bola sepak selangor.tapi saya dah tak aktif sejak saya melanjutkan pelajaran di Canberra..".ujar Hasriq Zhafran perlahan..kelihatan Datuk Helmi menundukan kepala tanda menyuruhnya duduk..Hasriq kembali duduk..


"Hasriq akan menguruskan semua hal ehwal medan jaya dan sebagai permulaan,projek pembinaan di Centre park akan mula diuruskan oleh Hasriq Zhafran dan dibantu oleh Cik Luthfia..Boleh tak cik fia"

Luthfia Humaira teranguk-angguk.

"Baik Datuk."

Bagi Hasriq Zhafran,Dia betul-betul gembira bila diberi peluang untuk bekerjasama dengan Luthfia..Dia akan cuba memenangi hati luthfia semula .Dia sempat bertanya pada gadis yang bernama Zahra itu tentang Luthfia..dan dari maklumat yang diperolehi,Luthfia Humaira belom berpunya tetapi amat rapat dengan salah seorang staff lelaki di medan jaya itu.. hasriq sudah dapat mengagak siapa lelaki itu kerana sedari tadi dia perasan Lelaki itu dan Luthfia humaira saling pandang memandang...terbit perasaan cemburu dihatinya..

Mesyuarat tamat pada pukul 11 tepat..semua pekerja medan Jaya sudah meninggalkan bilik mesyuarat kecuali Ridwan dan Luthfia..sengaja Ridwan memberi isyarat kepada Luthfia untuk menunggunya..sedari tadi,pikirannya melayang jauh..ridwan hanya memikirkan satu hal.

"Fia,apakata kita lunch sama-sama nanti..aku ada benda mustahak nak tanya kau la..ini soal hidup mati aku.."

Luthfia memandang pelik kewajah Ridwan..banyak benda bermain di fikirannya ketika ini.


"kau ok ka wan...muka kau pucat..kau sakit ke?kau nak cakap apa kat aku?"


"iam fine..cuma aku serabut pikirkan sesuatu. . jangan lupa nanti kita lunch sama k..aku pergi dulu .ada kerja."

Ridwan segera meningalkan luthfia yang terpinga-pinga..sengaja dibiarkan luthfia tertanya-tanya...jika betul sangkaannya,Dia harus segera menemukan ibunya dengan Luthfia...Dia tidak sanggup lagi melihat ibunya menangis setiap malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience