ketukan dipintu mengejutkan Hasriq. setelah dipelawa masuk,tersembul wajah Ridwan .. Hasriq kaget.Tak pernah- pernah Ridwan datang dan masuk kebiliknya..Entah kenapa hasriq kurang senang dengan kehadiran Ridwan..Namun,dipelawa jugak Ridwan masuk.
"Riq,aku nak cakap sesuatu?"
"Apa dia"
"Aku nak minta cuti untuk sebulan?boleh tak?"ridwan trsenyum..
"sebulan?cuti kenapa?"
"Aku nak jumpa family aku di damansara.lama dah tak balik.boleh ke?
"Apasal ko tanya aku,ko tulis la surat cuti pada HR.pihak mereka yang uruskan semua ni kan.macam tak biasa pulak. "jawab Hasriq acuh tak acuh .
"Aku dah bagitahu dah,aku cuma inform pada kau jer..kau kan MD. lagi pulak aku cuti ni bukan sorang tapi 'berdua' "
sengaja ditekan pekataan berdua itu.Ridwan ingin melihat reaksi yang hasriq tunjukan..
"maksud kau?
"aku cuti dengan Miya. aku nak kenalkan Miya pada family aku di Damansara.so,boleh kan Miya cuti sekali ?
pen yang dipegang hasriq terlepas dari tangan .terkejut betul hasriq dengan berita yang baru didengarinya...Miya bercuti dengan Ridwan??jumpa Family?tidak mungkin ini terjadi.baru sahaja dia ingin berterus terang tentang status dirinya kepada luthfia pagi ini...matanya hampir menitiskan air mata.namun dia cuba menahan diri supaya tidak menangis depan Ridwan..
"sapa Miya?"Sengaja ditanya sebegitu. dia tidak mahu Ridwan tahu dia sapa.
"Aku tahu kau kenal sapa Miya..Aku tahu kau sapa..kau Aish kan?
Hasriq terpana..matanya membutang....segera ditoleh ke pintu.takot-takot ada orang lain sedang memasang telinga .Ditoleh semula kearah Ridwan yang senyum mendatar. Hasriq Kaget..macam mana Ridwan boleh tahu semua tu .
"Aku tak faham maksud kau?
"Relax la...cool man. tak pyah gelabah sangat. sebenarnya aku cuma nak bagitahu kau jer..yang aku tahu pasal kau.pasal hbungan kau dengan Miya waktu kecik dulu. aku tahu semuanya.termasuk tentang perasaan kau padanya .
"Macam mana kau tahu?"
"dah lama aku tahu,tapi aku aku tak pasti..tapi bila aku siasat,baru aku yakin.lagipun dulu kau pernah tersasul menyebut nama luthfia .tu pasal la aku tahu.."
Hasriq terdiam ..apa yang disiasat Ridwan...dia betul-betul keliru..bermacam-macam persoalan muncul di otaknya... jika selama ini Ridwan tahu dia ada hati pada Luthfia,kenapa Ridwan Tetap membawa Luthfia berjumpa dengan familynya..
"kau cintakan Miya?"Tanya Hasriq meminta kepastian.
"Kau jelous?"
"Aku rasa kau tahu jawapannya?"
"Apa yang buat kau fikir aku ni cintakan Miya?"
"Kamu berdua rapat..kau kan selalu pergi rumah dia..tak mustahil kau tak cintakan dia.."
Ridwan ketawa perlahan.memang tak salah lah semua andaiannya selama ini...Hasriq memang cintakan adiknya .
"Kau tahu Pasal keluarga dia?"
"Ya , I know everything more than you know...aku kawan baik dia. dah lupa?.."
Wajah tenang Ridwan direnung... walaupun Hasriq kelihatan tenang,namun jauh disudut hatinya.. perasaan marah dan cemburu meluap-luap..
"Jadi kau tahu aku abang Kandung dia?"
Ridwan menanti reaksi Hasriq..Sudah sampai waktu untuk dia tahu segala-galanya.Ridwan tidak mahu hasriq salah anggap hubungan dia dan Luthfia...Dia tahu jauh disudut hati luthfia masih tersimpan cinta yang kuat untuk Hasriq..Dia tidak mahu adiknya kehilangan orang yang dia paling cintai..
"Kau jangan nak merepek bukan-bukan boleh tak....aku tak suka..Miya takde abang..selama ini,Miya tinggal dengan nenek Hanisah saja.berdua. so,pliss.Don't Talk nonsense!! .."
sedikit keras suara Hasriq menyapa cuping telinga Ridwan...Hasriq duduk menyandar di kerusi..
"Kenapa pulak aku nak merepek benda yang bukan-bukan....Tak de faedah la..kalau pun aku nak menipu...lebih baik aku cakap yang aku dan Miya tu pasangan kekasih...Biar kau menderita dekat sini...."
Geram betul Ridwan dengan Hasriq..lelaki itu tak pernah nak berlembut dengannya...tapi Dia tidak boleh salahkan Hasriq 100%..Kalau dia ditempat hasriq pun mungkin Dia akan mengamuk sama..
"Luthfia Humaira binti Azman adalah adik kandung aku..Adik Ridwan Rodzy Bin Datuk Azman...check la balik profil aku di SM."
Hasriq melopong..memang tidak disangka...lelaki yang selama ini di cemburuinya merupakan Abang kandung Luthfia...kenapa dia tidak perasan selama ini...Ditelek wajah Ridwan sedalam-dalamnya ..ya,ada imbasan wajah luthfia Humaira ...Perasaan marah,sakit hati,cemburu pada Ridwan terus hilang...selama ini dia Hanya tahu Luthfia Humaira kehilangan ibu bapanya sahaja..Mulut hasriq masih melopong.
"Tapi macam mana?setahu aku,ibu bapanya tinggalkan dia sewaktu kecik...dia tak cakap pulak dia ada seorang abang?Dan kalau betul la kau ni abang dia..kenapa korang tergamak buang dia,korang tak sayang dia ka?"
Ridwan terpana...Dia tahu sesiapa saja yang mengetahui perihal keluarga mereka pasti akan menyalahkan mereka..dan Bagi Ridwan sendiri,Semuanya berpunca daripadanya...
"Kau tak tahu cerita sebenar...Dan kami tak pernah buang Miya..kami terlalu sayangkan miya...kau kena ingat tu."
Ridwan mula menceritakan semua perkara yang berlaku sepanjang mereka kehilangan Luthfia Humaira...sesekali dia meraup wajah..Hasriq Hanya mendengar penuh perhatian..
"So,Luthfia Humaira anak Datuk?
Sekali lagi Hasriq terpana..Nampaknya kedudukan Dia dengan Luthfia Humaira semakin jauh..
"Ya..tapi kau jangan bimbang. Dia ank datuk ke atau anak sapa-sapa..dia tetap Luthfia Humaira..Tidak berubah.."
"Hasriq,Aku tahu kau marah bila aku rapat dengan Miya.Aku tahu kau cemburu..aku tahu kau nak Miya tahu kau sapa..tapi aku mohon..kalau kau sayang dekat dia..kau jangan bagitahu pada dia buat masa sekarang..."sambung Ridwan..
"Kenapa?"
Hasriq pangung kepala...
"Dalam masa terdekat ni aku nak bawa parent aku jumpa dia...so aku takot dia akan lebih terluka bila dapat tahu kau ni siapa...belom lagi bila dia tahu keluarga dia masih hidup..kau faham kan maksud aku..kalau pun kau bagitahu dia kau ni Aish..Belom tentu dia akan jatuh cinta dengan kau..mungkin dia hanya akan anggap kau kawan tak lebih dari itu...."
Hasriq terdiam..ada betul jugak kata-kata Ridwan..Dia sendiri tidak pasti apa tangapan Luthfia kepadanya walaupun Zahra kata luthfia menyintai Aish...
"ok ,aku janji tak kan bagitahu dia apa-apa....Thankz wan.."
Ridwan tersenyum..sekurang-kurangnya Hasriq dah tak marah lagi padanya..
"Its ok ..hmmmm btw,aku nak kau cuba pikat dia...ambik hati dia..dan aku pasti dia akan jatuh cinta dengan Aish lebih dari seorang kawan baik..aku akan bantu korang berdua..ok."
Hasriq ketawa perlahan..dia rsa bersalah sebab cemburu tak menempat
"thanks bro..aku minta maaf kalau aku berkasar dengan kau sebelum ni."
"its ok..aku faham. kalau aku ditempat kau pun aku pasti akan marah...Tapi,kalau selepas ni kau berkasar ngan aku...aku tak kan terima kau jadi adik ipar aku ..ada faham."
Hasriq Zhafran ketawa lepas...mana mungkin dia berani berkasar lagi dengan Ridwan.Hati abang ipar mesti dijaga. .hehe..bila dah dapat green light dari bakal abang ipar..hati Hasriq menjadi tenang.bahgia rasanya...dia betul-betul happy.
"pasal cuti tu,aku gurau jak la..aku cuti seminggu je..sorang dan bukan berdua...tak sangka pulak urang tu terkejut sampai jatuh pen..hahahahah..."
Arghhh!malunya...tak sangka pulak Ridwan memainkan dirinya. ..hasriq menyoroti langkah Ridwan sehingga keluar dari bilik..mukanya terasa panas. namun bila teringat kata-kata Ridwan tadi yang sanggup menolong dia rapat dengan luthfia. Hasriq jadi terharu...
Share this novel