Pagi Isnin Luthfia Humaira masuk awal ke pejabat seperti biasa.Dia memakai baju blouse warna Hitam berbunga prurple..mermakai skirt labuh ikut potongan badan dan tudung shI'll, awl purple vmuda terlilit kemas dikepala...nampak sangat elegant sekali..Dia mempercepatkan langkah ke arah biliknya yang terletak berhampiran Bilik Datuk Helmi.. Luthfia tersenyum pada Kaq Midah,setiausaha Datuk helmi..Zahra,Zarul, Ida,safuan,EnciK Aidil dan Ridhwan belum kelihatan...yang ada pun cuma kaq midah ,Alin PA yang juga merangkap setiusaha Luthfia dan Atirah..pembantu sumber manusia.
Bagaikan magnet...Dia terpandang susuk tubuh seseorang sedang duduk di sofa di ruang tengah pejabat....lelaki itu turut memandangnya .lama juga mereka bertatapan...Luthfia Humaira meneruskan langkah ,tetapi langkahnya terasa bagai diawangan. seperti tidak jejak ke tanah...sekelilingnya dirasakan sunyi sepi,yang kedengaran cumalah bunyi debaran dan denyutan jantungnya yang dirasakan laju dan kuat..sehingga dia sendiri boleh mendengar degupan jantungnya sendiri..Dia memegang dadanya yang makin kuat debarannya..kakinya terasa lemah sikit namun masih digagahinya melangkah ke Biliknya .matanya masih memandang lelaki itu walaupun secara curi -curi...namun langkahnya terhenti bila dia terlangar meja Zahra. dia mengaduh kesakitan...
"You kenapa fia,meja sikit punya besar pun You tak nampak ke?"
Kak Midah menegur luthfia Humaira yang tersengih-sengih menahan malu...dipandang sekilas lelaki di sofa tu.,lelaki itu tergelak sikit...pasti dia sedang ketawakan gelagat luthfia sebentar tadi.. malunya hanya tuhan saja yang tahu ..
"Bukan tak nampak kaq,tapi terlebih nampak..tu yang terbabas sikit tu..."
Luthfia Humaira cuba mengatur nafas semula...dipandang lagi sekali lelaki yang sedang memakai baju kameja warna kelabu lengan panjang..lelaki itu memakai tali leher abstrak..nampak sangat tampan..kali ini pandangan mereka bertembung...Lelaki itu tersenyum manis memandang Luthfia...mereka berbalas senyuman
"Amacam,dah jatuh hati ke?"
pertanyaan kaq Midah membuatkan senyuman Luthfia mati. Kaq Midah yang memakai baju kebaya warna merah hati tersengih di belakang luthfia dan membontoti hingga ke dalam bilik..Alin turut mengekori Luthfia..ditangannya penuh dengan fail yang perlukan tandatangan Luthfia.
"sapa yang jatuh hati kaq?"
sengaja dia bertanya walaupun dia tahu siapa yang dimaksudkan kak midah..
Kak Midah menghampiri luthfia Humaira ..Luthfia pura-pura menyusun kertas yang bertimbun di mejanya...pelan bangunan di center park wisma di belek..
"Tu kat james Reid..."
Terjuih-juih mulut kaq Midah menunjuk arah Hasriq Zhafran yang nampak segak..sengaja dibuka tirai Roller blinds dari bilik Luthfia.jelas kelihatan Wajah Hasriq Zhafran dari balik Tirai.
"Mana james Reid?mana?"Luthfia Humaira pura- pura terjenguk -jenguk di pintu seperti mencari sesuatu..Hajat hendak berbuat lawak namun dibalas jelingan dari kaq midah .
"ishh budak ni...main-main pulak..tak mengaku la tu."
kaq midah mengatur langkah balik ke mejanya..kbanyakkan staff baru je menampakan batang hidung..Luthfia hanya tersenyum..malas dia hendak membalas kata-kata kaq midah..pandangan dia terarah kepada Zahra dan Ida yang menghampiri Hasriq Zhafran...sudah pasti kawannya itu tidak melepaskan peluang untuk berkenalan dengan jejaka handsome seperti Hasriq Zhafran..Luthfia Humaira tersenyum kecil..Memang dah tak de can lagi dah nak dekat dengan james Reid tu...baru masuk kerja dah ramai peminat..tiba-tiba Luthfia Humaira teringat Aish..Apak agaknya Aish tengah buat sekarang ni. ? tangan Luthfia mula menconteng sesuatu d belakang gambar Aish.. Rindunya kan Aish benar-benar dirasakan ketika ini.. .'
"Apa yang kau tulis tu fia?boleh aku tengok?." kedengaran Suara Ridwan menyapa telinganya. Luthfia yang terkejut segera menoleh kearah Ridwan..senyuman manis dilemparkan untuk sahabatnya tu..Ridwan Rodzy Pun tidak kurang handsomenya..Ada la jugak iras-iras Sunny suwanmathanon aktor thailand yang meletop dan mantap lakonannya.. Entah kenapa bila bersama dengan Ridwan,hati Luthfia Humaira senang...semenjak bekerja di medan jaya Construction,Ridwan Rodzy banyak mengajar dan membimbing luthfia...Baginya Ridwan Rodzy seperti abangnya....Ridwan Rodzy selalu mengambil berat akan kebajikan Luthfia...lagipun Ridwan Rodzy pernah bercerita mengenai Adiknya yang tidak diketahui keberadaaannya. Luthfia Humaira dapat rasakan yang nasib Ridwan dengan dirinya hampir sama..Tapi dia tidak menceritakan perihal ibu bapanya kepada Ridwan ..Dia tidak mahu kawan-kawannya memandang simpati padanya disebabkan dia anak yatim piatu . dia sendiri tidak tahu apakah dia masih ada ibu bapa ataupun tiada...keluhan berat dilepaskan. .
"Kau kenapa fia,Gambar sapa tu?"Ridwan Rodzy mengambil gambar yang cuba disembunyikan luthfia...gambar ditangan berjaya dirampas...terkejut Luthfia..Ridwan mangamati 2 keping gambar yang berada ditangannya.
"Sapa budak 2 orang ni?gambar bila ni?" Ridwan Rodzy meneliti gambar yang pudar sedikit namun masih nampak wajah dengan jelas....Hatinya tiba-tiba berdebar debar....direnung wajah luthfia Humaira didepannya.Satu perasaan menyelinap dalam hatinya..kenapa wajah dalam gambar itu seakan akan dikenalinya..Dia teringat akn ibunya di damansara....
"Dari mana Kau dapat Gambar ni Fia?"kenapa dirasakan yang gambar tersebut ada kaitan dengan dirinya..
"tak tahu la...tiba-tiba muncul kat meja aku...hahaha.."
Luthfia cuba bergurau dengan Ridwan namun wajah Ridwan tetap serious ..
"gambar baby ni. ,gambar sapa?"
"Tu kan gambar aku,kau tak nampak aku yang comel tu?"
Ridwan mengeluh.. mustahil Gambar di tangannya itu gambar adiknya...Mustahil...lagipun dia baru mengetahui kebenaran tentang adiknya beberapa tahun lepas selepas dia terjumpa gambar adiknya dalam album lama yang disembunyikan ibunya.......Selama ini ibunya tidak pernah mngatakan apa-apa tentang adiknya. ...ibunya akan menangis dan mula menyalahkan dirinya sendiri akibat kehilangan anak perempuannya.. dia sendiri tidak tahu nama adiknya..ibunya kata jarak umur mereka tiga tahun...Ridwan memandang wajah Luthfia.gambar Luthfia Humaira ketika baby betul-betul seiras dengan gambar adiknya yang masih dalam simpanan ibunya.
"fia kalau aku tanya sikit kau jangan marah k?"Ridwan cuba mengorek rahsia kehidupan gadis dihadapannya itu..sejak Luthfia menjejak kan kakinya ke medan jaya...Dia sudah dapat menyesuaikan diri dengan luthfia. dia sendiri hairan,dia bukannya jenis yang mudah mesra dengan sesiapa. .sejak patah hati ditinggalkan kekasih di zaman persekolahan dulu...hatinya sudah tertutup kepada mana-mana perempuan...Dia begitu benci dengan perempuan...namun semenjak pertama kali berjumpa luthfia. pandangan terhadap wanita sudah berubah....Dia begitu selesa dengan luthfia dan dia dapat rasakan chemistry antara mereka...Namun jauh di sudut hatinya dia harapkan yang gadis didepannya itu adalah adik kandung yang dicarinya selama ini....dia betul-betul berharap..
"kau nak cakap apa....kau menakutkan aku la wan.." Luthfia Humaira mengerutkan dahi memandang Ridwan...sekejap sekejap dia memandang Hasriq Zhafran yang tekun bercakap dengan ida dan zahra..
Baru pun Ridwan hendak membuka mulut,terlihat kelibat zarul masuk pejabat dengan keadaan tergesa-gesa...Luthfia yang terkejut dengan perilaku Zarul segera keluar dari bilik..Ridwan terpaksa menyimpan semula persoalan yang bermain di mindanya..
"Kau kenapa rul....kenapa tergesa-gesa ni?"Tanya Kaq Midah..tangannya membimbit briefcase dan fail yang hendak diserahkan kepada datuk helmi...Zarul yang tercunggap-cungap menoleh memandang kaq midah..perwatakan zarul yang lembut itu menjadikan dia seperti adik-adik..
"Datuk...datuk helmi..."zarul terdiam....mukanya berpeluh -peluh ..semua orang yang berada disitu terpinga-pinga...jelas ini mengejutkan Luthfia Humaira..baru minggu lepas Datuk Helmi menjelaskan yang dia menghadapi masalah sakit jantung.
"Kenapa dengan Datuk Rul..."tanya Ridwan pula...pagi-pagi tadi Dia naik pejabat bersama Datuk Helmi...dan belom pun sampai satu jam dia sudah mendengar khabar yang tidak senang didengar. ..
"Datuk panggil meeting...ada mesyuarat tergempar..."kata zarul dngan ketawa yang kuat..Zarul memang lembut tetapi tidak la aww..dia lelaki sejati cuma perwatakannya yang lembut . ..semua yang mendengar mula menarik nafas lega..ingatkan ada sesuatu yang terjadi kepada Datuk Helmi..
"Kau ni kan..memang nak kena la..Tak boleh ka kau cakap baik-baik.."Zahra yang berdiri di sebelah Zarul mula memekik.Dibaling kertas yang dipegangnya ke arah zarul .zarul mengelak.....
"Gurau sikit pun tak boleh....sedihh."zarul berlari mendaparkan Luthfia..Hanya Luthfia Humaira sahaja yang tidak pernah marah kan dia...Dia akui..Dia memang agak nakal jugak dalam kalangan pekerja medan jaya....Kak midah tergesa-gesa bangun untuk membuat fotokopi minit mesyuarat.e-mail panggil mesyuarat pun belom dibuat lagi..Luthfia Humaira segera menghampiri Kaq Midah......
"Kaq Midah,Takpe kaq,biar Fia tolong buat fotokopi tu...kaq midah buat minit mesyuarat tu.."
Kaq Midah tersenyum lega...beban yang dipikulnya terasa ringan sedikit....
"Makasih fia..kelam kabut I dibuatnya. Datuk ni pun satu.. betul-betul bikin Nyawa serabut olehnya .." Kedengaran Kaq Midah mengomel sendirian..
Luthfia Humaira tersenyum mendengar bebelan kaq Midah..tangannya tangkas mengambil salinan fail di tangan Kaq Midah..luthfia Humaira tidak sedar ada 2 orang memandangnya tidak berkelip..hasriq Zhafran setia memerhati tindak tanduk Luthfia sejak tadi.. senyuman manis tidak lengkang dari bibir Hasriq Zhafran dan seorang lagi Ridwan Rodzy yang memandangnya dengan pandangan yang penuh tanda tanya...Bermacam- macam persoalan timbul dalam pemikirannya ..salah satunya adalah wajah Luthfia yang seiras dengan Wajah Adiknya...Dia mesti mencari kebenarannya.. Dia nekad.
Share this novel