Bab 11

Drama Completed 8867

Hasriq memandang gadis didepannya tanpa berkelip..Luthfia manis berbaju kurung kuning cair ..elegant dan nampak mengoda..senyuman luthfia boleh mencairkan mata-mata yang memandang. Dia teringat Kembali sewaktu
pertama kali berjumpa luthfia di kampung pasir. gadis manis yang periang..berlesung pipit dii pipi kanan dan sentiasa memakai reben bewarna merah.. sangat comel..Direnung pipi luthfia yang gebu.Dia pernah dimarahi oleh luthfia suatu ketika dulu bila dia mencubit pipi gebu itu...


"Ehemm.ehemm.."

Hasriq tersedar dari lamunan..dia mengelipkan mata beberapa kali...kemudian kembali memandang Luthfia..gadis itu memandang hairan kepadanya.


"Apa yang awak fikirkan tu riq?sekejap tersengih,sekejap serious...?tak nak kongsi dengan saya?"
Hasriq tersenyum.. 'bukan tak nak kongsi..tapi takut awak tak percaya pulak cik miya oiii.'
Bisik hati Hasriq..senyuman nakal menghias wajahnya .


"Cuma kenangan manis zaman dulu...tak penting pun.."Dalih Hasriq

Luthfia mengalah..Kertas cadangan di depannya dibelek..projek Wisma centre park sudah mula dibina..beberapa tapak pembangunan sudah mula penuh dengan batu bata dan jentera..selepas meneliti beberapa sistem..luthfia harus mula menyiapkan beberapa pelan lagi untuk sokongan kertas asal..banyak benda yang perlu diuruskan .


"Awak dah hubungi pegawai di jabatan tenaga? mereka akan mula memasang elektrik di site..saya tak nak la ada apa-apa msalah masa projek ni dijalankan.."terang Luthfia.selama ini dia sentiasa memastikan keselamatan pekerjanya..tak kira apa pun yang berlaku..


"Dah..awak tak perlu bimbang,saya sendiri akan turun ke site petang nanti untuk mengawasi keadaan disana."Balas Hasriq..pen yang dipegang diletakkan di atas fail..masih banyak barang elektronik yang perlu dikaji dan dibuat penilaian..


"Lega saya dengar..saya cuma takut ..bangunan yang kita hendak bangunkan ni merupakan sumber jana kuasa untuk jabatan tenaga kerja..kalau tidak diawasi,peluang untuk kebakaran sangat tinggi..silap hari bulan syarikat akan gulung tikar..alamatnya kita berdua terpaksa la tanam anggur kat rumah.."

Hasriq ketawa senang..itulah kelebihan luthfia..sentiasa berjaga-jaga dalam apa jua keadaan.sifatnya yang mudah berjenaka itu menjadikan dirinya senang didekati dan mudah mesra bergaul dengan sesiapa pun...


"Kalau awak boleh la fia,tanam anggur kat rumah pun mesti menjadi..kalau saya tanam anggur..bukan setakat tak menjadi...sampai ke sudah mereput.."

mereka ketawa serentak..jam di dinding sudah menunjukan pukul 12.40 tengahari ...Luthfia membuka schedule dalam note book ..appointment dengan puan Zetty pukul 2 ptg nanti..Dia harus siapkan kertas kerja di berek..projek perumahan yang di sekitar kapit sudah siap 49%..Dia mengemas kini kertas kerja yang bewarna coklat itu..


"Fia,awak tak nak keluar lunch ke?dah waktu rehat dah ni."tegur Hasriq Gadis didepannya hanya mengeleng-geleng kepala..


"saya tak lapar,.awak pergilah makan..saya nak siapkan kerja sikit...lepas ni nak jumpa puan zety....."tangannya lincah menekan pad kekunci di keypad laptop jenama Acer miliknya..


"awak makan la sikit..kerja -kerja jugak tapi kesihatan jangan lupa. .saya tak nak awak jatuh sakit..saya masih perlukan pegawai yang berkebolehan macam awak.."bagitahu hasriq panjang lebar..


"ingatkan awak cakap awak masih perlukan saya dalam hidup awak .."bisik luthfia perlahan namun masih dapat didengari Hasriq..Hasriq tersenyum menggoda

"apa awak cakap..?"Hasriq berpura-pura bertanya .

"er....hmm..takde papa..saya tak cakap apa -apa pun..."wajah luthfia muka bertukar kemerah merahan. malu pulak bila hasriq dapat mendengar kata-katanya sebentar tadi..ingatkan dia bercakap di dalam hati..

Hasriq ketawa kecil..Geli hatinya melihat memek wajah luthfia..gadis itu sunguh polos. pandangannya terarah ke gambar yang cantik di depan luthfia. Dia teringat kata-kata zahra beberapa hari lepas..sewaktu masuk ke bilik itu tadi pagi,mata hasriq sudah meliar mencari gambar tersebut

"Fia,kalau saya tanya sesuatu boleh tak?"


"boleh,apa dia?"

Luthfia membuang pandang ke arah hasriq..Lelaki itu tersenyum...sungguh kacak sekali..'alahaiii hati,jangan la kau cepat jatuh cinta'.bisik hati kecilnya.boleh cair dibuatnya bila menatap wajah kacak itu..kepala lutut pun rasa nak tercabut..


"Gambar siapa tu..?"mulutnya dimuncungkan ke arah gambar di hadapan luthfia.hasriq dapat melihat reaksi terkejut luthfia..sudah pasti gadis itu tidak menyangka bahawa dia akan bertanya soalan demikian..
Terharu pulak dia memikirkan luthfia masih
menyimpan gambarnya..perasaan bangga menapak dalam hati bila terkenangkan kata kata zahra yang Luthfia menyintai kawan zaman kanak-kanak dulu.ternyata kawan kanak-kanak itu dirinya. bertapa bertuahnya dirinya bila dicintai gadis jelita Yang menjadi idamannyasejak dulu lagi..namun masih terlalu awal untuk dia berterus terang status dirinya sebenar kepada luthfia..gambar pudar itu dicapai..

"gambar saya waktu kecik dulu.."luthfia
sekadar berbasa basi...Hasriq membelek gambar
tersebut..terdapat beberapa ayat..(Miss You Aish..Miya sayangkan Aish..Bila kita dapat jumpa agaknya?') Hasriq tersenyum gembira..Bahagia dirasakan bila wanita dihadapannya menyayanginya


"Sebelah awak ni siapa?nampak comot pulak tu.." sengaja menarik perhatian luthfia ...rancangannya menjadi .Luthfia merampas gambar di tangan hasriq..matanya segaja dibesarkan pada hasriq.


"awak jangan nak hina dia ..awak tak kenal dia siapa lagi tau.."Luthfia merenung gambar aish..dia betul-betul tidak suka bila ada yang menghina kawan baiknya itu..


"Dia tu sapa?nampak macam penting je bagi awak?boyfriend awak ke?"sakat Hasriq..senyumannya melebar...dia dapat rasakan bahawa dia adalah lelaki yang bertuah dalam dunia ini..


"Ya,Dia teman lelaki saya waktu kecik..so saya bagi amaran jangan pernah hina dia..saya tak suka."Luthfia tidak peduli apaa pun pandangan hasriq kepadanya.apa yang penting tiada sesiapa berhak menghina Aish.

Hasriq zhafran merasa diawang awangan ..jantungnya seakan akan meletup..bahagianya rasa bila dirinya terasa dihargai...namun senyumannya mati..Bagaimana kalau luthfia tahu yang lelaki dihadapannya itu merupakan lelaki yang sama bergambar dengannya suatu ketika dulu..adakah perasaan cinta untuknya akan kekal?adakah luthfia dapat menerima kenyataan?hatinya gelisah serta merta..


"awak tahu tak fia,saya pun dulu comot jugak..sebijik macam muka budaq ni..tapi sekarang saya dah tak comot lagi..so,awak tak perlu bimbang..boyfriend awak ni pasti kaacak sekarang ni. "

Hasriq hanya tersenyum..nampak barisan giginya putih bersih.. Kacaknya. !


"Yang pasti boyfriend saya ni lebih kacak berbanding awak..."
Luthfia mengangkat kening..walaupun belom pernah melihat wajah Aish,Luthfia yakin Aish seorang yang kacak..


"Mana Awak tahu dia hensome. Entah-entah lagi buruk dari ni tau.. lagipun Sudah berbelas tahun korang tak jumpa kan.."wajah Luthfia direnung.


"How do you know?

Seingatnya dia tidak pernah bagitahu Hasriq apa-apa tentang Aish.Ingatannya melayang kearah Zahra...pasti Zahra yang menceritakan perihal Aish kepada hasriq.Berbakul-bakul marahnya pada Zahra


"errr...gambar ni kan dah lama..dah pudar dah pun..so,mestilah dah berbelas tahun dh berlalu..lagipun,mustahil awak simpan gambar yang lama ni kalau korang masih berhubung sampai sekarang"

Fuhh!legaaa. .idea datang tiba-tiba...betapa kalut hidupnya seketika bila dia hampir terlepas cakap..Hasriq Zhafran sendiri hairan kenapa dia tidak dapat mengawal diri di depan luthfia...jantungnya berdegup kencang.. kalau la Luthfia tahu dia siapa..Hasriq menelan air liur untuk sekian kali.


"Oo..ya..dah lama saya tak jumpa dia..Tak tahu dia dimana sekarang ni.."

lemah tutur bicara luthfia humaira di pendengaran Hasriq..


"tak nak kongsi dengan saya?"


"sindir nampak .."

Luthfia kembali tersenyum..tidak sepatutnya dia menceritakan perihal Aish pada Hasriq..Dia bukan sapa-sapa luthfia Lagipun baru beberapa hari Hasriq Zhafran berkerja di medan jaya..


"Bukannya awak kenal pun kalau saya ceritakan...lupakan je lah...ok .."Luthfia kembali focus kepada kertas cadangan dan plan sokongan di depannya..

Hasriq mengeluh..Niat hendak mengetahui perasaan sebenar luthfia tidak kesampaian...sabar Aish..masih banyak masa lagi.Hasriq Zhafran cuba berpikiran positif..keadaan kembali sunyi..sesekali matanya mengintai wajah jelita di depannya..senyuman manis sentiasa di wajah luthfia...

'tut..tut...'

intercom di depannya berbunyi nyaring..Hasriq Zhafran sempat mengurut dada sekejap akibat terlalu terperanjat...

"Cik fia,sorry menggangu tapi sekarang tyme for lunch.,Cik Zahra dan Cik Ida tengah tunggu Cik fia untuk lunch bersama...dan jangan lupa jemput Encik Hasriq lunch bersama ya cik fia..."

Lembut suara Alin menyapa cuping telinga Luthfia.senyumannya melebar...terpaksa la dia turun lunch bila zahra dan Ida sudah menunggu..

"Thanks Lin..kejap lgi saya dan Encik hasriq turun..kita lunch sama2.."

button off ditekan..dipandang wajah hasriq yang khusyuk meneliti fail di tangan..


"Jom Awak.mereka dah tunggu tu."

Luthfia mengemas kertas di atas meja..tas tangan dan hp dicapai...

"takpe la...awak pergilah lunch..saya makan kemudian. "

Hasriq tersenyum.bukan dia tidak sudi lunch bersama luthfia tetapi hasriq tidak mahu makan bersama Ridwan..Hasriq akan mula panas bila teringat hubungan diantara Ridwan dan Luthfia...Dia cemburu..Luthfia yang membetulkan baju terhenti..dipandang wajah hasriq dalam- dalam..


"kenapa pulak...tadi awak kata saya mesti jaga kesihatan..ni awak pulak yang tak nak makan..jom la...Ida dan Zahra dah tunggu tu..Alin pun ada.."

Fail ditangan Hasriq ditarik..dan ditutup..Luthfia kembali tercegat d depan Hasriq.


"kita berlima saja ke?yang lain tak lunch sekali?

"yups,kita berlima je la.yang lain mungkin dah lunch kot.."
Luthfia mula mengatur Langkah keluar bilik diikuti Hasriq Zhafran.


"Ridwan?"


"Kenapa dengan dia?"

"Dia tak lunch dengan awak ke?"

"Tak..Dia keluar dengan Client harini. ."ujar Luthfia .

Hasriq menarik nafas lega..sekurang-kurangnya dia tidak nampak Ridwan bersama Luthfia hari ini..langkah dilajukan seiring langkah luthfia..sememangnya perutnya sudah berbunyi dari tadi minta diisi..Dari jauh sudah nampak kelibat tiga serangkai yang melambai-lambai tangan kearahnya..Kaki laju dihayunkan ke cafe yang terletak di seberang office..


"Amboi,amboi korang berdua ni...sama padan sama cantik..macam merpati dua sejoli "sakat Zahra..Memang sepadan sangat Hasriq dan Luthfia bagai pinang dibelah dua..


"Jangan nak pandai-pandai erkk.."

Luthfia melabuhkan punggung di sebelah Alin..Hasriq turut duduk diantara Zahra dan Ida..

Pelayan Muda cafe menhampiri mereka..gadis manis itu turut tersenyum manis pada Hasriq Zhafran.Kacaknya mamat ni....


"Saya nak kuewteow goreng putih,tak nak kicap,tak nak sayur ok..air Jus oren satu, Awak nak makan apa fia?"Ditoleh kearah Luthfia yang sedikit tercengang..

Luthfia terkaku seketika...Makanan yang dipesan Hasriq merupakan makanan kegemaran Aish..Dia masih ingat sewaktu kecil dulu,Pun Hanisah masakkan kuewteow goreng putih untuk Aish..berselera betul Aish makan..Luthfia sendiri yang dulunya tidak minat kuewteow terus suka makan makanan tersebut hanya Disebabkan Aish minat.


"Fia,,fiaaa kau dengar tak...?"Zahra menyiku bahu Luthfia....Sempat pulak kawannya itu termenung..


"Aduii.."Luthfia tergadah sedikit.dijeling zahra yang buat muka tak bersalah...semua mata tertumpu padanya..


"berangan lagi..Encik hasriq Tanya tu.kau nak makan apa.sempat pulak kau termenung..Kau kenapa? teringatkan putera raja..?"

Luthfia tersengih..Malu pulak bila dimarahi Zahra didepan Hsriq Zhafran.

"Sorry La..tak perasan..sebenarnya saya tak lapar pun..hmm...saya nak Green Tea panas satu..kurang manis k..."Senyuman manis dihadiahkan pada Gadis manis yang masih bediri di sebelah Hasriq Zhafran .

"Awak mesti makan sikit.nanti sakit..Cik,bagi kuewteow goreng putih 2 set k.."arah Hasriq Zhafran pada pelayan tersebut..

Luthfia tersenyum kelat..kalau la Hasriq tahu makanan tersebut mengingatkan dia kepada Aish..tentu dia takkan pesan makanan itu untuk Luthfia. semakin Hari semakin Dia merindui Aish .Kalau lah Aish ada sekarang ni ..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience