Bab 34

Drama Completed 8867

Luthfia ,Ridwan,Encik Rizal dan Puan zetty meninjau-ninjau kawasan Wisma central.. hampir 70 pratus siap.Puan Zetty nampak puas hati dengan perkembangan projek tu. cahaya matahari yang terpacak tegak di atas kepala membuat luthfia berasa tak selesa...peluh sudah membasahi blouse yang dipakainya..peluh di dahi diseka berkali-kali..
Entah kenap kepala rasa berpinar-pinar sekejap. segera dia meminta izin untuk balik ke kereta. .Kereta honda HRVnya sudah ada..tak perlu lah dia menumpang kereta Ridwan lagi.

"Miya"

Tegur Ridwan..Luthfia panggung kepala sebentar..beberapa saat kemudian kepala ditunduk semula.

"Miya ok ke?Kalau tak larat balik la pejabat..Biar abang settle kat sini."

"Tak pe la bang takkan miya biar abang handle sorang-sorang...sikit je ni.Miya pening sikit je. Miya rest jap k"
Ridwan mengurut kepala luthfia sedikit..

"Sampai bila nak macam ni?dah 2 bulan tau tak..."

Luthfia,mengeluh berat..matanya dikecilkan sikit memandang wajah Ridwan.

"Apa yang macam ni apa?Miya tak faham"

Ridwan sudah duduk mencangkung.wajah Adiknya di renung penuh kasih..masa mula -mula tahu masalah adiknya dulu,Ridwan rasa nak pukul jer Hasriq..Dia dah janji tak nak tengok Luthfia menangis lagi..tapi bila di fikir balik,dia tahu hasriq tak macam tu.pasti ada something..biarlah mereka uruskan masalah sendiri,cuma kalau keterlaluan memang dia akan masuk campur.

"Miya sengaja elakkan diri dari Hasriq right..dah lama abang perhatikan..project central park kenapa Miya suruh Encik Aidil Uruskan Sepatutnya Miya dan Riq kan.."

Ridwan selalu perhatikan gerak geri Adiknya dan Hasriq. dalam meeting pun Luthfia selalu duduk dibelakang..Dua-dua tak nak pandang each other. bila terserempak dengan Hasriq,Luthfia pura-pura tak nampak kewujudan Hasriq.Ridwan tahu adiknya tu keras kepala,degil..luthfia tak betah di pejabat..dah beberapa minggu luthfia habiskan masa di site wisma central....So,bila ketua dah hari-hari datang ke site,,project tu berjaya jugak disiapkan awal dari perancangan..maklum lah, tiada pekerja buruh yang curi tulang..

Sama jugak dengan mega Hotel..hotel yang mempunyai 30 tingkat..baru 15% siap...masih banyak lagi yang perlu dibuat..bagi luthfia,dengan kerja yang menimbun..sedikit sebanyak dapat buat dia lupakan lelaki yang bernama Hasriq Zhafran Bin Rahman tu..

Hasriq Zhafran pun begitu,Dalam meeting pun dia tak pandang Luthfia..Ridwan selalu nampak Hasriq makan berdua-duan dengan perempuan lain..dia tak kenal perempuan tu tapi apa yang pasti,Perempuan itu pasti penyebab Hasriq dan Luthfia ada masalah..Dia sendiri akan cari tahu siapa perempuan seksi tu sikit masa lagi.

"mana ada mengelak.memang Selama ni Hasriq boleh handle project tu sorang-sorang apa..Miya tolong ke Encik Aidil tolong ke sama je.so,bagi Miya .it's better to focus on this wisma project.biar central park dia urus."

Luthfia pening kepala...rasa macam urat dalam kepalanya nak meletup kuat. Dia benci hasriq,hasriq buat dia tak lena tidur ,hasriq buat dia menangis malam-malam..bila dia dah mula menerima cinta Hasriq..Hasriq jauhkan diri pulak..Entah kenapa Perasaan pada Hasriq semakin hari semakin kuat..Luthfia tahu Hasriq kini bahagia dengan Shareen.Hari-hari Hasriq keluar dengan shareen.sedangkan dia?hari-hari berendam air mata..

"Miya,pergilah balik.tak sampai hati abang tengok miya macam ni.Muka Miya pucat.pergilah.dan jangan lupa makan.sedari tadi tak berisi perut Miya tu.pasal kat sini jangan risau.abang akan bawa Puan Zety dan Encik Rizal melawat tapak project kat belakang tu."

Setelah puas dipujuk,Luthfia mengalah jua.badannya panas.rasa macam nak demam.sedari tadi dia tak makan.pagi pun dia tak sarapan.puas Datin jasmeen dan puan Hanisah pujuk. tapi dia tetap berdegil.bila Ridwan yang pujuk, automatik dia akur..tapi minum Air milo je la..bagi tenaga sikit..

sampai je kat Pejabat, Zahra dan Ida dah menegur.

"Beb,jom makan ,aku temankan kau..muka kau pucat la."

Ida meneliti wajah pucat Luthfia..kalau ditoreh pun belum tentu ada darah yang keluar.sudah lah tak makan..berjemur tengah panas pulak tu..hati siapa tak bimbang.Luthfia hanya tersenyum kelat..biar la muka dia pucat ke pa ke.,dia tak peduli..seleranya dah mati sejak Hasriq tak layan dia.

"Jangan la degil macam ni..kau tu dah la kurus,kalau kau tak makan.tambah kurus tau tak..aku tak nak la orang cakap aku berkawan dengan jerangkung nanti.ni tambah lagi tak makan,dah serupa zombie dah aku tengok.macam mayat hidup."

Luthfia bungkam. .sampai hati zahra cakap dia zombie,mayat hidup..jerangkung! waaaaa,Rasa nak cili jer mulut zahra. .pedassss sangat.bukan nak risau tentang dia,lagi dimarah adalah.sabar saja lah dapat kawan baik macam ni..telan segala maki hamun si zahra macam telan jelly.

Ida segera menampar bahu Zahra .kalau nak marah pun tak payah la kata Luthfia ni Zombi dan segala macm hantu tu..waloupun kata-kata tu ditujukan khas dengan luthfia,tapi dia turut terasa kepedasan mulut si zahra ni..takde insurance betul.!

"Ya Allah,sampai hati cakap aku macam tu.kalau betul aku zombie,kau orang pertama aku gigit.biar kita sama-sama jadi zombi.."

Zahra dah ketawa kuat.Dia mula buat gaya zombi.tangan Luthfia dah memanjang untuk mencubit zahra.menyakat no satu.sakit betul hati..

"Zahraaaaa,sudah la..tak habis-habis kau sakat orang..."Ida dulu sampaikan tangan cubit si Zahra ..Zahra mencebik..

"Susah betul la ada kawan macam ni..sorang ketam,seorang angsa.memulas je kerja..."bebel Zahra...dia kembali duduk di sebelah Ida..

"Baru tahu Cik Zahara..Kami pun rasa susah ada kawan baik macam kau ni...Penyakat No 1." ida dah menjeling zahra..

Luthfia ketawa perlahan..ada ada je perangai kawannya berdua ni..baru je nak melelapkan mata,telefon berbunyi nyaring..jelas suara Alin menyapa Hawa telinga mereka bertiga.

"Cik Fia,Encik Hasriq is on the line.."

Erkk...dah kenapa pulak Hasriq kol dia ni...pakai interkom tak boleh ke?sengaja nak buat Luthfia macam ni...Ego!! selama ni tak pulak Boss dia tu cari Luthfia,dah berapa lama mereka tak bercakap..2 Bulan tau tak...Luthfia segera memandang Zahra.. Dia buat muka kasihan..mahu tak mahu,zahra terpaksa angkat..Cair dengan renungan simpati Luthfia..

"Okay,sambungkan."arah zahra..Luthfia dilihat tenang bermain dengan jari jemari..kasihan zahra tengok wajah pucat tu.


>Err....boss,sorry disturbing you..but Luthfia's is engaged on to other line...she's can't pick up your phone...<

Zahra tipu sunat.sekali sekala apa salahnya.

>Err..Luthfia's on the line with someone special.<

makin panjang pulak tipu Zahra kali ni..

>I can not be sure with who..but I'm sure with a special guy ..<

Luthfia dah tegak memandang Zahra...takde idea lain ke nak bagitahu hasriq.Ida hanya memerhati.

>I will tell her your command .boss don't worry ok<

Zahra menamatkan perbualan,matanya memandang luthfia yang tidak sabar menanti apa yang ingin zahra katakan...


"Boss nak kau ambik cuti."


"What??? tapi kenapa?benci sangat ke dia kat aku"

Luthfia dah menangis..2 bulan dia tak buat apa-apa..dia ikut rentak hasriq,,dia ikut apa jer lelaki tu buat...and sekarang Hasriq nak luthfia cuti...tak cukup ke luthfia dah tak tegur dia 2 bulan ni.

"Fia,kau jangan fikir bukan-bukan .Encik Hasriq kata kau tak cukup rehat..dia bimbang kan kau..dan untuk pengetahuan kau, He's truly jelous bila aku cakap kau on the line with some other guy....suara dia cemas dan dia betul-betul cemburu...Dia masih cintakan kau.."

Luthfia kaku.Dia tak percaya dengan apa yang dia dengar..Mungkin itu cuma alasan Hasriq..kalau cinta, kenapa tak layan Luthfia,kenapa jauhkan diri dari dia..dan paling penting..kenapa Hasriq terima Shareen...Luthfia menyeka air mata yang mengalir deras.Mungkin Hasriq tak nak tengok wajah dia kot..ok fine,kalau hasriq dah benci,,dia lagi tak sudi..Luthfia terus ambil purse dan beg tangan..dia nak balik..Dia benci Hasriq..dia nak pergi rumah pokok..dia nak bersendirian disana...panggilan Ida Dan Zahra tidak dipeduli..hatinya sakit sangat.


* * * * * * *

Luthfia terbangun dari tidur yang lena.rasa macam tak nak bangun jer..first tyme tidurnya lena tanpa sebarang gangguan..Jam dah menunjukkan pukul 9.00 pagi..semalam puas dia memejamkan mata namun hampa,bayangan dan suara hasriq terbayang -bayang di fikiran.hari ni dia rasa lebih baik..mungkin dia terlalu penat dan betul kata Hasriq Luthfia mesti berehat..dia rasa lapar sangat..badan pun makin kurus...dah macam zombi betul.huuuu..Dasyatnya sumpahan si zahra ni...

Dilipat semula comforter dan disusunnya rapi semua bantal yang ada..segera dia mandi menyegarkan diri..rasa segar sangat.setelah bersiap ala kadar,luthfia turun ke dapur,dari tangga lagi dia dengar suara Datin jasmeen dan Puan Hanisah bergelak ketawa di dapur,,Bahagia sangat dirasakan ketika ini..Aroma mee bihun goreng berlumba-lumba menusuk deria hidunya..


"Morning nek,morning mama. "sapa luthfia seraya mencium pipi kedua-duanya..


"Senang hati mama tengok wajah kamu pagi ni sayang.. " Luthfia ketawa senang .sebelum ni wajah dia suram memanjang..penangan hasriq la sapa lagi punya angkara.

"Bila papa balik mama?" Luthfia terus menyendok mee bihun goreng yang masih panas
Perutnya dah lapar mencium bau mee goreng tersebut.

Datuk Azman dah balik kuala lumpur..dia ada dua syarikat yang tak boleh ditinggal lama..Tidak lama lagi dia akan serahkan dua-dua syarikat itu kepada Ridwan dan Luthfia..Biar anaknya sendiri uruskan Syarikat masing-masing..Dia cuma akan bantu apa yang patut sahaja..

"esuk papa balik sini.So, kamu dah fikir apa yang mama cakapkan tu?"

Luthfia mengeleng kepala.Pindah tinggal di kuala lumpur?Dia sanggup ke?macam mana dengan hasriq?kawannya?dan Aish?dia sanggup ke lupakan semua tu.

"mama faham kamu tak nak tinggalkan kerja kat sini...tapi sudah sampai masanya Kamu uruskan Syarikat sendiri..Humaira Enterprise perlukan Owner president sebenar tau...sudah sampai masanya papa berehat..tak kasihan kat papa ke sayang?"pujuk Datin jasmeen..Dia tahu luthfia berat hati tinggalkan kerja di Medan jaya. pasti dia sedih nak lepaskan semuanya..


"Tapi mama,Miya tak pernah tinggalkan kampung ni..Miya membesar kat sini.. banyak kenangan Miya dekat sini mama. "

"Laa,,sapa cakap kamu tinggalkan kampung ni ,kamu boleh balik bila-bila masa...cuma mama dan papa harap kamu boleh uruskan syarikat sendiri. .."

Luthfia termenung...cadangan tu memang ada baiknya..sekurang-kurangnya dia boleh lupakan Hasriq..,Hasriq pun dah tak cintakan dia.dia pasrah dia akur kalau hasriq benci dia..

"Nanti lah Miya fikirkan ma,Miya tengah siapkan 2 projek besar..tunggu kalau semua projek siap,baru Miya beri kata putus..ok mama.."

Datin jasmeen tersenyum manis..dia sebenarnya tak memaksa Luthfia ke kuala lumpur,tapi memandangkan Ridwan kata Luthfia terlalu tertekan di pejabat baru-baru ni.lebih baik anaknya itu menguruskan Humaira Enterprise.dapat jugak Dirinya dan Datuk Azman berehat di kampung.

"Betul tu Miya,nek sokong kata mama kamu ni..sekurang-sekurangnya kamu dapat pengalaman baru.."

Luthfia tersengih..macam mana dia nak berpisah dengan neneknya. itu..Dari kecil dia tidak pernah berjauhan dengan Puan Hanisah.

"tapi Miya tak nak tinggalkan nenek.."

Puan Hanisah memeluk luthfia erat..Dia pun tak nak berpisah dengan luthfia humaira sebenarnya.

"ish Miya ni..sampai bila nak berkepit bawah ketiak nenek..esuk lusa dah kahwin,macam mana?

Luthfia terkebil-kebil...kalau dia kahwin,dia ajak la laki dia tinggal sini..apa susah.Automatik fikirannya melayang pada Aish..Puan Hanisah kan rapat dengan aish..kacang jer..hmm.confident betul yang Aish akan jadi laki dia...haha...Entah-entah Aish dah ada pilihan hidup sendiri.tengoklah pelbagai alasan yang dibagi setiap kali Luthfia nak ajak jumpa

"Begini lah sayang..kalau Miya dah fikir masak-masak bagitahu mama k.. "
Datin jasmeen mengalah..kalau boleh biar la luthfia pergi kuala lumpur dengan rela hati sendiri bukan dengan paksaan..Luthfia tersenyum..dari tadi luthfia hanya tersengih memandang Datin jasmeen..matanya memerhati setiap pergerakkan Datin jasmeen.berkerut dahi Datin jasmeen...

"Kenapa anak mama ni tengok mama macam tu?nak belajar masak ke?"

Luthfia mengeleng perlahan.

"Miya masih tak percaya Miya dah jumpa mama dan papa...macam mimpi..terima kasih mama sebab cari Miya dan tak lupakan Miya selama ni.."

Datin jasmeen lantas menerpa ke arah anak bongsunya itu..tiba-tiba hatinya dipagut sayu...kedua dua pipi luthfia dicium penuh kasih.Dia tak nak anaknya menangis lagi.

"Syhh sayang,mama yang patut berterima kasih pada Miya sebab Miya dah tak marahkan mama..kali ni mama janji mama tak akan tinggalkan Miya lagi...Mama sayang Miya tau."

Luthfia mengangguk-angguk dalam pelukkan.Dia rasa bahagia sangat..Biarlah dia mengalah kali ni..dia akan ikut berpindah ke kuala lumpur lepas ni asalkan dia tak perlu berjauhan dengan keluarganya lagi..Puan Hanisah turut tersenyum...Alhamdulilah...cucunya dah bahagia..

"Dah dah la dua beranak ni nak tangkap leleh..Nanti sambung kat atas ok..ni Miya,tolong buat air kopi kejap,kejap Lagi Aunty sofia datang.."

Luthfia lantas menyeka air mata syahdu yang sempat menitik di pipi..dia nak kenalkan Aunty sofia dengan mamanya...segera dia bangkit untuk membantu apa yang patut

tak sampai 30 minit,kereta vios silver sedan milik Airen dah terpacak di halaman rumah.Macam biasa,luthfia meluru ke arah Aunty sofia,

"Mama,kenalkan Aunty sofia..Mama aish dan aunty,Ni mama Miya ,Datin Jasmeen.."

Datin jasmeen bersalam dan berpelukan dengan Puan Sofia.

"Terima kasih kaq sebab jaga dan sayang anak saya macam anak Akak sendiri..saya tak tahu nak balas budi akak sekeluarga macam mana."

"Tak de papa la Datin,saya memang dah anggap Miya ni macam anak saya..saya sayang kan dia."ujar Puan Sofia perlahan.

"Tak payah la panggil Datin kaq...panggil jasmeen je..segan saya dengan akaq."

sementara mama,neneknya dan Aunty sofia berbual.Airen dah membawa Luthfia ke ruang tamu...jauh dari semua.

"Akaq,sini lah.."

Luthfia mengikut langkah Airen..

"nah,ambik ni kaq"

Luthfia mengerutkan dahi..kad berwarna biru cair tu bertukar tangan...tertera no seseorang..


"Apa ni?"


"No telefon abang la. Abang suruh bagi kat akaq Miya..dia nak Akaq hubungi dia.."

Luthfia mencebik..dah banyak kali dia berpesan pada Airen tuk sampaikan pesanan pada Aish yang dia nak berjumpa dengan Aish secara berdepan..tapi Aish sentiasa bagi Alasan..


"Akaq nak jumpa Abang Aish depan -depan la ren,bukan melalui telefon."


"Ren tahu kaq,tapi abang cakap nanti akaq marah kalau jumpa dia sekarang..tunggu bila dah ok sikit baru dia jumpa..buat masa sekarang akaq meseg je dia..ok.."

Luthfia dah mengeluh perlahan buat apa dia nak marah Aish pulak.. Dia bukan suka marah orang tanpa usul periksa.nampaknya Aish sengaja cipta Alasan lagi....No telefon ditangan drenung..perlukah dia menghubungi Aish..kenapa dia rasa dirinya kini sedang dimainkan oleh Aish..

"Lihat la nanti,abang Aish ren tu macam sengaja tak nak jumpa akaq.Dia benci akaq agaknya. "

Luthfia sudah berjauh hati.Hidupnya memang tak pernah bahagia...Hasriq dah benci dia,kini Aish pun benci dia...tak nak jumpa..Luthfia sentap...

"Akaq jangan la fikir negatif..abang tak benci akaq..kalau dia benci kaq Miya,Kenapa dia suruh akaq meseg dia..?dont worry ok..akaq tetap jadi akaq ipar Airen suatu hari nanti. "Airen sudah ketawa senang.. seronok melihat wajah Luthfia merah macam ketam yang dikukus..

"Confident sangat Airen ni nampaknya..jangan berharap diq..nanti Airen sendiri kecewa bila pernantian tak kesampaian.."nasihat Luthfia,sedangkan dia sendiri tidak pasti perasaan sebenarnya pada Aish sekarang ni..semuanya berubah bila Hasriq muncul.kalau la dia tahu Hasriq dan Aish merupakan orang yang sama..hmm

.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience