Bab 17

Drama Completed 8867

Luthfia Humaira memandang kesekeliling ...Matanya menangkap kelibat beberapa orang remaja sedang asyik memandangnya....malu bila dirinya jadi perhatian orang..Ditoleh Hasriq Zhafran yang sedap makan didepannya tanpa pedulikan pandangan-pandangan orang ramai..Nasi didepannya dikuis-kuis..terasa pahit tekaknya saat itu .Hasriq yang perasan perubahan wajah luthfia terus terhenti makan..ditoleh wajah luthfia yang memerah..


"kenapa tak makan..tak sedap ke?"luthfia humaira masih membatu..


"Fia,Awak tak suka ke makan kat sini.sorry la ..kalau awak nak,kita boleh makan kat tempat lain...tempat yang awak nak makan.."

Rasa bersalah mula mengelubungi Hasriq..Dia ingatkan luthfia akan suka pada restauran mutiara yang dipilihnya...dia mengeluh perlahan..


"Eyh,tak de la wak...saya ok jer makan kat sini...nasi ni sedap, cuma yang saya tak suka bila orang pandang-pandang saya..tak selesa nak makan."
bukan dia tidak menghargai niat baik Hasriq yang mengajaknya lunch...cuma Luthfia tidak selesa bila menjadi tatapan orang ramai...sebab itu bila dia keluar makan,dia akan memilih meja yang agak tersorok dan jauh dari tatapan orang ramai..dia betul-betul tak selesa saat ini...Hasriq melepaskan nafas lega...ingatkan tadi luthfia tidak sudi hendak makan bersamanya..


"Awak nak tukar tempat dengan saya tak?.kalau awak duduk kat sini...orang lain tak kan nampak. belah sini terlindung sikit..."


"Awak tak kisah ke?"


"its ok....saya tak kisah pun.. " Senyuman manis dihadiahkan untuk gadis jelita dihadapannya.


"Err. Takpe la wak..macam menyusahkan awak je...tak pe..takpe..saya try tak pedulikan pandangan orang ok..."


"Awak tak susahkan saya la..saya nampak awak kurang senang..lagipun saya tak suka orang lain pandang awak...kita pindah tempat duduk k.."

Luthfia tersenyum..macam sweet plak kata-kata Hasriq di pendengarannya..


"Tak pe la...saya ok je kat sini. lagipun awak dah makan kan...so ,tak baik pindah-pindah tempat..nenek saya cakap..kalau kita makan pindah-pindah tempat...nanti ada ramai suami/isteri..Tak bagus tau tak.."

Hasriq ketawa lepas .....geli hatinya mendengar kata-kata Luthfia...gadis itu memang kelakar...walaoupun wajah luthfia serious..namun gadis itu tetap nampak kelakar di matanya..


"Wak,apasal gelak...betul apa saya cakap..."

luthfia mendengus perlahan..geram sebab hasriq mengetawakan dirinya..


"awak ni kelakar la fia...tukar tempat duduk pun ada pantang larang ke?"


"Bila masa saya buat kelakar..saya serious tau. lagipun bukan saya cakap..nenek saya cakap..itu pantang larang orang dulu..kita kena dengar nasihat orang lama...awak nak isteri awak banyak...awak mampu tanggung ke?."

Aduii.,hampir senak perutnya ketawa.dia betul-betul tak sangka,perangai luthfia masih sama macam belasan tahun dulu...kuat betul dia ni percaya pada benda karut macam tu.. Dari dulu lagi kawan baiknya itu suka buat kelakar walaupun luthfia tidak menyedari apa yang dilakukannya ..namun bila melihat raut wajah luthfia yang serious,hasriq terus terdiam..


"Ok la ok la...saya minta maaf...betul kata nenek awak tu..tak baik makan pindah-pindah macam ni..bukannya saya tak percaya...saya percaya..tapi saya tak nak awak kurang selesa makan dengan saya. sebab tu saya nak awak duduk dekat belah sini..saya pun rimas bila ramai orang pandang awak..awak sangat cantik fia,tak mustahil orang yang tengok awak sekarang ni akan berhenti dari memandang awak..saya tak nak awak marah saya bila saya bawa awak makan kat tengah-tengah restauran ni...saya tahu awak lebih suka duduk kat tempat-tempat terlindung...tapi saya jugak tak nak awak fikir saya ambil kesempatan pada awak nanti kalau saya ajak makan tempat yang tersorok. .saya tak nak orang lain fikir bukan-bukan ...saya nak jaga maruah kita berdua. "ujar Hasriq Sambil tersenyum...

Luthfia terharu ....ada perasan gembira dihatinya bila lelaki dihadapannya ambil berat tentangnya...
namun luthfia cepat-cepat menafikan perasaan yang mula berputik dihatinya. Cintanya untuk Aish dan selama lamanya dan tak mungkin dia mencurangi Aish. ..Luthfia mengeluh..memikirkan masih ramai yang memandangnya...luthfia terpaksa menerima..


"thankz riq...awak ni baik...I appreciate.."


"most welcome..Don't worry fia.saya tetap setia pada satu isteri saja..dan tak akan curang..walaupun makan pindah-pindah..ok dear.."

Luthfia tergamam...dia salah dengar ke?dear???aduiiii Cik jantung pun terasa hendak meloncat keluar......dup dap dup dap memanjang....melihat senyuman Hasriq yang macho itu tambah membuat jantungnya berdenyut laju...air Green tea panas disedut laju-laju....malu memandang hasriq yang nampak sangat kacak sekarang...
lagi-lagi Hasriq terkesima,muka merah luthfia betul-betul nampak seksi...gadis yang sangat cantik dmatanya.wajah yang manis. .. bulu mata yang melentik dan senyuman yang memukau..betul-betul buat hasriq Jatuh cinta.


"awak,saya nak tanya sikit boleh tak?"
pertanyaan Luthfia menyedarkan hasriq..luthfia tersenyum memandangnya..namun wajahnya masih lagi merah...


"Apa dia..tanya la.."


"awak memang suka makan kuawteow goreng putih ni ke?"
hasriq mengerutkan dahi..terkejut dengan pertanyaan Luthfia...Dia mandang luthfia lama sebelum menjawab


"Ya.. favourite food masa kecik..saya terlalu suka dengan kuewteow masak pucat macam ni..kat kl takde.hanya kat sarawak ni je selalu ada..masa saya kecik dulu hari-hari saya makan kuewteow putih ni....."luthfia perasan wajah hasriq berubah mendung.


"..tapi awak cakap kat Kl takde mee kuewteow putih ni..so,awak pernah pergi sarawak ke riq masa awak kecik dulu"

Luthfia memandang Hasriq dengan pandangan pelik..dia betul-betul hairan.wajah hasriq berubah mendengar pertanyaan luthfia ...nampaknya dia terlanjur kata..apasal lah dia boleh lupa bahawa gadis dihadapannya itu Miya.. Ideaa...pliss la datang !!

"Errr...emm... saya memang always makan kuewteow ni...ermm sebab....sebab..My mom.dia suka masak masakan ni...my mom kan orang sarawak.."
agak mendatar jugak suara Hasriq dipendengaran luthfia. Luthfia hanya mengganguk perlahan..Entah kenapa hatinya boleh berfikir benda yang bukan-bukan..Gila!


"Kenapa tanya?awak pun suka makan kuewteow ni ?sedap kan..."

Luthfia menatap wajah cerah lelaki didepannya.ada getaran sedikit di jiwanya..


"kalau awak nak tahu,sebenarnya saya pun suka makan kuewteaw ni...tambah- tambah lagi kalau nenek saya yang masak...beberapa pinggan pun boleh habis. ..tapi tu dulu,bila saya dah besar,saya dah tak suka.."

Entah kenapa luthfia mula berasa selesa berbual dengan hasriq tentang masa silamnya..

"kenapa?"..

"kuewteaw itu mengingatkan saya pada seseorang..sesorang yang betul-betul bertahta dekat hati saya..."Hasriq hanya terdiam...mulutnya bagai terkunci..

"siapa?budaq lelaki yang dalam gambar tu?"

Luthfia mengiyakan perlahan..bukan dia nak jaja kisah cintanya pada bossnya itu,namun bila terkenangkan kata-kata zahra pagi tadi ,luthfia terpaksa berterus terang pada hasriq..Dia tak nak memberi sebarang harapan pada hasriq ...Cintanya tuk aish dan tetap untuk kawan baiknya itu..tak kisah la apa pun status Aish sekarang ni..luthfia tetap menaruh harapan setinggi gunung pada Lelaki yang sanggup bersusah senang dengannya suatu masa dulu.....sanggup meredah banjir hanya untuk menyelamatkan kasutnya yang hanyut ketika banjir melanda kampungnya. ..Terlalu banyak kenangan indah antara aish dan dirinya...Mustahil dia akan lupakan semua itu..


"Kalau awak nak tahu,Nama lelaki tu Aish..Dia kawan baik saya..sampai bila-bila pun dia akan jadi kawan baik saya..Dari dulu dan sekarang,hanya dia satu-satunya lelaki yang saya sayang."
Hasriq terdiam...tidak dapat dibayangkan perasaannya ketika itu...hampir saja dia menangis kerana terlalu gembira.wajah gadis didepannya itu ditatap mesra.kasihnya semakin kuat pada gadis manis yang sering menghiasi mimpi2nya..


"Andai ditakdirkan kamu berdua berjumpa lagi...adakah awak akan kekal sayang dia"


Luthfia menunduk. nasi goreng didepannya dikuis-kuis...Selama ini memang luthfia sering berdoa untuk bertemu semula dengan Aish...namun harapan itu sangat tinggi...luthfia sendiri tidak mampu mengapainya...


"Entah la....Peluang untuk berjumpa dia sangat nipis..susah nak ramal..bukan sehari dua kami tak jumpa..tapi dah bertahun-tahun. Entah- entah dia dah lupakan saya...Mungkin dah kahwin..saya tak tahu...kalau pun saya cintakan dia,mustahil Dia cintakan saya.." terasa sebak hati luthfia..sedih bila mengenangkan kemungkinan besar Aish yang bahagia bersama perempuan lain..

"Fia,dia pun akan cintai awak...dan dia tak kan lupakan awak..percayalah.."
senyuman hasriq mengugat jiwanya..arghhh tak mungkin kasihnya dah beralih arah..


"Macam mana awak tahu..dia dah lama tingalkan saya...mustahil la...saya tak nak berharap pada benda yang belom pasti.."

Green tea disedut perlahan.terasa sesak nafasnya bila memandang wajah lelaki di depannya..ceria saja wajah hasriq dilihatnya..


"Sebelum ni awak ada kekasih tak?"
Hasriq perasan wajahnya merah bila bertanya soalan tu pada luthfia..dia takot luthfia salah anggap pertanyaannya..Namun wajah gadis itu tetap tenang...


"Takde,saya tak pandai bercinta.."


"Tak kan takde kekasih..mustahil.."dahi Hasriq berkerut ...luthfia takde kekasih..macam tak percaya jer...lain la dia,Dia bukannya pandai mengayat perempuan..ada pun yang suka bukannya betul-betul cintakan dia...Dia tahu perempuan yang gilakan dia hanya disebabkan kepopulariti dia sebelum ni...sebagai pemain bola sepak negara...sukan yang diceburinya itu betul-betul mengubah pandangan orang terhadapnya...

"saya serious la..saya tak pernah bercinta..lagipun nak bercinta macam mana...kalau hari -hari terkenang Kawan baik saya tu..nak jatuh cinta pada orang lain pun dah tak sempat..."
tersenyum Hasriq mendengar kata-kata.teringin betul dia berterus terang pada luthfia tentang dirinya sebenar..namun dia sudah terlebih awal berjanji dengan Ridwan untuk merahsiakan perkara tersebut daripada luthfia. Bahagia betul dirasakan saat ini...

Selepas makan,luthfia dan hasriq terus ke pejabat.hampir semua mata melandang pada mereka berdua.Luthfia mencepatkan langkah menuju ke biliknya namun sempat dihadang oleh Kaq Midah dan Zahra. sementara Ida hanya tersenggih di mejanya. .

"Aku hanya makan sahaja dengan Encik Hasriq. takde apa-apa berlaku k. Sila jangan tanya aku apa-apa .."Cepat sahaja luthfia bercakap..Dia tahu apa yang bakal ditanya kaq Midah apabila melihat senyuman kaq Midah yang semacam tu...sementaraHasriq Zhafran sudah masuk ke biliknya..


"Makan kat mana?"Tanya Zahra...Bukan main senang lagi hatinya melihat Kawannya itu sudah mula rapat dengan si james reid..


"Mulut"ujar Luthfia sepatah..sengaja ..


"Tahulah mulut.mana ada orang makan pakai hidung..Kami nak tahu dia bawa you makan dekat mana?".Fail kertas yang berada di tangannya dipukul ke bahu luthfia. geram betul kaq Midah dengan jawapan luthfia Humaira..

luthfia mengaduh perlahan..Ganas betul kaq midah ni..Hampir tercabut bahunya..

"Kalau aku sebut,korang mesti belanja aku makan dekat situ..aku tak kira.wajib "


"weyhh..banyak cantik muka kau....tanya sikit pun kau nak berkira. ..nenek aku cakap,kalau kita dah terima ajakan seseorang untuk keluar bersama ke,makan bersama...tu tandanya dalam hati dah berkenan.. amacam..dalam hati dah ada taman ke?"Soal Zahra sambil tersenyum- senyum.

Luthfia menjeling tajam pada Zahra yang masih tersengih-sengih.


"Kata nenek aku pulak..makan boleh sebarang makan..tapi cakap tak boleh sebarang cakap..Takot ayam bertelur kat punggung.kau bertelur kat dahi..kau nak ke??"
Terjegil mata Luthfia melihat Zahra dan kaq Midah sudah tergelak mendengar jawapan selamba luthfia..


"Aku dah tercium bau nasi minyak la ni..korang ada tercium tak.?" Sakat Zahra...segera dia melarikan diri bila Luthfia sudah mula menghampirinya dengan pandangan geram.riuh satu office oleh mereka bertiga...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience