Bab 37

Drama Completed 8867

Sudah Setahun berlalu, dan kini Luthfia dah terror dalam fashion marketing ni..semua berkat secretary dia Catherine..Dari dia zero terus kepada hero..Humaira Enterprise dah melonjak naik.Malah Luthfia dah tubuhkan sebuah syarikat baru dibawah naungan Humaira Enterprise iaitu Maira Holding .Bukan tu saja,Luthfia sendiri dah berjinak -jinak dengan designer pulak. pengalaman mengajar dia untuk terus berusaha...kalau dulu dia hanya melakar pelan-pelan bangunan,tapi sekarang dia dah melukis banyak design dress yang up to date..Luthfia happy sangat.luthfia humaira sekarang bukan luthfia humaira yang dulu lagi tau.Dulu boleh lahh kutuk dia keding...sekarang ni tak dapat dah..Luthfia kini bertambah cantik,badan pun dah up sikit..dah serupa badan model...body solid habis..Ni kalau shareen tengok..terus pengsan mengejut shareen lepas ni.Dalam setahun ni,Luthfia sentiasa berhubung dengan Aish..Setiap apa yang dia buat pasti dia akan laporkan pada Aish..Macam biasa,Aish sentiasa support dia..cuma itulah,Aish masih tak nak jumpa dia.tambah-tambah lagi Sekarang ni Luthfia buzy dengan tugas.makin lambat la dia nak jumpa Aish sekarang ni.,dalam pada meseg Aish,terselit jua rindu kepada Hasriq..hampir tiap malam dia menangis rindukan Hasriq..hampir setiap malam jua dia stalk Hasriq melalui fb..walau sekuat mana dia bencikan Hasriq..Luthfia tetap rasakan perasaan cinta tu mengembang dalam hati.selain tu,benda yang nampak berubah dalam setahun ni adalah Shahida..Ida dah ada anak.Airil azzam.sesekali ada jugak Zahra melawat..dan setiap kali zahra datang ke kuala lumpur,setiap itulah Luthfia soal selidik zahra pasal Hasriq..Dia rindukan Hasriq..

"Humaira, you tak turun ke? .semua tengah tunggu you tu."

Luthfia meletak majalah 'Style korporat' di atas meja.wajah Rafi dipandang sekilas..Lelaki tu terus duduk didepannya..tali leher dilonggarkan sikit..panas.Aircond yang sejuk pun masih tak dapat kurangkan kepanasan tubuhnya.

"Dah nak start ke?" Pertandingan Fashion Show Yang berkonsepkan Melayu kontemporari ini disertakan 30 peserta dari seluruh Malaysia .Warna unggu putih yang melatari dewan ballroom di Tingkat 16 Syarikat Maira Holding hasil ilham D'zad Bridal dari Klang,menjadi saksi pertandingan Ratu Malaysia Anjuran Majalah Style korporat (satu lagi terbitan Kreatif Maira Holding)

"Yups,Tinggal tunggu you je lagi..Come on la...tak kan president Maira Holding tak datang event sendiri.'

Rafi Merenung mata cantik tu dalam-dalam,First meet dulu,Rafi hampir gila bayang dengan bossnya tu..namun sekuat mana dia mencuba masuk ke hati luthfia,Sekuat itu jugalah luthfia menolak cintanya jauh..Gadis tu tak pernah buka hati untuk terima cinta dia walaupun secebis hama..bukan dia saja..Banyak lelaki lain di pelbagai agensi dan jabatan lain turut rasa kecewa bila Luthfia humaira seakan-akan tak melayan cinta yang dihulur.Hati Gadis ni degil sangat...keras macam batu konkrit.susah nak tembus.

tapi sekarang ni,Rafi dah tak berharap..nak dipaksa pun tak guna jugak..Sampai bila-bila pun dia takkan dapat cinta Luthfia Humaira..hati dia jugak yang terluka akhirnya.

"I tak dapat pergilah..you je la yang handle..Catherine,Rosmin dan wani ada kat sana...You minta tolong dorang Cover untuk I k."

Luthfia menarik muka..takde mood..memang dia teringin nak datang tengok Fashion show tu,syarikat mereka kot yang anjurkan..Dan dia yang usulkan idea tu,tapi bila dengar jer kata Catherine pagi tadi..mood dia terus drop..

"Tak boleh macam tu..wartawan dah banyak kat bawah tu...Apa kita orang nak cakap kalau dia nak jumpa you.You President yang merangkap pengasas Maira Holding.."

Luthfia termanggu sendiri..jujur dia tak sanggup terserempak dengan orang itu..hatinya sakit..Perubahan luthfia buat Rafi pelik. Rafi seperti dah dapat menangkap sesuatu..


"You mengelak dari sapa?"

Luthfia ketap bibir..nampak sangat ke dia tengah mengelak jumpa orang waktu ni.


"Takde sapa-sapa "


"You are not good lying ..I nampak you pelik sangat,you bersusah payah bersengkang mata nak pastikan event tu berjaya..and now,bila projek ni dah sampai ke penghujungnya.End up you tak nak datang join pulak. mesti ada sebab"

luthfia diam tak berkutik..

"Humaira,tell me..siapa?"desak Rafi.


"Tetamu V I P kita.shareen.."

Akhirnya dia berterus terang jugak..Dia tak boleh sembunyikan apa-apa dari Rafi..lelaki tu cepat saja menghidu sesuatu.

"Vice President JT Corporation??Kenapa you nak mengelak dari Dia.?"

"A very long story and no subtitles... so you will not understand."Luthfia malas memanjang cerita..cukup la Rafi tahu dirinya kini sedang berusaha mengelak Shareen..!

"Tapi Maira holding rakan bisness dengan JT corporation.bekerjasama dengan humaira Enterprise..so,please tell me the truth..what happened between you and her..?"

"Raf,This my Company .So I'll make sure that girl will not have anything to do with Maira Holding ...one more thing,any contractual agreements we make with JT corporation, please cancel...I will be responsible for it."

Rafi angkat muka,matanya dikecilkan..Dah kenapa pulak kontrak perjanjian mesti dibatalkan..Boss dia ni ada masalah ke dengan Shareen..selama ni Jt Corporation tak beri impak pada syarikat mereka. ..Luthfia memandang Rafi dengan pandangan tajam..Dia hairan dengan shareen,kemana pun dia pergi,Gadis seksi tu mesti ada. Masa di Medan jaya,Jt corporation nyaris rampas tender Mega hotel...dan sekarang di Maira Holding,gadis tu tetap jadi rakan bisness dengan Syarikatnya..luthfia ketap bibir.tiba-tiba wajah Hasriq terlakar di mata.kenangan dengan lelaki itu terus terbayang. Dia rindukan Hasriq,dah lama tak balik sarawak..kali terakhir dia balik pun 6 bulan lepas..masa Hari raya..dekat 2 minggu dia balik..Pertama kali beraya dengan family.Luthfia paling teruja sekali..tapi dia tetap tak jumpa hasriq..waktu dia melawat Medan jaya contruction,hanya Kaq Midah dan Zahra yang menyambutnya..Hasriq melawat tapak Mega hotel waktu tu.Wisma central dah siap.memang cepat dan teliti Hasriq buat kerja. itu yang dikagumi Luthfia.

"Miss Humairaaaaa Helloooo"

Luthfia tersentak..tak sangka dia boleh mengalamun,dipandang Rafi dengan sengihan.

"I selalu perhatikan yang you ni sentiasa mengalamun..you ingat kan siapa sebenarnya ni?"

"Tak de sapa-sapa lah..i ingatkan family kat sarawak je"Luthfia tersengih.

"family ke boyfriend?.you ada boyfriend kan kat sana."ujar Rafi

Masa first day dulu pun catherin ada cakap yang Luthfia sudah ada Boyfriend..tapi Rafi tak percaya,dia tetap berdegil nak pikat luthfia.tapi last-last,dia sakit hati sendiri

Luthfia hanya tersenyum,mengiyakan tidak,menafikan pun tidak.biar Rafi fikir sendiri.sekarang ni yang perlu dirisaukan ialah Shareen..macam mana dia nak hadap Shareen kat bawah sekarang ni.

"Lupakan jelah,ni I nak tanya..kenapa Shareen yang datang..bukan sebelum ni President Jt Corporation Tan Sri Moktar sendiri ke yang selalu hadir sebagai VVIP jemputan..kenapa Shareen?"

Rafi angkat bahu,sebetulnya dia pun hairan bila penyambut tetamu di foyer tadi cakap Shareen sudah datang.Shareen akan Wakil kan Tan sri Moktar hari ini..sejujurnya Rafi lagi suka kalau Shareen yang datang..gadis tu sungguh seksi dan menggoda..cuma gadis tu langsung tak suka nak bargaul dengan sesiapa .sombong dan berlagak.sebab tu tak ramai yang tahan dengan Shareen.


"Cuba You tanya Puan Linda..kan dia yang tulis senarai tetamu jemputan..I rasa dia tahu.."

Luthfia mengangguk..majalah 'style koporat' yang diletaknya tadi diambil semula..dia bercadang nak baca semula namun Rafi lebih pantas..majalah itu ditarik dan dijauhkan dari Luthfia.Muka luthfia memerah


"You boleh baca Majalah ni bila-bila masa ok..and now,I nak you ikut I turun..Dewan dah penuh dah rasanya..mungkin sekarang tinggal tunggu you nak berucap je lagi..jom lah turun.." Desak Rafi..

Luthfia mengeluh,kakinya betul-betul berat nak melangkah.

"Kalau you tak boleh jalan..I boleh dukung you..you nak?" sengaja disakat Luthfia..

ketawa pecah melihat Luthfia besarkan mata..Rafi ni macam Zahra tapi versi Lelaki la...suka menyakat.. laju jer kaki luthfia berdiri dan bergerak ke pintu..Takot pulak dia dengan Rafi waktu ni.senyuman manis Rafi ni kadang kala membuatkan dia terkedu..Kadang-kadang dia nampak Hasriq dalam diri Rafi..walaupun rupa tak sama tapi senyuman tetap sama ,manis..Tambah-tambahan dua-dua lagi kacak...ishh tergugat iman dibuatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience