Prolog 1

Drama Completed 8867

"Fiaa.!"

Luthfia Humaira tersentak...Namun Cepat-cepat dia melemparkan senyuman yang manis untuk sahabatnya Ida Dan Zahra..

"kau pergi mana tadi?Kenapa Tak pergi meeting?puas kitaorang cari tau..Datuk Helmi pun tanya pasal kau.." ujar Ida.

Luthfia Humaira mencebik.sebut sahaja nama Datuk helmi.Automatik moodnya berubah seratus peratus..bukan dia tidak tahu,Datuk Helmi memang lelaki mata keranjang.Luthfia menjuihkan bibir.

"Aku baru balik dari Site..tengok projek kat sana..lepas tu aku tak kemana pun.aku dok sini je dari tadi...borak- borak dengan pkerja cafe ni..korang tahu kan aku tak suka dengar nama Datuk Helmi tu. "

Teringat kembali peristiwa Dimana Datuk Helmi yang Miang tu cuba mengodanya..Luthfia sedang menyusun kertas kerja dalam pejabat Datuk Helmi.Boss tua itu mencuba memegang tangannya ketika dia terleka menyusun Fail... Luthfia tersentak..tidak disangkanya Datuk Helmi akan mengambil kesempatan terhadapnya.Sejak hari itu,Luthfia berjanji akan cuba sedaya upaya menjauhkan diri daripada Datuk Helmi..

"sepanjang meeting tadi,Mukanya Masam je..macam ayam berak kapur.Ada tiga empat kali jugakla dia tanya pasal kau." Beritahu Zahra.

Luthfia mengeluh.Dia betul-betul tidak selesa mendengar kata-kata Zahra.Dah beberapa kali dia Minta pihak pengurusan HR untuk pindahkan dia ke bahagian lain..tapi beberapa kali itu juga permohonan ditolak...Luthfia tahu sangat kenapa dia ditolak..setiap kali pekerja ingin menukar jabatan ataupun cawangan mesti melalui prosedur yang dipersetujui Oleh MD syarikat.. Dan MD syarikat mereka ialah Datuk Helmi sendiri..sudah tentu Datuk Helmi tidak akan setuju jika Luthfia Humaira ditukarkan ke jabatan lain..Geram betul Luthfia dengan Sikap Datuk Helmi yang Dirasakan keterlaluan dan Tidak professional... Luthfia Humaira akui,boss mereka tu tidak la seburuk mana.dengan kumis dan jambang yang sedikit menghiasi wajahnya menjadikan Encik Helmi tidak nampak seperti seseorang yang berumur.Encik Helmi boleh la diketegorikan lelaki kacak walaupun beberapa helai rambutnya sudah nampak memutih di kepala..Malah ada juga pekerja lain di Syarikat Medan jaya Construction itu terang-terang mengatakan bahawa mereka cemburu bila Datuk Helmi hanya mengambil berat dan melebihi Luthfia berbanding pekerja lain di syarikat tu.


"kenapa pulak dia cari Aku?rasanya aku tak diperlukan dalam meeting kali ni..projek ni pun aku tak da kena mengena langsung.. Datuk Sendiri yang kata Dia boleh handle semuanya.."


"itu aku tak tahu..yang pasti Tadi dia betul-betul nampak macam orang mati bini....teruk sangat dah muka Datuk Helmi tadi bila kau tak de kat sana...."ujar Zahra..


" Habis la Kau fia...lepas ni,confirm Datuk Helmi tu tak benarkan Kau uruskan projek sorang-sorang..."sakat Zahra lagi.....tersengih sengih Ida memandang Luthfia..

"ish.jangan lah takotkan aku....dah laa..aku tak nak dengar lagi apa-apa tentang Datuk Helmi tu ok..Aku rimas.."
jus oren dicapai dan diteguk perlahan...jam sudahmenunjukan pkul 1.46 pm..masih ada lebih kurang 14 minit lagi sebelum waktu lunch tamat...mereka hanya turun makan di lobi syarikat dtingkat satu...kebanyakan staff lain tidak suka makan d luar kawasan syarikat... keluar diwaktu sebegini umpama 'menghulur kepala untuk disembelih'...trafik di sekitar bandar serian akan sesak bila sampai waktu jam 'Lunch' dan juga jam 'balik kerja'..

" Tapi beb seriously kau beruntung sangat tau..ada jugak Orang yang betul-betul sukakan kau..pengarah plak tu..kalau aku jadi kau,Dah lama Aku Ngorat Datuk Helmi tu..Ada rupa,Poket pun tebal..."mengekek ketawa Zahra.beberapa staff memandang mereka dengan penuh tanda tanya...pantas Ida menyiku lengan Zahra untuk menghentikan kawannya itu dari terus menjadi tatapan orang yang minum di cafe tersebut..

"Kau ni kan..kalo ya pun tak payah la ketawa sampai macam tu sekali".. Marah luthfia..wajahnya dikelatkan..


"kalau kau nak sangat..kau ambil la Datuk Helmi tu.Aku tak nak." sambung luthfia..


"Aku Gurau je lah..Tak nak lah ak Datuk Helmi tu. Not My Taste okay..Aku muda lagi lah..lagipun aku bukan jenis 'makan' member punya."
Zahra Mengenyitkan mata pada Luthfia.

" Bila masa pulak Datuk Helmi tu aku punya..?"
Luthfia menampar bahu Zahra kuat-kuat...Sakit betul hatinya dengan perangai Zahra yang suka sangat menyakat itu...mulut longkang betul la kawannya seorang tu..

" Ada aku cakap Datukk Helmi tu Kau punya.? tak ada kan??kau jer yang perasan lebih...hahahaahahaha"
Zahra masih giat menyakat Luthfia..

"Zaharaaaaaaa...!!"

Luthfiya membesarkan mata ke arah Zahra yang sudah berlari anak menjauhkan diri dari Luthfia.Ida yang sedari tadi hanya mendiamkan diri turut ketawa melihat gelagat zahra yang ceria ...Dia lah penyeri Medan Jaya Construction...Merah padam wajah Luthfia Menahan geram ..mereka masuk pejabat Lima minit awal sebelum tepat pkul 2.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience