BAB 23

Family Completed 2963

TERGAMAM Alia apabila ruangannya di serbu masuk oleh seorang wanita yang cantik dengan kulit yang cerah dan gebu.
     “Maaf Dokta Alia. Saya….”
     “Tak apa Intan, biarkan dia.” Arah Alia lembut, namun Intan teragak-agak untuk keluar dan menutup pintu bilik itu. Intan mengeluh kecil sebaik sahaja duduk di tempat duduknya semula. Alia hanya memerhati dari tempat duduknya.
     “Oh! I lupa nak kenalkan nama I.” Kata gadis itu lalu menghulurkan tangan dengan senyuman. Alia yang teragak-agak untuk bersalaman dengan gadis itu. Namun Alia tetap menyabut baik ditemani senyuman yang bersahaja.
     “Nama I, Tasya.” Terang Tasya dengan senyuman tanpa melepaskan tangan Alia.
     “You tak kenal I?” Soal Tasya yang masih memegang erat tangan Alia. Alia cuba mengingati gadis itu. Namun dia tetap tidak dapat mengingatinya. Perlahan-lahan tangan Alia dilepaskan.
    “I la… I yang pernah marah you, sebab langgar bakal tunang I. You lupa ke? Peristiwa you dekat balai polis.” Terang Tasya yang sudah duduk tanpa di jemput. Sekelip mata peristiwa itu menyergah kotak fikiran Alia.
     “Oh! Ya…. Saya nak minta maaf pasal apa yang berlaku. Macam mana dengan keadaan dia sekarang ya?” Soal Alia membuatkan Tasya yang duduk dihadapannya ketawa sambil berpeluk tubuh. Alia sudah berkerut seribu lalu menanggalkan cermin mata yang dari tadi di pakai.
     “You tanya I?” Soal Tasya dalam sisa ketawa. “You, dah ambil dia dari I, sekarang you nak tanya I, you tak akan dapat memiliki Asyraf anak Tan Sri Nizam. Sebab dia milik I.” Kata Tasya dengan wajah yang yakin dan penuh perasaan. Dia melemparkan senyuman sinis buat Alia yang  kelu dan tidak terkata.

TAN SRI NORDIN kaget melihat kedatangan anak gadisnya itu di muka pintu CEO. Dengan rasa kehairanan dia memerhati wajah anak gadisnya itu melangkah masuk dengan wajah suram. Tanpa dibenarkan, Alia sudah mula melabuhkan punggung di kerusi bertentangan dengan Tan Sri Nordin.
     “Kenapa dengan anak ayah ni? Tak sihat ke?” Soal Tan Sri Nordin yang cuba mencari jawapan pada wajah Alia. Alia meletakkan kepala di atas meja kemudian mengeluh kecil. Tan Sri Nordin hanya mampu menggelengkan kepala dan tersenyum penuh makna.
     “Jelous right.” Duga Tan Sri Nordin.
     “I don’t think so.”
     “Habis tu? Dah jatuh hati dengan dia.” Usik Tan Sri Nordin.
     “Tak akan dan tak akan pernah.” Alia sudah tekad, namun hati Tan Sri Nordin pula yang khuatir dengan kata-kata Alia.
     “Dah la, tak ada masalah pun boleh selesai kalau ayah asyik nak usik Alia.” Kata Alia dengan nada suara merajuk lalu beredar untuk ke hospital semula. Sepanjang menanti di dalam lif, tiba-tiba bayangan Asyraf menjelma di minda. Dia menggeleng buat beberapa kali untuk menafikan apa yang ada difikirannya saat itu. Kau memang dah gila Alia, bawa-bawa la jumpa Asyraf untuk berubat.

PERLAHAN-lahan Puan Sri Syarifah menghampiri Tan Sri Roslan yang bersandar di bahu katil. Dia memeriksa keadaan Tan Sri Roslan yang masih mahu membaca buku walau pun mengetahui keadaan kesihatannya sendiri yang kurang memuaskan. Puan Sri Syarifah mengeluh kecil sambil duduk di bahu katil. Dia menundukkan wajah buat seketika.
     “Apa yang perlu saya buat supaya anak-anak dapat terima abang?” Soal Puan Sri Syarifah dalam sebak.
     “Apa yang awak cakap ni?” Soal Tan Sri Roslan lemah.
     “Saya… Saya punca rumah tangga abang musnah. Saya punca abang menjatuhkan talak pada Kak Imah.” Terang Puan Sri Syarifah lemah dan tersedu sedan.
     “Saya salah sebab ceraikan Hasyimah walaupun Hasyimah sanggup berkongsi kasih seorang suami. Saya terlalu inginkan cinta seorang isteri seperti awak dan…..” Tan Sri Roslan yang dari tadi mengusap dada yang begitu sakit di malam hari, tidak dapat berkata-kata lagi, lantas Puan Sri Syarifah mencapai ubat yang ada di dalam laci meja di sisi katil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience