BAB 5

Family Completed 2828

“HAH! Alia dah ke sekolah. Kamu tak pergi lagi?” Tergamam Edy dengan butir bicara Dato Hasyim.
     “Dia naik apa papa?” Soal Edy kehairanan. Sejak bila la budak ni pandai pergi sendiri.
     Setibanya di sekolah Edy cuba mencari kelibat Alia di dalam setiap kelas tingkatan 5. Dia betul-betul bengang dengan sikap Alia yang suka menunjuk-nunjuk sikap baik di hadapan Dato Hasyim.
     “Woi! Kau ada nampak Alia tak?” Soal Edy yang menepuk bahunya dari arah belakang membuatkan jantung Asyraf hampir gugur.
     “Awak masuk kelas dulu la.” Pinta Asyraf yang dari tadi duduk berbual dengan seorang gadis.
     “Dia dah masuk makmal, lagi pun kelas dia ada kuiz kimia pagi ni. Jadi dia kena buat persiapan.” Terang Asyraf.
     “Mana kau tahu?” Soal Edy.
     “Tu…” Asyraf memuncungkan bibirnya ke arah papan kenyataan.
     “Pemilihan kuiz kimia ke peringkat kebangsaan.”
     “Pandai rupanya kawan aku ni membaca.” Sindir Asyraf lalu beredar mengekori seorang gadis.

DATO HASYIM hanya membisu tanpa kata. Kepututusan telah pun di buat tanpa perbincangan. Serba salah Puan Hasyimah apabila Dato Hasyim melepaskan keluhan berat.
    “Macam mana dengan pembelanjaan dekat sana nanti?” Soal Dato Hasyim.
     “Pasal pembelanjaan dekat sana saya masih boleh tanggung, Dato tak perlu risau.” Terang Puan Hasyimah.
     “Awak kena ingat, saya tak mahu Alia berhenti belajar. Dia bagus. Kalau tak cukup duit, telefon saya. Saya boleh bagi sebagai pinjaman, tanpa bunga, bila-bila awak boleh bayar.” Terang Dato Hasyim lalu menghulurkan cek berjumlah RM 30 000.00.
     “Banyak sangat ni Dato.” Kata Puan Hasyimah yang sudah segan dengan kebaikan Dato Hasyim.
     “Itu saya nak awak berjanji, supaya awak tidak akan pinggirkan pendidikan Alia.” Pinta Dato Hasyim dengan senyuman. Lega hati Puan Hasyimah.

            Alia jom keluar.
                             -Hanani-

          Kau tak study ke?
    Esok kan pemilihan peserta.
                             -Alia-

           Aduh… Stress la bila
      asyik mentedaghah kimia je.
                               -Hanani-

           Aku tak nak la nanti
          aku dapat masuk kuiz
       kimia dengan orang lain.
       Hehehe.
                             -Alia-

           Jom la… Aku datang
           jemput kau.
                         -Hanani-

     Alia akur dengan permintaan Hanani. Dia menggeliat kecil di atas katil sambil berbaring bersama buku rujukan.

“MANA Alia dengan Nani ni?” Soal Edy yang duduk di sisi Eliana yang sedang membasahkan tekak dengan minuman yang di pesan. Alif dan Asyraf hanya memerhati.
     “Biasa la tu, nama pun perempuan, mesti la lambat.” Terang Alif.
     “Aku pun perempuan kot.” Terang Eliana.
     “Kau, Edy yang datang ambil.” Asyraf cuba menyebelahi Alif. Lantas telefon yang berdering menyebabkan Asyraf mula cemas. Wajah Asyraf yang cemas memberi seribu tanda tanya buat Alif, Edy dan Eliana.
     “Diorang dalam perjalanan. Skuter Hanani rosak.” Terang Asyraf.
     Menggelegak tawa Alia dan Hanani apabila seronok bersiar-siar sehingga skuter rosak di bahu jalan.
      “Serius syok gila eh.” Tawa Alia.
      “Lepas ni kalau kau tak ada, siapa nak teman aku jalan-jalan bila aku tension.” Wajah Hanani sudah berubah keruh.
     “Apa ni… Tak mau la sedih-sedih. Aku tiga suku pun sebab kau tau.” Akui Alia menyebabkan Hanani kembali ketawa.
     “Dik, skuter dah ada minyak dah.” Kata seorang lelaki yang tidak dikenali membantu mereka. Alia dan Hanani berpandangan sesama sendiri apabila skuter sudah boleh di hidupkan semula.
     Setibanya di kedai makan Alia dan Hanani cuba mengawal tawa agar tidak dapat didengari oleh rakan-rakan yang lain. Rakan-rakan yang lain hanya memandang dengan seyuman senang.
     “Hui! Awek tiga suku dah datang.” Usik Asyraf dengan bersahaja. Alia lantas mengambil tempat duduk bersebelahan Asyraf.
     “Korang pergi mana ni?” Soal Alif sambil mengecilkan anak mata.
     “Bukan korang keluar rumah dari aku dulu ke?” Soal Edy yang tampak bengang dengan Hanani dan Alia.
     “Aku bawa Alia jalan-jalan. Dah lama tak keluar ronda-ronda dengan Alia.” Terang Hanani.
     “Serius, dunia ni memang korang punya.” Terang Asyraf dalam tawa.
     “Only girl in the world la ni.” Usik Alif membuatkan Alia dan Hanani mengangguk kepala berkali-kali.
     “Siapa punya nasi ayam lagi dua ni?” Soal Eliana apabila melihat rakan-rakan yang lain sudah mempunyai hidangan.
     “Aku.” Jawab Hanani dan Alia serentak.
     “Sorry la korang kita orang stress la.” Terang Alia.
     “Yup. Dengan kuiz kimia. Stress sangat-sangat. Tadi pun jerit atas skuter dengan Fuza macam orang gila.” Terang Hanani dalam tawa. Namun Asyraf hanya tersenyum, wajah Hanani dan Alia seperti merahsiakan sesuatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience