BAB 1

Family Completed 2963

TIGA orang pelajar lelaki berlari selaju yang mungkin untuk meloloskan diri dari pihak sekolah. Seorang gadis yang bertudung sekolah ala-ala makcik hanya menggeleng kepala untuk seketika. Tetapi kali ini gadis itu turut serta sekali selepas menarik tangan kedua-dua rakannya.
     Setibanya di taman rekreasi gadis itu tercungap-cungap ditemani rakan-rakannya.
     “Kau dah gila ke beb?” Soal Seorang gadis yang mengikat rambutnya yang panjang paras dada.
     “Kau ni kenapa hah? Tak fikir ke apa?” Tegas seorang gadis yang berambut paras bahu. Gadis yang bertudung lantas bercekak pinggang dalam menahan kemarahan. Dua orang gadis yang dari tadi tersenyum dalam bebelan kecil lantas ketawa.
     “Yeah!” Laung mereka serentak selepas bebas dari kawasan sekolah. Mereka lantas mengatur langkah seiringan.
     “Wah! Budak kelas sains satu pun poteng sekolah eh.” Puji seorang pelajar lelaki di dalam sindiran.
     “Kau ingat budak cemerlang macam dia tak pandai ke nak loloskan diri dari sekolah.” Kata gadis yang berambut paras bahu.
     “Entah kau ni Edy, jangan ditanya la kalau perempuan bertudung macam dia ni lolos. Siapa tak kenal Alia Marfuzah?” Terang Asyraf.
     “Betul-betul.” Sokong Hanani yang berambut paras bahu.
      “Kita orang ni tadi ditariknya.” Adu Eliana.
     “Untung la, korang buat kerja bersama.” Celah Alif yang muncul bersama minuman. “Kita orang ni buat kerja sendiri-sendiri tau.”
     “Kalau lepas kira nasib la, tapi kalau tak lepas kira malang la.” Kata Edy. Mereka sudah mula mencapai minuman mereka.

“APA nak jadi dengan  kamu ni Edy? Ingat Papa ni budak sekolah ke?” Soal Dato Hasyim dengan tegas. Namun Edy hanya membisu dan hanya menundukkan wajah.
     “Kamu dengar tu, Dato dah marah sangat dekat Edy. Kamu pun ponteng juga kan?” Soal Puan Hasyimah yang cuba mengawal nada suara.
     “Mana ada ibu, Fuza…”
     “Dah la Alia Marfuzah, ibu tak akan percaya dengan Alia lagi.” Tegas Puan Hasyimah lalu beredar meninggalkan ruang bilik Alia.
     Hanani yang menuruni anak tangga sedikit tergamam apabila tiba-tiba sahaja merasai tamparan hebat daripada seorang wanita.
     “Apa ni Kak Mazni?” Soal Hanani.
     “ Nani ponteng sekolah kan?” Soal Kak Mazni yang cuba menahan ammarahnya. Hanani pula masih tergamam dengan Kak Mazni yang boleh mengetahui semua perkara. Pastinya dari guru disiplin.
     “Okey. Fine memang Nani ponteng sekolah.” Jawab Hanani lalu meniti anak tangga ke bilik semula. Kak Mazni hanya mengeluh kecil melihat sikap Hanani.
     “Ezmel Asyraf!” Sapa seorang lelaki apabila melihat anaknya ingin berlalu ke bilik. Asyraf menoleh ke belakang apabila melihat Tan Sri Nizam dan Puan Sri Aida menantinya pulang walau hari sudah larut malam.
     “Tolong jangan buat perangai. Papa tak suka. Kalau kamu nak buat perangai nak tunjuk kehebatan kamu, papa akan tunjukkan kehebatan papa juga.” Kata Tan Sri Nizam dengan berhemah, namun cukup bermakna untuk Asyraf lebih berhati-hati.
     Eliana yang dari tadi duduk menyanyi di sofa sambil membuat terapi muka lantas mengeluh sebelum mencapai telefon bimbitnya yang berdering minta diangkat.
     “Eli,  kenapa ponteng sekolah?” Soal satu suara di hujung talian dengan suara yang tegas.
     “What ever la Mummy.” Tegas Eliana lalu mematikan talian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience