BAB 24

Family Completed 2963

“EH! Dokta Alia tak sihat ke?” Soal Intan yang sentiasa berada di kaunter bersama dua orang lagi rankannya.
     “Pening kepala semenjak dua tiga hari ni.” Akui Alia dengan apa yang dirasakan kini. Pantas sahaja tangannya menulis catatan di atas fail setiap pesakitnya.
     “Ia la… Lagi dua bulan aje lagi nak kahwin mana tak peningnya.” Usik seorang gadis lalu menyiku lembut tubuh Intan dengan senyuman nakal.
     “Ada-ada aje la awak ni kan Husna.” Kata Alia dengan rona merah di wajah semakin menjadi-jadi. Tawa tiga orang jururawat di situ dapat menceriakan hati Alia. Apa-apa aje la korang.
     “Hah, Murni tolong pastikan Intan dengan Husna ni bantu Dokta Baeyah.” Terang Alia.
     “Tapi kenapa? Dokta Alia tak masuk kerja ke hari ni?” Soal Intan.
     “Tadi awak kata saya macam tak sihat. Dah tentu la saya cuti hari ni.” Jawab Alia.
     “Puan Nur Baeyah Binti Jiram tu ke yang ambil alih pesakit Dokta Alia?” Soal Murni.
     “Iya la, siapa lagi Dokta Baeyah yang ada dekat sini?” Tekan Alia apabila jurutawat itu masih mahu bertanya itu ini dengan Alia yang ingin pulang ke rumah. Alia melangkah dengan senyuman yang bersahaja.
     “Mesti Dokta Alia cuti sakit tiga hari kan.” Duga Husna.
     “Hmmm. Macam biasa la, dia mana nak ambil cuti lebih dari tiga hari.” Akui Intan.

“KENAPA dengan kau ni? Projek dekat JB dah tunggang langgang dah aku tengok kau urus kan.” Bebel Edy menyebabkan Asyraf berserabut. Lalu melangkah duduk di sofa.
     “Aku rasa, kawan kita ni kena kahwin cepat la. Senang tak payah tengok dia. Aku pulak yang naik buntu.” Akui Alif dengan senyuman mengusik.
     “Elok jugak tu.” Sokong Asyraf lantas berlalu meninggalkan pejabat.
      “Aku tak faham betul la dengan Asyraf tu… Nampak lain sangat.” Kata Edy. “Dah la, kau uruskan la projek dia di JB tu.” Arah Edy sebelum berlalu meninggalkan Alif terkapai-kapai seorang diri di dalam bilik CEO menguruskan projek tersebut.
      “Aku sorang-sorang la ni? Hmmm. Faham, faham.” Keluh Alif seorang diri.

SELEPAS memeriksa keadaan Tan Sri Roslan, Hanani cuba melangkah keluar dari wad VIP itu. Namun langkahnya terhenti apabila suara lemah Tan Sri Roslan yang cuba berbicara sesuatu. Hanani mendekatkan telinga di bibir Tan Sri Roslan.
     “A…A….Alif….”
     “Kenapa dengan Alif Tan Sri?” Soal Hanani.
     “A…. An… Anak…. Sa… Ya… Anak… Kan… Dung….” Tergamam Hanani lantas terduduk di kerusi.  Menitis hiba di hati Tan Sri Roslan melihat reaksi Hanani.
     “Tan Sri sedar tak? Yang Tan Sri dah banyak buat silap. Tan Sri ingat Tan Sri siapa? Patut la Alia benci sangat dengan Tan Sri.” Akui Hanani dengan apa yang terbuku di hati. Dia lantas meninggalkan ruangan itu.
     Puan Sri Syarifah yang melangkah masuk ke dalam bilik itu juga tidak diendahkan oleh Hanani. Namun Hanani sangat marah. Tak mungkin Alia tak tahu pasal hal ni. Alif pun macam tu… Habis Tengku Maimunah tak pernah cerita dengan Alif ke pasal hal ni? Hanani pula buntu.

“NEKDA.” Sapa Alia lembut lalu memeluk Tengku Maimunah yang duduk di atas kerusi roda. Wanita yang sudah berumur 70-an.
     “Alia, macam mana dengan keadaan Alif dekat sana?” Soal wanita tua itu dengan lembut.
      “Alif baik-baik sahaja Tengku Maimunah.” Alia masih cuba mahu mengusik Tengku Maimunah. Tengku Maimunah ketawa kecil.
     “Kamu tahu? Alif tekad nak cari ibu kamu Alia. Dia menyesal sebab halau ibu kamu dulu. Walau pun dia masih tak tahu siapa ibu kamu pada diri dia. ” Terang Tengku Maimunah.
     “Alia dah tak ada benda nak cakap lagi dah, biar la semuanya kembali seperti sedia kala sendiri.” Terang Alia di dalam keluhan berat.
     “Salah nekda, nekda tak periksa siapa Alif masa ayah kamu tinggalkan dia di sini.”
      “Tan Sri Roslan tak nak ibu ambil Alif kalau tak Tan Sri Roslan akan bawa Alif jauh dari sini. Tapi sekarang tengok la, Alif sendiri macam tak sedar yang Tan Sri Roslan masih hidup."
     “Tak baik kamu cakap macam tu. Tapi apa pun nekda kagum dengan ibu kamu sebab sanggup jadi pembantu rumah dekat sini semata-mata nak dekat dengan Alif. Ayah kamu pun tak izinkan nekda bagi tahu Alif siapa pembantu rumah itu sebenarnya pada Alif.”
     “Semua lelaki sama aje la nekda.” Kata Alia.
     “Tapi Asyraf tak sama kan?” Alia sudah tersenyum simpul di belakang Tengku Maimunah.
     “Dah la nekda, kita masuk ya. Dah malam ni.” Cadang Alia yang cuba lari dari topik perbualan mengenai Asyraf. Suka, tapi… Malu nak cakap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience