BAB 11

Family Completed 2963

“YA ALLAH, seronoknya dapat duduk dekat kerusi CEO ni.” Asyraf duduk bersandar dengan senyuman lebar yang ada tersimpan sejak di dalam wad lagi. Kali ini dia betul-betul dapat melihat pemandanga Kuala Lumpur dengan senang hati dari ruangannya.
     “Amboi datang-datang terus duduk aje.” Sergah Alif apabila dari tadi memerhati gelagat Asyraf dari luar bilik.
     “Aduh, kau ni, potong stim betul la. Aku baru nak merasa melepaskan rindu dekat kerusi ni.” Kata Asyraf. Alif yang dari tadi berpeluk tubuh di muka pintu lantas menghampiri Asyraf lalu duduk di kerusi tanpa di jemput.
     “Aku rasa kau kena kahwin la.” Cadang Alif dengan usikan yang bersahaja.
     “Apa pulak aku?” Soal Asyraf yang masih tidak puas hati.
     “Iya la, dah dengan kerusi pun jadi. Tak ke tiga suku jugak aku tengok kau.” Terang Alif lalu ketawa. Asyraf tersenyum apabila mendengar perkataan `tiga suku’.

GADIS yang berselendang, memadankan dengan dress dan kasut tumit tinggi serta beg tangan melangkah dengan lemah lembut untuk keruangan CEO Advertising Group.
     Sekumpulan lelaki melangkah dengan gagah ke bilik mesyuarat Advertising Group. Ramai wanita yang terpesona dengan ketampanan mereka. Alia yang datang dari arah bertentangan bertembung dengan sekempulan lelaki. Namun pelanggaran hebat itu tidak dapat dielak, salah seorang lelaki itu dapat menyambut tubuh Alia. Hampir semua kakitangan syarikat bergegas untuk mendapatkan Alia.
     “Cik Alia okey tak?” Soal seorang wanita yang berambut paras bahu serta beralun cantik.
     “Saya okey.” Jawab Alia dengan lemah lembut sambil wajah yang menunduk untuk melihat keadaan kasut.
     “Maaf Cik, kami tak sengaja.” Terang seorang lelaki.
     “Tak….” Tergamam Alia sebaik sahaja mengangkat wajah. Reaksi sekumpulan lelaki turut sama dengan Alia.
     “Tak apa salah saya.” Terang Alia lalu melangkah masuk ke dalam lif diikuti sekumpulan lelaki tadi. Tiada bicara yang dapat diungkapkan. Alia hanya menahan sabar. Sesak dadanya apabila sepi menyengkam jiwa. Ya Allah cepat la lif ni sampai ke tingkat atas.

PUAS Alia menanti di ruang menunggu sehingga Tan Sri Nordin selesai mesyuarat bersama Mega Holding. Dia cuba mempertahankan kelopak mata yang hampir tertutup rapat. Namun dia tewas kerana terlalu letih.
     “Saya minta maaf jika saya banyak membatalkan mesyuarat dalam kerjasama kita dalam projek di JB nanti.”
     “Tak apa lah Tan Sri, kami pun dah mula kan projek tu. Dijangka enam bulan lagi akan selesai.” Terang Asyraf yang memakai cermin mata lalu tersenyum.
     “Tan Sri ada masalah ke?” Soal Edy. “Kalau Tan Sri tak boleh nak turun side, tak apa, kami muda, jadi kami aje yang akan turun.” Terang Edy dengan berhemah. Keluhan Tan Sri Nordin menarik kemahuan Asyraf, Edy dan Alif untuk mengetahui apa yang mengaggu fikiran Tan Sri Nordin.
     “Saya sebenarnya risau dengan anak perempuan saya.” Keluh Tan Sri Nordin.
     “Kenapa dengan anak perempuan Tan Sri?” Soal Alif.
     “Dia demam, dah seminggu dah.” Terang Tan Sri Nordin yang masih tersisa resah di dada.
     “Dia sakit ke?” Soal Asyraf.
     “Dia cuma terkejut, lepas langgar seseorang di hadapan kelab malam. Bukan tu aje, dia dah la terkejut. Kena pulak marah dekat kekasih lelaki yang dia langgar. Sampaikan jadi kes polis. Kekasih lelaki tu bawa anak saya ke balai.” Terang Tan Sri Nordin.
     “Dekat mana kejadian tu? Hari apa? Malam atau siang?” Soal Edy bertalu-talu.
     Tergamam Asyraf, terasa kelu lidah dibuatnya. Bagaikan samar-samar sahaja telinganya mendengar bicara Tan Sri Nordin.
     “Oh! Ya, sebelum saya terlupa. Menginap aje la di baglo saya di JB. Lagi pun saya nak bawa keluarga saya ke sana juga hujung minggu ni. Nak bagi anak perempuan saya lupakan peristiwa tu.” Terang Tan Sri Nordin.
     “Trauma agaknya.” Kata Alif lalu menguntum senyuman.
     “Mungkin la. Lagi pun dia baru aje balik Malaysia.” Terang Tan Sri Nordin.
     “Tak menganggu Tan Sri sekeluarga ke?” Soal Edy.
     “Tak ada la, lagi pun saya rasa bersalah sebab ketepikan projek ni.” Jawab Tan Sri Nordin dengan senyuman. Senang hati Asyraf menerima pelawaan Tan Sri Nordin yang seperti berharap. Jika untuk Mega Holding apa salahnya.

SELESAI sahaja perbincangan Kak Yati menghampiri Tan Sri Nordin.
    “Tan Sri, Cik Alia lena di ruangan menunggu.” Terang Kak Yati.
     “La… Dia dah sampai ke?” Soal Tan Sri Nordin.
     “Dah, dah hampir tiga jam lebih dia tunggu Tan Sri.” Terang Kak Yati.
     “Tak apa la, nanti saya kejutkan dia. Awak balik lambat sikit ya. Teman kan dia nanti saya suruh Norman hantar awak balik.” Pesan Tan Sri Nordin kepada setiausahanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience