ALIA duduk termenung di dalam masjid Putrajaya sebaik sahaja masa rehatnya tidak terisi dengan makanan, namun terisi dengan puasa.
“Hello Alia, kau dekat mana? Aku call kau dari pagi tadi untill now, baru sekarang nak jawab. Kau dekat mana? Keluar lunch tak?” Bebel Hanani dengan soalan yang bertubi-tubi.
“Aku dekat masjid Putrajaya, baru habis kursus. Aku tak lunch hari ni, aku puasa sunat.” Jawab Alia dengan suara mendatar.
“Oh! Iya ke. Kalau macam tu tak apa la. Take care. Apa-apa hal call aku tau.” Pesan Hanani sebelum menamatkan perbualan.
“KENAPA ayah tak pernah nak bagi tahu semua orang yang kita ni anak kandung dia?” Soal Alia dalam tangisan.
“Ayah sayang kita, tapi tak nak mengaku, mungkin ada sebab sendiri. Alia dah besar jadi kena faham semua tu.” Pinta Puan Hasyimah dalam sebak sambil memeluk tubuh Alia yang tersedu-sedu.
“Kenapa dia pentingkan Eli dari Alia? Apa beza Alia dengan Eli? Kenapa Alif dapat semua yang dia nak, sedangkan Alia?” Soal Alia bertalu-talu sehingga Puan Hasyimah tiada jawapan untuk soalan itu. Lelaki.
Alia tergamam apabila telefon miliknya berdering minta diangkat. Namun dia tidak mengendahkannya. Dia membaringkan tubuh bersama titisan air mata. Sakit rasanya hati ini.
Share this novel