BAB 13

Family Completed 2963

KEDATANGAN mereka di sambut baik oleh Tan Sri Nordin. Tan Sri Nordin tersenyum senang dengan kehadiran mereka. Kawasan rumah yang luas membuatkan mereka kagum dan lalai seketika.
     “Imah! Nani! Tengok siapa yang dah datang ni?” Laung Tan Sri Nordin gembira. Puan Sri Hasyimah dan Hanani bergegas ke ruang tamu namun langkah Puan Hasyimah dan Hanani kaku di satu tempat. Asyraf hanya memerhati wajah Alif. Edy dan Alif sudah berubah wajah. Serba salah Hanani untuk memandang Alif. Puan Sri Hasyimah tidak melepaskan pandangannya terhadap Alif sebelum melihat Eliana yang sudah sarat.
     “Hah! Kenalkan ini Nur Hanani anak angkat saya. Dan ini Puan Sri Hasyimah, isteri saya.” Terang Tan Sri Nordin. Eliana lantas bersalaman dengan Puan Sri Hasyimah dan Hanani. Diikuti rakan-rakannya yang lain.
     “Duduk la, makcik pergi buat air kejap.” Pelawa Puan Sri Hasyimah lembut lalu beredar ke dapur.
     “Nani tolong ibu ya ayah.” Pinta Hanani sebelum mengekori langkah Puan Sri Hasyimah ke dapur.

RIANG bukan ke palang sebaik sahaja tiba di banglo milik Tan Sri Nordin. Fahmi, Amir dan Aiman lantas melangkah masuk ke dalam rumah sebaik sahaja tiba. Mereka lantas bersalaman dengan ibu bapa dan tetamu yang ada.
     “Ini Fahmi anak kedua saya, yang ini Amir anak ketiga saya, dan yang ini Aiman anak keempat.” Terang Tan Sri Nordin. Namun Puan Sri Hasyimah terasa ingin menghalang langkah Alia dari memasuki rumah.
     “Hah! Alia.” Sapa Tan Sri Nordin dengan senyuman. Semua orang menoleh ke arah Alia yang memakai dress labuh lengan panjang. Alia turut tergamam namun tetap melangkah untuk bersalaman dengan Hanani, Puan Sri Hasyimah, Tan Sri Nordin dan Eliana sambil mendukung Trisya.
     “Alia, anak sulung saya. Dan Trisya anak bongsu saya.” Terang Tan Sri Nordin. Serba salah Hanani melihat reaksi Alia.
     “Alia. Pergilah rehat dekat atas, mesti kamu penat layan kerenah adik-adik kamu kan, pucat aje ayah tengok muka kamu tu.” Arah Tan Sri Nordin.
     “Saya ke dapur dulu, nak sediakan makan malam.” Pinta Puan Sri Hasyimah.
      “Nani nak sediakan bilik tidur dulu.” Kata Hanani lalu beredar. Fahmi sudah dapat menduga seperti ada sesuatu yang tidak kena. Amir dan Aiman turut berlalu ke bilik.
     “Ramai anak Tan Sri….”
     “Kalau dekat luar tak perlu terlalu formal. Panggil aje pakcik.” Terang Tan Sri Nordin yang mencelah Alif untuk berbicara.
     “Baiklah pakcik.” Ucap Edy.
     “Alia tu la, anak petempuan yang pakcik selalu ceritakan tu. Dia baik, cuma…. Sekarang ni dia masih trauma nak pandu kereta. Pasal langgar orang.” Terang Tan Sri Nordin dengan senyuman.

SEJAK dari tadi Alia hanya menyuap sedikit demi sedikit nasi ke dalam mulut. Namun pandangan mata Puan Sri Hasyimah dapat di tangkap oleh Tan Sri Nordin.
     “Kamu okey ke Alia? Kenapa tak makan? Ini kan makanan kegemaran kamu.” Terang Tan Sri Nordin dengan senyuman.
     “Alia dah kenyang la ayah.” Jawab Alia lembut.
     “Mana tak kenyangnya, dari tadi tengok perut Eli ayah.” Usik Hanani agar keadaan tidak terlalu tampak kekok. Alia lantas mencuit bahu Hanani apabila Tan Sri Nordin dan Puan Sri Hasyimah sudah mula menguntum senyuman di ikuti Eliana yang duduk bertentangan dengan Hanani.
     “Iya ke? Maknanya tak lama lagi la ni?” Sengaja Tan Sri Nordin mengusik lagi.
     “Fahmi sedia carikan untuk kak Alia.” Kata Fahmi.
     “Amir pun nak tolong abang Fahmi carikan calon untuk Kak Alia.” Celah Amir.
     “Kalau macam tu biar Aiman pilihkan.” Kata Aiman.
     “Habis la kau Alia, aku tak boleh nak buat apa la, aku kena ikut serta sekali la ni.” Usik Hanani lalu ketawa di temani tawa Tan Sri Nordin.
     “Untuk kebaikan Alia jugak, sampai bila nak berdendam dengan lelaki, ibu tak nak dengar ada orang jadi mangsa kasut tumit tinggi kamu lagi.” Pujuk Puan Sri Hasyimah lalu memandang Tan Sri Nordin.
"Itu masa dia cuba nak buang kepala tiga suku dia tu ibu. Itu yang lelaki tu makan kasut tumit tinggi." Usik Hanani.
     “Ayah nak jumpa kamu dekat bilik bacaan lepas makan ni.” Pesan Tan Sri Nordin lalu beredar ke bilik di ikuti Puan Sri Hasyimah. Kak Siti membantu kemas meja makan.
     “Nanti Kak Ti tolong carikan satu ya.” Celah Kak Siti pembantu rumah. Tersembur ketawa Fahmi, Amir dan Aiman.
      “Kalau sehari tak jadi kan kak Alia bahan tak boleh ke?” Soal Alia. Adik-adiknya terus beredar.
     “Normal la tu Alia.” Kata Hanani sambil mengemas meja makan. Lantas Eliana membantu. Alia turut mencapai pinggan itu.
     “Tak apa, Alia boleh buat.” Kata Alia dengan suara mendatar. “Kak Ti, tolong bawa Cik… A… Maksud saya Puan Eli ke bilik.” Pesan Alia sebaik sahaja Kak Siti muncul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience