BAB 30

Family Completed 2963

“DOKTA ALIA.” Sapa Murni yang ditemani Intan dan Husna yang datang untuk mendapatkannya. Alia yang menyerahkan bayi perempuan kepada Eliana dengan titisan air mata. Alif, Edy, dan Asyraf hanya memerhati.
     Alia lantas berlari-lari anak selepas melihat titisan air mata Intan dan Murni. Segala-galanya sudah cukup untuk memberi satu jawapan. Langkah Alia di temani rakan-rakan yang lain.
     Perlahan-lahan sekujur tubuh yang di selimut dengan kain putih membuatkan langkah Alia menjadi lemah. Dia yang hampir terjatuh di pimpin oleh Hanani, Fahmi, dan Amir. Aiman memeluk erat tubuh Puan Sri Hasyimah. Perlahan-lahan Alia membuka kain yang menutupi wajah Tan Sri Nordin. Lalu menggoncang tubuh Tan Sri Nordin ditemani tangisan hiba.
      “Ayah… Ayah…. Bangun la Ayah… Bangun la untuk Alia… Alia nak minta maaf.” Puan Sri Hasyimah lantas mendakap tubuh Alia. Agar tidak menyiksa tubuh jenazah.
     Menitis juga air mata lelaki Asyraf, Alif dan Edy yang berdiri di sisi Eliana yang duduk di atas kerusi roda.
     “Astaghafirullahhalazim…” Ucap Alia berulang kali agar redha dengan ketentuan Allah SWT.

“AYAH kau yang nak dermakan jantungnya buat Tan Sri Roslan.” Kata-kata Hanani tempoh hari menjadikan dia tidak kuat untuk mendengar kebaikan Tan Sri Nordin, kerana air matanya akan menitis untuk selama-lamanya.
     Puan Sri Hasyimah duduk bersila di atas tikar bersama Alia, Hanani yang ada di sisi sambil di temani anak-anak yang membuatkan dia lebih kuat untuk melihat pusara arwah Tan Sri Nordin. Usai bacaan talkin, Fahmi membantu Alia mencurah air ke pusara. Amir turut membantu Hanani dan Kak Mazni mencurahkan air. Aiman membantu Puan Sri Hasyimah di temani Fahmi.
      Kak Mazni melangkah seiring di antara Hanani dan Amir. Fahmi memapah Puan Sri Hasyimah sambil mendukung Trisya. Amir setia menemani Alia. Dia tahu Alia pernah kuat waktu ketika dulu untuk ibu dan dia serta Aiman tanpa nafkah seorang Ayah.
     Kedatangan Tengku Maimunah yang duduk di atas kerusi roda sambil didorong oleh jururawat peribadi meratap wajah Alia dengan penuh sayu. Alif tergamam dengan kedatangan Tengku Maimunah, begitu juga Asyraf, Edy dan Eliana. Air mata Alia sudah mengalir ke pipi buat sejuta kali. Baginya air mata tidak penting tapi pemergian orang tersayang yang penting.
     “Nekda.” Sapa Alia yang berdiri dalam sebak lalu memeluk tubuh Tengku Maimunah dengan erat untuk meminta sedikit kekuatan. Puan Sri Hasyimah lantas mengucup tangan Tengku Maimunah di ikuti anak-anak. Termasuklah Kak Mazni dan Hanani.
   
RUMAH agam milik Tan Sri Nordin sepi tanpa bicara sesiapa. Puan Sri Hasyimah memandang sepi ruangan di tingkat satu dan dua, tiada tanda-tanda Alia dan Fahmi akan turun ke ruang tamu.
     Kak Mazni membantu adik-adiknya mengemas ruang dapur sebaik sahaja jiran tertangga pulang dari kenduri tahlil.
     Perlahan-lahan Puan Sri Syarifah mencapai tangan Alif dan Puan Sri Hasyimah untuk disatukan. Tergamam Alif dengan tindakan ibu tirinya itu. Air mata Puan Sri Syarifah diperhatikan oleh Tengku Maimunah, Eliana yang mengendong Batrisya, Edy, dan Asyraf. Apa lagi la kali ni.
     “Saya minta maaf bagi setiap kesalahan abang Roslan. Salah saya sebab tak benarkan dia utamakan akak. Bukan salah Alia kalau dia benci dengan kasih sayang seorang ayah yang Eli dan Alif dapat. Tapi salah saya dengan abang Roslan yang tak pernah bagi apa-apa nafkah pada akak dan anak-anak.” Luah Puan Sri Syarifah dalam tangisan hiba. “Saya pulangkan Alif pada akak. Dia memang hak akak dan abang Roslan tak akan bawa Alif lari dari kehidupan akak.” Tergamam Eliana dan Edy.
     “Ambil la Alif semula Imah, walau pun bodan ni ibu angkat kamu sahaja, bonda tahu, sangat berat untuk kamu pendam perasaan rindu terhadap anak kamu yang sentiasa ada depan mata tapi tak boleh nak sentuh.” Kata Tengku Maimunah dalam sebak.
     Perlahan-lahan Puan Sri Hasyimah menyentuh pipi, bahu dan tangan Alif ditemani air mata yang menitis ke pipi sebelum memeluk erat tubuh Alif.
     “Nekda percaya, Alif mampu memberi kekuatan pada Alia yang selama ini menanggung segala beban dan penderitaan keluarga.” Terang Tengku Maimunah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience