BAB 27

Family Completed 2963

ALIA melangkah lemah apabila tekenangkan peristiwa minggu lepas. Di saat ini dia merasakan dirinya seperti nyawa-nyawa ikan. Dia seperti terkapai-kapai di muara. Dia seperti tidak bernafas apabila memikirkan rasa di hati.
Adegan Asyraf dan Tasya betul-betul meragut nyawanya.
     `Hish! Dah kenapa dengan kau Alia? Dulu kata benci, sekarang suka. Dulu kata tak nak sekarang nak. Kau ingat ni cerita dalam novel? Lebih baik kau buat cerita engkau je Alia. Tak pun kau belasah aje dia Alia. Habis cerita, semua orang kenal sangat perangai tiga suku kau tu.’ Omel Alia di dalam hati, sehingga wajahya berkerut seribu memikirkan masalah itu.
     “Eh! Jangan, jangan buat kerja gila.” Arah Alia kepada dirinya. Intan tersenyum di muka pintu bilik Alia.
   “Apa yang jangan tu Dokta Alia?” Soal Intan dengan senyuman membuatkan Alia sedikit tergamam.
     “Eh! Intan, sejak bila awak ada dekat situ?” Soal Alia yang malu sendiri. Stupid Alia.
     “Dari tadi lagi saya ketuk pintu bilik Dokta, tapi tak ada jawapan pun, terus saya buka pintu, tiba-tiba dengar Dokta cakap jangan.” Terang Intan. “Apa yang jangan tadi tu Dokta?” Soal Intan yang masih ingin tahu. Alia sudah tersenyum kelat di tempat duduknya.

SERBA salah Asyraf apabila peristiwa minggu lepas tiada jalan penyelesaian yang di temui. Dia sangat mengenali sikap Alia yang keras kepala namun tetap dengan pendirian. Alia bukan seorang yang mudah mengalah dengan pujuk rayu lelaki sepanjang dia mengenali Alia.
     “Dia nak  ke terima aku balik?” Soal Asyraf seorang diri.
     “Apa yang kau fikir kan tu?” Soal Alif lalu melabuhkan punggung pada kerusi yang bertentangan dengan meja CEO.
     “Kalau pasal bertunang, aku rasa biasa la adat, kejap baik kejap tak.” Asyraf mengeluh apabila mendengar kata-kata Alif. Perlahan-lahan dia mengeluarkan sebentuk cincin dari poket bajunya dan diletakkan di atas meja. Hampir terkeluar biji mata Alif.
     “Tapi ni tak akan baik balik.” Alif sudah tidak terkata mendengar bicara Asyraf.
     “Kau jangan buat gila woi! Siapa yang mula kan dulu ni?” Soal Alif. “Kau jangan cakap orang ketiga, dan orang ketiga tu Tasya.”
     “Salah aku la kot. Kalau bukan salah Tasya yang peluk aku malam tu.”
     “Hmmm. Tu lagi la…. Perempuan tu marah.” Asyraf hampir mengalah mendengar kata-kata Alif yang langsung tidak menyebelahi dirinya.
     “Hmmmm. Alia tu nampak aje tegas dengan pendirian, keras kepala, tapi dalam hati ada taman. Kau jangan ingat tiga suku dia je, tengok hati dia, dia tetap perempuan.” Pesan Alif lalu beredar keluar. Asyraf akui setiap kata-kata Alif kali ini.

ALIA terus mengemas barang-barang sebelum pulang, barang di atas mejanya di susun sebaik mungkin agar tidak nampak berselerak. Dia yang mahu memulas tombol pintu tergamam apabila seorang lelaki sudah membuka pintu. Perlahan-lahan lelaki itu mengunci pintu bilik itu.
    “Dah kenapa pulak ni?” Soal Alia yang sudah mula resah. Tenungan mata Asyraf membuatkan Alia tersandar di dinding bilik.
     “Awak nak pergi mana?” Soal Asyraf lembut.
     “Saya nak balik la kan dah malam.” Jawab Alia yang resah sehingga debaran di hatinya semakin kuat dan hampir tekeluar apabila wajah Asyraf hampir dengan wajahnya. Perlahan-lahan Asyraf mengeluarkan cincin dari poket bajunya sebelum mencapai tangan Alia yang putih dan halus. Matanya memandang anak mata Alia yang tidak berkelip.
     “Awak milik saya semula. Dan selama-lamanya. Mulai hari ini, detik dan saat ini.” Kata Asyraf lembut sehingga mengocang jantungnya yang hampir tercabut.
     “Tap….”
     “You always be mind.” Kata Asyraf yang memintas kata-kata Alia dengan meletakkan jari telunjuk di bibir merah delima milik Alia. Gila ar lelaki ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience