BAB 28

Family Completed 2963

PENING kepala Alia apabila memikirkan peristiwa semalam, memang di luar jangkaan. Alia tidak pernah menduga tindakan Asyraf yang ingin memilikinya. Lantas dia mencapai telefon bimbit.
     “Asalammualaikum. Intan….”
     Selepas Alia menamatkan perbualan. Intan lantas mengeluh panjang. Murni dan Husna berpandangan antara satu sama lain. Mereka kehairanan melihat wajah suram Intan selepas mendapat panggilan telefon.
     “Kau ni dah kenapa?” Soal Murni.
     “Dokta Alia ambil amergency live. Katanya demam panas secara tiba-tiba.” Terang Intan.
     “Hmmm. Pelik ni. Macam mana boleh demam panas?” Soal Husna. Kedatangan seorang lelaki malam tadi menganggu fikirannya.
      “Maknanya kita kena bekerja dengan Dokta Baeyah la ni.” Duga Murni.
     “Sebelum ni okey je…” Keluh Husna.

KAD penderma organ masih ditatap oleh Tan Sri Nordin. Sukar untuk percaya dengan keputusan sendiri.
     “Assalammualaikum.” Ucap Asyraf, Alif dan Edy berselang seli sebelum melangkah masuk ke bilik mesyuarat. Tan Sri Nordin tetap berwajah seperti biasa, perlahan-lahan Tan Sri Nordin memasukkan kad tersebut di dalam sampul surat bewarna coklat sebelum bersalaman dan mempelawa tiga orang anak muda itu untuk masuk.
     “Tan Sri tak sihat ke?” Soal Edy membuatkan Tan Sri Nordin tersenyum dan ketawa kecil.
     “Alhamdulillah, inilah yang Allah bagi dekat saya semenjak dah tua-tua ni.” Jawab Tan Sri Nordin.
Tan Sri Nordin tekun mendengar segala pembentangan dari Alif. Namun ada kala dia di telan masa dengan hal anak-anak.
     “Abang… Kenapa abang bawa diorang datang sini?” Soal Puan Sri Hasyimah dalam sebak lalu melangkah untuk berdiri di beranda bilik dari duduk di birai katil.
     “Kenapa awak mesti nak berahsia dengan abang pasal Alif. Alia pulak berahsia dengan abang pasal Eli.” Terang Tan Sri Nordin.
      “Abang tahu kan. Bertahun-tahun saya pendam rindu saya pada Alif, semata-mata tak nak Roslan bawa dia pergi jauh dari saya.” Akui Puan Sri Hasyimah dalam sebak.
     “Tan Sri.” Sapa Alif lembut namun jelas di telinga Tan Sri Nordin.
      “Ya.” Sahut Tan Sri Nordin.
      “Pembentangan dah selesai,  Tan Sri want to suggest someting about this projek?” Soal Asyraf.
     “Minggu depan kita jumpa di JB sahaja la, tak lama lagikan anak sulung saya akan berkahwin.” Terang Tan Sri Nordin dengan senyuman mengusik. Malu Asyraf dibuatnya apabila anak mata Alif dan Edy turut mengisik.

“ASSALAMMUALAIKUM princes.” Ucap Tan Sri Nordin dengan senyuman lalu memandang wajah tiga pemuda yang menjamu selera. Suara Alia yang lemah membuatkan dahi Tan Sri Nordin berkerut seribu.
     “Your mother call I just now and tell me about you not very well. You want I come and see you?” Tan Sri Nordin cuba mengawal riak wajah risaunya. Asyraf dan rakan-rakan hanya menjadi pemerhati.
     “Yup, I’m not very well today.” Jawab Alia yang masih terbaring di atas katil.
     “Alia dekat mana ni?” Soal Tan Sri Nordin.
      “Rumah.” Jawab Alia sepatah di dalam selimut yng membaluti tubuhnya.
     “Kenapa tak balik rumah ayah, dah tahu cuti. Habis tu buat apa dekat rumah. Ni mesti tak bangun lagi kan. Dari suara pun ayah dah tahu.” Duga Tan Sri Nordin.
     “Hmmm. Atas katil lagi ni. Okey la ayah, Alia nak bangun ni. Insya-Allah kalau dah okey sikit nanti, Alia balik rumah ayah ya.” Terang Alia lalu menamatkan perbualan selepas memberi salam. Tan Sri Nordin menggeleng lemah.
     “Kenapa Tan Sri?” Soal Edy.
     “Hmmm. Alia demam. Ambil amergency live agaknya.” Terang Tan Sri Nordin membuatkan Asyraf serba salah. Selama ini dia hanya mahu memiliki, namun tidak berusaha untuk mengambil tahu apa yang ada di depan mata.
     “Asyraf.”
     “Ya Tan Sri.”
     “Nanti tolong ambil kan baju akad nikah Alia ya.”
     “Baik Tan Sri.” Jawab Asyraf.
     “Okey lah saya nak balik office, kalau ada masalah, jangan segan untuk datang jumpa saya.” Pesan Tan Sri Nordin sebelum beredar.

“BAGI saya mee goreng satu, holick panas satu.” Pesan Hanani sambil diperhatikan oleh rakan-rakannya. Hanani sambung semula melayan telefon bimbit miliknya.
     “Kau okey tak Nani?” Soal Eliana.
     “Aku okey je.” Jawab Hanani selamba.
     “Ke, kau fikir pasal ayah mertua aku?” Soal Edy.
     “La… Awak ada masalah dengan pesakit ke?” Soal Alif dengan senyuman.
     “Abang tolong bungkuskan tomyam, nasi putih, sayur khailan goreng, telur dadar, dengan air milo panas. A… Tomyam tu bagi pedas eh.” Pesan Hanani lalu melemparkan senyuman.
     “Amboi, banyaknya kau makan.” Usik Asyraf.
     “Ni semua pasal tunang kau tu la, dah la demam, call tak berangkat, mesej tak reply.” Bebel Hanani.
     “Tak akan la.” Asyraf pula yang seperti tidak percaya.
     “Betul la, aku datang jumpa dia petang tadi, tengok tak bangun-bangun pun, masak pun tak.” Adu Hanani dengan wajah resah. Hanani terus berlalu apabila makanan yang di pesan untuk Alia sampai, dia berlalu tanpa menjamah sedikit pun makanan yang di pesan untuknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience