BAB 25

Family Completed 2963

TIDAK sekali pun Alif bersalaman dengan Tan Sri Roslan, mahu pun Puan Sri Syarifah. Eliana hanya memandang sepi sikap Alif yang tidak mengendahkan keadaan Tan Sri Roslan.
     “Anak abang kan, abang aje la sambut kejayaan dia. Lagi pun selama ni kan abang izin kan dia hidup sendiri. Kenapa sekarang saya kena raikan kejayaan dia sebab berjaya sampai tamat ijazah. Dari sekolah lagi abang suruh dia berdikari sendiri. Tapi sekarang saya pulak yang awak nak arahkan.” Bebel Puan Sri Syarifah membuatkan Tan Sri Roslan mengusap lembut dadanya berulang kali.
     “Abang buat macam tu, sebab abang tak nak dia terlalu rapat dengan Eli. Memang diorang adik beradik tiri, saya tahu, abang akan letak nama syarikat atas nama Alif kan. Sebab dia pewaris sulung syarikat abang. Sedang kan abang tahu  yang Eli anak tiri abang.” Terang Puan Sri Syarifah. Tergamam Alif yang curi dengar perbualan itu. Semenjak hari itu dia betul-betul tekad untuk keluar dari rumah itu. Kalau dulu dia boleh berdiri sendiri untuk SPM kenapa sekarang tidak.
     Hilang dari khayalan apabila batuk Tan Sri Roslan semakin menjadi-jadi. Alif lantas beredar sambil ditemani anak mata Eliana yang sarat mengandung.

“KORANG percaya tak? Yang kita ni macam buat dunia ni kita punya sendiri. Bila dah jumpa, hilang masalah keluarga. Tapi, kita kurang satu aje, susah sangat nak ambil tahu latar belakang keluarga kita sendiri. Bila ada masalah, satu persatu terungkap.” Kata Edy dalam bicara yang matang. Namun mereka tetap membisu.
     “Balik lah rumah, papa selalu tanya pasal Alif. Eli tak tahu nak jawab apa bila Alif tak muncul-muncul.” Terang Eliana di dalam sebak.
     “Papa tak pernah ambil tahu pasal Alif pun. Asyik suruh Alif berdikari sendiri. Orang lain nak SPM mak ayah datang, tapi aku, mak entah ke mana, ayah jarang ada.” Adu Alif.
     “Kau sepatutnya bagi tahu aku, at least aku boleh tolong kau.” Kata Asyraf. “Lepas ni tolong la, jangan simpan apa-apa lagi, antara satu sama lain.”
     “Belajar la bersyukur Alif, walau pun kau hidup berdikari sendiri, papa kau tak pernah lupa nak bagi nafkah sebagai seorang bapa.” Kata Hanani mengeluh kecil. “Kasih sayang apatah lagi.” Sambung Hanani lalu mengeluh kecil.
     “Alia mana hah?” Soal Edy.
     “Alia balik kampung, aku tahu ni pun dari kaki tangan pihak hospital.” Jawab Asyraf apabila Edy asyik bertanya pasal Alia.
     “Alia tu pun satu, aku dapat rasakan yang dia macam sembunyikan sesuatu.” Duga Edy lalu memandang wajah Hanani. Hanani hanya membuat muka selamba sahaja, seperti tiada apa-apa yang berlaku pasal Alia.

ALIA menghampiri Tengku Maimunah yang duduk bersandar di bahu katil. Dia pula yang mengambil alih tugas sebagai jururawat peribadi Tengku Maimunah. Jururawat yang tadinya mahu memberi Tengku Maimunah makan ubat, lantas beredar apabila Alia memberikan isyarat senyuman agar jururawat itu beredar.
     Perlahan-lahan Alia duduk di birai katil lalu mengeluarkan ubat-ubat yang perlu dimakan  oleh Tengku Maimunah.
     “Hah! Jangan nak buat muka.” Tegur Alia tanpa memandang wajah Tengku Maimunah yang suram.
     “Tak boleh ke, kalau nekda tak makan.” Pinta Tengku Maimunah lembut sebaik sahaja menolak tangan Alia yang menyuakan ubat di dalam piring dengan lembut.
     “Mana boleh, nanti nekda sakit. Makan sikit aje. Alia ada.” Pujuk Alia lembut.
     “Ubat dia pahit.” Adu Tengku Maimunah.
     “Memang la pahit, nama pun ubat.” Kata Alia lalu perlahan-lahan menyuakan ubat itu kepada Tengku Maimunah dengan wajah yang penuh berharap. Tengku Maimunah akur. Alia tersenyum senang. Puas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience