ALIA memandang sepi wajah Hanani yang duduk bertentangan dengannya. Berita yang di sampaikan oleh Hanani tidak terkesan sedikit pun kepada dirinya. Keras punya perempuan.
“Aku tak akan benarkan kaki aku ni melangkah walau seinci pun, semata-mata nak jumpa dia. I don’t think so.” Tegas Alia yang tampak ayu, namun keras bukan ke main. Hanani mengeluh kecil.
“Dia tetap ayah kau tau.” Kata Hanani. “Kau tak boleh menafikan yang di ayah kau. Kau kena ingat, sebanyak mana pun kau menafikan… Tapi dengan Allah tak boleh. Sebab Allah Maha Mengetahui segala-galanya.” Terang Hanani. Alia hanya membisu dalam menahan dendam dan ammarah.
“Pasal… Alif kembar kau pun…. Kau tak bagi tahu aku kan…” Kata Hanani satu persatu dan berhati-hati. Tergamam Alia. “Sampai hati kau Alia, kita kawan dah lama, aku kenal engkau dulu dari diorang.”
“Mana kau tahu hal ni?” Soal Alia yang sudah mula berasa serba salah terhadap Hanani.
“Tan Sri Roslan. Dia yang bagi tahu aku.” Jawab Hanani dengan tenang.
“Tak ada beza pun aku bagi tahu ke tidak, Alif bukan dapat kembalikan air mata ibu, bertahun-tahun Nani, ibu asyik meratap sebab berjauhan dengan Alif.” Terang Hanani di dalam sebak.
“Tapi sampai bila? Kau patut bagi tahu dia. Dia ada hak.” Pinta Hanani lalu mengenggam tangan Alia.
“ABANG.” Sapa Puan Sri Hasyimah dengan senyuman dan lemah lembut apabila Tan Sri Nordin pulang dari pejabat. Perlahan-lahan Tan Sri Nordin melabuhkan punggung di sofa. Kepenatan terpancar di wajah Tan Sri Nordin lantas Puan Sri Hasyimah menyediakan minuman.
“Awalnya abang balik hari ni. Selalunya dekat nak maghrib baru sampai rumah. Ini tidak, lepas asar abang dah balik.” Puan Sri Hasyimah cuba memandang wajah Tan Sri Nordin yang tampak lain dari yang lain.
“Saya ada appoiment dengan client dekat luar, terus saya balik rumah.” Terang Tan Sri Nordin lalu beredar ke bilik sebelum Puan Sri Hasyimah bertanya lagi dan lagi. Puan Sri Hasyimah menemani langkah Tan Sri Nordin dengan ekor matanya.
Perlahan-lahan Tan Sri Nordin menanggalkan tali leher sebelum duduk di birai katil.
“Aku… Minta maaf… Kalau aku buang Hasyimah dari hidup aku…. ” Pinta Tan Sri Roslan.
“Aku jadikan Hasyimah sebagai suri hidup aku, hanya kerana terpaut cara dia memgendalikan anak-anak.” Terang Tan Sri Nordin.
“Macam mana dengan Alia?” Soal Tan Sri Roslan selepas tersenyum senang dengan pengakuan Tan Sri Nordin.
“Alia seorang anak yang kuat, degil, keras kepala, tapi matang dalam sesuatu perkara.” Akui Tan Sri Nordin membuatkan Tan Sri Roslan ketawa kecil.
“Ada masa, dia akan buat sesuatu di luar jangkaan.” Sambung Tan Sri Nordin lagi.
“Kau jaga la mereka baik-baik. Bila-bila masa aje aku akan pergi, tambah lagi dengan keadaan jantung aku ni.” Terang Tan Sri Roslan lemah. Tan Sri Nordin melepaskan keluhan kecil.
Lamunannya tadi hilang di kotak fikiran apabila angin petang bertiup sayu menyergah ke tengkuk dan telinga.
ASYRAF melangkah laju meninggalkan Tasya yang mengejar langkahnya sehingga ke tempat letak kereta. Namun tangan Tasya pantas menarik tangan Asyraf.
“Hish!” You nak apa lagi?” Tegas Asyraf.
“I nak you, I sanggup jadi isteri nombor dua you. Lagi pun I sayangkan you.” Terang Tasya lalu mengusap lembut pipi Asyraf.
“Selama ni kita cuma kawan, tak lebih dari itu.” Kata Asyraf sebelum mengorak langkah. Namun langkahnya terhenti apabila Tasya memeluk tubuhnya dari belakang. Tergamam Asyraf.
Alia yang dari tadi memerhati lakonan hebat dari dua pelakon itu lantas menyalakan lampu kereta dan meninggikan cahayanya. Silau mata Asyraf dan Tasya. Alia lantas keluar dari kereta dan menghampiri mereka. Buntang mata Asyraf melihat Alia berdiri di hadapannya.Tasya tersenyum sinis di sisi Asyraf. Alia hanya merenung mata Asyraf dengan matanya yang sudah berkaca.
“Alia…” Sapa Asyraf lemah dan teragak-agak.
“Yup, Alia Marfuzah.” Sahut Alia lemah. Dia sendiri tidak tahu mengapa hatinya sangat-sangat terluka waktu itu.
“Betul cakap you Tasya, I tak akan miliki Asyraf, sebab Asyraf milik you.” Akui Alia dengan pandangan mata. Tergamam Asyraf apabila Alia mengenali Tasya. Perlahan-lahan Alia menanggalkan cincin pertunangan yang tersarung di jari manis.
“Terima kasih, sebab sudi sakiti hati….. Aku anggap kau… Orang terakhir yang sakiti hati aku.” Kata Alia lalu meletakkan cincin ditapak tangan Asyraf yang kaku dan kelu. Berat hatinya untuk mengejar langkah Alia, kerana hatinya turut lemah dengan air mata wanita seperti Alia.
Share this novel