ALIA masih tidak selesai disolek olek Kak Mazni. Hanani asyik mentertawakan reaksi Alia yang sudah naik jemu dengan wajahnya yang dari tadi ditacap sana sini.
“Alia dah siap ke?” Soal Puan Sri Hasyimah yang melangkah masuk ke dalam bilik.
“Sabar aje la Ibu tengok Alia ni, susah nak hadap dia sorang aje.” Keluh Hanani.
“Kenapa?” Soal Puan Sri Hasyimah yang memimpin tangan Trisya untuk berjalan.
“Susah nak make-up kan Alia ni. Katanya tak nak make-up langsung.” Adu Kak Mazni.
“Tacap-tacapkan aje apa yang patut Mazni. Kalau di tunggu sampai esok tak siap.” Arah Puan Sri Hasyimah.
Paluan kompang dengan alunan selawat sudah mula kedengaran tanda memberitahu jiran tertangga yang mereka mengadakan majlis walimatul urus. Kehadiran pihak lelaki masih dinanti dengan penuh debaran. Oh! Tak mungkin malam pertama.
“Jangan buat muka.” Arah Kak Mazni.
“Alia.” Tegur Puan Sri Hasyimah pula. Aiman yang tercungap-cungap meniti anak tangga lantas melemparkan senyuman.
“Ibu, pengantin lelaki dah sampai.” Terang Aiman.
“Hah mari la semua, kita berangkat keluar.” Arah Puan Sri Hasyimah. Asyraf langsung tidak mahu menanggalkan cermin mata supaya tampak matang dalam bergaya. Wajah Alia ditatapnya buat beberapa minit sebelum disapa oleh pengapitnya. Hanani tersenyum senang di sisi Alia apabila melihat Alif menyiku Asyraf. Asyraf memegang erat tangan Alia untuk menujuju ke meja makan bagi majlis makan beradap.
BILIK pengantin Alia ketepikan, malah bilik persendirian yang diutamakan sehingga Asyraf tercari-cari dirinya. Alia lantas membersihkan diri sebelum matanya betul-betul terlelap.
Usai solat isyak Asyraf cuba mendapatkan Alia di bilik persendirian sehingga mengetepikan dirinya sebagai seorang suami.
“Apa yang kamu takutkan tu Asyraf? Masuk aje la. Alia tu kalau dah tidur mahunya tak bangun sampai esok. Tak kira la malam atau apa pun.” Kata Kak Mazni lalu beredar.
Asyraf lantas memulas tombol pintu sebelum melangkah masuk ke bilik Alia. Terdetik rasa tenang di dalam hati apabila melangkah masuk ke dalam bilik yang hanya mengunakan warna putih hitam. Langsir di beranda bilik yang berkibar kerana angin jelas tidak perlu penyaman udara. Malah sekujur tubuh yang memakai kain batik, t-shirt lengan panjang dan tudung sarung, lena di atas katil yang berkelambu dan langsir yang kemas terikat. Perlahan-lahan Asyraf menghampiri Alia. Lalu kucupan di dahi disedekahkan buat isteri tercinta.
“Penat sangat isteri aku ni ya. Tidur dekat tengah-tengah alam macam ni. Macam mana la nak angkat. Tak sampai hati, awak tu dah la comel.” Bisik Asyraf sebelum beredar ke dalam bilik pengantin seorang diri.
Ya Allah Ya Robb. Aku bersujud kepadamu atas nikmat dan kurnia-Mu yang ada di saat hati rasa sendiri. Aku mohon keredhaan dan keberkatan di dalam rumah tangga. Aku mohon pengampunan dari-Mu Ya Allah jika aku telah mengetepikan seorang suami di malam ini. Berilah dia kesabaran dan kekuatan melentur hati yang keras ini.
Menitis juga air mata Puan Sri Hasyimah mendengar luahan hati anaknya. Dia tahu Alia tidak akan masuk ke bilik pengantin apabila Kak Mazni memberitahu Alia sudah lelap di bilik persendirian.
Share this novel