BAB 32

Family Completed 2963

AWAL-AWAL pagi lagi Alia sudah bersiap-siap untuk ke JB. Kali ini Kak Mazni akan memandu kereta Avanza merah hati miliknya. Puan Sri Hasyimah, Trisya dan Hanani akan naik bersama Kak Mazni. Manakala Fahmi, Amir dan Aiman akan menaiki kereta yang dipandu oleh Alia.
     “Korang nak makan apa-apa tak nanti? Kalau nak bagi tahu tau.” Kata Alia yang memulakan perjalanan dengan ucapan bismillah yang dia bisikkan namun jelas kedengaran di telinga Fahmi yang duduk di sisi.
     “Kita makan dekat Pulau Tioman.” Cadang Amir.
     “Boleh aje. Tapi nanti call kak Mazni.” Pesan Alia.
     “Nanti Aiman call kak Mazni.” Sahut Aiman.
     Puan Sri Hasyimah memandang wajah tenang Kak Mazni yang memandu kereta Avanza. Namun Kak Mazni menoleh ke arah Puan Sri Hasyimah sebaik sahaja terasa diri diperhatikan.
     “Kenapa Ibu pandang Mazni macam tu?” Soal Kak Mazni dengan senyuman.
     “Siapa yang Mazni berbual tadi tu?” Soal Puan Sri Hasyimah membuatkan Hanani tersenyum tanda mengusik.
     “Yang mana?” Soal Kak Mazni namun hanya pandangan dan senyuman menanti sebuah jawapan.
     “Okey, dia kawan Mazni masa dekat Paris.” Jawab Kak Mazni dengan senyuman.
     “Hmmm. Kawan.” Usik Puan Sri Hasyimah lalu ditiru oleh Hanani.
     “Ibu…” Kak Mazni sudah merengek kecil agar tidak disakat oleh Puan Sri Hasyimah dan Hanani.

PERLAHAN-LAHAN Alia melangkah masuk ke dalam bilik. Dia membuka pintu bilik, menekan suiz lampu lalu berjalan menuju beranda bilik yang dihiasi pokok bunga mawar. Sebaik sahaja pintu di bahagian beranda di buka Alia menoleh ke arah katil.
     “Alia demam ni, panas badan Alia.” Wajah cemas Tan Sri Nordin masih jelas di mata Alia. Suara Tan Sri Nordin yang cemas, membuatkan Alia cuba bertahan walau kepala terasa berat. Tangan Tan Sri Nordin pengubat suhu badan yang sedang demam panas.
     “Alia.” Sapa Puan Sri Hasyimah lalu duduk di birai katail. Perlahan-lahan Alia menghampiri Puan Sri Hasyimah dan meletakkan kepala di ribaan Puan Sri Hasyimah. Puan Hasyimah mengusap lembut kepala Alia yang bertudung bawal.
     “Kenapa ni?” Soal Puan Sri Hasyimah walau pun tahu apa yang ada di dalam fikiran anaknya.
     “Tahu tak yang Alia masih belum bersedia untuk melihat kejatuhan Alia sendiri.”
      “Bukan ke dulu Alia yakin dengan lilin walau pun Alia tahu tentang kejatuhannya suatu hari nanti.” Kata Puan Sri Hasyimah yang cuba mengingatkan kembali kata-kata Alia.
    
“JADI jugak you kahwin ya Asyraf. I duduk menanti you macam perempuan yang tak bermaruah. You akan kena pembalasannya Asyraf!” Laung Tasya supaya satu kota Kuala Lumpur dapat mendengar isi hatinya malam itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience