ALIA sudah bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Dia lantas mencapai beg tangan untuk berlalu namun langkahnya terhenti apabila Asyraf kemas berpakaian pejabat menarik tangan isterinya yang cantik menggayakan dress bersama selendang.
“Isteri Abang ni dah cantik dah. Cuma kalau hormat suami, dengan salam tangan suami kan lagi cantik. Belajar la untuk hormat suami, bukan ke itu lagi baik.” Pesan Asyraf membuatkan mata Alia yang bulat itu menatap wajahnya. Bersama senyuman mengusik, Asyraf menghulurkan tangan untuk di salam. Alia akur dengan nasihat suami tercintanya itu. Asyraf pula sempat mengucup dahi Alia. Alia cuba mengawal rasa tergamam melihat sikap Asyraf.
Alia lantas beredar meninggalkan Asyraf yang aneh pagi itu. Sepanjang perjalanan ke hospital Alia hanya memikirkan sikap Asyraf. Kenapa dengan dia yang kaki perempuan tu. Tak mungkin, dia nak mengusik aku.
“ASSALAMMUALAIKUM Dokta Alia.” Ucap Tasya dengan senyuman sinis. Meremang bulu roma Alia apabila berhadapan dengan Tasya.
“You nak apa ni?” Soal Alia dalam ketakutan.
“I? Tak mungkin la I nak you kan.” Kata Tasya lalu ketawa.
“Tasya…. Kita boleh bincang hal ni Tasya.” Pinta Alia lembut. Muncul pula Intan dan Eliana yang membawa anak perempuannya. Tergamam Intan lantas berlari meminta pertolongan. Tergamam Alia apabila Eliana di tolak oleh Tasya sebelum mengunci pintu.
“Ni semua salah engkau. Aku terpaksa jadikan bestfriend aku sebagai tebusan.” Kata Tasya lalu mengacukan pisau pada leher Eliana.
“You nak apa? You cakap aje. I akan cuba.” Kata Alia dengan nada suara terketar-ketar. Semua kaki tangan hospital sudah mula berkumpul di hadapan bilik Alia.
Polis juga terpaksa menanti ahli keluarga mengsa tebusan. Asyraf, Alif dan Edy berlari masuk ke dalam ruangan hospital namun dihalang oleh pihak polis. Wartawan sudah mula berkumpul apabila berita mengenai isteri CEO Mega Holding dan CEO Mylin Group menjadi mangsa tebusan.
“Tasya…. You tak kesian dengan anak I ke?” Soal Eliana yang cemas. Telefon bimbit Alia yang berdering membuatkan Tasya yang memjawab.
“You. Isteri You dah gila ni.” Adu Tasya,
Pihak polis yang berada di sisi Asyraf hanya memberi isyarat agar Asyraf dapat meneruskan lakonan.
“I akan tolong bawa you keluar.” Janji Asyraf.
“Cepat la you. Edy… Isteri dia pun takut.” Adu Tasya dalam tangisan. Lantas Asyraf menarik tangan Edy untuk masuk apabila pintu bilik di buka Tasya.
“Okey. Sekarang kita keluar ya.” Pinta Asyraf. Edy sudah cuba mendapatkan Eliana dan bayinya.
“Tapi you, Alia…. Alia minta you lepaskan dia.” Adu Tasya dengan nada manja. Lantas Asyraf memandang wajah Alia yang sudah basah dengan air mata.
Tanpa membuang masa Asyraf cuba mengambil pisau dengan cara kekerasan. Namun Tasya tetap mempertahankan sebilah pisau untuk satu dendam yang belum dibalas. Alia yang melihat Asyraf bergelut dengan Tasya turut membantu. Namun kerana Asyraf gagal mengawal pisau lalu tertusuk ke tubuh Alia. Asyraf yang meletakkan tangan di atas tangan Tasya yang memegang pisau lantas melepaskan pisau itu. Tasya lantas berlari keluar, namun langkahnya terhenti apabila pihak polis sudah mengepung dirinya.
“ALIA belum pernah merasa kebahagiaan dalam berumah tangga.” Luah Puan Sri Hasyimah.
“Dia pernah niat nak anak lelaki yang baik macam arwah ayah.” Kata Fahmi.
“Siang malam dia doa, supaya hati dia terbuka terima abang Asyraf sebagai suami.” Luah Amir dalam tangisan.
Asyraf hanya membisu. Alif dan Edy memandang wajah Asyraf yang tampak gelisah dan suram.
“Kak Alia teringin nak dengar abang Alif panggil dia macam adik perempuan yang lain. Dia kata sekali pun jadi la.” Luah Aiman lalu menjeling tajam ke arah Alif.
“Betul tu Alif, cuba kali ni kamu balas jasa Alia yang cari kamu untuk ibu. Bukan ibu nak sebelahkan Alia. Sebab kamu anak ibu, kamu anak lelaki, sekali sekala tu cuba ambil tanggungjawab Alia sebagai anak pertama. Bagi ruang untuk dia rasa jadi Adik.” Pinta Puan Sri Hasyimah bersama pesanan buat diri Alif yang mula sedar.
“Ibu.” Sapa Hanani.
“Kenapa ni Nani?” Soal Puan Sri Hasyimah.
“Alia… Perlukan Ibu sekeluarga untuk dermakan darah. Alia kehilangan banyak darah.” Terang Hanani dalam sebak. Lantas Puan Sri Hasyimah memeluk Hanani.
“Hish! Jangan nangis kamu kan dokta.” Pesan Puan Sri Hasyimah.
“Nani takut, Nani takut dengan pelbagai kemungkinan. Nani tak mampu nak tengok dia senyap dan terbaring macam tu.” Luah Hanani dengan tangisan hiba. Kak Mazni lantas memeluk dua wanita yang memerlukan kekuatan. Alif perlahan-lahan menghampiri Amir dan Aiman lalu memeluk erat adik lelakinya dan membenarkan Fahmi memeluknya sekali. Bila kita diuji, kita tak akan kalah tapi kita akan bersatu untuk kuat.
Share this novel