BAB 12

Family Completed 2963

“JOM, bercuti sama-sama. Lagi pun Tan Sri tu dah pelawa, tak baik pulak nak tolak. Nanti lagi rasa serba salah pulak dia.” Terang Asyraf.
     “Aku tak boleh ikut, sebab ibu dengan ayah angkat aku suruh balik kampung hujung minggu ni. Lagi pun Kak Mazni uruskan Butik Ibu angkat aku dekat Paris.” Terang Hanani.
     “Tak best la kalau kau tak ada.” Terang Edy.
     “Lagi best kalau Eli ada depan mata kau Edy.” Usik Hanani.
     “Awak, jom la pergi sama-sama.” Rayu Alif.
     “Tak boleh.” Jawab Hanani lembut lalu tersenyum senang.
     “Kalau Nani tak nak pergi, aku nak cancel la.” Putus Alif.
     “Boleh. Boleh resign terus.” Kata Asyraf membuatkan Hanani dan Edy ketawa. Wajah Alif sudah masam mencuka.

MASING-MASING sudah tersenyum sampai ke telinga. Cuma Alia yang masih terdampar di sofa. Kepalanya di letakkan di riba Puan Sri Hasyimah. Peristiwa pelanggaran tempoh hari menerjah fikiran Alia.
     “Alia macam mana?” Soal Tan Sri Nordin menyebabkan Alia bangun dari pembaringan.
     “Boleh ayah, tapi… Alia kena masuk kerja setengah hari.” Terang Alia.
      “Amir bertolak dengan Kak Alia.” Celah Amir.
      “Kalau macam tu semua naik dengan Kak Alia, biar ibu dengan ayah bertolak dulu. Nanti senang nak romantik dalam kereta.” Usik Aiman.
     “Kalau macam tu Fahmi teman Kak Alia aje la.” Terang Fahmi.
     “Hah! Trisya nak naik dengan siapa?” Soal Puan Sri Hasyimah apabila Aiman memangku Trisya sejak tadi. Trisya lantas memegang tangan Alia. Tanda mahu bersama.
     “Pandai.” Puji Alia dengan senyuman lalu meminta ciuman dari Trisya.
     “Kalau macam tu, Ayah akan guna kereta BMW five series Alia. Alia guna aje kereta Ezora Ayah, senang sikit.” Terang Tan Sri Nordin.
     “Nanti ibu minta kak Ti untuk sediakan kelengkapan Trisya dalam beg.” Terang Puan Sri Hasyimah.

DI dalam suasana yang bising dan lampu yang malap membuatkan Asyraf mencari Tasya di setiap pelosok bilik, ramai pula gadis yang ingin mendakap tubuh Asyraf namun di tepis. Ramai pelanggan yang menari terkinja-kinja di dalam satu ruang. Asyraf lantas menarik Tasya untuk di bawa keluar.
     Tasya cuba untuk melepaskan diri dari genggaman tangan Asyraf. Namun gagal kerana cengkaman yang kuat. Setibanya di luar kelab malam Asyraf lantas melepaskan tangan Tasya.
     “Sakit tahu tak?” Tegas Tasya sambil mengusap pergelangan tangannya.
     “Tahu pun sakit. Buat salah tak tahu sakit.” Sindir Asyraf.
     “I buat apa?”
     “You heret perempuan yang langgar I tempoh hari ke Balai kan?” Soal Asyraf dengan nada suara yang tinggi.
     “Memang salah dia kan. Lagi pun I sayang you, sejak dari kolej lagi.” Terang Tasya terkulat-kulat.
     “Sayang konon. Kalau sayang you tak akan jual tubuh you dekat lelaki lain selain I.” Tegas Asyraf lalu beredar meninggalkan Tasya. Tasya cuba menarik tangan Asyraf namun tidak berjaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience