BAB 40

Family Completed 2963

SIANG malam Asyraf menemani Alia yang hampir seminggu tidak sedarkan diri namun kali ini Alia memberi reaksi positif. Alia sudah mula menggerakkan jari jemari. Perlahan-lahan Alia membuka kelopak mata. Asyraf yang tersenyum senang lantas memanggil jururawat. Alia hanya terkebil-kebil apabila dahinya di kucup oleh Asyraf.
     Selalunya Puan Sri Hasyimah orang pertama yang gembira apabila berita mengenai Alia disampaikan secepat mungkin oleh Asyraf
     “Bila Alia boleh keluar?” Soal Asyraf dengan senyuman senang. Hanani menundukkan wajah suramnya.
      “Esok lusa dia dah boleh keluar.” Jawab Hanani.
     “Kau tak suka ke? Alia boleh keluar?” Soal Asyraf apabila Hanani memandang wajahnya.
     “Suka. Tapi… Alia….”
     “Alia?”
     “Alia tak nak balik. Aku rasa elok kau hantar dia dekat rumah ibu, bagi dia tenangkan fikiran.” Pesan Hanani sebelum beredar ditemani wajah suram Asyraf.

PUAN SRI HASYIMAH mengeluh kecil apabila mendengar butir bicara Alia yang tidak mahu pulang bersama Asyraf. Dari gaya dan sikap Alia yang merayu dalam tangisan membuatkan Puan Sri Hasyimah terdiam.
     “Syurga Alia ada pada Asyraf, jadi ikutlah ke mana Asyraf nak pergi.” Pesan Puan Sri Hasyimah.
     “Tak nak. Alia tetap nak balik rumah ibu.” Tegas Alia. Pening kepala Hanani.
     “Alia. Cuba dengar cakap ibu.” Pesan Alif.
      “Tak apalah. Nanti Asyraf bawa Alia balik ke sana.” Celah Asyraf yang dari tadi melihat sikap Alia yang sudah memberotak tidak mahu dirawat oleh Hanani kalau kemahuannya tidak mahu dituruti.
      Semua orang memandang wajah Asyraf yang tampak suram dengan sikap Alia. Duhai suami maafkan saya.

PUAN SRI HASYIMAH yang dari tadi mundar mandir di ruang tamu membuatkan Kak Mazni dan adik-adiknya sudah turut sama sakit kepala.
     “Mazni rasa, elok kalau diorang baik sendiri.” Cadang Kak Mazni.
     “Betul tu ibu, tak perlu la kita nak masuk campur. Bagi aje diorang handle masalah dalam rumah tangga sendiri.” Sokong Fahmi.
     “Ibu jangan risau la ibu. Doa seorang ibu kan lebih mujarab.” Cadang Hanani untuk meredakan keresahan di hati Puan Sri Hasyimah.
     “Biar diorang usahakan. ibu ditugaskan untuk menasihati dan mendoa yang terbaik untuk anak-anak.” Kata Amir. Kali ini Puan Sri Hasyimah benar-benar akur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience