BAB 22

Family Completed 2963

ALIA menuruni anak tangga seiring dengan Puan Sri Hasyimah dan Tan Sri Nordin untuk ke meja makan apabila anak-anak dan rakan-rakan Hanani sudah berada di meja makan.
     Semua orang teruja dengan layanan Tan Sri Nordin terhadap Alia. Sedangkan Alia bukanlah anak kandungnya. Namun kasih sayang ayah tiri sudah hampir seperti ayah kandung.
     Tanpa segan silu air mata Alia tetap menitis ke pipi tanpa di pinta. Lantas Tan Sri Nordin menyeka dengan jari jemarinya.
     “Ayah nak tahu dulu Alia masa dekat sekolah dulu kalau dia nak buat sesuatu tu, idea dia memang gila.” Cerita Hanani supaya tiada lagi tangisan Alia.
     “Sampai orang panggil dia budak tiga suku.” Sambung Alif dengan tawa kecil. Alia ketawa dengan tangis.
      “Serius ke ni?” Soal Tan Sri Nordin dengan ketawa.
     “Abang, bila dah ramai-ramai macam ni, apa kata kita pergi Pulau Tioman.” Cadang Puan Sri Hasyimah.
     “Boleh.” Jawab Tan Sri Nordin tanpa berfikir panjang.
     “Fahmi, Amir dengan Aiman naik kereta dengan Kak Alia.” Cadang Fahmi membuatkan Amir dan Aiman sudah mengangkat tangan tanda setuju.
     “Trisya pun akan naik dengan Kak Alia.” Cadang Alia membuatkan Trisya bertepuk tangan.

DARI tadi Hanani sudah tersenyum. Trisya duduk bersama Eliana yang semakin sarat.
     “Kenapa aunty tak adakan majlis pertunangan dekat KL je. Kan senang pihak lelaki nak datang.” Kata Eliana.
     “Alia lagi selesa dekat sini.” Terang Puan Sri Hasyimah.
     Alia tersenyum senang lalu berlari-lari anak sambil menarik tangan Hanani untuk beranang di dalam air yang jernih. Trisya berlari-lari anak menghampiri Alia. Lantas Alia menyambut kemudian di hulurkan kepada Asyraf untuk melayan kerenah Trisya. Puas Trisya ketawa apabila diusik Alia dan Asyraf.
     “Fahmi.” Sapa Asyraf lalu melabuhkan punggung di sisi Fahmi. Dengan keadaan baju yang basah Asyraf duduk tanpa menghiraukan pasir.
     “Fahmi tak nak mandi lagi ke?” Soal Asyraf.
     “Sakit kepala layan perangai kak Alia yang gila tu.” Akui Fahmi membuatkan Asyraf ketawa. “Tengok la tu, habis semua orang dia nak benamkan.” Kata Fahmi lagi membuatkan Asyraf turut memerhati Alia dari jauh dengan senyuman. Fahmi melepaskan keluhan berat di sisi Asyraf, lantas Asyraf menoleh ke wajah Fahmi yang tampak keruh.
     “Wajah ceria kak Alia la yang buka hati Fahmi, kalau dulu lepas arwah mak Fahmi meninggal, Fahmi banyak duduk dalam bilik dari Keluar. Tapi ibu dan kak Alia datang minta kerja kosong, jadi, ayah ambil.” Cerita Fahmi dengan tenang.
     “Bila kak Alia hadir, Fahmi mula sedar, bahawa kak Alia pun pernah jadi macam Fahmi.”
     “Maksud Fahmi?” Soal Asyraf.
     “Kak Alia pernah hampir-hampir kurung diri dalam bilik, sebab masalah keluarga. Abang tahu kak Alia pergi luar negara semata-mata nak lari dari bertembung dengan ayah kandung dia. Ayah kak Alia tak pernah nak mengaku mereka sebahagian dari hidup dia. 8 tahun dia sambung belajar dekat sana.”
     “Ayah kak Alia masih ada lagi? Atau dah.. ”
     “Itu lebih baik abang tanya kak Alia sendiri.” Kata Fahmi, lalu membuang pandangan ke arah Alia yang tidak henti-henti membuli orang lain. Asyraf turut memandang Alia yang tampak ceria di luar namun di dalam hati, siapa akan tahu apa yang ditanggung oleh gadis tiga suku itu.

TASYA terus menghempas telefon bimbit miliknya di atas tilam lalu menraung sekuat hati ditemani tangisan hati.
     “Tak siapa pun yang boleh dapat kau Asy. Aku je yang layak untuk mendampingi kau. Yang patut dapat perhatian kau.” Omel Tasya seorang diri lalu ketawa di sulami tangisan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience