BAB 33

Family Completed 2828

“IBU.” Sapa Alif lalu bersalaman dengan Puan Sri Hasyimah dan Kak Mazni.
     “Kamu datang dengan siapa Alif?” Soal Puan Sri Hasyimah.
     “Sorang aje.” Jawab Alif.
     “Kenapa tak datang sekali dengan keluarga?” Lalu mempelawa Alif untuk masuk ke dalam rumah, apabila dari tadi berdiri di pintu utama rumah banglo warisan keluarga arwah Tan Sri Nordin.
     “Ibu. Alif nak minta izin untuk jumpa Alia.” Pinta Alif.
     “Hish! Boleh pergi aje la. Bilik dia dekat tingkat dua sebelah kanan, hujung sekali. Pergi la, awal pagi lagi dia dah mandi dan solat subuh.
     “Terima kasih ibu.” Ucap Alif sebelum mengatur langkah ke bilik Alia. Perlahan-lahan Alif memulas tombol pintu bilik. Sekujur tubuh berbaring tenang di atas katil ditemani tiupan angin bayu yang mengalunkan tirai dan kelambu. Alif melangkah setapak demi setapak. Perlahan-lahan dia mengambil bingkai gambar yang dipeluk oleh Alia semasa tidurnya. Gambar seisi keluarga arwah Tan Sri Nordin dan Puan Sri Hasyimah serta Kak Mazni dan Hanani.
     `Ya Allah, besarnya anugerah yang diperoleh arwah Ayah dan Ibu, seorang gadis yang lembut, manja dan penyayang.’ Sebak hati Alif apabila melihat wajah tenang Alia ketika tidur, tampak wajah Alia mengharapkan kebahagian untuk esok sebaik sahaja terjaga dari tidur yang panjang.

ROMBONGAN pengantin lelaki akan tiba tidak lama lagi, majlis akad nikah akan berlangsung lepas waktu Asar namun hati Alia asyik berlagu hiba apabila tiba masa untuk  berangkat ke Masjid. Semua orang dapat merasa sesuatu yang kurang apatah lagi Alia. Alia memandang ke arah halaman rumah di mana peristiwa dia melarikan diri dari majlis pertunangannya. Namun Tan Sri Nordin tidak pernah memarahinya, apatah lagi mengungkit kesilapan Alia.
     Alif memandu laju kereta Ezora hitam milik arwah Tan Sri Nordin. Fahmi duduk dengan tenang di sisi Alif yang memandu. Amir duduk di sisi Alia yang berjubah moden dan berseri apabila di make-up. Aiman dan Trisya duduk di bahagian belakang.
     Uncle Din yang memandu Avanza dan membawa Puan Sri Hasyimah, Kak Mazni dan Hanani.
     “Saya bersyukur Kak Imah, sebab dipertemukan dengan orang yang baik-baik macam arwah yang nak jaga anak-anak saya sepanjang saya berada di luar negara.” Kata Uncle Din lemah.
     “Tak apalah Din. Semuanya dah berlalu dah pun, arwah tetap pergi. Hanya kebaikan yang orang bawa.” Kata Puan Sri Hasyimah. “Mazni dan Nani anak yang baik, untung kamu dapat mereka.” Sambung Puan Sri Hasyimah.
     Sangkaan pihak perempuan untuk tiba dahulu meleset apabila yang berdiri di sisi Tan Sri Nizam dan Puan Sri Aida adalah Asyraf.
     Semua ahli keluarga Alia memakai baju seerba putih. Manakala ahli keluarga pihak lelaki memakai warna krim. Majlis yang sangat ringkas namun dapat dirasai nikmat ketenangan.
     Amir menghampiri Tok Kadi  ditemani Fahmi, Aiman, Alif dan Uncle Din sebelum majlis bermula. Alia dan Puan Sri Hasyimah sudah tertanya-tanya mengapa Amir di hadapan Asyraf. Lantas Amir memegang tangan Asyraf.
     “Aku nikah akan dikau dengan Alia Marfuzah Binti Md Roslan…..” Menitis juga air mata Alia. Kejutan yang di luar jangkaan.
      Dengan sekali lafaz Alia Marfuzah sah menjadi isteri serta suri di hati Ezmel Asyraf.

MALAM itu sebaik sahaja Intan, Murni dan Husna meninggalkan bilik giliran Fahmi, Amir dan Aiman menyerang Alia. Habis inai di atas katil.
     “Dah mula la diorang kacau Alia tu.” Duga Kak Mazni yang membantu Puan Sri Hasyimah di dapur.
     “Ibu, kenapa Amir yang nikah kan Alia?” Soal Hanani sambil diperhatikan oleh Kak Mazni.
     “Arwah Ayah yang nak Amir nikahkan Alia lepas dapat persetujuan uncle Roslan dan Alif sediri. Lagi pun Amir nak balas segala jasa kak Alia.” Terang Amir
      “Betul kak Alia, arwah ayah kata, tugas seorang jurunikah, bukan semata-mata menikahkan dua pasangan menjadi halal, tapi mendoakan kedua-dua pasangan. Itulah niat seorang ayah yang ingin mendoakan anaknya.” Luah Fahmi.
     “Ayah Fahmi dah cukup sempurna di mata kita semua, tak ada yang kurang.” Akui Alia dalam sebak. Lantas Trisya menyeka air mata Alia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience