ELIANA lantas mengejar langkah Alia yang semakin laju ke hadapan. Sukar dia mengerti apa yang membuatkan dia mengejar langkah Alia. Lantas tangan Alia direntap dari belakang, pandangan Alia yang tajam membuatkan Eliana melepaskan pergelangan tangan Alia perlahan-lahan. Asyraf, Edy, Alif dan Hanani yang menuruni anak tangga mematikan langkah untuk memerhati Alia dan Eliana.
“A…. Aku nak minta maaf, aku tahu kau marah dekat aku banyak sebab.” Terang Eliana satu persatu. Wajah Eliana yang ketakutan itu membuatkan Alia cuba menjadi matang dan belajar untuk tersenyum.
“Tak ada apa la beb. Aku okey je. Kau jangan risau okey.” Jawab Alia dengan senyuman lalu memeluk tubuh Eliana. 'Aku tak boleh tengok kau Eli, setiap kali aku tengok kau, aku dapat melihat wajah lelaki yang tak bertanggungjawab dan hipokrit macam Tan Sri Roslan.' Bisik Alia dalam hati.
“Aku minta maaf kalau aku ada sakitkan hati kau Eli.” Pinta Alia dengan senyuaman sebelum meleraikan pelukannya. Rakan-rakan yang lain cuba menghampiri mereka.
“Macam ni la baru syok.” Celah Asyraf.
“Tak mau gaduh-gaduh na.” Usik Alif.
“Jom keluar malam ni.” Pelawa Hanani.
“Hmmmm. Okey jugak tu.” Sambut Edy.
“Alia… Join kita orang tau.” Pelawa Asyraf yang cuba menggoda seorang pelajar yang melewati jalan itu.
“Woi! Alia dekat sini, yang kau kacau budak tu buat apa?” Soal Eliana.
“Aku rasa bila dah habis sekolah nanti mesti kau jadi playboy.” Usik Alia.
“Aku tahu aku bergaya.” Jawab Asyraf dengan penuh gaya lalu beredar.
ALIA lantas menghampiri Puan Hasyimah yang berdiri di tingkap bilik. Alia memeluk kemas pinggang Puan Hasyimah dari arah belakang.
“Alia, ibu minta maaf kalau keputusan Ibu buat Alia benci dengan ayah.” Pinta Puan Hasyimah.
“Sebelum ibu buat keputusan nak pindah. Alia dah pun bersumpah, tak akan muncul di hadapan ayah dan Alia tak akan ingat dia ayah Alia.” Tutur Alia lemah. Alia benci ayah sangat-sangat.
Puan Hasyimah tersenyum hambar dengan tutur bicara Alia. Apa yang dia harus lakukan di kala itu. Waktu itu, terasa berat hatinya untuk berpindah jika Alia sudah mula bersumpah.
Alia hanya tersenyum senang walau hati begitu sakit dengan sumpahnya sendiri. Saat itu dia sangat akui bahawa hati sangat sakit dengan kata-katanya sendiri. Yang penting aku ada ibu, Amir dan Aiman.
PUAS Alia menanti kedatangan rakan-rakannya. Kali ini dia benar-benar kembali kepada Alia Marfuzah yang mudah memahami orang di sekeliling.
“Fuza, sebelum awak pindah, saya nak awak jadi Fuza yang pada awal saya kenal. Bawalah kawan awak ke jalan yang betul. Tak manis awak buat perangai macam ni.” Terang Cikgu Haji Qasem.
“Hui!” Sergah Hanani menarik ingatan Alia. terhadap kata-kata Cikgu Haji Qasem.
“Jauhnya kau berangan. Mana kau dah fly ni?” Soal Asyraf dengan usikan yang bersahaja. fan senyuman nakal dilemparkan buat Alia.
“Dah lama ke korang sampai?” Celah Elina ditemani Edy di sisi.
“Alif tak sampai lagi.” Terang Hanani agar Alia dapat mengawal riak wajah tergamamnya. Asyraf hanya memerhati. Payah betul la kalau bercinta dengan geng sendiri. Agak-agak la Eli, kau ni.
“Eh! Duduk la korang.” Pelawa Alia dengan senyuman selamba. Tergamam Hanani yang berada di sisi.
'Tiga suku betul kawan aku ni? Tak tahu ke Eli tu pasang jerat.' Bisik Hanani dalam hati.
“Dah pesan ke Alia?” Soal Asyraf.
“Aku dah pesan makanan untuk korang semua.” Terang Alia dengan senyuman nakal.
“Habis la kita.” Kata Hanani.
“Mesti ada game kan?” Soal Alif yang tiba-tiba mencelah.
“Serius game Alia memang gila.” Kata Alif lalu duduk di sisi Alia. Tiba-tiba pesanan tiba di meja mereka.
“Hah terima kasih abang hensem.” Ucap Alia dengan usikan yang bersahaja membuatkan pelayan lelaki itu tersenyum.
“Siapa ada berani?” Soal Alia lalu memandang wajah rakan-rakannya satu persatu dengan senyuman kepuasan.
“Tiga suku betul la kau ni, tak kan nak kena makan bihun kosong ni dengan air teh oh panas. Agak-agak la.” Kata Asyraf.
“Kau ni memang tiga suku la Alia.” Kata Edy.
“Aku berani.” Kata Eliana. Semua orang memandang ke arah Eliana yang sudah mula makan sedikit demi sedikit. Asyraf, Edy dan Alif seakan-akan tidak percaya dengan tindakan Eliana. Alia hanya tersenyum. Sengaja dia adakan permainan seperti itu agar hatinya kembali ceria seperti selalu.
Share this novel