ANGIN dari beranda bilik Alia yang terbuka luas menyebabkan kelambu putih serta langsir putih yang terpasang di katil tampak beralun lembut. Langsir di pintu beranda bilik juga beralun cantik.
Perlahan-lahan Alia membuka kelopak mata yang berat untuk di buka. Dia percaya semalam bukan mimpi, tetapi realiti untuk dilalui hari ini. Dia mengeluh kecil di atas katil. Kehadiran Fahmi membuatkan Alia tergamam.
“Alia dengan Fahmi tak turun lagi?” Soal Puan Sri Hasyimah dengan keluhan kecil apabila jawapan dari Amir dan Aiman adalah kebisuan.
“Biar ibu pergi tengok.” Kata Puan Sri Hasyimah lalu melangkah meninggalkan meja makan.
Perlahan-lahan Fahmi melabuhkan punggung di birai katil milik Alia.
“Kak Alia janji la dengan Fahmi, jangan sesekali keluar dari rumah ni, dan jangan sesekali tinggalkan Fahmi dengan Trisya. Kak Alia dengan Ibu kekuatan Fahmi untuk tengok Trisya dewasa.” Pinta Fahmi dalam sebak.
“Siapa kita nak menentukan masa depan, tapi kak Alia janji, kak Alia akan jaga Fahmi dengan Trisya macam adik kak Alia sendiri, itu janji kak Alia pada arwah ayah, yang tak pernah sekali pun beza kan kita adik-beradik.” Luah Alia dalam sebak. Puan Sri Hasyimah tidak mampu menghampiri mereka.
“Jom la turun makan kak, kesian ibu.” Pelawa Fahmi.
“Akak lagi kesian dengan ibu, kalau tengok akak dalam keadaan macam ni.” Akui Alia yang berharap Puan Sri Hasyimah memahaminya. Puan Sri Hasyimah lantas menyeka air mata sebelum berlalu.
ALIF cuba memerhati bilik Alia yang kedengaran suara Trisya ketawa. Dia memehati Alia yang meletakkan kepala di riba Kak Mazni yang duduk bersandar di bahu katil diikuti Hanani. Puas Fahmi, Amir dan Aiman menyakat Trisya agar Alia ketawa, namun Alia tetap ketawa di temani air mata. Alif lantas berlalu.
“Izinkan abang memiliki keluarga kita kembali.” Pinta Tan Sri Roslan. “Syarifah pun dah setuju.”
“Betul kak, saya benarkan.” Akui Puan Sri Syarifah, Eliana, Edy dan Asyraf yang cuba mendengar perbualan itu di sergah oleh Alif, namun mulut Aliff di tutup oleh Asyraf.
Alif yang menyaksikan lantas membuka telinga seluas-luasnya cuping telinga.
“Maaf, belum tiba masanya lagi untuk bersuami. Kerana kekuatan saya ada pada anak-anak. Untuk pengetahuan Syarifah dan Roslan. Selama ni Alia dah cukup kuat untuk temani hidup saya dan adik-adik dia. Dari kecil dia kekuatan saya. Saya yakin dengan Alia, sebab arwah pun yakin dengan Alia. Jangan salah anggap, Alia seorang anak yang sangat-sangat tabah.” Luah Puan Sri Hasyimah. Tengku Maimunah hanya menyepi di sisi Puan Sri Hasyimah, malah dia bangga dengan wanita itu.
KENDURI tahlil malam ketiga itu lebih ramai orang yang datang menghadirinya. Alia bersyukur kerana rata-rata yang datang masih menceritakan kebaikan arwah, malah air mata Alia menitis kerana Allah SWT mempertemukan dan menghadiahkan seseorang yang berhati mulia.
Ahli keluarga Puan Sri Hasyimah menanti di luar untuk bersalaman dengan tetamu yang akan pulang. Alia berdiri di sisi Puan Sri Hasyimah yang mendukung Trisya. Alia hanya berdiri di belakang kerusi roda Tengku Maimunah. Di sisinya Fahmi diikuti Amir, Aiman, Kak Mazni dan Hanani.
“Tak lama lagi Alia dengan Asyraf akan disatukan tau papa.” Kata Elianan.
“Kalau macam tu, papa akan tanggung semua pembelanjaan majlis.” Fahmi sudah menundukkan wajah, dia tahu Alia masih ada bapa kamdung. Alia menoleh ke arah Fahmi.
“Tak apa la Tan Sri.” Kata Alia dengan tenang. Semua orang memandang ke arahnya.
“Maaf, bukan saya nak menolak bantuan dari pihak keluarga Tan Sri… Tapi…. Saya ingat nak adakan akad nikah di masjid dan esok tu ada kenduri jugak tapi saya dah tolah PA sistem, pelamin dan…. Saya ingat nak buat ringkas bagi menghormati pemergian arwah ayah saya.” Tergamam Asyraf begitu juga Tan Sri Roslan sekeluarga. Alia tersenyum hambar.
“Alia. papa aku kan….”
“Saya minta maaf kepada semua, tapi hal ini dah saya bincangkan dengan nekda, ibu, kak Mazni, Hanani dan adik-adik saya. Saya harap semua dapat memahami. Nak di batalkan, kad jemputah sudah diedarkan oleh arwah dan ibu. Nak di batalkan… Jodoh saya pilihan keluarga, dan saya menghormati keputusan dan pilihan keluarga saya.” Terang Alia di dalam sebak namun tetap cuba tersenyum.
YA ALLAH Ya Robb, aku hanya memohon kekuatan dari-Mu untuk aku meneruskan kehidupan di hari esok. Aku mohon kebaikan di hari esok agar aku lebih teguh berdiri seperti lilin walau membakar diri.
Share this novel