“MANA Kak Alia?” Soal Fahmi sebaik sahaja melihat Hanani melabuhkan punggung di sisinya.
“A… Dia tengah mandi.” Terang Hanani yang terkial-kial lalu memandang Alif.
“Ke kak Alia kurung diri dalam bilik macam lapan tahun lepas.” Duga Amir.
“Amir, jaga adab bila bercakap.” Tegas Hanani.
“Orang lain bercakap sedap mulut aje, tak pernah nak jaga hati orang lain pun.” Jawab Amir lalu meninggalkan meja makan. Amir tetap berlalu walau pun Puan Sri Hasyimah sudah berdiri di hadapannya.
“Fahmi dengan adik-adik lupa ke? Kisah lapan tahun lepas jangan di sebut.” Pinta Puan Sri Hasyimah lembut. Fahmi lantas bangun dari duduk.
“Habis tu? Ibu nak kak Alia di persoalkan?” Soal Fahmi dengan tegas sehingga tangan Tan Sri Nordin naik ke pipi. Alia yang menuruni anak tangga lantas berlari-lari anak untuk melindungi Fahmi. Tergamam Tan Sri Nordin. Alia lantas menarik tangan Fahmi dan Amir. Sementara Hanani menarik tangan Aiman yang mula bengang. Trisya merengek-rengek ingin mengikuti Alia.
“Makan la, nanti tahu la diorang balik.” Kata Tan Sri Nordin. Tegang suasana di meja makan.
HANANI memerhati wajah keruh Alia yang banyak mengelamun. Dia melihat Aiman melayani kerenah Trisya sambil di temani Fahmi dan Amir. Dia mengeluh kecil melihat kesepian di antara mereka.
“Jom.” Pelawa Alia lalu menarik pergelangan tangan Hanani. Hanani yang tertanya-tanya turut tergamam apabila dirinya turut berlari lalu masuk ke dalam air. Fahmi memberi isyarat kepada Amir untuk turut serta. Lantas Amir setuju.
Ketawa mereka kedengaran berselang seling dari jauh. Namun dengan bersama Alia tidak merasai masalah yang ada di dalam hidup. Malah dia bahagia. Dia bahagia kerana dapat berkongsi kasih sayang dengan setiap orang yang ada di sekelilingnya.
KALI ini Alia tetap turun untuk makan malam bersama keluarga. Namun suasana dingin dan sepi menguasai ruang makan. Kak Ti turut terkial-kial dengan keadaan sebegitu rupa.
“Macam mana Pulau Tioman? Seronok?” Soal Tan Sri Nordin yang memecah kebisuan. Hanani, Amir dan Aiman lantas memandang Alia. Puan Sri Hasyimah memandang suaminya yang berwajah tenang.
“Tak perlu tanya, mana ayah tahu.” Kata Tan Sri Nordin. Alia mula menguntum senyuman. Mana pulak la ayah tahu ni.
“Berani betul bawa kereta. Tak langgar orang lagi ke?” Hampir tersembur nasi dari mulut Alia. Nasib baik dia sempat menekup mulutnya.
“Abang.” Sapa Puan Sri Hasyimah lalu menguntum senyuman.
“Kamu tahu tak siapa lelaki yang kamu langgar?” Soal Tan Sri Nordin. Alif dan Edy sudah memandang Asyraf. Alia mengeluh kecil.
“Macam mana Alia nak tahu, kalau kekasih hati dia serang Alia. Sah-sah la bukan salah Alia. Malam tu, kalau ayah tak ada, Alia mungkin tidur lokap kot.” Adu Alia manja.
“Iya. Kesian anak ibu.” Usik Puan Sri Hasyimah.
“Tapi sepanjang Alia demam sebab trauma tu…. Alia minta Kak Yati hantarkan bunga. Setiap hari.” Terang Alia lembut.
“Setiap hari?” Soal Tan Sri Nordin.
“Kenapa? Alia sweetkan.” Kata Alia dengan lawak yang bersahaja.
“Sweet sangat.” Sindir Hanani.
“Eh! Mana tahu dia jodoh aku.” Tergamam Asyraf apabila mendengar tutur bicara Alia yang bersahaja. Amin.
“Ibu… Esok masak bubur lambuk untuk Alia ya. Alia teringin la ibu.” Pinta Alia.
“Sepanjang Eli dekat sini tak ada pulak ibu dengar Eli mengidam, tapi kenapa kamu pula yang banyak meminta.” Puan Sri Hasyimah masih mahu mengusik lagi.
“Ala ibu… Biasa la pembawakan budak dari Eli.” Usik Hanani.
Share this novel