BAB 14

Family Completed 2963

PUAS Tan Sri Nordin dan Puan Sri Hasyimah menanti kedatangan Alia yang mendukung Trisya. Kali ini Alia bersandar di sofa bersebelahan Eliana sambil memangku Trisya.
     “Boleh tak gantikan ayah untuk teman kan  diorang?” Soal Tan Sri Nordin.
     “Ada gaji tak?” Soal Alia dengan senyuman mengusik lalu duduk di sisi Tan Sri Nordin pula.
     “Apa la dokte Alia ni dengan ayah pun nak berkira.” Kata Tan Sri Nordin.
      “Mesti la berkira ayah. Buatnya tengah-tengah jalan nanti mak baby mengidam, susah pulak Alia dengan Nani nak mencekaunya.” Jawab Alia yang manja sambil meletakkan kepala di bahu Tan Sri Nordin.
     “Eli pun nak pergi ke?” Soal Puan Sri Hasyimah lembut.
     “La… Ibu… Mesti la nak pergi, habis tu… Suami dia tu siapa nak jaga. Kalau kena kebas dekat orang Johor, habis la.” Kata Alia lalu memimpin Eliana ditemani Hanani. Alia yang mendukung Trisya lantas menyerahkan Trisya kepada Ibu namun Trisya berkeras mahu di dukung Alia.
     “Ok… Faham, faham.” Kata Alia lembut. “Tak apa la, Alia bawa dia sekali.” Cadang Alia yang sudah tiada pilihan. Alia lantas berlari-lari anak untuk ke dapur selepas meletakkan Trisya di tempat duduk hadapan. Semua orang tergamam.
     “Hish pelik ni. Semenjak dua tiga bulan ni rajin pulak Alia morning sickness.” Usik Hanani lalu ketawa.
   
ALIA hanya memakai selipar, t-shirt lengan panjang warna hijau, bersama skirt labuh dan licin.      
     Alia hanya mengekori langkah Alif, Asyraf dan Edy dari belakang sambil mendukung Trisya. Sementara Hanani menemani Eliana yang duduk di dalam kereta.
     “Maknanya kau tahu la, ke mana Alia selama ni?” Soal Eliana.
     “Yup, aku tahu. Aku tahu Alia dekat mana.” Terang Hanani membuatkan Eliana meluat melihat sikap Hanani yang selama ini berpura-pura.
     “Tak payah la kau nak menyumpah seranah aku Eli, kau tu mengandung.” Terang Hanani.
     Puas Alia berjalan di sekitar tapak pembinaan, dan melihat kerja pembinaan projek di situ. Sehingga tidak sedar yang Trisya sudah lelap di dalam dukungannya. Kebas pula tangan Alia apabila sejak tadi mendukung Trisya ke hulu ke hilir.
    
ALIA lantas menyuap laksa Johor ke dalam mulut apabila hidangan itu sudah ada di depan mata ditemani Trisya di sisi. Mereka semua memerhati sahaja sikap Alia. Alia yang terasa dirinya diperhatikan oleh kawan-kawannya hanya mampu berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku.
     “Kenapa korang tak makan?” Soal Alia lalu membatalkan niatnya untuk menyuakan makanan itu ke mulutnya lagi. “Okey, tanya la apa yang korang nak tanya.” Alia akur.
     “Kenapa kau pindah tak bagi tahu kita orang?” Soal Edy.
     “Ke kau jelous aku dengan Edy.” Duga Eliana.
     “Aku belajar sesuatu tau, this life must be go on.” Jawab Alia.
     “Aku dah agak dah, kau tak akan berubah. Hipokrit je.” Sindir Asyraf dengan senyuman sinis.
     “Alia, kan selalunya kita sambut hari persahabatan kat dalam email je. Apa kata kita sambut sekarang nak.” Pelawa Hanani yang membawa pesanannya. Hampir tersembur makanan dari mulut Alia. Hanani sudah mula terkulat-kulat.
     “Cepat la makan, karang tak pasal-pasal anak dalam perut tu keluar.” Sindir Alia lalu beredar. Makanan pun tidak dihabiskan. Hanani yang baru hendak menjamah makanan di dalam pinggan lantas mendengus kasar.
     “Ni yang aku malas ni.” Kata Hanani.
     “Kenapa ni awak? Awak sebelahkan Alia ke?” Soal Alif.
     “Nama pun kawan baik memang la kan.” Sindir Eliana.
     “Yes! I’m.” Tegas Hanani. “Korang tak ada dalam cerita lapan tahun lepas, jadi jangan memandai-mandai tuduh orang tanpa bukti. Terutama kau Eli. Aku benci sangat dengan kau.” Tergamam Eliana. “Setiap kali air mata Alia jatuh, setiap kali tu, aku benci kau. Sangat-sangat. Alia memang tak tahu nak luahkan rasa benci, dia cuma tahu lari, supaya apa yang di pendam hilang. Tapi dengan aku jangan harap.” Tegas Hanani lalu beredar bersama Trisya.

ALIA lantas membuka pintu bilik Tan Sri Nordin dan Puan Sri Hasyimah di temani titisan air mata. Tergamam pasangan suami isteri itu. Perlahan-lahan Alia duduk di birai katil.
     “Kenapa ni Princess? Tell me why are you cry?” Soal Tan Sri Nordin lembut lalu menyeka air mata yang mengalir di pipi Alia.
     “Alia cuba untuk berubah, tapi kenapa ramai yang nak uji Alia? Alia cuma benci Eli dengan…. Alif, kanapa diorang benci Alia?” Tangisan Alia semakin hiba. Pintu yang terkuak membuatkan perbualan itu di curi dengar oleh seisi rumah yang menghampiri bilik tidur Tan Sri Nordin.
     “Alia cuba memaafkan tapi tak boleh.” Tangis Alia.
     “Dah la… Jangan la nangis lagi.” Rayu Puan Sri Hasyimah.
     “Ibu… Alia penat, Alia nak rehat.” Pinta Alia dalam sedu lalu meletakkan kepala di riba Puan Sri Hasyimah. Tan Sri Nordin mengusap lembut kepala Alia yang bertudung bawal. Hanani ingin melangkah ke bilik mematikan langkah apabila melihat Alif dan Asyraf berdiri di anak tangga.  Malah Edy dan Eliana turut berada bertentangan dengannya. Fahmi, Amir dan Aiman curi dengar perbualan itu dari luar rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience