BAB 2

Family Completed 2963

KALI ini perjumpaan mereka betul-betul di temani kesunyian, mereka hanya membisu tanpa kata. Mereka hanya mengelamun dan banyak berfikir mengenai masalah sendiri.
     “Woi! Apa ni dok termenung macam mati suami isteri aje aku tengok.” Sergah Alia dengan kasar.
     “Kau ni gila kan.” Kata Edy. “Untung la kau tak kena marah dengan ibu kau.” Sambung Edy.
     “Bagus la ibu kau baik, sepatutnya kau pun kena la baik.” Kata Alif.
     “Betul. Aku sokong. Kau sepatutnya bersyukur sebab ibu kau ambil berat pasal kau.” Terang Eliana.
     “Dah la korang. Boleh tak jangan buat perangai dekat sini.” Celah Hanani. 
     “Kenapa kau nak jaga perasaan dia sangat hah?” Soal Eliana. Namun Alia hanya menahan marah di dalam hati. Sabar.
     “Dah la tu.” Arah Asyraf yang dari tadi membisu.
     “ Kau ingat aku tak tahu yang kau minat dengan Edy, sebab tu kau buat kerja gila macam kita orang ni jugak kan.” Kali ini Eliana memang sudah melampaui batas. Tiada kata yang dapat Alia ungkapkan, dia terus menyerang Eliana. Sukar untuk pelajar lelaki menghentikan pergaduhan itu. Pengawas sekolah serta guru-guru turut menghampiri mereka untuk meleraikan pergaduhan tersebut.

ALIA seperti separuh melutut di hadapan Puan Hasyimah. Di dalam sebak Puan Hasyimah masih kuat selepas menamatkan perbualan.
     “Ayah tak dapat datang untuk Alia.” Terang Puan Hasyimah dalam sebak apabila Alia hanya memandang wajahnya dengan titisan air mata.
     “Habis tu ayah boleh datang untuk siapa? Anak isteri kedua dia?” Soal Alia lalu menyeka air matanya.
     “Dah Alia. Ibu rasa, ibu patut bawa kamu pindah. Kamu habis kan SPM di kampung semula.”
     “Tapi kenapa ibu? Alia jahat sangat ke?”
     “Ini semua untuk kebaikan Amir dengan Aiman juga. Supaya diorang tahu yang akak dia ni sebenarnya perempuan, bukannya tomboy.” Jawab Puan Hasyimah lalu mengatur langkah ke luar dari bilik itu. Kali ini hati Alia benar-benar ditikam berkali-kali. Semua ni salah aku ke?

“AKU rasa kau kena minta maaf dengan Alia. Kau dah melampau sangat tau Eli. Aku tak nak sokong sesiapa. Memang Alia salah, tapi kau yang mulakan.” Terang Hanani.
     “Korang pun.” Tegas Asyraf. Eliana cuba membuat wajah simpati namun Hanani tetap berkeras dan melempar pandangan ke arah lain. Suasana malam itu sunyi tanpa idea gila Alia dan tiada kehadiran mulut murai gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience