BAB 16

Family Completed 2963

SEPANJANG pemanduan Alia hanya membisu tanpa kata. Dia lebih banyak mengelamun sehigga lampu hampir bewarna merah Alia masih lagi memandu laju memecah kesunyian malam jalan raya.
     “Aku harap sangat lepas ni aku tak akan jumpa diorang lagi.” Putus Alia di dalam kereta.
     “Alia.” Sapa Puan Hasyimah.
     “Alia nak sendiri je ibu. Tolong tinggalkan Alia sendiri.” Pinta Alia separuh merayu lalu perlahan-lahan merebahkan tubuh di atas tilam. Puan Hasyimah akur.
     “Tolong Alia. Tolong kuat untuk adik-adik dan ibu.” Pinta Puan Sri Hasyimah. Air mata kelemahan diri Alia.
     Pinnn! Tergamam Alia apabila kereta di belakangnya meminta agar dia jalan kerana lampu isyarat sudah berubah hijau. Lamunannya tadi hilang sekelip mata.

ALIA lantas bersiap-siap untuk ke Hospital sebelum terlewat seperti sebelum ini. Dia memulakan langkah dengan doa dan bismillah. Satu sahaja permintaan dan harapannya agar dia tidak di pertemukan dengan rakan-rakannya.
     Asyraf yang terlihat kelibat Alia lantas mematikan langkah apabila melihat Alia memangga pintu rumah. Dia tersenyum senang apabila tinggal di banggunan kondominium yang sama dengan Alia. Dia tersenyum senang dapat melihat Alia. La, kenapa suka sangat aku ni.
     Alia lantas menghidupkan enjin kereta sebaik sahaja melabuhkan punggung di tempat duduk pemandu. Asyraf menghampiri Alia yang cuba berkali untuk menghidupkan enjin kereta.
     “Aduh, kenapa pulak ni? Jangan la buat hal, aku ada ramai orang nak bersalin ni.” Bebel Alia seorang diri di dalam kereta. Asyraf yang dari tadi tersenyum lantas menghampiri kereta BMW milik Alia lalu mengetuk cermin tingkap kereta dan melemparkan senyuman. Asyraf?
     “Kenapa ni? Ada masalah ke?” Soal Asyraf sebaik sahaja Alia keluar dari kereta.
     “Entah la kereta ni. Masa-masa macam ni la dia nak buat perangai.” Keluh Alia.
     “Kalau macam tu biar aku hantar kau aje la, nanti aku suruh member aku ambil kereta kau untuk hantar pergi bengkel.” Cadang Asyraf. Wajah Alia yang masih berfikir dinantikan oleh Asyraf.
     “Tak susahkan kau ke?” Soal Alia.
     “Kita kan kawan, tak ada istilah susahkan kawan tau.” Terang Asyraf lalu ketawa kecil ditemani tawa Alia. “Jom la.” Alia akur dengan permintaan Asyraf yang mudah mesra dengan semua orang.

ASYRAF yang dari tadi asyik tersenyum tidak menyedari dirinya sedang di ketawakan oleh kaki tangan syarikat. Alif yang melewati bilik CEO dapat mendengar dengan jelas perbualan dari pekerja Asyraf.
     “Ya Allah, patut la, staff bercakap pasal CEO, rupanya CEO tengah buat drama bersiri sendiri dalam bilik.” Keluh Alif sendirian lalu memandang keadaan di sekeliling. Dia lantas mengambil sekuntum bunga dari meja Setiausaha lalu di baling ke arah Asyraf. Tergamam Asyraf lalu membaling ke arah Alif semula.
     “Kau kenapa ni?” Soal Alif yang masih berdiri di muka pintu bersama segulung kertas projek di Johor.
     “Aku bersyukur sebab projek kita berjalan dengan lancar.” Terang Asyraf yang cuba berselindung.
     “Hmmm. Iya la tu.” Jawab Alif dalam sindiran sebelum berlalu.

PUAN SRI HASYIMAH mengatur langkah menghampiri Tan Sri Nordin yang duduk termenung di beranda rumah. Sekali sekala Puan Sri Hasyimah dapat mendengar dengan jelas keluhan berat dari Tan Sri Nordin.
     “Kenapa ni bang?” Soal Puan Sri Hasyimah selepas menghulurkan secawan nestcafe kepada Tan Sri Nordin.
     “Abang terfikir, sampai bila Alia nak jauhkan diri dari ayah kandung dia? Sehingga dia berdendam dengan lelaki.” Terang Tan Sri Nordin.
     “Baik buruk, dia pernah menjadi suami saya dulu.” Akui Puan Sri Hasyimah.
     “Memang betul apa yang awak cakap tu. Tapi saya jadikan pengajaran untuk diri saya sebagai seorang bapa. Tanggungjawab saya bukan sahaja bagi pendidikan agama untuk anak-anak, tapi nafkah zahir dan batin buat isteri, begitu juga anak-anak. Tunjukkan sifat kasih syang pada mereka itu lebih baik.” Terang Tan Sri Nordin lembut.
     “Habis tu? Apa yang patut saya buat? Tak akan saya nak tuntut nafkah anak-anak dan saya yang selama ini dia abaikan?” Soal Puan Sri Hasyimah.
     “Alia masih ada wali.” Kata Tan Sri Nordin membuatkan Puan Sri Hasyimah dapat menangkap apa yang ingin dia sampaikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience